You are on page 1of 18

TAJUK KAJIAN: PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU

BERDASARKAN NOVEL AKU TURUT BAHAGIA


i

SENARAI KANDUNGAN
Halaman

Penghargaan **
Expression
is faulty **
1.0 Pengenalan 4-5
1.1 Latar Belakang 4
1.2 Definisi Konsep 5
2.0 Objektif Kajian 5-6
3.0 Kepentingan Kajian 6
4.0 Skop Kajian 6
5.0 Batasan Kajian 6
6.0 Kaedah Kajian 7
6.1 Pemerolehan Data 7
6.2 Penganalisisan Data 7
7.0 Dapatan Kajian 7-15
7.1 Dapatan objektif 1 9
7.2 Dapatan objektif 2 9-10
7.3 Dapatan objektif 3 11-15
8.0 Rumusan Kajian 15
9.0 Penutup 16
Bibliografi
Nota Akhir
Lampiran
ii

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua Kanan SMK


Lutong, Encik Michael ak. Bus kerana telah memberikan kebenaran kepada kami
untuk melaksanakan kerja kursus ini semasa waktu persekolahan. Saya juga ingin
berterima kasih kepada Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Connie Ting kerana
telah memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja
kursus ini.

Seterusnya, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru


matapelajaran Bahasa Melayu kami, iaitu Puan Siti Nabillah bt. Haji Mohd Zuki
kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan bagi melaksanakan kerja kursus ini.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
telah memberi nasihat dan dorongan kepada kami sepanjang penghasilan kerja
kursus ini.

Selain itu, kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa
kami kerana telah memberikan dorongan moral dan kewangan dalam
menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka, kerja kursus ini mungkin
tidak dapat diisikan dengan lengkap.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan


yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung kerana sentiasa memberi
kerjasama dalam menjayakan kerja kursus ini.
1

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian berkaitan perubahan makna dalam

Bahasa Melayu berdasarkan novel “Aku Turut Bahagia” serta definisi konsep

penting yang digunakan dalam kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014:1433), semantik bermaksud

kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara

umumnya, semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.

Perubahan makna merupakan salah satu komponen semantik. Perubahan makna

dibahagikan kepada dua iaitu perluasan makna dan penyempitan makna.

Menurut Chaer (2009:140), perkara yang dimaksudkan dengan

penambahan atau perluasan makna adalah gejala yang terjadi pada sesebuah kata

atau leksem yang pada mulanya hanya memiliki satu makna tetapi kemudiannya

memiliki makna-makna lain kerana pelbagai faktor. Makna-makna lain ini juga

dikenali sebagai makna pinggiran. Menurut Tarigan (2009:79), perluasan makna

adalah satu proses perubahan makna kata dari makna yang lebih khusus kepada

makna yang lebih umum atau dari makna yang lebih sempit kepada makna yang

lebih luas. Perluasan makna juga dikenali sebagai generalisasi. Contoh bentuk

perluasan makna menurut Chaer adalah kata “saudara”, pada mulanya bermakna

“seperut” atau “sekandung” kemudian berkembang maknanya menjadi “sesiapa

sahaja yang sepertalian darah”.


2

Penyempitan makna adalah gejala yang terjadi pada sesebuah kata yang

pada mulanya memiliki makna yang cukup luas, kemudian berubah menjadi

terbatas. Seperti kata ‘dai’ dalam bahasa Arab. Kata ini bermakna orang yang

menjemput, orang yang berdoa, orang yang menyebarkan dakwah dan berbagai-

bagai lagi tetapi kata ini telah disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu iaitu

‘pendakwah’ sahaja dan tiada makna lain.

Kajian ini dijalankan kerana ramai pelajar tidak mengetahui berkenaan

proses perubahan makna. Selain itu, penggunaan kata-kata yang mengalami

perubahan makna oleh para pelajar adalah tidak sesuai apabila digunakan dalam

perbualan seharian.

