You are on page 1of 24

PANDUAN MENULIS

LATIHAN ILMIAH
Dr. Maheram Ahmad
Program Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam, UKM
maheram@ukm.edu.my
0133627330
BIDANG KAJIAN

• Bahasa Arab • Sejarah Islam


• Kesusasteraan Arab • Tamadun Islam
• Pengajian Terjemahan

2
TAJUK KAJIAN

• Hendaklah mampu menjelaskan persoalan pokok dan fokus kajian.


• Hakikatnya, tajuk boleh berubah, tetapi skop dan fokus kajian mesti
jelas.
• Disifatkan sebagai ‘working title’
• Mengandungi/menggambarkan:
• Bidang kajian
• Reka bentuk kajian
• Pembolehubah-pembolehubah
• Populasi/subjek kajian
• Lokasi kajian.
• Tidak melebihi 15 patah perkataan.
3
PEMBAHAGIAN BAB

• Bab 1: Pendahuluan
• Bab 2: Sorotan Kajian Lepas
• Bab 3: Metodologi
• Bab 4: Analisis dan Perbincangan
• Bab 5: Dapatan dan Penutup
• Rujukan

4
BAB 1: PENDAHULUAN

• 1.1 Pengenalan
• 1.2 Latar Belakang Kajian
• 1.3 Penyataan Masalah
• 1.4 Objektif Kajian
• 1.5 Persoalan Kajian
• 1.6 Kepentingan Kajian
• 1.7 Skop Kajian/ Limitasi kajian
• 1.8 Kerangka Teoritikal Kajian
• 1.9 Kerangka Konseptual Kajian
• 1.10 Definisi Operasional
• 1.11 Kesimpulan

5
1.1 Pengenalan

• Perkenalkan bab, iaitu subtopik yang akan


dibincangkan.
• Tidak perlu panjang.
• Satu perenggan sudah memadai.

6
1.2 Latar Belakang Kajian

• Memberi gambaran secara umum/menyeluruh


tentang tajuk kajian yang dipilih.
• Maklumat awal yang menunjukkan bahawa kajian
ini perlu, penting dan sangat signifikan untuk
dijalankan.
• Ditulis secara deduktif, piramid terbalik.
• Sangat penting untuk menarik minat dan penetapan
standard kepada penilai dan pembaca.
7
1.3 Penyataan Masalah
• Merupakan heart of research.
• Isu/permasalah semasa/terkini yang perlu diselesaikan.
• Ditulis dalam bentuk gap antara
teori/dasar/perancangan/gagasan/harapan yang
idealistik dengan amalan/perlaksanaan/keadaan yang
masih lemah/bermasalah.
• Ciri-ciri yang perlu ada ialah permasalahan bersifat
semasa, bersifat lokal atau dialami oleh populasi kajian,
ada bukti atau rujukan.
8
Sambungan

• Mengandungi maklumat apa, siapa, di mana, bila


tentang isu tersebut.
• Menyenaraikan masalah sebenar yang akan dikaji (isu
yang mendorong kita memilih tajuk kajian).
• Dinyatakan dalam bentuk penjelasan tentang masalah
atau isu-isu yang menjadi tumpuan kajian.
• Disertai dengan hujah/pandangan sarjana yang
menyokong isu tersebut (diperoleh daripada kajian
lepas).
9
1.4 Persoalan Kajian

• Persoalan kajian ialah isu utama yang hendak diselesaikan


dalam sesuatu kajian.
• Selari dengan penyataan masalah.
• Bersifat saintifik.
• Boleh diukur.
• Boleh diuji secara empirikal.
• Soalan kajian yang baik boleh diklafikasi dalam kategori
penerokaan (expltary), pemerihalan (descriptive) atau
penjelasan (explanatory).
10
Sambungan

• Bina soalan yang jawapannya adalah


objektif kajian.
• Soalan perlu jelas, berfokus dan selari
dengan objektif kajian.
• Apa, bagaimana, kenapa, di mana, siapa

11
1.5 Objektif Kajian

• Objektif kajian ialah perkara-perkara yang hendak


dicapai dalam kajian bagi membolehkan persoalan
kajian dijawab.
• Objektif hendaklah selari dengan persoalan dan
permasalahan kajian.
• Objektif hendaklah jelas, rasional, dan relevan dengan
masalah yang dikaji.
• Objektif hendaklah mampu dicapai dan pencapaiannya
itu sewajarnya boleh diukur.
12
1.6 Kepentingan Kajian

