You are on page 1of 5

SMK PUCHONG UTAMA 1

PANITIA SEJARAH
PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH TING 5

ARAHAN KEPADA MURID


1. Wajib dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun.
2. Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dibuat di luar waktu pdp.
3. Boleh menjalankan penyelidikan secara individu /berkumpulan tetapi hasil kerja / laporan
Kajian Kes mesti dibuat secara individu.
4. Menulis laporan Kajian Kes mengikut format penulisan yang ditetapkan.
5. Dilarang meniru, menyalin atau menciplak hasil laporan daripada mana-mana sumber.
6. Murid kan diberi 0 markah jika didapati meniru, menyalin atau menciplak mana-mana bahagian
laporan .
7. Murid hendaklah menghasilkan laporan Kajian Kes sendiri berdasarkan SATU tema / tajuk yang
ditentukan oleh pihak sekolah.
8. Penulisan laporan Kajian Kes perlu mematuhi aspek tatabahasa.
9. Memperakukan tugasan dengan menandatangani perakuan murid pada muka hadapan
tugasan.

FORMAT PENULISAN
1. Laporan Kajian Kes hendaklah diTULIS TANGAN.
2. Atas kertas kajang bergaris dan menggunakan pen Biru atau Hitam
3. Laporan Kajian Kes hendaklah disediakan tidak kurang 5 halaman bertulis termasuk
jadual/ graf/ rajah / gambar / rujukan dalam lampiran.
4. Penulisan sumber rujukan hendaklah mengikut format yang betul.
5. TIDAK PERLU memasukkan Senarai Kandungan dalam laporan. ( X )
6. Laporan perlu dikokot dan tidak perlu Ring Binding. ( X )

7. TARIKH HANTAR : 12 JULAI 2023 (Rabu)

PERKARA-PERKARA YANG PERLU ADA DALAM LAPORAN KAJIAN KES :

LANGKAH PERKARA HURAIAN


Pembinaan  Penetapan Tajuk/Tema
1 a. Pernyataan masalah (PM) b.  Topik yang telah diajar
Persoalan Kecil (PK)  Bina 3 atau 4 soalan daripada tema yang telah
dipilih

1
2 Menentukan a) Objektif tentang Pengetahuan –
Objektif Kajian contoh mengetahui nama/ tempat/istilah

 Mesti ada 3 objektif (tidak b) Objektif tentang Kemahiran –


boleh kurang) contoh dapat membina kronologi peristiwa / meneroka
 Objektif merupakan tujuan bukti/ membuat interpretasi/ imaginasi dan rasionalisasi
kajian dijalankan
c) Objektif tentang Nilai –
contoh merasa bangga dengan keunikan perlembagaan
negara / sanggup mempertahankan institusi diraja
3 Menentukan i) Melayari Internet
Kaedah Kajian ii) Pemerhatian
iii) Keperpustakaan
 Minimum 3 kaedah iv) Analisis Dokumen
v) Temubual
vi) Kaedah Audio/ Audiovisual
4 Analisis Data (Dapatan  Semua persoalan kecil mesti dijawab dalam
Kajian) Analisa Data
 Data mesti capai objektif  TIDAK PERLU ada sub tajuk

KAJIAN LITERATUR Cara Penulisan :


Masukkan Kajian Literatur Contoh 1
semasa menjawab persoalan Menurut Muhammad Yusuf Hashim (2015), bendahara
kecil Tun Perak merupakan bendahara yang paling lama
berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melaka. Perkara
 Mengenalpasti bahan ini turut disokong oleh (2002) dalam tesis
rujukan / kajian lepas Sarjananya
berdasarkan buku ilmiah,
jurnal dan majalah Contoh 2 :
 Mengenalpasti bahan Melalui bacaan saya dalam suratkhabar New Straits
rujukan berkaitan Times bertarikh 1April 2021 ada menyatakan bahawa
Pernyataan Masalah Dewan Rakyat meluluskan Rang undang-undang
 Sekurang-kurangnya 3 Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had
buah rujukan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