1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Perluasan Makna

Definisi perluasan makna menurut Mohd Ra’in Shaari dan Abdullah Yusof

(2008:240), diertikan sebagai proses meluaskan atau memperbesar

komponen makna sesuatu perkataan. Menurut Tarigan (2009:79),

perluasan makna adalah satu proses perubahan makna kata dari makna

yang lebih khusus kepada makna yang lebih umum atau dari makna yang

lebih sempit kepada makna yang lebih luas.

1.2.2 Penyempitan Makna

Menurut Mohd Ra’in Shaari dan Abdullah Yusof (2008:240), proses

penyempitan makna adalah proses mengecilkan atau mengurangkan

komponen makna sesuatu perkataan.


3

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan perkataan yang mengalami perubahan

makna dalam novel Aku Turut Bahagia.

(b) Mengkategorikan perkataan mengikut perubahan makna yang berlaku

dalam novel Aku Turut Bahagia.

(c) Menjelaskan makna asal dan makna umum bagi perkataan yang

mengalami proses perubahan makna dalam novel Aku Turut Bahagia.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk:

(a) Menambah dokumentasi tentang kajian proses perubahan makna.

(b) Menjadikan kajian sebagai sumber rujukan kepada pelajar tentang makna

perkataan yang mengalami proses perubahan makna.

(c) Menjadi panduan dalam pengajaran tentang proses perubahan makna sama

ada perluasan makna atau penyempitan makna.

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah pada makna perkataan yang mengalami proses perubahan

makna dalam novel “Aku Turut Bahagia”.


4

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas pada kata yang mengalami perubahan makna dalam novel

“Aku Turut Bahagia” yang hanya melibatkan Bab 1 hingga Bab 38 sahaja dalam

novel tersebut. Tempoh menjalankan kajian ini terbatas pada bulan Jun hingga

bulan September.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik memperoleh dan menganalisis data.

6.1 Pemerolehan Data

Data diperoleh melalui proses menganalisis kandungan teks moden iaitu

novel “Aku Turut Bahagia.” Kajian dilakukan dengan menganalisis

perkataan-perkataan dalam bab 1 hingga bab 38 sahaja dalam novel

tersebut.

6.2 Penganalisisan Data

Data dianalisis dalam bentuk jadual dengan mempersembahkan perkataan

yang dikenal pasti . Seterusnya, data dipersembahkan dalam bentuk jadual

dengan mengkategorikan perkataan yang mengalami perluasan makna dan

penyempitan makna. Akhir sekali, data dianalisis dalam bentuk ayat bagi

menjelaskan beberapa makna asal dan makna umum bagi perkataan yang

mengalami proses perubahan makna.

7.0 DAPATAN KAJIAN


5

Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian iaitu mengenal pasti dan

menyenaraikan kata yang mengalami perubahan makna dalam novel. Selain itu,

bahagian ini juga akan menjelaskan makna asal dan makna umum bagi perkataan

yang mengalami proses perubahan makna dalam novel.

7.1 Senarai Perkataan yang Mengalami Perubahan Makna dalam Novel

“Aku Turut Bahagia”.


6

Bil. Perkataan yang mengalami perubahan makna


Jadual 1:
1) Ustazah

2) Ustaz Senarai

3) Encik perkataan

yang 4) Jurusan mengalami

5) Pohon perubahan

makna 6) Bunga

7) Iman

8) Sarjana

9) Madrasah

10) Da’i

11) Tuan

12) Pembantu

13) Ahli

14) Klinik

15) Saudara

16) Abang

17) Kakak

18) Taman

19) Datuk

20) Alim

21) Jambu

22) Tangan

23) Hayat

24) Putera

25) Puteri
7

Senarai perkataan dalam Jadual 1 di atas merupakan senarai perkataan

yang mengalami proses perubahan makna dalam novel ini. Terdapat

sebanyak 25 perkataan yang telah dikenal pasti mengalami perubahan

makna berdasarkan novel “Aku Turut Bahagia” dari bab 1 sehingga bab

38.

