You are on page 1of 18

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu penyelidik ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya, kumpulan penyelidik telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.
Penyelidik ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir SMK Tengku Intan
Zaharah atas dorongan dan sokongan serta keizinan kepada kami untuk melaksanakan kerja
kursus ini. Penyelidik juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Bahasa Melayu
dan juga guru pembimbing kami iaitu Puan Zaiton binti Ismail kerana telah banyak meluangkan
masa untuk memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menghasilkan kajian yang sempurna.
Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas terutamanya kelas
6 senior UM yang turut membantu kumpulan penyelidik dalam menyiapkan tugasan ini. Terima
kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah bersama-sama menggembleng tenaga dan
menyumbang idea untuk menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mnyiapkan kerja kursus ini.

Emylia Shafieda binti Othman

Nur Aryani binti Roslan

Mahirah binti AB Razak

November 2021

1
1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian iaitu keterangan umum tentang binaan frasa

nama dalam bahasa melayu serta definisi konsep-konsep penting yang digunakan dalam

kajian ini.

1.1. Latar Belakang

Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan mengkaji

bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses

pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan cara perkataan disusun

dalam ayat.

Dalam tatabahasa tradisional, frasa didefinisikan sebagai sekumpulan kata yang

membentuk satu unit sintaksis dan boleh bertaraf ayat sempurna manakala tatabahasa

sistematik mengatakan bahawa frasa merupakan salah satu daripada lima unit tatabahasa.

Dalam hierarki tatabahasa, frasa terletak antara kata dan klausa.

Dalam nahu transformasi generatif, frasa mempunyai pengertian yang lebih luas.

Seterusnya, tatabahasa transformasi generatif menjelaskan bahawa frasa digunakan

dalam pencirian umum pada peringkat awal analisis. Terdapat dua binaan frasa nama

iaitu inti+inti dan inti+penerang.

2
Namun begitu, binaan frasa nama sukar untuk dibezakan. Terdapat binaan yang

menggunakan kosa kata binaan yang hampir sama. Hal ini demikian menyebabkan

penyelidik sukar untuk membezakan jenis binaan.

1.2 Definisi Konsep

Frasa merupakan salah satu unit tatatingkat sintaksis dalam sesuatu bahasa. Frasa nama

juga ialah rangkai kata yang menduduki gatra ‘nama’ dalam struktur ayat dasar. Dalam

semua pola ayat dasar bahasa Melayu, frasa nama berfungsi sebagai subjek, predikat dan

objek. Frasa nama menjadi subjek dalam semua ayat bahasa Melayu. Penyelidik akan

mengkaji binaan frasa nama dalam Buku Rujukan Sejarah Penggal 1.

1.2.1 Konsep 1

Menurut Nik Safiah Karim et.al, (1993 : 416) mendefinisikan frasa sebagai unit

yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya

dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi

dua perkataan atau lebih.

1.2.2 Konsep 2

Menurut Asmah Haji Omar, (1982 : 82) frasa adalah unit yang dalam skala

tatatingkat nahu menduduki peringkat di atas kata dan di bawah klausa. Frasa

tambahnya lagi, boleh dibahagikan berdasarkan jenis konstruksinya dan juga

berdasarkan sistem yang dimasuki, dan tidak kurang pentingnya berdasarkan

fungsinya dalam ayat.

3
1.2.3 Konsep 3

Menurut Za’ba (2000) perkataan-perkataan Melayu itu apabila dirangkai-

rangkaikan supaya menjadi cakap yang bermakna wajiblah disusun mengikut

kaedah yang tertentu dalam bahasa Melayu. Dalam erti kata lainnya, frasa boleh

dianggap sebagai rangkai kata yang bermakna.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

a) Mengenalpasti dan menyenaraikan binaan frasa nama dalam buku Sejarah Dunia

Penggal 1.

b) Mengklasifikasikan binaan frasa nama inti+inti dan inti+penerang dalam Buku

Sejarah Dunia Penggal 1.

c) Menganalisis kekerapan penggunaan frasa nama inti+inti dan inti+penerang dalam

Buku Sejarah Dunia Penggal 1.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk:

a) Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada penggunaan bahasa tentang binaan

frasa nama yang terdapat dalam bahasa Melayu.

b) Menambahkan dokumentasi tentang binaan frasa nama yang terdapat dalam bahasa

Melayu.

c) Dijadikan sebagai sumber rujukan tambahan dalam melakukan kajian terhadap binaan

frasa nama dalam bahasa Melayu.