5 Kesimpulan dan Cadangan

6 Mengenalpasti Sumber i. Orang Sumber


Rujukan ii. Dokumen / Jurnal
iii. Laman Sesawang….http://
 3 sumber rujukan iv. Majalah
v. Buku / Brosur / Akhbar / Laporan Tahunan/
Latihan ilmiah / tesis / Jurnal
(Online akhbar / jurnal dianggap akhbar/jurnal
bukan internet)
vi) Agensi berkaitan

Sumber yang tidak diterima :


i. Wikipedia
ii. Sumber dari Guru
iii. Blog
7 Laporan kajian kes yang lengkap dengan lampiran (FOLIO)
ATAU
8 Pembentangan (POWERPOINT DAN PRESENTATION ).
Bahan Powerpoint mesti dicetak dan diserah kepada guru sebagai bukti Pentaksiran
PBD

2
CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN

Buku
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan
Publications and Distributors Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967. From Malayan Union to Singapore
Separation: Political
Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti
Malaya Press.

Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara”
dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”,
dalam JSEAH. Vol 1.Mac 1960.

Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.

Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman
Beringin 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman
Sri Gombak,68100 Selangor.

Melawat Tempat Kajian


Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat
Dagangan Dunia Putra, 45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.

VCD
Tajuk program, terbitan.

Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.

Sumber lain:
Jenis sumber, alamat/punca sumber.

Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
http://www.geocities.com/tokohagung/TokohPMTunkuAbdul Rahman.htm

3
TUGASAN KAJIAN KES
Pilih salah SATU tajuk di bawah dan laksanakan sebuah Kajian Kes dalam 5 muka surat.

TEMA : Malaysia dan Masa Hadapan


TAJUK : Pengukuhan Kedaulatan Negara
STANDARD KANDUNGAN : Perlembagaan Persekutuan

PENYATAAN MASALAH
SOALAN 1 (Bab 2)

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen undang-undang yang menjadi teras kepada sistem
pemerintahan negara.
a. Bina kronologi sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan dari tahun 1877 hingga 1957.

b. Semenjak tahun 1957 hingga 1982, Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali.
Pada pengetahuan anda apakah dua pindaan perlembagaan yang pernah dilakukan di negara
kita dan mengapa ?

c. Perlembagaan Persekutuan telah menguatkuasa Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan
Tidak Wajar) 1963. Huraikan tujuannya .

d. Ramalkan apa yang akan terjadi kepada kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan
kesejahteraan rakyat sekiranya rakyat tidak mematuhi undang-undang

ATAU
SOALAN 2 (Bab 2)

PENYATAAN MASALAH

a. Apakah unsur tradisional yang terdapat pada ketiga-tiga gambar di atas ?

b. Salah satu ciri tradisional adalah pemerintahan beraja . Analisakan 3 sifat


keperibadian Sultan/Raja yang berjiwa rakyat

c. Bagaimanakah unsur moden dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan

d. Dengan menggunakan illustrasi/ gambar/ grafik ceritakan 3 cara bagaimana perpaduan dapat
dipupuk di negara kita.
4
ATAU

TEMA : Malaysia dan Masa Hadapan


TAJUK : Pengukuhan Kedaulatan Negara
STANDARD KANDUNGAN : Perlembagaan Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

PENYATAAN MASALAH

SOALAN 3 (Bab 3)

Badan Kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan undang-undang
serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan .

a. Nyatakan fungsi komponen yang terdapat dalam Badan Perundangan


(i) Parlimen (ii) Dewan Rakyat (iii) Dewan Negara
(iv) Dewan Undangan Negeri (DUN)

b. Lukis hierarki badan kehakiman di Malaysia


c. Bandingkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Khas

d. Huraikan 3 pengajaran yang boleh diperolehi daripada penguatkuasaan akta-akta berikut :


(a) Akta Hasutan 1948
(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

TAMAT

You might also like