You are on page 1of 7

Analisis Penulisan Akademik.

1.0 Artikel pilihan.

Dalam penulisan ini akan dibentangkan sebuah artikel yang dipilih untuk dijadikan
contoh dalam menerangkan keutuhan sesuatu wacana itu. Setelah menelaah dan mengkaji
beberapa artikel yang bersesuaian, kami bersepakat untuk memilih artikel “Cabaran
Mengaplikasi Kaedah E-pembelajaran di Sekolah Luar Bandar Semasa Pandemik Covid-19:
Dari Perspektif Guru.”

Artikel ini ditulis oleh dua orang penulis Angelia Nicholas Batan dan Khairul
Jamaludin pada 15 Ogos 2022 dan diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang
terletak di bandar Bangi, Selangor pada tarikh 1 September 2022. Terdapat dua objektif
utama penulisan artikel ini. Pertama, untuk mengkaji dan mengenal pasti cabaran yang
dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan kaedah e-pembelajaran di sekolah luar bandar
semasa pandemik Covid-19. Kedua, mengenal pasti cadangan penambahbaikan bagi
mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan kaedah e-
pembelajaran di sekolah luar bandar semasa pandemik Covid-19. Artikel ini mempunyai 15
muka surat secara keseluruhan dan corak penulisan artikel ini dimulakan dengan
pengenalan, objektif kajian dan teori e-pembelajaran diikuti dengan kajian literatur dan
cadangan penambahbaikan. Artikel ini dilengkapkan dengan kesimpulan dan senarai
rujukan yang digunakan pada bahagian akhir artikel. Artikel ini juga bersesuaian dengan
tema perbincangan kami iaitu tema Pendidikan.

2.0 Analisis keutuhan wacana.

1-Mempunyai hubungan amplikatif (huraian) iaitu hubungan yang terdapat apabila satu
bahagian wacana memperkuat isi bahagian lain.

Contoh 1 (pengenalan muka surat 1 dan 2, baris 1 hingga 7): “Pandemik Covid-19 telah
memberikan impak yang besar dalam kehidupan masyarakat global.Kerajaan di seluruh
dunia telah mengambil langkah-langkah seperti penyekatan dan pengawalan pergerakan,
penjarakan sosial, penutupan sempadan antarabangsa serta institusi pendidikan diarahkan
untuk menjalankan pembelajaran dalam talian.”
Pernyataan ini berkaitan tentang penyekatan dan kawalan dalam kebanyakkan rutin
harian telah menjadi huraian kepada usaha mengurangkan kesan besar yang diberikan
melalui penyebaran virus.

Contoh 2 (Kajian Literatur muka surat 6, baris 7 hingga 9) : “KPM telah membangunkan
kaedah e-pembelajaran yang dikenali sebagai PdPR. PdPR merupakan salah satu kaedah
pembelajaran jarak jauh dan ia dibangunkan kesan daripada penutupan sekolah secara
mendadak”.

Ayat kedua menjadi huraian kepada ayat pertama dengan menjelaskan kebaikan
PDPR apabila kerajaan membangunkan e-pembelajaran selepas penutupan sekolah
dilaksanakan.

2- Keutuhan leksikal juga dapat dikesan di dalam artikel ini. Terdapat hiponim iaitu
perkataan bermakna umum yang merangkumi makna khusus.

Contoh (muka surat 6, perenggan 4, baris 2) : “ Pandemik Coronavirus Disease 19 atau


Covid 19 yang melanda dunia telah memberikan impak dalam pelbagai aspek kehidupan
masyarakat termasuk sektor pendidikan.”

Frasa kata “sektor pendidikan” merupakan frasa hiponim yang digunakan untuk
menunjukkan pernyataan bahawa sektor pendidikan merangkumi makna khusus seperti
proses pembelajaran, tempat belajar, tempoh masa belajar dan kaedah pembelajaran
dijalankan.

3-Keutuhan gramatikal (kata hubung) iaitu hubungan dari segi tatabahasa mesti
memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa.

Contohnya 1 (Masalah Capaian Internet muka surat 9, perenggan kedua, baris 3 hingga 7) :
“Selain itu, golongan ini juga akan berhadapan dengan halangan untuk mengikuti
pembelajaran dalam talian yang dilaksanakan menerusi aplikasi seperti Zoom, Google Meet
dan Microsoft Teams”.

