You are on page 1of 30

FAKULTI PERAKAUNAN

SARJANA MUDA PERAKAUNAN

LAPORAN ULASAN ARTIKEL

PERBEZAAN NEGARA BAIK DAN TIDAK BAIK MENURUT


AL-FARABI, OLEH IDRIS ZAKARIA

DISEDIAKAN OLEH:

1. NURUL IZZATY AKHTAR BINTI MOHD HARDI - KETUA (2021114097)

2. NURUL EZZATIE BINTI NORDIN (2021120247)

3. NURUL SALSABILA BINTI MOHD AJMI (2021172803)

4. NADIRA FATHIHAH BINTI ABU HASSAN (2021341017)

Laporan Ulasan Artikel Dihantar Kepada Ustaz Muhammad Ilham Raduan Bagi
Memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk

CTU 552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)

SEMESTER 3

SESI 2 2020/2021

1 | Page
ISI KANDUNGAN

1.0 BIBLIOGRAFI PENULIS__________________________________________ 3

2.0 PENDAHULUAN______________________________________________ 4 - 5

3.0 RINGKASAN ARTIKEL_________________________________________ 6 - 9

4.0 ULASAN KRITIS_______________________________________________ 10


4.1 Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis_____________________ 11-12
4.2 Adakah isu tersebut menarik?________________________________ 13
4.3 Adakah isu yang dibangkitkan oleh penulis relevan bagi anda sebagai
seorang penyelidik?_____________________________________ 14-15
4.4 Persetujuan tentang kandungan artikel______________________ 16 - 18
4.5 Adakah artikel dapat mengubah atau memberi kesan kepada pemikiran
anda?_______________________________________________ 19 - 20

5.0 KESIMPULAN______________________________________________ 21 - 22
5.1 Penemuan baharu yang diperoleh daripada artikel_____________ 23 - 25
5.2 Bagaimana anda akan menggunakan ilmu pengetahuan ini dalam kajian
yang akan anda lakukan pada masa akan datang?____________ 26 - 27
5.3 Cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti kajian ini_______________ 28

6.0 SUMBER RUJUKAN_________________________________________ 29 - 30

2 | Page
1.0 BIBLIOGRAFI PENULIS

Artikel yang telah dipilih bertajuk Perbezaan Negara Baik dan Tidak Baik Menurut Al-
Farabi. Artikel ini adalah hasil nukilan Idris Zakaria. Tempat artikel ini dicetak adalah di
Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Selangor. Tarikh artikel ini ditulis adalah pada
tahun 1995. Artikel ini mempunyai 16 muka surat. Nombor ISSN artikel ini adalah 0216-5636
manakala nombor e-ISSN adalah 2600-8556. (Ejournal.ukm, Perbezaan Negara Baik dan
Tidak Baik Menurut Al-Farabi, 1995)

3 | Page
2.0 PENDAHULUAN

Alhamdulillah atas kesempatan yang telah diberikan Allah S.W.T untuk


melaksanakan tugasan yang diberi iaitu melakukan ulasan artikel. Artikel yang telah dipilih
ialah artikel Perbezaan Negara Baik dan Tidak Baik Menurut Al-Farabi yang merupakan
hasil nukilan oleh Idris Zakaria. Beliau merupakan seorang pensyarah dan telah bergelar
sebagai professor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bukan itu sahaja, beliau juga
menjawat jawatan sebagai Timbalan Dekan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
(Coursehero, 2020)

Idris Zakaria dilantik sebagai Ahli Panel Pemikir PERKIM pada 1 Ogos 2015.
Semasa Idris Zakaria memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan di Universiti
Kebangsaan Malaysia, beliau dan juga pensyarah-pensyarah yang lain daripada Fakulti
Pengajian Islam telah menyumbang sebuah buku mengenai Hala Tuju Pengajian Islam di
Malaysia yang telah menjadi rujukan kepada orang ramai. (Coursehero, 2021)

Bukan itu sahaja, Idris Zakaria telah menulis lebih daripada 20 artikel dan
penyelidikan. Beberapa buku dan artikel yang dikenali adalah ‘Ibn Sina on “Pleasure and
Happiness”’, Islam dan amalan toleransi di nusantara, Mengapa Melayu tiada falsafah,
Ketuhanan, Kenabian dan Kebahagiaan Menurut Ibnu Sina/Divinity, Prophethood and
Happiness According to Ibn Sina, Al-Farabi dan Usahanya Mengembangkan Falsafah dan
Ibn Sina on the Benefits of Worship to the Masses dan Ibn Sina. (Scholar.google, Idris
Zakaria)

Penyelidikan dan buku yang telah ditulis oleh beliau telah menjadi rujukan untuk
universiti yang lain seperti Universiti Teknologi Mara. Sebagai contohnya, artikel ‘Perbezaan
Negara Baik dan Tidak Baik Menurut Al-Farabi’ telah menjadi salah satu artikel untuk pelajar
di Universiti Teknologi Mara melakukan tugasan analisa artikel. Ini menunjukkan bukan
sahaja pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengetahui dan menggunakan
penyelidikan beliau malah pelajar daripada universiti yang lain juga menggunakan
penyelidikan beliau.

Artikel yang bakal dianalisa ini ditulis pada 1995 di mana beberapa artikel dan buku
juga ditulis pada tahun yang sama iaitu Studies in the Political Aspects of Avicenna’s
General Theory of Cosmology and The Human Soul. Artikel ini telah dikaji dan dijadikan
rujukan untuk pelajar dan juga pensyarah. Artikel yang bertajuk ‘Perbezaan Negara Baik dan
Tidak Baik Menurut Al-Farabi’ dipilih adalah kerana artikel ini mempunyai falsafah politik
yang mengulas tentang tujuan kehidupan seorang manusia di atas dunia, ciri-ciri Ketua

4 | Page
Negara yang baik, komposisi rakyat yang terdapat di dalam sesebuah negara dan lain-lain
yang berkaitan dengannya. Pandangan keseluruhan tentang artikel ini adalah amat bagus
kerana isi-isinya amat diperlukan untuk dijadikan rujukan kepada sesetengah pihak. Isi yang
diperkatakan di dalam artikel ini amat teliti kerana artikel ini telah memberikan fakta-fakta
dan contoh-contoh yang amat sempurna dan cukup untuk dijadikan rujukan.
(Scholar.google, Idris Zakaria)

5 | Page
3.0 RINGKASAN ARTIKEL

Artikel yang ditulis pada tahun 1995 ini mempunyai objektif yang menceritakan
tentang konsep dan struktur negara terbaik, tentang tujuan kehidupan seorang manusia di
atas dunia, ciri-ciri Ketua Negara yang baik, komposisi rakyat yang terdapat di dalam
sesebuah negara dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Artikel ini mengulas tentang riwayat hidup Al-Farabi di mana nama penuhnya ialah
Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Ibn Tarchan yang merupakan ahli falsafah Islam yang
amat terkenal pada zaman dahulu. Beliau direkodkan telah mempelajari ilmu-ilmu seperti
Ilmu Fekah, Hadis, Tafsir al-Qur’an dan bahasa Arab. Tahap kecemerlangan Al-Farabi ini
sehingga membolehkan beliau dilantik menjadi Qadi tetapi disebabkan beliau amat tertarik
untuk belajar tentang ilmu selain daripada ilmu agama beliau telah meletak jawatan sebagai
Qadi dan belajar tentang ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu daripada Greek, Parsi,
India dan lain-lain. Beliau juga telah mempelajari ilmu-ilmu seperti ilmu fizik, falsafah, muzik,
astronomi, perubatan, sastera, politik dan sebagainya.

Ahli sejarah dan sarjana pada masa dahulu mengaku bahawa Al-Farabi adalah
seorang ahli falsafah yang amat berminat di dalam bidang politik yang menyebabkan banyak
kajiannya bertumpu pada bidang politik. Al-Farabi bukan seorang ahli politik tetapi buku
yang ditulisnya bertajuk ‘Kitab Ara’ Ahl al-Madinat al-Fadilah’ telah dijadikan rujukan oleh
semua pengkaji. Disebabkan berlakunya pergolakan politik, beliau telah menulis buku yang
bertajuk al-Madinat al-Fadilah untuk memberi jalan penyelesaian kepada pergolakan
tersebut. Buku ini menceritakan tentang contoh sikap yang baik yang patut diterapkan
kepada semua rakyat untuk menyusun pentadbiran dan struktur sosial yang baik dan
menyebabkan ada sarjana yang menyokong buku ini.

