You are on page 1of 6

GGGA 5022 – PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

KRITIKAN ARTIKEL (BERKUMPULAN) – 20%

NAMA PENUH SEMUA 1. LUQMAN AFIQ BIN MOHD ADNAN – P133629 (KETUA)
AHLI KUMPULAN
2. MUHAMMAD HAZIRIE BIN ABDUL RAHIM - P133639

3. NURUL ASSILAH BINTI ISMAIL - P133448

4. NURUL SAZUWANI BINTI ZAINUN – P133474

5. SABRINA BINTI SO’AF – P133684

6. NURUL NAJIHAH BINTI TARMIZI – P 133472

7. MUHAMMAD ALIF FAHMIE BIN MAZELAM – P133843

EMEL (Ketua) p133629@siswa.ukm.edu.my

NO HP (Ketua) 017-9804951

SET 15

NAMA PENSYARAH Dr. Nur Shakila Binti Mazalan

Ruangan ini untuk pensyarah: Mohon isi markah berikut. Rujuk rubrik disediakan.
Content (5m)
Thoughts (5m)
Language (5m)
Organization (5m)

MARKAH
PENUH (20%)
SUMBANGAN SETIAP AHLI KUMPULAN

LUQMAN AFIQ BIN MOHD ADNAN – P133629


SUMBANGAN
1. MEMBUAT PEMBAHAGIAN TUGASAN
2. MENYUSUN JAWAPAN AHLI KUMPULAN BERDASARKAN SOALAN
3. MEMBUAT SEMAKAN AKHIR

MUHAMMAD HAZIRIE BIN ABDUL RAHIM - P133639


SUMBANGAN
1. MENJANA IDEA DAN BERKOLABORASI DENGAN AHLI KUMPULAN
UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN MASING-MASING.
2. MELAKSANAKNA PENGESAHAN MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI.
3. MENYUSUN FORMAT MENGIKUT GAYA UKM SEBELUM SEMAKAN
AKHIR.

NURUL ASSILAH BINTI ISMAIL - P133448


SUMBANGAN
1. MELIBATKAN DIRI DALAM PERBINCANGAN IDEA
2. MENYIAPKAN KRITIKAN ARTIKEL SOALAN 2
3. MENYEMAK KESALAHAN EJAAN

NURUL SAZUWANI BINTI ZAINUN – P133474


SUMBANGAN
1. MENCARI DAN MENCADANGKAN ARTIKEL YANG BERSESUAIAN UNTUK
DIGUNAKAN DALAM TUGASAN
2. MENJAWAB PERSOALAN NOMBOR 4
3. MELIBATKAN DIRI DALAM PERBINCANGAN BERSAMA AHLI KUMPULAN

SABRINA BINTI SO’AF – P133684


SUMBANGAN
1. MELIBATKAN DIRI DALAM PERBINCANGAN BERSAMA AHLI KUMPULAN
2. MENJAWAB PERSOALAN NOMBOR 4
3. MENYEMAK KESALAHAN AYAT DAN EJAAN

1
NURUL NAJIHAH BINTI TARMIZI – P133472
SUMBANGAN
1. MELIBATKAN DIRI DALAM PERBINCANGAN IDEA
2. MENJAWAB PERSOALAN NOMBOR 5
3. MENYEMAK KESALAHAN EJAAN DALAM SOALAN NOMBOR 5

MUHAMMAD ALIF FAHMIE BIN MAZELAM – P133843


SUMBANGAN
1. MENJANA IDEA UNTUK SOALAN CADANGAN
2. MEMBUAT PERBINCANGAN MENGENAI PERSOALAN DI BAHAGIAN
CADANGAN
3. MEMBUAT SOALAN 5

MAKLUMAT ARTIKEL
Charanjit Kaur Swaran Singh, Mazura Mastura Muhammad, Nor Azmi Mostafa, Nooreen Noordin,
Ramiaida Darmi, Melor Md Yunus, Tee Tze Kiong & Tarsame Singh Masa Singh. 2022. Challenges
and Needs of ESL Teachers in Implementing Portfolio Assessment as Alternative Assessment in
Teaching English. Asian Journal of University Education, [S.l.], v. 18, n. 3, p. 710-723, july 2022.
ISSN 2600-9749.