Contoh 2 (Masalah Capaian Internet muka surat 9, perenggan kedua, baris 9 hingga 10):
“Seterusnya, murid ini akan tercicir dan tidak dapat meneruskan pembelajaran”.
Selain itu dan seterusnya merupakan kata hubung yang berfungsi sebagai
penghuraian. Berdasarkan perenggan ini, masalah murid tercicir pembelajaran adalah
huraian kepada halangan untuk mengikuti kelas pembelajaran dalam talian yang disebabkan
masalah Internet di sesetengah tempat.

4.0 Analisis kejelasan wacana.

Berdasarkan analisis yang dilakukan jurnal ini mempunyai kejelasan tersendiri


apabila adanya koheran iaitu kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks
yang bermakna. Artikel ini dimulai dengan pengenalan yang menerangkan tentang cabaran
mengaplikasi kaedah e-pembelajaran secara umum. Selepas itu, objektif kajian yang
menyatakan tujuan utama penulisan ini dibuat. Kemudiannya, artikel ini diteruskan teori e-
pembelajaran yang menjelaskan tentang teknologi yang dicipta bagi memudahkan proses
pembelajaran dan pengajaran (PDP). Seterusnya, kajian literatur menghuraikan satu
persatu kebaikan dan kekurangan proses PDP secara online. Selain itu, cadangan
penambahbaikan juga diajukan bagi melancarkan lagi pengajian atas talian. Akhir sekali
artikel ini diakhiri dengan kesimpulan bagi memberi pandangan secara menyeluruh terhadap
keberkesanan e-pembelajaran di sekolah luar bandar semasa pandemik Covid-19.

Selepas itu dengan wujudnya kohersi telah menjadi keserasian hubungan antara
unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain di dalam wacana. Tajuk atau subtajuk
yang di tulis mempunyai kaitan dengan teks menyebabkan pembaca lebih mudah untuk
memahami setiap idea yang ingin di sampaikan serta susunan ayat yang baik dapat
memberikan kefahaman yang jelas kepada pembaca.

6.0 Rujukan

Rujukan merupakan pernyataan yang ditulis di dalam suatu penulisan akademik secara
ringkas bagi memberitahu pembaca tentang sumber sesuatu kenyataan itu diperolehi.
Penulisan rujukan amatlah penting bagi memastikan setiap kenyataan di dalam penulisan
akademik datang daripada sumber yang sahih dan boleh diterima. Berdasarkan dapatan
analisis yang dijalankan, artikel yang dipilih menggunakan sistem penulisan mengikut
keluaran America Psycological Assosiation (APA) untuk bahagian rujukan. Antara ciri-ciri
penulisan rujukan mengikut format APA ini adalah seprti berikut:

1. Penulisan rujukan seorang penulis.


2. Penulisan rujukan dua orang penulis.
3. Penulisan rujukan bilangan penulis melebihi dua orang.
4. Penulisan rujukan tanpa penulis.
5. Penulisan rujukan utama.

1. Penulisan rujukan seorang penulis.

Penulisan rujukan seorang penulis bermaksud bahan yang dijadikan rujukan tersebut
dihasilkan oleh hanya seorang penulis.

Contoh.(muka surat 2, perenggan 3, baris 3) : “Sementara itu, laporan oleh Statistik Afrika
Selatan pula mendedahkan bahawa 90 peratus isi rumah yang berada di kawasan luar
bandar dan pedalaman menghadapi masalah mengakses internet dan perkara ini telah
menyukarkan proses pembelajaran dalam talian dijalankan semasa pandemik Covid-19
(Mokoena, 2022).”

“(Mokoena, 2022)” membawa maksud kenyataan di atas dipetik atau diambil


daripada sumber yang dihasilkan oleh penulis bernama Mokoena dan diterbitkan pada tahun
2022. Penulisan ini hanya menggunakan nama ringkas penulis dan tahun terbitan sahaja
yang ditulis di dalam bentuk kurungan.

2. Penulisan rujukan dua orang penulis

Penulisan rujukan dua orang penulis bermaksud bahan yang dijadikan rujukan
tersebut dihasilkan oleh dua orang penulis sahaja.

Contoh (muka surat 4, perenggan 4, baris 5) : “Pengetahuan teknologi (TK) pula ialah
pengetahuan tentang teknologi standard seperti buku, papan tulis dan teknologi yang lebih
maju seperti internet dan video digital serta cara mengendalikannya (Mishra & Koehler,
2006).”

“(Mishra & Koehler, 2008)” membawa maksud kenyataan tersebut diambil daripada
bahan yang dihasilkan oleh dua orang penulis iaitu Mishra dan Koehler yang diterbitkan
pada tahun 2008.

