You are on page 1of 2

Soalan 1:

Jika saya di tempat En.Roslan, saya tidak akan meluluskan perakuan kelayakan
menduduki Syarikat Suci Murni walaupun pemiliknya bapa mertua saya. Selaku
penjawat awam saya akan berpegang kepada adil, telus dan amanah terhadap
tugas saya. Mengikut undang-undang kecil bangunan seragam tiada seseorang
pun boleh membenarkan diduduki mana-mana bangunan yang tidak menepati ciriciri keselamatan, kesihatan dan keperluan tetap. Saya akan memastikan semua
spesifikasi bangunan sekolah telah dipenuhi dengan mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan boleh didiami dengan selamat
sebelum sijil layak menduduki (CFO) diluluskan.

Soalan 2 :
Untuk menyelesaikan dilema ini, saya akan memberitahu bapa mertua dan isteri
saya tentang sebab saya tidak dapat meluluskan bangunan itu. Saya juga kan
menerangkan kesannya jika projek itu diluluskan. Saya akan memberi cadangan
kepada bapa mertua saya untuk memohon lagi 2 jenis perakuan kelayakan
menduduki iaitu Perakuan kelayakan menduduki sementara (TCF) atau Perakuan
kelayakan menduduki sebahagian (Partial CF). Di samping itu, saya akan
mencadangkan kepada bapa mertua saya supaya menyelenggarakan dan
menaiktarafkan mana-mana bahagian bangunan yang dibina bagi memenuhi
spesifikasi kelulusan sijil tersebut.

Soalan 3:
Prinsip akauntabiliti dan integriti merupakan asas keputusan saya kerana ia perlu
ada dalam setiap penjawat awam. Tanggungjawab sebagai penjawat awam adalah
menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Akauntabiliti merujuk
kepada

kewajipan

penjawat

awam

dalam

menjalankan

tugas

yang

dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang, prosedur dan arahan yang


berkuat kuasa yang ditetapkan.

Menurut seksyen 15, April 1997, salah guna kuasa dan kedudukan adalah
menggunakan kedudukan atau jawatan rasmi untuk kepentingan diri. Membuat
keputusan atau apa-apa tindakan untuk diri sendiri, saudara atau sekutu yang
mempunyai kepentingan sendiri.
. Integriti dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus, tulus, adil dan
saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan. Di sini, saya mempunyai integriti dan
mengamalkan prinsip ini dengan tidak bersikap mementingkan diri sendiri sebaliknya
lebih mengutamakan kepentingan orang ramai.

Soalan 4:
Jika saya menyalahgunakan kuasa, saya boleh didakwa di bawah Sekyen 23
ASPRM 2009 di mana pegawai badan awam atau anggota pentadbiran kerajaan
menggunakan kedudukannya dalam membuat atau mengambil apa-apa tindakan
berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya
mempunyai kepentingan. Menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
2009, jika saya disabitkan boleh (a) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20
tahun dan (b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai
suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau
berbentuk wang atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih. saya
perlu melakukan keputusan yang adil, saksama dan amanah kepada semua pihak.
Saya perlu bersikap akauntabiliti bagi memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan
mencapai objektif yang telah ditetapkan.

You might also like