4
4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah mengenai binaan frasa nama daripada Buku Sejarah Dunia

Penggal 1. Pengkaji memerhatikan jenis binaan frasa nama.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada Buku Sejarah Dunia Penggal 1. Kajian ini dibuat dengan

menganalisis binaan frasa nama dalam ayat-ayat  yang dipilih yang terdapat dalam Buku

Sejarah Dunia Penggal 1 berdasarkan kajian nahu.

5
6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik memperoleh dan menganalisis data.

6.1 Pemerolehan Data

Data ini diperoleh melalui kajian ke perpustakaan. Langkah ini untuk mendapatkan

bahan-bahan rujukan dan buku yang  berkaitan dengan binaan frasa nama. Selain itu,

kajian kepustakaan juga dijalankan untuk mendapatkan sumber tambahan bagi

melengkapkan kajian ini. Hal ini juga melibatkan pencarian maklumat di laman

sesawang yang berkaitan untuk mempercepat proses mendapatkan maklumat yang

berkaitan dengan bahan bacaan ini. Penyelidik turut menggunakan analisis teks yang

menggunakan binaan frasa nama dalam sebuah bahan yang khusus iaitu Buku Sejarah

Dunia Penggal 1.

6.2 Penganalisisan Data

Data dianalisis dengan memberi tumpuan kepada kajian binaan frasa nama. Pengkaji

menyenaraikan binaan frasa nama mengikut binaan iaitu terdiri daripada

inti+penerang dan inti+inti. Terdapat dua golongan bagi setiap binaan frasa nama.

Inti+penerang terdiri daripada Inti+Penerang nama dan Inti+Penerang bukan nama.

Inti+inti pula terdiri daripada Inti+Inti sama makna dan inti+inti lawan makna.

Analisis kekerapan binaan frasa nama mengikut jenis binaannya dipersembahkan

dalam bentuk carta.

6
7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menghuraikan jenis binaan frasa nama inti+penerang nama daripada Buku

Sejarah Dunia Penggal 1 iaitu mengenal pasti dan menyenaraikan frasa nama dan

menganalisis kekerapan penggunaan frasa nama dalam Buku Sejarah Dunia Penggal 1.

7.1 Mengenal pasti dan meyenaraikan binaan frasa nama inti + penerang nama

daripada Buku Sejarah Dunia Penggal 1

BIL CONTOH Muka surat

1 Golongan bangsawan 3

2 Anak perempuan 31

3 Institusi kebangsaan 5

4 Najis binatang 25

5 Rahib wanita 257

6 Penduduk bandar 37

7 Lambang sosial 31

8 Sebelah barat 31

9 Mata wang 30

10 Kemajuan perniagaan 35

7
11 Kawasan barat 29

12 Orang gasar 2

13 Surat perjanjian 5

14 Golongan pembesar 31

15 Kereta api 178

16 Pemilik tanah 33

17 Kapal layar 32

18 Pemilik modal 158

19 Tanah laut 25

20 Sekitar kawasan 23

21 Tubuh badan 29

22 Alat perkakas 32

23 Hamba abdi 44

24 Wang tunai 45

25 Arang batu 47

26 Turun naik 47

27 Ibu bapa 53

8
28 Hujung pangkal 56

29 Sekali ganda 59

30 Bijih besi 59

31 Bahan mentah 169

32 Pintu gerbang 175

33 Pinggan mangkuk 79

34 Air terjun 81

35 Kerusi meja 162

Jadual 1

7.2 Mengklasifikasikan binaan frasa nama inti+inti dan inti+penerang dalam Buku

Sejarah Dunia Penggal 1

Binaan frasa nama Inti+Penerang Nama, terdiri daripada kata nama dan

penerangnya. Terdapat dua golongan iaitu Inti+Penerang Nama dan

Inti+Penerang Bukan Nama. Selain itu,binaan frasa nama Inti+Inti, merupakan

binaan yang tidak mempunyai unsur penerang. Terdapat dua golongan iaitu

Inti+Inti sama makna dan Inti+Inti lawan makna.