Idea al-Farabi di dalam politik dibahagi kepada dua buku iaitu al-Siyasat al-
Madaniyyah dan al-Madinat al-Fadilah. Buku-buku ini fokus kepada pembentukan sebuah
negara sehingga menjadi negara terbaik. Pentadbiran ini disamai oleh struktur badan
seorang manusia di mana anggota tubuh mempunyai sikap bekerjasama dan Ketua Negara
yang akan menyempurnakan pentadbiran ini. Ini disebabkan hubungan di antara anggota
dan ketua perlu rapat untuk menyempurnakan tugas masing-masing. Hal ini kerana, setiap
orang akan bekerja mengikut kebolehan untuk menyelesaikan sesuatu kerja.

Di dalam negara akan ada seorang insan yang sempurna iaitu insan al-kamil dan dia
merupakan ketua negara. Fungsi ketua negara adalah untuk memimpin rakyat dan
melaksanakan urusan negara manakala rakyat akan menjalankan tanggungjawab mengikut

6 | Page
kemampuan mereka. Struktur yang dimaksudkan juga mengatakan tentang susah payah
yang dihadapi oleh rakyat dan ketua. Susah payah ini akan dihadapi bersama-sama dan
situasi ini sama seperti teori yang menekankan tentang struktur sebuah organisasi dan
fungsi rakyat.

Abbas Mahmud yang merupakan seorang sarjana memberitahu bahawa Negara


Terbaik yang al-Farabi mahu adalah negara baik yang mampu memberi kesenangan
kepada rakyatnya di dunia mahupun di akhirat. Kebahagiaan dan kesempurnaan merupakan
tujuan utama yang mahu dicapai dimana ia adalah perkara yang diingini oleh manusia.
Tujuan ini telah dikaji oleh ahli falsafah Greek yang dahulu seperti Plato dan Aristotle. Al-
Farabi mengetahui perbezaan antara ikhtiar dan kemahuan di dalam bukunya bertajuk ‘al-
Qawl fi al-Farq Bayna al-Iradah wa al-Ikhtiyar waf i al-Sa’adah’ dimana beliau memberi tahu
maksud kebahagiaan yang diingini. Beliau juga berkata sikap manusia amat penting untuk
mencapai kebahagiaan tersebut. Sikap seperti Iradiyah iaitu sedar atau dirancang amat
diperlukan untuk mencapai kebahagiaan dan manusia perlu mengelak daripada al-Af’ al al-
Qabihah iaitu sikap yang tidak elok kerana sikap seperti ini akan menyebabkan sikap al-
Naqais, al-Raza’il dan al-Khasa’is yang bermaksud kekurangan, hina dan keji.

Seterusnya, manusia perlu ada tujuan hidup untuk mencapai kebahagiaan iaitu yang
berkaitan jasmani, rohani, lahir dan batin. Maksud negara terbaik bagi al-Farabi adalah
perantaraan untuk mendapat kebahagiaan. Kriteria untuk negara yang baik adalah
wujudnya kepimpinan yang tinggi dan bagus serta pentadbiran yang berkesan. Jika
sesebuah negara itu tiada objektif dan pentadbiran seperti itu negara itu tidak akan
mendapat memberi kebahagiaan kepada rakyatnya. Contoh-contoh negara tidak baik
adalah al-Madinat al-Jahilah iaitu negara yang bodoh dimana rakyat tidak tahu dan percaya
akan definisi bahagia walaupun sudah diterangkan. Objektif kehidupan bagi mereka adalah
sihat tubuh badan, cukup harta dan kesenangan supaya seseorang itu akan dihormati oleh
orang lain dimana perkara seperti ini tidak akan kekal selamanya. Menurut al-Farabi, rakyat
yang tidak mengetahui kebahagiaan sebenar itu apa akan mempunyai perspektif yang salah
tentang negara yang terbaik.

Selain itu, negara Fasiq iaitu al-Madinat al-Fasiqah di mana rakyatnya sama seperti
rakyat di negara terbaik tetapi perbuatan mereka amat berbeza di mana mereka
mengamalkan perbuatan jahil. Di samping itu, Negara Menyeleweng iaitu al-Madinat al-
Mubaddilah di mana rakyat mengetahui tentang kebahagiaan tetapi sikap mereka berubah
kepada amalan yang tidak dilakukan oleh negara terbaik iaitu al-Mubaddilah yang
bermaksud menyeleweng. Bukan itu sahaja, negara sesat iaitu al-Madinat al-Dallah adalah
contoh negara tidak baik. Rakyat di negara ini faham akan definisi bahagia, Allah dan

7 | Page
Malaikat seperti rakyat di negara terbaik tetapi ini tidak memberi apa kesan terhadap
kepercayaan mereka malah mereka bertindak menukar pendirian kerana mereka tidak
percaya bahawa pemimpin adalah orang yang telah mendapat wahyu daripada Allah dan
menganggap pemimpin penipu rakyat. Mereka tidak menjadi negara terbaik kerana fahaman
dan mempunyai pemimpin yang masih sesat. Ini adalah jenis negara-negara yang tidak baik
kerana tidak memahami apa itu erti kebahgiaan hakiki dan pemimpin mereka tidak
mempunyai kualiti seorang pemimpin yang baik.

Kerjasama yang baik adalah gagasan Ta’awun untuk mencapai tujuan hidup sosial
dan negara. Ia mempunyai dua paksi iaitu paksi vertikal dan paksi horizontal. Paksi vertikal
ialah rakyat kepada ketua negara manakala paksi horizontal ialah rakyat dengan rakyat.
Sikap mazmumah seperti suka bergaduhan, zalim dan menipu perlu dielak agar dapat
mencapai kebahagiaan. Rakyat negara terbaik perlu mengelak daripada terpengaruh
daripada unsur kebendaan kerana kebahagiaan ini hanyalah untuk sementara bukan untuk
selamanya.

Kualiti kepimpinan adalah hal yang dikaitkan dengan hukum-hakam. Pemimpin perlu
memiliki mental, semangat dan fizikal yang kuat. Beliau juga perlulah menjadi contoh
dimana dia adalah seorang yang mempunyai sikap yang baik dan ilmu yang tinggi. Antara
contoh kelayakan ketua negara adalah dapat memberi penjelasan yang jelas, seorang yang
bijaksana, sempurna tubuh badan, tidak mempunyai sikap yang buruk terutama di dalam hal
makan, minum dan hubungan dengan isteri dan mempunyai sikap keadilan dan anti-
kezaliman dan penindasan. Bukan itu sahaja, ketua negara haruslah mempunyai keazaman
yang kuat dan sangat suka akan ilmu pengetahuan di mana pemimpin itu senang untuk
menerima ilmu dan tidak pernah merasa penat. Ciri-ciri ini amat penting untuk menjadi
seorang pemimpin kerana ia penting dalam pembentukan negara yang maju. Al-Farabi
mengatakan bahawa ciri-ciri tersebut amat susah untuk dicari dalam diri seseorang maka
beliau berkata jika seseorang itu mempunyai lima atau enam ciri daripada dua belas ciri
tersebut dia boleh diiktirafkan sebagai ketua negara yang baik.

Ketua negara yang kedua perlu ada jika pemimpin utama tiada dimana ciri-cirinya
adalah seorang yang bijaksana, seorang yang mampu berfikir di mana mampu
mengeluarkan hukum, seorang yang sentiasa memerhatikan keadaan dengan serius dan
seorang yang sentiasa berwaspada tentang soal peperangan. Al-Farabi telah mengambil
Sayf al-Dawlah sebagai contoh ketika berbicara tentang jihad dimana Sayf al-Dawlah
merupakan khalifah yang terlibat dengan peperangan semasa pemerintahannya. Ini
menunjukkan al-Farabi amat mengambil berat tentang kualiti pemimpin agar dapat
mencapai kebahagiaan.

8 | Page
Akhir sekali, komposisi rakyat untuk negara terbaik adalah rakyat yang mempunyai
akhlak dan sifat yang baik di mana mereka bersifat ta'awun dan mempunyai kerjaya dan
kemahiran tersendiri. Negara terbaik mempunyai lima jenis manusia iaitu manusia yang
terbaik, ahli bahasa, ahli profesional, pejuang dan orang yang tegap. Bagi manusia yang
terbaik terdiri daripada ahli falsafah, cendekiawan dan ahli fikir dalam masalah yang besar.
Ahli bahasa terdiri daripada jurucakap, pemidato, penyair, ahli muzik dan penulis. Ahli
profesional terdiri daripada ahli matematik, statistik, fizik, astronomi dan lain-lain. Manakala
pejuang terdiri daripada tentera, pengawal keselamatan dan mereka yang mempunyai tugas
yang sama. Orang yang tegap terdiri daripada petani, peniaga dan mereka yang mempunyai
pekerjaan yang lain. Perancangan ini memenuhi logik untuk mencapai negara terbaik.
Penelitian al-Farabi amat teliti dan telus kerana ia adalah penilitian yang realistik di mana ia
menunjukkan komposisi rakyat yang terdiri daripada semua jenis kerjaya manusia untuk
menjadi negara terbaik.