• Kepentingan kajian ialah kedudukan kajian


dalam bidang dan penulisan sejarah sedia ada.
• Menjelaskan kepentingan dan sumbangan
kajian terhadap bidang yang dikaji.
• Menjelaskan kepentingan dan sumbangannya
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh masyarakat dan negara.
13
1.7 Skop Kajian / Limitasi Kajian
• Skop kajian merupakan lingkungan kajian.
• Menjelaskan batasan kajian yang akan
dijalankan.
• Penting agar sempadan kajian dapat difahami.
• Lingkungan ini melibatkan sampel kajian,
tempoh masa, dan limitasi tempat (lokasi
yang dipilih).

14
1.8 Kerangka Teoritikal Kajian

• Menjelaskan teori yang akan diguna pakai


untuk menganalisis tajuk kajian.
• Teori biasanya diperoleh daripada sarjana
dalam bidang.
• Boleh menggunakan satu teori atau gabungan
beberapa teori.
• Teori itu pernah digunakan oleh penyelidik lain
dalam bidang yang sama.
15
Sambungan

• Pilih satu teori yang paling sesuai untuk


menyelesaikan permasalahan, huraikan teori tersebut
dan nyatakan justifikasi kenapa teori tersebut dipilih.
• Teori harus selari dengan permasalahan/isu dan
pembolehubah2 yang terlibat dalam kajian.
• Teori yang dipilih akan digunakan untuk
membangunkan kerangka konseptual (dengan
sokongan/tambahan dapatan kajian-kajian lepas).
16
1.9 Kerangka Konseptual Kajian

• Satu bentuk kerangka konsep yang menerangkan


secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format
kajian dan fasa-fasa dalam kajian.
• Boleh diasaskan di atas mana-mana teori yang ada atau
dibentuk sendiri berasaskan kajian-kajian terdahulu.
• Kerangka konseptual ini akan menjadi panduan kepada
kajian yang akan dilaksanakan.
• Dijelaskan dalam bentuk rajah.
17
1.10 Definisi Operasional

• Melibatkan istilah penting dalam kajian


(biasanya yang terdapat dalam tajuk kajian).
• Pertama, berikan definisi umum (biasanya
yang diberikan oleh kamus atau sarjana),
kemudian definisi khusus yang digunakan
oleh kajian perlu ditetapkan.

18
Sambungan

• Definisi istilah – yang diberikan oleh sarjana lain


sebelum ini.
• Definisi operasional – yang akan digunakan untuk
kajian ini, sama ada mengaplikasikan definisi
sarjana lain atau membuat definisi sendiri.

19
1.11 Kesimpulan

• Kesimpulan yang dimaksudkan adalah kesimpulan


bab ini.
• Tidak perlu dimasukkan harapan dan impian di
sini.

20
Bab 2: Sorotan Literatur

• Literature Review dilakukan untuk:


i. Membentuk sebuah kerangka teori untuk topik/bidang
penelitian.
ii. Menjelaskan definisi, kata kunci dan terminologi.
iii. Menentukan kajian, model, dll yang mendukung topik.
iv. Menentukan lingkup penelitian
v. Topik penelitian.

21
• Apabila melakukan Literature Review, tiga
perkara utama perlu dicari, iaitu;
• i. Katakan apa yang dikatakan oleh
penelitian (teori).
• ii. Katakan bagaimana penelitian
dilakukan (metodologi).
• iii. Katakan apa yang hilang/kurang,
iaitu lompang (ruang kosong) yang
ingin diisi oleh penelitian anda.

22
• Langkah-Langkah yang perlu diambil apabila
melakukan Literature Review;
• Langkah 1: Membaca tulisan-tulisan ilmiah yang
berkaitan
• Langkah 2: Menilai semua tulisan ilmiah yang
dibaca
• Langkah 3: Buat ringkasan
• Langkah 4: Gabungkan menjadi satu cerita ilmiah
yang lengkap mengenai suatu masalah kajian
berkenaan.

23
Bab 3: Metodologi

• Rekabentuk kajian
• Populasi & Sampel
• Instrumen
• Pengumpulan data
• Analisis data

24

You might also like