7.2 Mengkategorikan Perkataan Mengikut Perubahan Makna yang

Berlaku dalam Novel “Aku Turut Bahagia”.

Bil. Penyempitan Makna Bil. Perluasan makna

1) Ustazah 1) Klinik

2) Ustaz 2) Saudara

3) Encik 3) Abang

4) Jurusan 4) Kakak

5) Pohon 5) Taman

6) Bunga 6) Datuk

7) Iman 7) Alim

8) Sarjana 8) Jambu

9) Madrasah 9) Tangan

10) Da’i 10) Hayat

11) Tuan

12) Pembantu

13) Ahli

14) Tuan Putera

15) Tuan Puteri


8

Berdas

Jad

JJaduaJadual 2 : Kategori perkataan mengikut proses perubahan makna

Berdasarkan Jadual 2 di atas, kumpulan pengkaji mendapati bahawa

penulis novel ini banyak menggunakan perkataan yang telah mengalami

penyempitan makna berbanding perluasan makna seperti yang telah

disenaraikan diatas. Terdapat sebanyak 15 perkataan yang mengalami

penyempitan makna dan 10 perkataan yang mengalami perubahan makna.

7.3 Menjelaskan Makna Asal dan Makna Umum bagi Perkataan yang

Mengalami Proses Perubahan Makna dalam Novel “Aku Turut

Bahagia”.

Makna sesuatu perkataan tidak berubah secara sinkronik atau pada

masa tertentu tetapi mengikut peredaran zaman iaitu secara diakronik

menyebabkan sesetengah kata ungkapan mengalami penyempitan atau

perluasan dari segi makna.

Penyempitan makna ialah sesuatu kata yang pada asalnya memiliki

makna yang umum, tetapi kemudiannya makna kata itu menjadi lebih

khusus. Penyempitan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata

yang telah sedia ada dan kemudiannya kata tersebut disempitkan. Perkataan

yang disempitkan ini merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Misalnya,
9

perkataan yang mengalami penyempitan makna dalam novel yang dikaji

adalah “tuan puteri”. Pada awalnya perkataan tuan puteri mempunyai makna

yang khusus iaitu digunakan untuk memanggil wanita bangsawan atau wanita

berketurunan raja. Namun begitu, pada masa sekarang perkataan “tuan”

membawa makna rujukan kepada orang lelaki yang patut dihormati. Hal ini

menunjukkan penyempitan makna bagi perkataan “tuan” yang sebelum ini

digunakan untuk lelaki sahaja. Walau bagaimanapun, panggilan “tuan”yang

merujuk kepada wanita boleh diterima pakai pada masa sekarang jika

panggilan tersebut digunakan dalam urusan surat-menyurat yang rasmi.

Penyempitan makna juga boleh dilihat pada kata “da’i” dalam bahasa

Arab. Kata ini membawa maksud orang yang menjemput, orang yang berdoa,

dan yang menyebarkan dakwah dalam bahasa Arab. Walau bagaimanapun,

dalam bahasa Melayu kata “da’i” ini telah disempitkan maknanya kepada

pendakwah sahaja. Hal ini terjadi disebabkan keperluan penutur Melayu

terhadap kata “da’i” tersebut hanyalah membawa maksud pendakwah sahaja.

Perkara ini menyebabkan makna-makna lain tidak diterima pakai oleh penutur

Melayu apabila kata ini diserap masuk dalam bahasa Melayu.