9 | Page
4.0 ULASAN KRITIS

Tugasan yang diberikan kepada kami pada kali ini ialah untuk mengulas dan
menganalisa artikel yang telah diberikan iaitu artikel ‘Perbezaan Negara Baik dan Tidak Baik
Menurut Al-Farabi’. Kami akan memberikan pendapat melalui kertas kerja tentang isu-isu
yang telah diperkatakan dan dibangkitkan oleh penulis Idris Zakaria di dalam artikel ini. Isu-
isu yang telah diceritakan dan dibincangkan di dalam artikel ini akan kami huraikan dengan
lebih terperinci agar dapat memenuhi kehendak tugasan ini.

10 | Page
4.1 Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis

Isu utama yang telah dibangkitkan oleh penulis adalah sifat-sifat negara baik dan
negara tidak baik membawa banyak perbezaan dalam kehidupan manusia bermasyarakat.
Hal ini adalah kerana identiti sebuah negara boleh dilihat dengan status keadaan rakyat
negara tersebut. Sifat-sifat negara baik dan negara tidak baik ini telah dibuktikan oleh
penulis dengan karya ahli falsafah politik, al-Farabi atau nama penuhnya Abu Nasr
Muhammad bin Muhammad Ibn Tarchan.

Sifat yang pertama untuk mencapai negara terbaik yang dinyatakan oleh penulis di
dalam artikel ini adalah struktur organisasi pentadbiran yang berkesan dapat membentuk
negara terbaik. Organisasi ini wajib diketuai oleh ketua negara bersama bantuan rakyat.
Berdasarkan di dalam artikel, seorang ketua ibarat sebagai hati manakala rakyatnya ibarat
anggota badan. Tanpa hati, seluruh anggota badan tidak dapat melakukan tugas masing-
masing manakala tanpa anggota badan, setiap objektif tidak dapat dicapai dengan
cemerlang. Penulis mengatakan bahawa berdasarkan teori al-Farabi, susah senang ummah
haruslah ditanggung bersama dan juga sikap taawun iaitu bekerjasama haruslah dipupuk
dalam pemimpin dan rakyat. Tidak kira pangkat atau posisi di dalam organisasi tersebut,
segala keperitaan dan kebahagiaan haruslah dikongsi bersama.

Seterusnya, negara terbaik mestilah mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai
bagi pembentukan negara yang mulia. Menurut penulis, tujuan al-Farabi menggerakkan
gagasan Negara Terbaik itu adalah untuk memperoleh kebahagiaan yang kekal abadi
kepada ummahnya di dunia dan di akhirat (Mahmud 1944, 128). Perkataan ‘kebahagiaan’ ini
amat ditekankan oleh al-Farabi kerana kebahagiaan inilah tujuan sebenar hidup manusia
dan matlamat sebenar bagi sesebuah negara. Kebahagiaan ini dapat dicapai jika seluruh
anggota di dalam sebuah organisasi itu mempunyai niat yang suci dan ikhlas. Berdasarkan
artikel ini, penulis mengatakan bahawa menurut skima pemikiran al-Farabi, di samping ilmu
pengetahuan, akhlak dan sikap yang baik adalah syarat utama untuk memperoleh
kebahagiaan. Dengan kebahagiaan, pemimpin dan rakyat dapat peroleh kehidupan yang
aman dan harmoni selamanya.

Selain itu, kualiti kepemimpinan yang tinggi dan cemerlang amatlah penting dalam
pembentukan negara terbaik. Identiti seorang pemimpin dapat dicerminkan dengan keadaan
semasa sesebuah negara itu. Jika pemimpin itu berkualiti tinggi, sistem pentadbiran negara
itu akan menjadi kemas dan sistematik dan kehidupan rakyat juga mencapai kebahagiaan.
Manakala, jika pemimpin itu bersifat individualistik atau materialistik, keadaan negara adalah
disebaliknya. Menurut penulis, al-Farabi menyatakan bahawa seorang ketua negara perlulah

11 | Page
memiliki sekurang-kurang lima atau enam daripada dua belas sifat ketua negara yang baik
yang telah disenaraikan oleh beliau. Seseorang itu tidak layak menjadi seorang ketua
negara jika tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut. Posisi sebagai seorang ketua negara
ini tidak boleh dibawa sebagai alat permainan kerana ketua negara perlu memiliki kualiti
yang lebih tinggi daripada rakyat biasa. Identiti sebagai seorang ketua negara perlulah
dipandang serius kerana jika hati negara itu tidak efisien dan efektif, seluruh anggota badan
akan rosak dan tergendala. Oleh itu, untuk menjadi seorang pemimpin negara, seseorang
itu perlulah mempersiapkan diri dengan niat ikhlas untuk membantu negara.

Akhir sekali, rakyat yang berupaya menyumbang kebaikan dan kemajuan kepada
negara adalah salah satu sifat-sifat negara terbaik. Al-Farabi mengatakan rakyat perlulah
memiliki pelbagai bidang kemahiran dan profesion. Menurut penulis, ia dapati al-Farabi
menjelaskan di dalam kitab Fasul al-Madani bahawa negara terbaik mempunyai lima jenis
manusia yang baik iaitu manusia yang terbaik, ahli-ahli bahasa, ahli-ahli profesional,
pejuang dan orang-orang yang tahan lasak. Kelima-lima jenis manusia ini mempunyai
kriteria dan tugas masing-masing bagi mencapai matlamat negara. Menurut penulis, jika
sebuah negara itu tidak memiliki rakyat yang berada di dalam golongan lima jenis manusia
ini atau hanya sebahagian sahaja, cita-cita negara tidak akan tercapai. Berikutnya penulis
memberi sebuah contoh di mana negara Jepun dan Korea menjadi terus maju di zaman
moden ini walaupun kedua-dua negara itu adalah negara kecil. Kemudian, ada pula negara-
negara yang mempunyai kuantiti rakyatnya yang cukup besar tetapi tetap mundur. Ini adalah
kerana kualiti rakyat sesebuah negara itu yang membezakan status kemajuan negara. Oleh
itu, sesebuah negara itu perlulah bekerjasama membina rakyat yang berkualiti agar
matlamat negara tercapai.

Manakala, sifat-sifat negara tidak baik pula berlawanan dengan sifat-sifat negara
terbaik seperti lahirnya sifat-sifat mazmumah. Sebagai contoh, sifat individualistik,
eksploitasi, golongan lemah, suka bergaduh, zalim, menipu, mementingkan kehidupan
materialistik yang melampau. Menurut al-Farabi, sifat-sifat ini yang menghalang mencapai
kebahagiaan. Tambahan pula, penulis menyenaraikan secara ringkas empat pengenalan
ideologi negara tidak baik menurut persepsi al-Farabi seperti negara bodoh (al-Madinat al-
Jahilah), negara fasiq (al-Madinat al-Fasiqah), negara menyeleweng (al-Madinat al-
Mubaddilah) dan negara sesat (al-Madinat al-Dallah). Penulis menyatakan bahawa
keempat-empat negara tidak baik ini tidak mempunyai erti kebahagiaan yang sebenar dan
juga tidak memiliki pemimpin yang berkualiti tinggi. Oleh itu, sifat-sifat negara tidak baik ini
perlulah dielakkan sebaik mungkin agar negara tidak musnah dan mundur.

12 | Page
4.2 Adakah isu tersebut menarik?

Pada pendapat kami, isu yang dizahirkan oleh penulis amat menarik kerana
kandungannya mudah dibaca dan difahami oleh para pembaca. Hal ini demikian kerana
penulis menghuraikan setiap maklumat mengenai isu tersebut dengan bahasa penulisan
yang tidak sulit, maka konteks isu penulis di dalam artikel ini mudah dihadam dan jelas.
Setiap isi yang dihuraikan oleh penulis disertai dengan bukti-bukti penulisan al-Farabi
berdasarkan kitab-kitab beliau dan juga analisis ahli-ahli falsafah yang lain.

