You are on page 1of 3

SOALAN 4 : Jelaskan tentang ayat yang berkesan. Kemukakan contoh yang... http://50.56.83.109/collegelms/ilias.php?ref_id=32681&cmdClass=ilfor...

Forum: Forum > Thread: SOALAN 4 : Jelaskan tentang ayat yang berkesan. Kemukakan
contoh yang relevan

SHAHRIZAWATI BT MOHAMED LI | 710715086474 | 16. Sep 2015, 22:30

SOALAN 4 : Jelaskan tentang ayat yang berkesan. Kemukakan


contoh yang relevan

Penulisan Ayat Yang Berkesan


Karangan merupakan sebuah wacana, iaitu kesatuan idea atau buah fikiran.
Gagasan idea tersebut disusun secara logis serta berkaitan antara satu dengan
yang lain. Justeru, sesuatu binaan karangan mestilah dibentuk melalui jalinan
ayat yang berkesan bagi menyampaikan hasrat yang tersirat dalam fikiran. Ayat
yang berkesan mestilah mengandung ciri-ciri yang berikut.
1.Kesatuan gagasan
Ayat yang dibina mestilah memperlihatkan idea utama atau tema. Idea utama
tersebut menjadi fokus yang akan digarap oleh penulis. Agar idea tersebut
mudah difahami, sebaik-baiknya satu gagasan sahaja. Memadai menggunakan
ayat yang sederhana panjang kerana ayat yang berjela-jela mempunyai
kecenderungan untuk mewujudkan lebih daripada satu gagasan idea. Hal ini
mesti dielakkan kerana ayat yang lebih daripada satu gagasan akan mudah
kehilangan fokus dan ayat menjadi lemah.
Contoh ayat yang mengandung satu gagasan ialah,“…oleh sebab itu, ibu bapa
perlu memberi didikan agama yang sempurna untuk pedoman anak-anak. Hal
ini bermaksud, Ibu bapa perlu melatih anak-anak mereka tentang perkara-
perkara yang melibatkan dosa dan pahala serta bagaimana balasan syurga dan
neraka.” Jelaslah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai satu idea. Keseluruhan
ayat menjurus kepada aspek didikan agama.
Selain daripada itu, ayat mesti sempurna subjek dan predikatnya. Hal ini kerana
kesempurnaan subjek dan pradiket akan membolehkan ayat tersebut mudah
difahami. Sebagai contoh,“Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia
menyatakan bahawa kegiatan tidak bermoral dalam kalangan murid-murid
dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.” Ayat di atas tidak
sempurna kerana frasa sendi iaitu “menurut” tidak boleh menjadi subjek.
Sepatutnya ayat di atas diubah kepada “Kementerian Pendidikan Malaysia
menyatakan bahawa kegiatan tidak bermoral dalam kalangan murid-murid
dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.” Atau: “Menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia, kegiatan tidak bermoral dalam kalangan
murid-murid dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.” Hal ini
demikian, kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (dalam contoh pertama)
bukan lagi berfungsi sebagai subjek tetapi kegiatan ajaran sesat merupakan
subjek ayat.
2.Kepaduan
Kepaduan bererti hubungan timbal balik yang baik dan jelas antara
unsur pembentuk ayat iaitu kata dan frasa. Hal ini kerana jalinan secara akrab
antara kata dengan kata; dan frasa dengan frasalah yang akan membentuk
ayat. Perhatikan contoh di bawah.
i. Abu mengirimkan ibunya sejumlah wang.