PANDUAN RINGKAS KRITIKAN ARTIKEL

1. Apakah idea – idea utama yang terkandung dalam artikel ini? Nyatakan idea utama yang
benar – benar menarik perhatian anda. Jelaskan.
Menurut artikel yang telah dipilih, artikel ini telah membincangkan cabaran-cabaran dan keperluan-
keperluan yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Inggeris (ESL) dalam mengimplementasikan
pentaksiran portfolio sebagai pentaksiran alternatif bagi pengajaran Bahasa Inggeris. Selain itu,
artikel ini juga turut menerangkan kelebihan apabila pentaksiran portfolio ini diimplementasikan di
sekolah. Oleh itu, satu kajian kualitatif iaitu pemerhatian bilik darjah wawancara telah dijalankan
bersama lima orang guru ESL bagi mendapat maklumat cabaran dan keperluan guru-guru ESL
dalam melaksanakan pentaksiran portfolio sebagai pentaksiran alternatif dalam pengajaran Bahasa
Inggeris. Pada penghujung penulisan artikel ini, artikel menyarankan para guru untuk
mengimplementasikan pentaksiran portfolio ini sebagai alat pentaksiran tambahan walaupun alat
pentaksiran tradisional adalah diwajibkan di Malaysia. Hal ini kerana sebagai alat pentaksiran
alternatif yakni pentaksiran portfolio telah diyakini bahawa ia mampu memupuk pemikiran aras

2
tinggi dan kreatif yang bakal menghasilkan inovasi baharu. Selain itu, ia mendidik pelajar-pelajar
untuk belajar secara lebih berdikari dengan bimbingan guru.

2. Adakah terdapat sebarang idea baharu dalam artikel ini? Bolehkah informasi dalam artikel
ini boleh digunakan secara praktikal? Jelaskan.
Walaupun tiada sebarang idea baharu yang terdapat dalam artikel ini, ia dapat memberikan
maklumat yang relevan dan berguna mengenai cabaran guru dalam melaksanakan pentaksiran
alternatif dalam bentuk pentaksiran portfolio. Informasi dalam artikel ini boleh digunakan secara
praktikal walaupun guru telah menunjukkan pemahaman dan pengetahuan yang baik dalam
pentaksiran portfolio tetapi mereka masih memerlukan garis panduan dan latihan yang betul dalam
melaksanakan pentaksiran portfolio untuk pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat membantu
guru-guru mengikuti perkembangan terkini dalam penilaian yang boleh memudahkan kedua-dua
belah pihak guru dan pelajar dalam Pdp dan akademik. Hal ini kerana guru masih perlu membuat
penyusunan dan penambahbaikan terhadap Pdp berdasarkan standard kandungan yang ingin diajar
kepada pelajar. Oleh itu, cadangan tersebut dapat diaplikasikan oleh guru bagi memastikan bahawa
pentaksiran portfolio sangat bermanfaat dan harus dijadikan sebagai alat pengajaran yang berkesan
untuk pembelajaran, pengajaran dan penilaian di dalam kelas.