Seterusnya, isu tersebut menarik adalah kerana isu ini boleh diambil iktibar dan
memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia. Berdasarkan isu-isu semasa dan juga
kehidupan sekeliling di Malaysia ini, kita masih jauh lagi untuk diiktirafkan sebagai negara
yang maju. Ini adalah kerana kurangnya kualiti kepimpinan dan kualiti rakyat. Terdapat
pelbagai berita yang membuktikan bahawa ada di kalangan pemimpin-pemimpin Malaysia
bersifat materialistik yang tergolong dengan korupsi dan penipuan. Sebagai contoh, bekas
perdana menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlibat dengan skandal
1MDB yang telah membawa nama buruk kepada Malaysia. Oleh itu, segala sifat-sifat
negara terbaik menurut al-Farabi yang telah dituliskan oleh penulis di artikel ini boleh
memberi tunjuk ajar kepada rakyat Malaysia untuk memperbaiki segala kekurangan yang
ada pada negara. Maka, rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan sifat-sifat negara terbaik
ini untuk mencapai matlamat negara dengan cemerlang.

Akhir sekali, pandangan konsep negara terbaik menjadi lebih luas menyebabkan isu
ini menjadi lebih menarik. Pada dasarnya, kita hanya berpendapat bahawa konsep negara
terbaik ini tercapai dengan kemajuan sesebuah negara itu. Misalnya, bangunan yang tinggi-
tinggi ibarat pencakar langit, seni bina bangunan yang menarik mata para pelancong, pusat
membeli-belah yang besar dan juga lanskap yang cantik. Akan tetapi, contoh-contoh yang
dinyatakan sebelum ini hanyalah kecantikan di luaran sahaja, kita lupa bahawasanya
perkara yang paling penting dalam konsep negara terbaik ini adalah sifat-sifat yang baik dan
akhlak. Tanpa ciri-ciri ini, kemajuan sesebuah negara itu hanyalah bertahan untuk
sementara sahaja.

13 | Page
4.3 Adakah isu yang dibangkitkan oleh penulis relevan bagi anda
sebagai seorang penyelidik?

Isu yang dibangkitkan oleh penulis adalah relevan bagi kami sebagai penyelidik
artikel ini. Isu ini dapat berkait rapat dengan isu-isu semasa di dalam negara ini. Misalnya,
pada 24 Mei yang lalu, terdapat perlanggaran antara dua tren Transit Aliran Ringan (LRT)
berhampiran stesen Kampung Baru yang menyebabkan 47 penumpang cedera parah
manakala 166 penumpang mengalami luka ringan (Safeek Affendy Razali & Ilah Hafiz Aziz,
2021). Kemudian, pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang
juga merupakan ahli politik telah melakukan malapetaka di sidang media keesokannya yang
menyebabkan kemarahan orang ramai. Beliau memberi respons yang tidak profesional dan
tidak beretika di sidang media tersebut seperti berketawa sinis sewaktu menjawab tentang
nahas itu ibarat perkara ini tidak sensitif dan tiada empati terhadap mangsa-mangsa
kejadian (Dr. Jeniri Amir, 2021). Ini telah membuktikan bahawa ada segolongan pemimpin
rakyat Malaysia tidak layak menjadi seorang pemimpin kerana adanya sifat-sifat pemimpin
untuk negara tidak baik. Oleh itu, pemimpin-pemimpin Malaysia boleh mengambil iktibar erti
sebenar sifat-sifat negara terbaik dan menjadi pemimpin yang berkualiti tinggi.

Di samping itu, isu ini relevan oleh kerana dapat memberi tunjuk ajar kepada rakyat
Malaysia erti negara terbaik yang sebenar. Salah satu sifat negara terbaik adalah kualiti
rakyat yang tinggi dalam menyumbang jasa kepada negara menggunakan kelebihan
masing-masing. Bukan hanya pekerjaan seperti doktor, peguam, jurutera dan juruterbang
sahaja dapat menaikkan nama negara tetapi semua bidang pekerjaan termasuk pekerja
buruh, pekerja am dan tukang sampah. Tidak kira sijil dan pekerjaan di dalam tangan
seseorang itu tetapi niat yang ikhlas dan kualiti dalam melaksanakan pekerjaan itulah
merupakan elemen yang penting dalam mengejar erti sebenar negara terbaik. Dengan ini,
setiap rakyat Malaysia perlulah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam
mengejar bidang yang mereka minat dan bersemangat menaikkan nama negara.

Akhir sekali, isu yang dibangkitkan oleh penulis ini relevan kerana dapat membuka
mata rakyat Malaysia erti kebahagiaan yang hakiki. Kita menganggap bahawa identiti luaran
negara dan juga kebendaan dunia seperti membina KLCC dan Menara Kuala Lumpur yang
dapat memberi kebahagiaan akan tetapi sifat-sifat yang baiklah yang merupakan erti
sebenar kebahagiaan kepada rakyat Malaysia yang boleh menangkap mata para pelancong.
Perkara yang paling diingati oleh seorang pelancong bukanlah kemewahan dan keberadaan
sesebuah negara itu tetapi personaliti rakyat itu sendiri. Ini boleh diambil iktibar oleh negara
New Zealand di mana pada 15 Mac 2019, negara itu telah mencatat sejarah di mana

14 | Page
serangan masjid berlaku di Christchurch sewaktu warga muslim sedang melaksanakan solat
jumaat. 51 orang awam telah dibunuh oleh pengganas yang bernama Brenton Tarrant.
(Astro Awani, 2020). Kepujian dapat diberi kepada kerajaan dan rakyat negara tersebut
kerana telah melakukan sedaya upaya untuk memberi keadilan dalam tragedi ini kepada
mangsa-mangsa. Walaupun negara itu bukanlah negara islam, akan tetapi disebabkan sifat
empati dan ikhlas untuk menolong mangsa-mangsa tragedi itu, ia telah menyentuh hati
insan-insan di seluruh dunia. Oleh itu, tragedi ini telah menaikkan nama negara New
Zealand dan sentiasa disebut-sebutkan oleh warga Malaysia terutamanya warga umat
Islam. Dengan ini, tidak kira status atau bangsa, sebuah negara perlulah bekerjasama
dalam menegakkan keadilan bagi mencapai kebahagiaan yang hakiki.

15 | Page
4.4 Persetujuan tentang kandungan artikel

Setelah selesai melakukan pembacaan, pemahaman dan penyelidikan keatas artikel


ini, kami mencapai kata sepakat untuk menyetujui setiap isi dan hujah artikel yang
disampaikan. Penulis mengemukakan bukti yang jelas serta pandangan ahli-ahli falsafah
untuk menguatkan lagi hujah idealisma perbezaan antara negara baik dan tidak baik yang
diberikan. Berdasarkan perbincangan yang telah dinyatakan sebelum ini, isu utama yang
diusul oleh penulis ialah sifat-sifat negara baik dan negara tidak baik membawa banyak
perbezaan dalam kehidupan manusia bermasyarakat. Kami bersetuju dengan kenyataan
penulis yang berpendapat bahawa ideologi, kriteria akhlak, sifat mulia dalam konteks
kerjasama dan mutu kepemimpinan serta komposisi rakyat merupakan tolok ukur sebenar
pengkelasan sesuatu negara sama ada baik atau tidak baik.

Kami setuju akan pendapat penulis yang menyatakan bahawa negara terbaik
dibentuk melalui struktur pentadbiran yang sistematik, dimana formasinya terdiri daripada
ketua negara dan lapisan ummah yang saling bekerjasama melengkapi keperluan negara.
Hal ini dapat dibuktikan dengan situasi kita pada zaman kini yang mana organisasi setiap
negara merangkumi pemimpin sehinggalah kelompok masyarakat. Ketua negara adalah
khalifah yang berperanan sebagai pentadbir utama dalam membina peradaban, memberi
arahan dan membuat keputusan berkaitan hal-ehwal negara. Bagi melancarkan pentadbiran
sesebuah negara, jabatan-jabatan diketuai menteri yang pakar dalam bidang kendalian
mereka ditubuhkan. Ini dapat dilihat berdasarkan perlembagaan Malaysia yang terdiri
daripada jabatan perdana menteri, ekonomi, keselamatan, pendidikan dan sosial dan
pembangunan infrastruktur (Wikipedia Bahasa Melayu, 2021). Setiap jabatan ini bertindak
sebagai tangan kanan kerajaan bagi memastikan selok-belok pentadbiran dapat
dilaksanakan dengan benar dan terurus. Sebagai contoh, perdana menteri
bertanggungjawab menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong iaitu ketua negara
kita. Buktinya, apabila peristiwa 13 Mei berlaku, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri, telah serta-merta mengisytiharkan
keadaan darurat di seluruh negara (Institut Tadbiran Awam Negara, 1982). bagi memastikan
keselamatan negara terjamin.