Selain itu, perkataan “sarjana” juga merupakan salah satu contoh bagi

penyempitan makna yang digunakan oleh penulis dalam novel yang dikaji

iaitu “Aku Turut Bahagia”. Pada awalnya dalam bahawa sanskrit, kata

sarjana adalah kata yang digunakan untuk menyebut orang yang pandai dan

berilmu. Dalam perkembangan kata sarjana hanya digunakan untuk menyebut

orang yang telah menempuh dan menyelesaikan fasa pendidikan strata satu.
10

Contoh penggunaan perkataan sarjana pada masa kini ialah ‘Dia adalah

sarjana pendidikan’. Maksudnya, dia adalah orang yang telah lulus dalam

pendidikan dalam jurusan pendidikan. Oleh sebab itu, pengunaan perkataan

sarjana pada masa kini tidak semestinya merujuk kepada orang yang pandai

atau berilmu sahaja.

Di samping itu, penyempitan makna dapat dilihat pada kata “ustazah”

yang dahulunya merujuk kepada guru wanita, namun pada masa sekarang kata

“ustazah” tersebut telah melalui proses penyempitan makna yang mana kata

tersebut juga merujuk kepada guru wanita yang mengajar Pendidikan Islam.

Sebagai tambahan pula, perkataan “Encik” mengalami proses

penyempitan makna dimana sebelumnya perkataan tersebut merujuk kepada

lelaki dan perempuan tetapi makna perkataan tersebut berubah kepada makna

lain iaitu hanya digunakan untuk kepada lelaki sahaja.

Perkataan “Iman” yang sebelum ini digunakan untuk merujuk kepada

keyakin terhadap wujudnya Allah dengan hati yang dilafazkan dengan kata-

kata dan dilaksanakan dengan amalan, namun sekarang makna tersebut

merujuk kepada ketetapan hati seseorang individu.

Begitu juga bagi perkataan “kitab”. Pada awalnya perkataan ini

merujuk kepada semua jenis buku tetapi pada masa kini perkataan “kitab” ini

lebih merujuk kepada buku-buku suci atau keagamaan sahaja.

Perluasan makna adalah suatu proses perubahan makna kata dari yang

lebih khusus ke yang lebih umum, atau dari yang lebih disempitkan ke yang

lebih luas. Menurut Chaer (2009:140), perkara yang dimaksudkan dengan


11

penambahan atau perluasan makna adalah gejala yang terjadi pada sesebuah

kata atau leksem yang pada mulanya hanta memiliki makna-makna lain

kerana pelbagai faktor. Perluasan makna juga dikenali sebagai generalisasi.

Perluasan makna dapat dilihat pada kata “saudara” yang dahulunya

merujuk kepada adik-beradik iaitu sekandung atau seperut. Pada masa

sekarang kata “saudara” juga diguna pakai oleh masyarakat untuk merujuk

kepada orang lelaki dan kata “saudari” untuk orang perempuan.

Selain itu, kata “abang” yang sebelumnya hanya merujuk kepada

saudara lelaki yang lebih tua sekandung atau ahli keluarga lelaki yang lebih

tua umurnya tetapi pada masa sekarang kata “abang” tersebut telah menjadi

luas maknanya iaitu panggilan yang diberikan oleh seseorang kepada sesiapa

sahaja orang lelaki yang lebih tua usianya. Panggilan ini digunkan untuk

menunjukkan rasa hormat terhadap seseorang.

Sebagai tambahan, kata “taman” juga mengalami proses perluasan

makna di mana sebelumnya kata tersebut merujuk kepada kebun bunga atau

taman bunga tetapi berubah makna kata “taman” tersebut berubah kepada

makna lain juga iaitu kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan

kawasan alam semula jadi pada masa sekarang.