1 of 3 9/16/2015 10:28 PM
SOALAN 4 : Jelaskan tentang ayat yang berkesan. Kemukakan contoh yang... http://50.56.83.109/collegelms/ilias.php?ref_id=32681&cmdClass=ilfor...

ii. Abu mengirim sejumlah wang kepada ayahnya.


iii. Abu mengirimi ayahnya sejumlah wang.
Dalam tiga contoh di atas, ternyata dalam contoh i., penggunaan umbuhan
akhiran “-kan” salah kerana imbuhan akhiran “ –kan” mendukung maksud
‘kena’. Oleh itu bermaksud Abu bukan mengirimkan sejumlah wang tetapi
mengirimkan ayahnya. Bagi contoh (ii) dan (iii) betul kerana wujudnya
kepaduan antara subjek dan pradiket.
Selain daripada itu, kepaduan juga dapat dilihat melalui hukum DM (Dicerita
dan Mencerita) dengan tepat. Contoh kesilapan yang sering dilakukan sehingga
menyebabkan kepaduan ayat itu tidak dicapai;
i. ...mempunyai cukup duit (sepatutnya; “… mempunyai
duit yang cukup”)
ii. ...memerlukan banyak tenaga (sepatutnya; “…
memerlukan tenaga yang banyak”)
iii. ...kedua-dua cara mempunyai sama kaedah (sepatutnya; “
… kedua-dua cara mempunyai kaedah yang sama”
Ayat juga menjadi tidak padu jika meletakkan sesuatu kata yang tidak perlu,
seperti meletakkan kata sendi sesudah kata kerja transitif. Contohnya,
i. ...memaklumkan akan (sepatutnya tiada “akan”)
ii. ...merahsiakan tentang (sepatutnya tiada “tentang”)
iii. ...menghebahkan mengenai (sepatutnya tiada “mengenai”)
3. Penegasan
Dalam tatabahasa Bahasa Melayu ada penegasan bertujuan untuk menonjolkan
sesuatu gagasan yang hendak kita sampaikan supaya dapat dikesan oleh
pendengar atau pembaca.
Ada beberapa kaedah untuk menyerlahkan penegasan dalam ayat yang
berkesan iaitu:
a.Penyongsangan ayat
i. Aslam menjadi rungsing apabila diberitahu tentang hal
yang sebenarnya.
ii. Apabila diberitahu tentang hal yang sebenarnya, Aslam
menjadi rungsing. (Penegasan secara songsang)
b.Ayat aktif dan ayat pasif
i. Anda perlu memikirkan kesannya masak-masak.
ii. Kesannya perlu anda fikirkan masak-masak. (Penegasan
secara pasif)
c.Unsur pengulangan
1. Kesaksamaan kekayaan negara mestilah dilihat secara luas dari segi
politik, ekonomi,dan sosial.
2. Kesaksamaan kekayaan negara mestilah dilihat secara luas dari segi
kesaksamaan politik, kesaksamaan ekonomi, dan kesaksamaan sosial.
(Penegasan secara pengulangan)

2 of 3 9/16/2015 10:28 PM
SOALAN 4 : Jelaskan tentang ayat yang berkesan. Kemukakan contoh yang... http://50.56.83.109/collegelms/ilias.php?ref_id=32681&cmdClass=ilfor...

d.Pertentangan dua kenyataan


1. Kita tidak mengingini generasi yang memuja budaya LGBT.
2. Kita tidak mengingini generasi yang memuja budaya LGBT tetapi generasi
yang berpegang kuat pada nilai keIslaman. (Ayat (i) didapati kekurangan
upaya dan dampak jika dibanding ayat (ii) yang ada penegasan secara
pertentangan antara dua kenyataan).
e.Penggunaan partikel pementing predikat
1. Guru-guru perlu mengawasi anak-anak murid mereka.
2. Guru-gurulah yang perlu mengawasi anak-anak murid mereka. (Ayat (i)
tidak bertenaga dan tidak gramatis kerana ayat seolah-olah belum selesai.
Manakala ayat (ii) lebih gramatis dengan partikel “-lah”
Kesimpulannya, melalui sekurang-kurangnya tiga ciri di atas, akan
menghasilkan ayat yang berkesan dalam tatabahasa bahasa Melayu.

3 of 3 9/16/2015 10:28 PM

You might also like