Kami juga menyokong sepenuhnya kandungan artikel yang menyatakan bahawa


negara terbaik harus memiliki matlamat pembentukan atau idea gagasan negara yang mulia
bagi mencapai kebahagiaan seluruh ummah. Hal ini kerana, apabila setiap rakyat sesebuah
negara itu cakna dan faham akan tujuan kewujudan negara, mereka akan mengawal tingkah
laku, menghormati pemimpin dan mentaati perintah tuhan supaya cita-cita negara dapat
dikecapi. Misalnya, sebagai rakyat Malaysia, kita harus memahami, menjiwai dan berpegang

16 | Page
kepada prinsip rukun negara supaya perpaduan masyarakat berbilang kaum dapat dipupuk.
Salah satu rukun negara iaitu “Kedaulatan undang-undang” menegaskan bahawa setiap
orang dan institusi di Malaysia tertakluk kepada dan bertanggungjawab terhadap undang-
undang yang dikuatkuasa. Dimana pentadbiran negara bukan dipelopori oleh pemerintah
semata-mata, namun berlandaskan undang-undang yang umumnya adil terhadap kesalahan
dan memberi perlindungan hak asasi manusia (A. Aziz, D. ,2015). Dengan ini, seluruh
ummah dapat merasai kehidupan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat sekiranya
kesefahaman dan keharmonian dipelihara. Oleh itu, pentingnya ideologi prinsip rukun
negara dalam pentadbiran.

Selain itu, kami juga bersetuju dengan penulis terhadap pendapatnya iaitu negara
terbaik diketuai pemerintah berkualiti kepimpinan yang tinggi dan cemerlang. Pada
penulisan artikel ini, telah disenaraikan dua belas sifat dan syarat-syarat kelayakan bagi
melahirkan ketua negara yang sempurna lagi unggul berdasarkan karya Al-Farabi rujukan
penulis, yang sememangnya harus dicontohi dan dijadikan panduan. Hal ini demikian
kerana, dalam kehidupan bernegara, ketua negara merupakan persona tertinggi dalam
organisasi pentadbiran. Interaksi sesama rakyat dalam kehidupan masyarakat bertujuan
mencapai kebahagiaan dan pemimpin ini merupakan individu yang bertanggungjawab
mengendalikan interaksi ini. Sekaligus, ummah bergantung kepada ketua negara untuk
meraih sesuatu yang disebut oleh Al-Farabi sebagai kebaikan mutlak (Tanabayeva, A.
& et.al.). Jika seorang pemimpin itu menjalankan tugasnya dengan amanah dan adil, dia
akan memperoleh kepercayaan rakyatnya. Dengan ini kehormatan terhadap pentadbir dan
keamanan negara dapat dipelihara. Sebagai contoh, corak kepimpinan khulafa’ al-Rasyidin
yang berjaya memerintah kerajaan Islam setelah kewafatan Rasulullah SAW yang menjadi
kebanggaan umat Islam masa kini adalah hasil daripada nilai-nilai jati diri yang ada pada
mereka. Ini jelas bahawa, ketinggian akhlak pemimpin, memberi teladan kepada rakyatnya,
lantas matlamat mengecapi negara terbaik dapat dicapai.

Kami juga turut menyokong penyataan penulis bahawa negara terbaik mempunyai
rakyat yang boleh menyumbang kebaikan dan kemajuan kepada negaranya. Ini adalah
kerana setiap individu dalam organisasi masyarakat merupakan aset sesebuah negara.
Rakyat dalam negara terbaik bukan sahaja memiliki akhlak dan sifat terpuji, malah
mempunyai pelbagai kemahiran dan keterampilan yang boleh memberi bakti kepada
negaranya. Ini dibuktikan dengan contoh daripada negara-negara maju seperti Jepun dan
Korea dimana negara tersebut berjaya menjadi antara negara yang mampu menghasilkan
teknologi canggih buatan sendiri dan menguasai industri yang menjamin kestabilan ekonomi
mereka. Kepakaran rakyat dalam pelbagai bidang dan profesion boleh membantu dalam

17 | Page
mencapai objektif negara. Kesihatan, keselamatan, pendidikan dan ekonomi akan
terpelihara dengan adanya orang-orang yang mempunyai ilmu dalam jurusan tersebut.
Malahan, negara baik yang didiami rakyat berkebolehan ini tidak perlu terlalu bergantung
kepada punca atau sumber luar untuk menguruskan hal-ehwal negara dalam mendapatkan
keperluan asas kehidupan. Apabila rakyat mampu bekerja dan menjana pendapatan,
kelangsungan ekonomi negara tidak akan terjejas, rakyat juga dapat menjalani hidup yang
selesa dan bahagia. Hasil-hasil pengorbanan rakyat akan menyumbang kepada
perkembangan dan peradaban negara dalam proses menjadi negara baik.

Kesimpulannya, pandangan penulis terhadap perkara yang membezakan negara


baik dan tidak baik adalah ideologi, kriteria akhlak, sifat mulia dalam konteks kerjasama dan
kualiti kepimpinan serta komposisi rakyat dalam lingkungan bakti terhadap negara
merupakan hujah yang benar dan tepat. Dimana penulis memperlihatkan bukti-bukti yang
kukuh berdasarkan pandangan ahli falsafah dan kajian terdahulu yang terdapat dalam artikel
ini bagi menguatkan isi yang diberi. Natijahnya, kita perlulah menyedari bahawa negara
yang baik bukanlah bergantung pada saiz dan keluasannya, namun seperti apa yang
dihuraikan pada artikel ini.

18 | Page
4.5 Adakah artikel dapat mengubah atau memberi kesan kepada
pemikiran anda?

Artikel ini telah berjaya mengubah persepsi dan pemikiran kami terhadap
pemahaman sebenar apakah negara yang dikategorikan sebagai negara baik.
Sebelum kami mengkaji dan memahami konteks yang disampaikan penulis ini,
kami mempunyai anggapan bahawa negara yang baik merupakan negara yang
maju dengan teknologi moden dan mempunyai bahagian kuasa serta pengaruh
yang besar terhadap keputusan negara-negara di dunia. Kami berpandangan
sedemikian rupa dek kerana norma dunia kini yang mengukur kebaikan dan
kejayaan sesebuah negara melalui pengaruh yang boleh mereka berikan
terhadap negara yang lain. Misalnya, negara Amerika Syarikat umumnya
dianggap sebagai negara yang baik kerana kuasa mereka terhadap ekonomi
dunia, bahasa mereka sebagai bahasa perantaraan antarabangsa dan
kebolehan industri mereka yang sering dijadikan penanda aras negara lain.

Walau bagaimanapun, tanggapan ini berubah setelah kami menyedari


bahawa negara yang baik adalah negara yang mana ia amat menitikberatkan
sikap taawun dalam gagasan politik mereka. Ini bagi memastikan mereka
berjaya mencapai tujuan hidup sosial dan matlamat bernegara. Pencapaian
suatu negara itu dapat dilihat jika seluruh rakyatnya hidup selesa, memiliki
keperluan asas untuk meneruskan hidup dan tiada kemiskinan yang melampau.
Pemerintah yang prihatin dan amanah pasti akan mengutamakan kebajikan
rakyatnya, manakala rakyat pula berupaya membantu kelancaran dan
keharmonian hidup bermasyarakat. Ini terbukti bahawa negara yang baik adalah
negara yang mampu memberi kebahagian di dunia dan di akhirat kepada
seluruh organisasinya.

Artikel ini juga telah memberi pendedahan yang lebih jelas kepada
kami mengenai ciri-ciri sebenar pemimpin yang baik perlu kami kenal pasti.
Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dimana kita sebagai
rakyat, diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili kita di
Parlimen melalui proses pilihan raya. Dengan kuasa yang diberikan kepada
rakyat ini, kami boleh jadikan ciri-ciri yang disenaraikan al-Farabi sebagai
panduan untuk mengundi pemimpin yang berkelayakan. Dengan itu, pemimpin
yang bertanggungjawab dan berjiwa rakyat akan dipilih mentadbir negara,
justeru kebahagiaan dapat dikecapi.

19 | Page
Kami juga sedar bahawa kebahagiaan sesebuah negara itu bukanlah
bergantung sepenuhnya kepada unsur-unsur kebendaan seperti kekayaan hasil
bumi dan jumlah penduduk kaya harta yang ramai mengatasi keutamaan-
keutamaan hidup yang lain. Namun, kebahagiaan sebenar negara baik itu
datangnya dari ketenangan dan ketenteraman jiwa setiap orang yang tinggal di
sesebuah negaranya. Apabila seluruh rakyat mentaati dan menjalani kehidupan
berlandaskan ajaran agama, kerohanian dan jasmani mereka akan seimbang.
Mereka akan mudah mensyukuri segala nikmat yang diberikan dan sentiasa
berusaha untuk selari mengejar kebaikan dunia dan akhirat dalam hidup
bermasyarakat. Orang yang hidup senang tidak sombong, malah saling
membantu orang yang hidup susah. Kapitalisme yang berlaku dalam seluruh
sistem hidup dari pentadbiran negara hinggalah sosial rakyat juga dapat dijauhi.
Dengan ini keberkatan hidup dapat dirasai.