9
a) Binaan frasa nama inti + penerang

BIL FRASA NAMA BINAAN FRASA NAMA

INTI+PENERANG

1 Golongan bangsawan Inti+Penerang

2 Anak perempuan Inti+Penerang

3 Institusi kebangsaan Inti+Penerang

4 Najis binatang Inti+Penerang

5 Rahib wanita Inti+Penerang

6 Penduduk bandar Inti+Penerang

7 Lambang sosial Inti+Penerang

8 Sebelah barat Inti+Penerang

9 Mata wang Inti+Penerang

10 Kemajuan perniagaan Inti+Penerang

11 Kawasan barat Inti+Penerang

12 Orang gasar Inti+Penerang

13 Surat perjanjian Inti+Penerang

14 Golongan pembesar Inti+Penerang

15 Air Terjun Inti+Penerang


10
16 Pemilik tanah Inti+Penerang

17 Kapal layar Inti+Penerang

18 Pemilik modal Inti+Penerang

19 Kereta api Inti+Penerang

Jadual 2

b) Binaan frasa nama inti + inti

BIL FRASA NAMA INTI+INTI BINAAN FRASA NAMA

1 Tanah laut Inti+Inti

2 Sekitar kawasan Inti+Inti

3 Tubuh badan Inti+Inti

4 Alat perkakas Inti+Inti

5 Hamba abdi Inti+Inti

6 Wang tunai Inti+Inti

7 Arang batu Inti+Inti

8 Turun naik Inti+Inti

9 Ibu bapa Inti+Inti

11
10 Hujung pangkal Inti+Inti

11 Sekali ganda Inti+Inti

12 Bijih besi Inti+Inti

13 Bahan mentah Inti+Inti

14 Pintu gerbang Inti+Inti

15 Pinggan mangkuk Inti+Inti

16 Kerusi meja Inti+Inti

Jadual 3

12
7.3 Menganalisis kekerapan binaan frasa nama daripada Buku Sejarah Dunia

Penggal 1

Jadual 4 dan carta 1 menunjukkan analisis kekerapan binaan Inti+Penerang dan

binaan Inti+Inti dalam Buku Sejarah Penggal 1. Terdapat 35 binaan frasa nama

yang telah dipilih melalui Buku Sejarah Penggal 1. Daripada analisis binaan frasa

nama dalam Buku Sejarah Penggal 1, dua binaan dikenal pasti iaitu binaan

Inti+Penerang dan binaan Inti+Inti. Terdapat 19 binaan frasa nama adalah binaan

Inti+Penerang yang bersamaan dengan 53% dan 16 binaan frasa nama adalah

binaan Inti+Inti iaitu bersamaan dengan 47% yang telah dianalisis. Analisis ini

menunjukkan penggunaan binaan frasa nama Inti+Penerang lebih kerap

digunakan berbanding binaan frasa nama Inti+Inti.