3. Adakah anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan segala intipati


utama/perdebatan/perbincangan/hujahan dalam artikel ini? . Jelaskan.
Menurut pendapat saya, intipati yang diolahkan dalam artikel ini mengenai pentaksiran portfolio
(portfolio assessment) sebagai pentaksiran alternatif oleh pengkaji artikel adalah relevan dan saya
bersetuju dengan pendekatan ini. Pentaksiran portfolio ini menjurus kepada fleksibiliti dan
keperluan oleh pelajar sendiri untuk mengukur, menilai dan memahami status pendapatan mereka
megenai pembelajaran yang telah dipelajari. Pentaksiran portfolio memberi peluang kepada pelajar
untuk lebih bersifat kendiri dalam perihal pembelajaran mereka, mendidik diri mereka akan
kepentingan memiliki ilmu dan mendorong untuk menjadi seorang pelajar yang berdikari dan
bertanggungjawab dalam memperoleh ilmu pengetahuan. Pentaksiran ini juga bersesuaian dengan
terma inquiry based-learning di mana keperluan dan perasaan ingin tahu oleh pelajar membuka
peluang kepada mereka untuk mendapatkan keperluan maklumat pengetahuan tanpa halangan
selagi mana ianya memberi manfaat dan pengukuhan terhadap sesuatu ilmu pengetahuan.
Pendekatan ini berupaya untuk menyimpulkan apakah keperluan pelajar dalam pembelajaran di
samping memberikan pemfokusan kepada guru terhadap kekuatan dan kelemahan murid-murid.
Pentaksiran ini bersifat profiling di mana maklumat seseorang pelajar diukur untuk pembahagian
penekanan sesuatu topik yang dipelajari sebagai ikhtiar untuk guru kepada murid untuk memberi
pengukuhan dan penekanan sesuatu topik agar kefahaman mereka tidak tersasar dan tertinggal
sejajar dengan objektif pembelajaran. Artikel ini juga turut menghuraikan manfaat kepada guru

3
hasil daripada penerapan pentaksiran portfolio, guru berupaya untuk mendapatkan maklumbalas
daripada pelajar melalui pentaksiran portfolio untuk membuka peluang kepada guru memperbaiki
kaedah mengajar supaya lebih berkesan dan memperhalusi penyampaian pengajaran sewaktu sesi
pembelajaran supaya situasi memperolehi ilmu ini berstatus ‘diterima dengan baik’ oleh kedua-dua
golongan pelajar iaitu pelajar yang berkredibiliti dan juga pelajar yang lemah. Menerusi
pemantauan secara berterusan oleh guru terhadap murid-murid menghasilkan kolaboratif dua hala
antara guru dan murid yang lebih efektif. Murid-murid menyatakan profiling mereka terhadap guru
dengan harapan guru memahami dan membuat analisis mengenai apa yang diperlukan untuk murid-
murid supaya potensi mereka boleh diadaptasikan kepada lebih baik dan mengekalkan prestasi
murid-murid ke arah kemenjadian murid yang berintelektual.

4. Secara keseluruhannya, apakah penilaian anda tentang organisasi dan penyampaian idea
dalam artikel ini? Nyatakan sama ada artikel ini mudah difahami, lancar dan konsisten?
Jelaskan.
Secara keseluruhannya, artikel ini mudah difahami dari segi organisasi dan penyampaian idea
yang konsisten, lancar dan berhubung kait di antara satu sama lain. Hal ini kerana isi perbincangan
yang dinyatakan di dalam artikel ini sangat menepati tajuk kajian iaitu Cabaran Dan Keperluan
Guru Bahasa Inggeris (ESL) Dalam Melaksanakan Pentaksiran Portfolio Sebagai Pentaksiran
Alternatif Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan bagi sesuatu
kajian yang dijalankan, skop batasan kajian sangatlah memainkan peranan penting.
Untuk kajian ini penulis telah memilih kaedah kualitatif kerana kaedah ini paling sesuai dengan
tajuk kajian. Sampel kajian adalah daripada kalangan guru-guru Bahasa Inggeris (ESL) itu sendiri
melalui pemerhatian bilik darjah secara dalam talian dan temu bual. Ini secara tidak langsung dapat
menterjemahkan dapatan hasil kajian yang tepat, terperinci, kefahaman yang mendalam dan
informatif.
Penyampaian idea dalam artikel ini telah memberi gambaran yang jelas melalui data kajian ini
di mana aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkonsepkan kepada pentaksiran
formatif iaitu menilai tahap pengetahuan dan penguasaan murid di dalam subjek Bahasa Inggeris
menggunakan pelbagai medium alternatif dalam PdP. Berbanding pentaksiran sumatif yang hanya
lebih kepada penggredan murid di dalam kelas. Pentaksiran formatif dapat menjadikan murid lebih
berdaya saing, berdaya fikir secara kritis dan kreatif. Melalui dapatan kajian ini, secara tidak
langsung ini memberi gambaran bahawa walaupun guru ESL menghadapi cabaran dalam
melaksanakan pentaksiran alternatif dalam bentuk pentaksiran portfolio tetapi mereka
menunjukkan penguasaan yang baik dan mereka memerlukan bantuan untuk perancangan serta
latihan yang betul terutamanya untuk melaksanakan pentaksiran portfolio untuk pengajaran.