Kesimpulannya, idealisma politik al-Farabi yang memberi pandangan


mengenai penjelasan sebenar negara baik dan tidak baik ini memberi pengetahuan yang
luas dan banyak iktibar kepada setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, kita haruslah mengambil
tahu atau cakna tentang keadaan negara kita dari segi semua aspek. Setiap individu, sama
ada rakyat mahupun pemimpin mestilah menunaikan kewajipan masing-masing. Setelah itu,
cuba sedaya upaya memberi bakti dan mengubah kearah kebaikan supaya matlamat dan
impian untuk menjadi rakyat yang hidup bahagia di negara yang baik dapat dicapai.

20 | Page
5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa teori negara baik dan tidak baik yang
dibawa oleh al-Farabi ini adalah berpandukan ajaran Islam yang digabungkan juga dengan
kaedah pemikiran rasional. Perkara ini dapat disokong melalui bukti yang diberikan oleh
penulis dimana al-Farabi meletakkan ketua negara sebagai suri teladan dengan menjadikan
ciri-ciri kepimpinan Rasulullah SAW sebagai contoh yang terbaik kepada ummah atau
rakyatnya bagi menjamin kebahagiaan mutlak. Jika pentadbir negara itu sememangnya
mempunyai sifat-sifat mulia yang melayakkannya memerintah sebuah kerajaan, berjaya
menyusun struktur pentadbiran yang sistematik dan mementingkan kebajikan ummah, maka
dia adalah seorang insan kamil. Ideologi ini menekankan kepentingan keseimbangan intelek
dan kerohanian setiap individu masyarakat bagi memastikan kebaikan hidup bersama.

Selain itu, melalui artikel ini dapat disaksikan juga keyakinan Al – Farabi yang
berpandangan bahawa segala sesuatu yang perlu diketahui dan dilakukan untuk mencapai
kebahagiaan individu dapat diperoleh dengan adanya anugerah semula jadi manusia seperti
sifat keperibadian mulia, kerjasama dan kemanusiaan (Germann, N,.2021). Matlamat utama
falsafah politik dan ahli falsafah adalah untuk mencapai status atau keadaan ideal dalam
kehidupan sosio politik. Ketua negara dan rakyat dibezakan dari segi sifat insan kamil dan
peradaban lapisan ummah, namun interaksi sosial sesama mereka masih perlu berlaku.
Misalnya pemimpin melawat rakyat yang kesusahan dan memberi buah penyelesaian
terhadap masalah itu. Hal ini kerana sebuah organisasi masyarakat itu dibina, dikekalkan
dan diubah berdasarkan kemampuan manusia berhubung melalui interaksi sosial dan
komunikasi (Mustaffa, M., et al. 2020). Oleh itu, kehidupan bernegara yang ideal akan
terjamin sekiranya ciri-ciri utama kepentingan negara dapat dijaga dan diusahakan hingga
sempurna.

21 | Page
Melalui struktur pentadbiran berdasarkan ideologi falsafah al-Farabi, dapat dilihat
bahawa kesempurnaan sesebuah negara terletak di tangan pemimpin dan masyarakatnya.
Ketua negara adalah manusia yang memegang amanah besar menjaga kebajikan rakyat
yang dipimpin dan mentadbir kerajaan secara adil. Akan tetapi, rakyat juga
bertanggungjawab memastikan visi dan misi negara tercapai. Oleh yang demikian, setiap
daripada rakyat harus berusaha mengekalkan kerjasama erat mereka dengan pemimpin
negara demi kebaikan dan pembangunan negara tercinta. Kerjasama dan perpaduan ini
boleh mempermudah dan memastikan setiap perancangan dalam pentadbiran setiap aspek
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Hal ini juga kerana pemerintah dan rakyat merupakan
dua kelompok paling penting dalam proses menubuhkan sesebuah tamadun. Keakraban
antara dua kumpulan ini diperlihatkan dengan ungkapan peribahasa “raja dan rakyat
berpisah tiada” (Mustaffa, M., et al. 2020).

Justeru itu, dapat kita simpulkan bahawasanya teori yang dikemukakan oleh tokoh
al-Farabi ini amat jelas matlamat dan peranannya kepada seluruh umat manusia dalam
menimba ilmu menubuh dan mentadbir negara. Jika sesebuah institusi kerajaan itu
berganding tenaga dan mencorak idea bersama ahli masyarakatnya demi mencapai
kebahagiaan mutlak di dunia dan di akhirat, pasti semua dapat merasai kelebihan dan
kejayaan hakiki semasa didunia. Oleh demikian rupa, kita sebagai generasi masa kini
perlulah mengaplikasikan teori kenegaraan iaitu negara baik dan tidak baik ini bagi
memastikan kelangsungan kehidupan kita lebih kemas dan teratur.

22 | Page
5.1 Penemuan baru yang diperoleh daripada artikel

Antara penemuan baru yang diperolehi daripada artikel ini adalah kriteria-kriteria
utama negara yang baik dalam sudut falsafah. Antara kriteria-kriteria utama negara yang
baik mengikut teori al-Farabi ialah adanya suatu mekanisme kepimpinan yang cemerlang
dan berkualiti tinggi, organisasi pentadbiran yang berkesan dan tersusun, dan juga tujuan
pembentukan negara yang mulia. Hal ini adalah sesuatu yang sedikit baharu bagi kami
kerana berdasarkan kefahaman kami sebelum ini, negara yang baik itu adalah negara yang
dipandang tinggi oleh negara-negara lain serta ianya maju dari segi ekonomi, teknologi dan
pembangunan. Setelah meneliti kriteria yang dimaksudkan oleh al-Farabi, kefahaman kami
adalah tidak jauh berbeza daripada teori beliau. Hal ini kerana, negara yang baik juga
adalah negara yang sememangnya maju dari segala sudut, dan apabila sesebuah negara
itu memenuhi kriteria yang diperkatakan oleh beliau, sudah tentu sekali negara itu juga akan
dipandang tinggi oleh negara-negara lain.

Teori fahaman al-Farabi adalah tertumpu kepada kekemasan struktur organisasi dan
fungsi kolektif ummah (rakyat). Difahami, struktur pentadbiran negara terbaik dalam
pandangan beliau adalah yang seumpama badan seorang manusia. Al-Qalb iaitu hati
menjadi ‘ketua’ kepada anggota badan yang lain manakala setiap daripada komponen
anggota menggunakan kekuatan mereka untuk bekerjasama bersama ketua demi mencapai
matlamat, kesempurnaan, dan kebahagiaan hidup yang dapat dikongsi bersama. Bagi kami,
perkara ini adalah menarik untuk ditelusuri. Benar, struktur pentadbiran negara pada masa
kini adalah tidak jauh berbeza dengan yang dimaksudkan oleh al-Farabi dimana seorang
ketua memimpin rakyatnya dan mentadbir negara manakal rakyat pula menjalankan
tanggungjawab mereka yang telah diberikan. Namun begitu, konsep bekerja sama demi
mencapai matlamat, kesempurnaan dan kebahagiaan hidup bersama itu adalah sesuatu
yang jarang sekali dilihat pada negara hari ini. Ini kerana banyak negara yang wujud pada
hari ini telah mencipta satu pembahagian kepada masyarakat mengikut pangkat, harta,
mahupun kekuasaan dimana ianya menyebabkan penindasan.