13
Analisis kekerapan binaan frasa nama

Binaan Frasa Nama Bilangan Kekerapan

Binaan inti + penerang 19

Binaan inti + inti 16

Jadual 4

ANALISIS BINAAN FRASA NAMA

47%
53%

Inti+Penerang
Inti+Inti

Carta 1

14
8.0 RUMUSAN KAJIAN

Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan binaan frasa nama inti+penerang dan

inti+inti yang terdapat dalam Buku Sejarah Dunia Penggal 1. Frasa nama inti+penerang

dan inti+inti masing-masing terdiri daripada dua golongan. Melalui kajian ini, kami telah

mengenal pasti bahawa Buku Sejarah Dunia Penggal 1 telah menggunakan binaan frasa

nama yang terdapat dalam bahasa Melayu. Penulis banyak menggunakan bahasa yang

mudah untuk difahami menjadikannya sebuah buku yang diminati pelajar. Tambahan

pula, objektif kajian iaitu mengenalpasti dan menyenaraikan binaan frasa nama inti+inti

dan inti+penerang dalam Buku Sejarah Dunia Penggal 1, mengklasifikasikan binaan

farasa nama inti+inti dan inti+penerang dalam Buku Sejarah Dunia Penggal 1 dan

menganalisis kekerapan penggunaan frasa nama inti+inti dan inti+penerang dalam Buku

Sejarah Dunia Penggal 1 dapat dicapai melalui kajian ini.

15
9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa kajian ini banyak menyatakan penggunaan binaan

frasa nama inti+penerang dan inti+inti dalam Buku Sejarah Penggal 1. Penyelidik

menggunakan Buku Sejarah Penggal 1 sebagai kajian yang bertajuk “Binaan Frasa Nama

Dalam Buku Sejarah Dunia Penggal 1” yang telah diterbitkan oleh penulis yang bernama

Ajurun Begum Ahmed. Kajian ini telah memaparkan hasil dapatan yang berkaitan

dengan sintaksis bahasa Melayu iaitu binaan frasa nama inti+penerang dan inti+inti.

Huraian keseluruhan mendapati bahawa binaan frasa nama inti+penerang dan inti+inti

banyak digunakan dalam buku tersebut.

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh penyelidik seperti kaedah perolehan data dan

penganalisis data. Hal ini memudahkan pengkaji mengkaji maklumat-maklumat yang

ada dengan lebih jelas dan terperinci. Tambahan lagi, pengkaji dapat mempelajari

penggunaan frasa nama dengan lebih baik. Pengkaji berharap agar penggunaan frasa

nama dapat digunakan dalam situasi yang sesuai. Daripada hasil kajian, pengkaji dapat

mengetahui bahawa terdapat dua golongan bagi setiap binaan frasa nama.

Inti+penerang terdiri daripada Inti+ Penerang nama dan Inti+Penerang bukan nama.

Oleh itu, hal ini dapat dibuktikan bahawa penggunaan frasa nama adalah penting dalam

16
urusan seharian. Semoga kajian ini dapat dijadikan panduan dan titik tolak kepada

rakan-rakan yang lain untuk dijadikan sebagai rujukan dalam menulis karangan,

penulisan, dan dalam bentuk lisan.

BIBLIOGRAFI

Buku:

1. Ajurun Begum Ahmed, Sazli Othman,dan Mahdi Shuid, 2013, Teks STPM Sejarah

Dunia, Cetakan Pertama, Selangor: Pelangi Sdn.Bhd.

2. Farid M.onn, 2018, Kamus TatabahasaDewan, Edisi ketiga, Dewan Bahasa Pustaka

3. Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2013, Bahasa Melayu STPM (kertas 1&2).

Selangor : Fajar Bukit.

4. Nawi Ismail, Raminah Hj Sabran dan Zulkarnain Farihin Abdullah, 2020, Pemantapan

Pemahaman Tatabahasa Bahasa Melayu, Edisi Kedua, Selangor: Mutiara Suria Ilmu

Resources.

Internet:

1. Itsmeiyana, 12 Januari 2020, Dicapai pada 20 November 2021

https://www.wattpad.com/415766639-bahasa-melayu-penggal-2-stpm-jenis-binaan-frasa

17
2. Wani Taehyoung, 21 Mac 2020, Dicapai pada 20 November 2021

https://fliphtml5.com/

3. 15 September 2013, Dicapai pada 20 November 2021

https://budakstudystpm.blogspot.com/2013/09/nota-bahasa-melayu-penggal-2.html

18

You might also like