Begitu juga kata “datuk” yang sebelum ini digunakan untuk membuat

panggilan kepada bapa kepada ayah atau ibu seseorang,namun sekarang

makna tersebut telah diperluaskan sebagai gelaran kehormat yang diberi oleh

raja bagi individu tertentu untuk mengenang jasa dan sumbangan mereka.
12

Perkataan “alim” membawa maksud orang yang arif dalam ilmu

agama dan makna ini merupakan makna asal daripada bahasa Arab. Walau

bagaimanapun, dalam Kamus Dewan Edisis Keempat, kata “alim”

mempunyai makna teras dan juga makna pinggiran dimana perkataan “alim”

tersebut telah diperluaskan lagi maknanya. Makna teras “alim” dalam Kamus

Dewan Edisi Keempat (2014:35) ialah mempunyai pengetahuan yang

mendalam tentang agama Islam di samping memiliki sifat warak, zuhud dan

takwa. Hal ini menunjukkan kata “alim” telah mengalami perluasan makna.

Kata “alim” juga digunakan untuk kiasan, gelaran atau darjat danfirasat.

Sebagai contoh kata “alim” dalam kiasan alim-alim kucing yang membawa

maksud berpura-pura alim sedangkan sebenarnya tidak alim.

Perluasan makna juga dapat dilihat pada kata “klinik” yang dahulunya

merujuk kepada tempat untuk memberikan diagnosis dan merawat persakit

luar, namun pada masa sekarang kata “klinik” tersebut telah melalui proses

perluasan makna dimana kata tersebut juga merujuk kepada tempat atau

pusat latihan untuk meningkatkan kemahiran , seperti untuk meningkatkan

kemahiran bermain bola sepak (klinik bola sepak).

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau

tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang ditulis

tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan

bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Dalam suatu bahasa,

perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku
13

dalam mana-mana bahasa di dunia. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya,

dan akibatnya terdedah kepada pelbagai fenomena seperti makna.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Kumpulan pengkaji telah mengenal pasti dan menyenaraikan kata yang

mengalami perubahan makna dalam novel “Aku Turut Bahagia”. Kumpulan

pengkaji juga telah menjelaskan makna asal dan makna umum bagi perkataan

yang mengalami proses makna dalam novel ini.

Selain itu, perubahan makna didapati memainkan peranan yang penting

dalam memudahkan pembaca untuk memahami novel ini. Meskipun masih

terdapat lagi perkataan yang sama tetapi membawa makna yang berbeza mengikut

aliran zaman.

Maka, dapatlah kumpulan pengkaji menyimpulkan bahawa, perubahan

makna sesuatu perkatan dipengaruhi oleh peredaran masa atau aliran zaman.

9.0 PENUTUP
14

Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa penulis banyak

menggunakan perkataan yang mengalami perluasan makna dalam novel “Aku

Turut Bahagia”. Setiap perkataan yang dikenal pasti mempunyai makna yang

tersendiri. Pada masa yang akan datang, pengkaji akan bercadang untuk

menganalisis teks yang terlibat dalam kajian semantik seperti makna denotatif dan

konotatif, konsep perkataan dan rujukan ataupun yang mempunyai perkaitan

makna dari segi leksikal.

( 2121 patah perkataan )


BIBLIOGRAFI

Asmah Hashim, 2013. Aku Turut Bahagia. Selangor: ALAF 21

Hajah Noresah bt. Baherom, 2014. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Lilya Anne. 2012. Scribd. Perubahan Makna Dalam Bahasa Melayu. Diakses pada 10 Jun
2019, daripada https://www.scribd.com/doc/52039546/Perubahan-Makna-Dalam-
Bahasa-Melayu

Nik Safiah Karim, Norliza Jamaluddin, 2011. Teks STPM Bahasa Malaysia. Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur: Oxford Fajar

Rujuk Nota. 2011. Definisi Semantik. Diakses pada 11 Jun 2019, daripada
http://rujuknota.blogspot.com/2011/08/definisi-semantik.html?m=1

Syukhriah Rahman. 2015. Ceritera Bahasa. Perluasan Makna Dalam Bahasa Melayu.
Diakses pada 11 Jun 2019, daripada
http://ceriterabhs.blogspot.com/2015/04/peruasan-makna-dalam-bahasa-
melayu.html?m=1

You might also like