Selain daripada itu, perkara baru yang diperolehi daripada artikel ini juga ialah
berkaitan beberapa ideologi negara-negara tidak baik yang disebut oleh al-Farabi
berasaskan persepsi beliau. Pertama sekali adalah negara bodoh (al-madinat al-jahilah).
Ciri-ciri negara ini adalah rakyatnya yang tidak dapat memahami dan mempercayai
kebahagiaan walaupun kebahagiaan itu diterangkan kepada mereka. Bagi mereka, sesuatu
yang baik (khayrat) itu hanyalah perkara yang pada zahirnya kelihatan baik iaitu seperti sihat
tubuh badan, kehidupan yang senang, kekenyangan, dan cukup harta. Memiliki semua itu

23 | Page
akan menjadikan seseorang mulia dan agung. Kedua adalah negara fasik (al-madinat al-
fasiqah). Penduduk negara ini sebenarnya seperti negara terbaik kerana pada dasarnya,
mereka mengetahui kebahagian, Allah ‘Azza Wa Jalla, dan malaikat. Tetapi disebabkan
mereka beramal seperti perbuatan negara jahil, mereka tidak lagi sama seperti negara
terbaik. Ketiga adalah negara menyeleweng (al-madinat al-mubaddilah). Negara ini juga
pada asalnya mempunyai pemikiran dan perilaku yang serupa dengan negara terbaik.
Namun begitu, pada satu masa berlakunya penyelewengan sehingga mereka tidak lagi
seperti negara terbaik. Terakhir sekali ialah negara sesat (al-madinat al-dallat). Penduduk
negara ini juga sama cirinya seperti negara terbaik. Namun, walaupun mereka mengetahui
tentang kebahagiaan, Allah, dan juga Malaikat, kepercayaan mereka tidaklah bergantung
kepada pengetahuan itu tetapi kepada pendirian yang boleh diubah. Tambahan pula,
pemimpin negara ini mendakwa dirinya menerima wahyu walhal dia telah berbohong.

Mengikut pemikiran falsafah politik al-Farabi, tahap kemajuan mahupun kemunduran


sesebuah negara itu bergantung kepada ketua negara atau pemimpin itu sendiri. Oleh itu,
beliau telah menyenaraikan sebanyak dua belas sifat yang melayakkan seseorang itu
sebagai pemimpin. Apabila seseorang itu memenuhi lima atau enam daripada dua belas
sifat tersebut sudah boleh disifatkan sebagai ketua negara yang baik. Sifat-sifat tersebut
adalah:

(1) sempurna tubuh badan dan bertenaga ataupun berkemampuan untuk


menjalankan tugas dengan mudah,

(2) mempunyai kefahaman yang baik, boleh menggambarkan apa yang


dibicarakannya, dan mengetahui tindakan yang harus dilakukan,

(3) bukan seorang yang pelupa, mempunyai ingatan yang kuat tentang perkara yang
pernah beliau fahami, lihat, dengar ataupun dapat (idrak)

(4) bijaksana apabila mendengar sesuatu dan dapat memahami perkara


berdasarkan reaksi seseorang

(5) mampu menjelaskan dengan jelas berkenaan sesuatu ibarat

(6) mempunyai minat yang mendalam, mudah menerima serta tidak mudah lelah
dalam menimba ilmu pengetahuan

(7) tidak bersikap buruk dalam hal berkaitan makanan dan hubungan kelamin serta
menjauhkan diri daripada perbuatan yang sekadar bermotifkan suka-suka

(8) mempunyai sifat cinta akan kebenaran dan orang yang bersifat demikian,
manakala benci terhadap penipuan dan orang yang bersifat sedemikian

24 | Page
(9) mempunyai jiwa yang berhemat tinggi sehingga dapat mengatasi perkara-perkara
yang remeh-temeh

(10) tidak cenderung untuk mengumpul harta dan segala bentuk kekayaan di dunia

(11) mempunyai sikap pro-keadilan serta anti-kezaliman dan penindasan, tidak


mudah terpengaruh dengan perkara yang buruk, adalah lebih baik jika mudah didekati
kebaikan, keadilan dan seumpamanya

(12) mestilah mempunyai keazaman, semangat, dan jiwa yang kuat, serta berani
terhadap perkara yang dirasai atau perlu dilakukan.

Beberapa sifat-sifat yang telah disenaraikan diatas adalah sifat yang baru kami
perolehi. Misalnya, dapat memahami perkara berdasarkan reaksi seseorang, serta boleh
menggambarkan apa yang dibicarakannya. Manakala terdapat beberapa sifat-sifat
pemimpin yang kami ketahui tetapi tidak tersenarai diatas iaitu dapat menjadi inspirasi
kepada rakyatnya, mempunyai perasaan empati yang tinggi, dan juga bersikap bertenang
walau dalam apa jua krisis yang muncul. Walaupun sifat-sifat ini tidak tersenarai secara
spesifik diantara dua belas sifat yang dibahaskan dalam falsafah al-Farabi, semua
daripadanya masih mempunyai ciri persamaan (positif) sebagai sifat yang penting dalam diri
seorang pemimpin yang baik.

Bukan itu sahaja, ada juga perkara baru yang kami temui dimana dalam ideologi
falsafah al-Farabi, rakyat sesebuah negara terbaik perlu memiliki akhlak yang tinggi, bersifat
bekerjasama (ta'awun), serta pelbagai kemahiran dan profession. Oleh itu, di dalam
kitabnya Fathul al-Madani, beliau ada menjelaskan lima jenis manusia (rakyat) yang
termasuk sebagai penduduk negara terbaik. Menurutnya, rakyat sesebuah negara terbaik
perlu memiliki akhlak yang tinggi, bersifat bekerjasama (ta'awun), serta pelbagai kemahiran
dan profession. Jenis manusia pertama ialah manusia yang terbaik (excellent). Mereka ini
terdiri daripada ahli-ahli falsafah, cendiakawan, dan ahli fikir dalam masalah-masalah besar.
Jenis manusia yang kedua ialah ahli-ahli Bahasa (the linguists). Golongan-golongannya
ialah jurucakap, pemidato, penyair, penulis, ahli muzik dan seumpamanya. Manakal jenis
yang ketiga pula ialah ahli-ahli professional (the secluded). Mereka terdiri daripada ahli-ahli
matematik, fizik, statistik, astronomi dan lain-lain. Jenis keempat pula ialah pejuang-pejuang
(the struggling), yang terdiri daripada tentera, pengawal keselamatan, dan seumpamanya.
Dan jenis manusia yang terakhir berdasarkan ideologi al-Farabi ialah orang-orang yang
tahan lasak/tegap (the steady). Petani/peladang, peniaga/pedagang, serta mereka yang
terlibat dalam pekerjaan atau kepentingan lain adalah golongan the steady.

25 | Page
5.2 Bagaimana anda akan menggunakan ilmu pengetahuan ini dalam
kajian yang akan anda lakukan pada masa akan datang?

Falsafah yang dibawa oleh al-Farabi sebenarnya cenderung kepada arah politik.
Sejumlah besar para sarjana dan ahli sejarah mengakui bahawa beliau adalah ahli falsafah
Islam yang sangat berminat tentang hal-hal politik kerana kebanyakan daripada hasil
penulisannya adalah berkaitan politik. Walaupun beliau begitu cenderung kepada politik,
beliau bukanlah seorang yang terlibat secara langsung dalam hal-hal berkaitannya. Tetapi
disebabkan beliau telah melalui fasa kehidupan dimana negaranya mengalami segala
bentuk kepincangan dan keruntuhan politik, beliau akhirnya melakukan penulisan dengan
harapan ia dapat menjadi inspirasi kepada orang lain berkenaan ideologinya terhadap
sebuah negara yang terbaik.

Terdapat pelbagai ideologi dan teori berguna yang telah beliau kemukakan dalam
penulisannya. Kesemuanya dapat dijadikan sebagai rujukan dalam hal-hal politik,
terutamanya dalam mencapai matlamat sebuah negara terbaik. Sebagai contohnya, beliau
ada sebutkan empat ciri-ciri negara tidak baik iaitu negara bodoh, negara fasiq, negara
menyeleweng, dan juga negara sesat. Sifat negara-negara tersebut ada dibahaskan secara
ringkas di dalam penulisannya. Maka, kita haruslah fahami kesemua sifat dan ciri tersebut
dan seterusnya menjauhinya. Hal ini kerana, negara-negara tersebut tidak mungkin
mencapai kebahagiaan hakiki didunia mahupun diakhirat disebabkan oleh kelemahan di
dalam kepercayaan mahupun dalam amalan mereka yang negatif. Kita haruslah fahami
maksud kebahagiaan, Allah dan juga Malaikat, serta amalan kita haruslah tidak sesat atau
menyeleweng daripada mencapai kebahagiaan. Masyarakat (ketua negara dan rakyat) pada
hari ini harus jujur dan saling bekerjasama dalam mencapai tujuan hidup bernegara.