3. Penulisan rujukan bilangan penulis melebihi dua orang.

Penulisan rujukan bilangan penulis melebihi 2 orang bermaksud bilangan penulis


yang menghasilkan suatu sumber rujukan itu adalah melebihi 2 orang penulis. Berbeza
dengan penulisan rujukan seorang dan dua orang penulis, penulisan rujukan ini mempunyai
sedikit kelainan ketika penulisannya buat kali kedua.

Penulisan kali pertama.

Contoh (muka surat 6, perenggan 2, baris 1) : “Guru berhadapan dengan cabaran untuk
menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19
(König, Jäger-Biela & Glutsch. 2020).”

Penulisan kali kedua

Contoh ( muka surat 9, perenggan 5, baris 2) : “Guru berasa bimbang apabila komunikasi
dua hala antara guru dan murid semakin berkurangan semasa pembelajaran dalam talian
dan situasi ini akan menyukarkan mereka untuk menjalankan proses penilaian prestasi
pelajar (König et al., 2020).”

Apabila diperhatikan, bentuk penulisan rujukan pada kali pertama dan kali kedua
bagi rujukan bilangan penulis melebihi 2 orang mempunyai perbezaan pada bilangan nama
penulis. Pada penulisan kali pertama, kesemua nama penulis ditulis berurutan berbeza
dengan penulisan buat kali kedua di mana hanya nama penulis pertama ditulis dan di
sambung dengan “et al” mewakili kesemua nama penulis selain yang dinyatakan.

4. Penulisan rujukan tanpa penulis.

Bagi penulisan rujukan tanpa penulis pula, bentuk penulisan rujukan mempunyai
perbezaan di mana nama penulis digantikan dengan nama institusi atau organisasi yang
mengeluarkan bahan rujukan tersebut.

Contoh (muka surat 6, perenggan 2, baris 10) : “PdPR adalah merupakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dijalankan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana
lokasi yang bersesuaian (KPM, 2020).”

Pada bahagian penulisan rujukan, tidak dinyatakan nama penulis tetapi digantikan
dengan antonim bagi Kementerian Pendidikan Malaysia atau KPM yang merupakan pihak
bertanggungjawab mengeluarkan sumber ini.

6. Penulisan rujukan utama.


Penulisan rujukan utama merupakan penulisan kesemua sumber rujukan secara teratur
dan mengikut format penulisan tertentu. Penulisan rujukan utama dalam artikel ini
menggunakan format American psycological association (APA). Bentuk penulisan rujukan
utama dalam format ini adala seperti berikut:

1. Dimulakan dengan halaman baru.


2. Perkataan RUJUKAN di bahagian tengah dan atas halaman.
3. Langkau satu atau dua baris sebelum memasukkan rujukan
4. Rujukan tidak perlu dinomborkan
5. Ditulis secara ke dalam indent pada bari kedua
6. Tajuk buku atau nama sumber rujukan dicondongkan (italic).
7. Bagi pengarang barat, nama keluarga didahulukan.
8. Nama penulis ditulis mengikut urutan abjad
9. Menggunakan huruf besar pada huruf pertama kecuali perkataan itu merupakan
singkatan yang menggunakan huruf besar.

Contoh (muka surat 12, baris 34) :

“Ainul Afzan Ramli & Ishak Abd Rahman. (2021). Isu dan cabaran dalam pelaksanaan

Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Science and Humanities, 1-


13.pendidikan peringkat rendah dan menengah: pendekatan Malaysia semasa

https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1043 “

Berdasarkan bentuk penulisan rujukan di atas dapat diketahui bahawa Ainul Afzan
Ramli dan Ishak Abd Rahman merupakan penulis bagi artikel yang bertajuk “Isu dan
cabaran dalam pelaksanaan pendidikan peringkat rendah dan menengah: pendekatan
Malaysia semasa Pandemik Covid-19.” Artikel ini diperoleh daripada laman sesawang
Malaysian Journal of Social AND humanities dan bahagian yang diambil untuk dijadikan
rujukan dalam artikel ini adalah pada muka surat 1 hingga muka surat 13.

5.0 Penutup

Berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap keutuhan wacana, kejelasan dan


rujukan , jurnal yang dikaji berkualiti dengan susunan topik yang dibincangkan secara teratur
memberikan maklumat dan kefahaman yang jelas kepada pembaca. Selain itu, jurnal ini
juga sesuai untuk dijadikan rujukan kerana setiap sumber yang dirujuk dalam jurnal ini
adalah sangat kuat dari segi keasliannya tanpa sebarang tokot tambah dan penyelewengan.

You might also like