4
Cadangan penambahbaikan daripada kajian ini harus diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru ESL.

5. Apakah cadangan anda untuk mengembangkan idea dalam artikel ini? Jelaskan.

Terdapat beberapa cadangan untuk mengembangkan idea dalam artikel ini. Antaranya ialah
guru perlu menguasai DSKP itu sendiri. Hal ini kerana DSKP merupakan asas utama untuk
menentukan tahap murid dalam pembelajaran. Kandungan pembelajaran daripada DSKP adalah
ketetapan yang perlu dikuasai oleh murid dalam suatu pembelajaran. Penguasaan terhadap DSKP
secara tidak langsung akan memberi gambaran awal untuk guru menentukan aktiviti untuk
melakukan pentaksiran terhadap murid tersebut. Hal ini sekaligus akan membantu dalam pemilihan
standard kandungan dan standard pembelajaran dalam melaksanakan penilaian alternatif.

Kemudian, pemilihan penilaian autentik juga merupakan antara cadangan yang boleh
dikemukan, hal ini kerana , pengertian ia sendiri menunjukkan betapa pentingnya peranan penilaian
autentik ini, dengan kata lain, penilaian utentik adalah satu bentuk penilaian prestasi dimana pelajar
perlu melaksanakan tugas-tugas dalam dunia realiti, berdasarkan kemahiran dan pengetahuan. Guru
berperanan untuk mengenalpasti penilaian autentik yang bersesuaian dengan setiap pelajar agar
setiap aktiviti yang dilakukan mudah untuk pelajar fahami, hal ini juga penting untuk memastikan
setiap pelajar mempunyai penglibatan dalam kelas supaya tiada pelajar yang keciciran.

Seterusnya, cadangan untuk memperkembangkan idea yang seterusnya adalah dengan memilih
pentaksiran alternatif yang seiring dengan proses pembelajaran dan pengajaran. Guru boleh
melakukan pentaksiran alternatif seperti gamification, yang mana ianya dapat menarik minat murid
untuk melaksanakan hasil kerja terbaik mengikut objektif pembelajaran memandangkan murid pada
zaman kini lebih tertarik dalam alternatif tersebut. Ia juga bertujuan untuk mendorong murid supaya
lebih seronok dalam proses pembelajaran dan dalam masa yang sama guru dapat membuat penilaian
dalam keadaan murid yang memberikan sepenuh prestasi.

Akhir sekali, memberi maklum balas dan mendidik pelajar menggunakan maklum balas untuk
meningkatkan pembelajaran. Guru diibaratkan memberi perkhidmatan atau servis pendidikan
kepada para pelajar. Makanya, guru seharusnya mengambil maklumbalas atas setiap aktiviti yang
dilakukan. Kepentingan maklum balas ini ialah guru boleh membuat penambahbaikkan, dan juga
membuat pembaharuan. Terdapat aktiviti yang mampu menarik minat dan memberi impak kepada
pelajar. Tetapi terdapat juga aktiviti yang tidak memberi impak, makanya, dengan wujud
maklumbalas ini, guru dapat menyelesaikan permasalahan ini

TAMAT

You might also like