Tambahan itu pula, ada juga beliau senaraikan beberapa syarat ataupun kriteria
yang menjadikan seorang pemimpin itu pemimpin yang baik. Walaupun senarai tersebut
tampak seperti hal yang remeh, namun hakikatnya sesebuah negara itu tidak boleh
mencapai kemajuan mahupun kebahagian hakiki jika ketua negaranya bukanlah seorang
yang memenuhi syarat minima (lima atau enam ciri) yang tersenarai. Hal ini juga penting
untuk mengelakkan berlakunya lebih banyak pergolakan dalam politik negara yang
merisaukan. Negara-negara pada hari ini, misalnya tanah air kita iaitu Malaysia, sedang
melalui masalah kepincangan dalam pentadbiran negara. Jika diteliti, punca kepada
permasalah yang berlaku adalah kerana kredibiliti barisan pemimpin negara yang tidak
berkualiti tinggi. Ramai daripada mereka tidak menunjukkan kerjasama, malah berbalah

26 | Page
untuk merebut kuasa demi menjaga posisi dan nama masing-masing. Oleh itu, negara-
negara yang wujud di dunia pada hari ini bolehlah menjadikan ideologi al-Farabi ini sebagai
kayu ukur dalam pemilihan seorang pemimpin untuk memimpin negara agar dapat
memastikan dia mampu mentadbir negara dan mendorong rakyat kearah negara terbaik

Bukan itu sahaja, kategori rakyat negara terbaik yang dijelaskan oleh al-Farabi
secara implisitnya menerangkan bahawasanya untuk mencapai tahap negara terbaik,
rakyat-rakyatnya haruslah terdiri daripada pelbagai golongan yang hebat dari segi
kemahiran mahupun profession. Mereka haruslah berkerjasama dalam menjalankan
tanggungjawab masing-masing untuk menyumbang bakti kepada negara. Demikian itu,
masyarakat pada hari ini haruslah teladani kategori tersebut dan memahami peranan
masing-masing berdasarkannya. Setiap individu sebaiknya mencuba meletakkan diri dalam
salah satu daripada kategori tersebut untuk memastikan tanggungjawab sebagai seorang
rakyat dapat dipikul dengan jayanya. Pemimpin negara juga perlu berusaha mewujudkan
golongan rakyat seperti yang disebutkan oleh al-Farabi dengan cara memberikan peluang
kepada masyarakat untuk mengasah kebolehan mereka. Sektor ekonomi dan pekerjaan
harus diluaskan untuk membuka jalan kepada rakyat bagi mengasah atau mencari peranan
mereka kepada negara. Hal ini penting kerana kemajuan negara juga bergantung kepada
kualiti rakyatnya, dan bukan kepada kuantiti semata-mata.

27 | Page
5.3 Cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti kajian ini

Antara cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti kajian ini ialah, penulis haruslah
menyenaraikan dan mengkaji dengan lebih mendalam tentang apakah sebenarnya batas
perbezaan negara yang baik dan tidak baik. Hal ini kerana, di dalam kajian ini, tiada garis
panduan tetap dalam membezakan kedua jenis negara tersebut walaupun penulis ada
menyebut ciri-ciri negara yang buruk dan juga unsur kolektif negara terbaik. Penjelasan
yang lebih terang agar masyarakat pada hari ini dapat melihat dengan jelas posisi negara
mereka berada di dalam negara yang baik ataupun sebaliknya, dan jika mereka dapati
sebarang kekurangan, mereka boleh perbaiki untuk mendekati negara yang baik.

Selain daripada itu, penulis juga perlu membahas dengan lebih teliti berkaitan
langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap negara terbaik. Perkara ini
adalah sebagai panduan dan rujukan kepada negara-negara yang wujud di dunia ini dalam
membangunkan kualiti negara mereka dari segi politik mahupun sosial. Langkah-langkah
yang berkaitan adalah seperti, bagaimana untuk memastikan kualiti politik yang kukuh, cara
untuk membina kerjasama dalam kalangan masyarakat, ataupun langkah untuk
membangunkan sistem pentadbiran yang lemah.

Di samping itu, penulis juga boleh menambah baik kualiti kajian ini dengan membuat
kaitan jenis-jenis negara yang wujud di dunia pada hari ini dengan negara-negara yang
disebut oleh al-Farabi di dalam kitabnya dengan terperinci. Bukan itu sahaja, penulis juga
boleh mengungkap permasalah negara pada hari ini yang harus diperbaiki dan melakukan
pengkaitan dengan ideologi dan fahaman yang dibawa oleh al-Farabi. Misalnya, pelbagai
negara pada hari ini mengalami masalah pergolakan politik yang berpunca daripada
pelbagai sudut sama ada politik mahupun sistem kolektif masyarakat. Oleh itu, penulis boleh
melakukan kajian tentang apakah punca mahupun akibat permasalahan yang wujud pada
masa ini dan memberikan contoh cara untuk memperbaikinya berdasarkan teori al-Farabi.

28 | Page
6.0 SUMBER RUJUKAN

1. Idris Zakaria, (1995) Perbezaan negara baik dan tidak baik menurut Al-Farabi.
Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic
Studies, 16 . pp. 33-47. ISSN 0216-5636
2. 2021. Idris Zakaria [online] Available at: https://scholar.google.com/citations?
user=zAau8rQAAAAJ&hl=en [Accessed 25 June 2021].
3. Coursehero.com. 2020. Assignment_CTU552_.pdf - COURSE CODE CTU 552
ASSIGNMENT 2 Artikel Review (Titik Temu Antara Falsafah dan Kehidupan Praktis
Student Information Name | Course Hero. [online] Available at:
https://www.coursehero.com/file/93227088/Assignment-CTU552-pdf/ [Accessed 25
June 2021].
4. Coursehero.com. 2021. pendahuluan book review ctu.pdf - Pendahuluan Artikel yang
bertajuk Islam dan Falsafahnya dalam Kebudayaan Melayu ini ditulis oleh YBhg Prof
Dato` Dr | Course Hero. [online] Available at:
https://www.coursehero.com/file/63383067/pendahuluan-book-review-ctupdf/
[Accessed 25 June 2021].
5. Coursehero.com. 2021. ulasan jurnal ctu.docx - UNIVERSITI TEKNOLOGI
MARA(SHAH ALAM FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA SARJANA
MUDA KOMUNIKASI MASSA(KEPUJIAN PERHUBUNGAN | Course Hero. [online]
Available at: https://www.coursehero.com/file/63383088/ulasan-jurnal-ctudocx/
[Accessed 25 June 2021].
6. Zakaria, I., 2021. [ms] Perbezaan Negara Baik dan Tidak Baik Menurut Al-Farabi.
[online] Ejournal.ukm.my. Available at:
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/article/view/3959 [Accessed 25 June 2021].
7. Jabatan dan agensi kerajaan Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia
bebas. (2021). Retrieved 23 June 2021, from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan_dan_agensi_kerajaan_Malaysia
8. Institut Tadbiran Awam Negara. (1982). Negara kita: Sejarah pentadbiran dan dasar-
dasar pembangunan (2nd. ed., 1990 rep, p. 138). Kuala Lumpur: Institut Tadbiran
Awam Negara.
9. A. Aziz, D. (2015). Memahami konsep kedaulatan undang-undang | Berita Harian.
Retrieved 23 June 2021, from
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/05/53148/memahami-konsep-
kedaulatan-undang-undang

29 | Page
10. Tanabayeva, A., Massalimova, A., Mukhatova, O., Alikbayeva, M., & Alikbayeva, Z.
(2015). Al-Farabi's Humanistic Principles and "Virtuous City". The European
Proceedings Of Social & Behavioural Sciences, (2357-1330), 3. Retrieved from
https://www.europeanproceedings.com/files/data/article/32/690/article_32_690_pdf_1
00.pdf
11. Mustaffa, M., Tengku Mohd Ali, T., Junaidi, R., & Abdul Majid, M. (2020). Hubungan
Rakyat dan Pemerintah dalam Tradisi Lisan dari Perspektif Kepimpinan. Akademika,
90(3). Retrieved from https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/38009
12. Germann, N., (2021) al-Farabi’s Philosophy of Society and Religion, The Stanford
Encyclopedia of Philosophy (Spring 2021 Edition), Retrieved from
https://plato.stanford.edu/archives/spr2021/entries/al-farabi-soc-rel/
13. Dr. Jeniri Amir (May 31, 2021). Kerana mulut badan binasa| Sarawak Voice.
Retrieved 25 June 2021, from https://sarawakvoice.com/2021/05/31/kerana-mulut-
badan-binasa/
14. Safeek Affendy Razali & Ilah Hafiz Aziz(May 24, 2021).Perlanggaran LRT, beratus
cedera| Berita Harian. Retrieved 25 June 2021, from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/820368/perlanggaran-lrt-
beratus-cedera
15. Agensi (Ogos 24, 2020). Serangan Christchurch: Suspek bercadang bakar masjid
selepas serangan| Astro Awani. Retrieved 26 June 2021, from
https://www.astroawani.com/berita-dunia/serangan-christchurch-suspek-bercadang-
bakar-masjid-selepas-serangan-256553

30 | Page

You might also like