You are on page 1of 11

MANUAL PELAKSANAAN

PdP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DI RUMAH

PENGENALAN

1. Pendidikan merupakan antara perkara utama yang mempengaruhi


pembangunan individu dan ia membuka pelbagai peluang dalam
menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu, keperluan kepada
perkara tersebut memerlukan murid mendapat akses kepada
pendidikan dalam apa jua keadaan.
2. Manual Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
dibangunkan bagi membantu guru melaksana PdP di rumah. Ia juga
boleh dijadikan panduan kepada pentadbir sekolah, pegawai pejabat
pendidikan daerah (PPD), jabatan pendidikan negeri (JPN) dan
bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
3. Manual ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekeliling
ikhtisas, surat siaran, surat pemakluman serta garis panduan KPM
yang sedang berkuat kuasa.

DEFINISI

4. PdP di rumah bermaksud PdP yang dilaksanakan di rumah, pusat


komuniti atau mana-mana lokasi yang bersesuaian sama ada dalam
talian atau luar talian.
5. PdP di rumah boleh berlaku dalam dua situasi iaitu:

1
5.1. PdP berlaku di rumah sepenuhnya di mana murid tidak boleh
hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu dengan
kelulusan pihak yang berkenaan; atau
5.2. PdP perlu berlaku di rumah walaupun murid hadir setiap hari ke
sekolah disebabkan waktu PdP di sekolah masih tidak
mencukupi disebabkan kekangan waktu persekolahan. PdP di
rumah berperanan untuk melengkapkan jam minimum
kurikulum.

OBJEKTIF

6. Objektif manual pelaksanaan PdP di rumah adalah supaya:


6.1. guru melaksana PdP di rumah secara berkesan; dan
6.2. murid dapat mengikuti PdP secara optimum.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

7. Perancangan PdP di rumah perlu distrukturkan mengikut keupayaan


murid dan kesediaan sumber yang ada bagi memastikan murid
memperoleh faedah daripadanya.
8. Terdapat empat kaedah PdP di rumah yang boleh digunakan oleh
guru seperti dalam talian, modul, off-site learning dan projek.
9. Kaedah PdP dalam talian dilaksanakan apabila terdapat capaian
Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar
seperti berikut:
9.1. Pembelajaran menggunakan pelantar seperti Digital
Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa),
Cikgootube dan aplikasi media sosial;

2
9.2. Pembelajaran boleh dilaksanakan secara lintas langsung (live
streaming) menggunakan aplikasi seperti Google Meet atau
Microsoft Teams; dan
9.3. Pembelajaran menggunakan ePermainan (gamification),
video, klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian.

10. Modul Pembelajaran perlu dirancang secara berstruktur untuk


memenuhi semua kandungan mata pelajaran dan bukan kompilasi
lembaran kerja semata-mata. Pelaksanaan modul adalah seperti
berikut:
10.1. Modul pembelajaran boleh disediakan secara berfasa dan
diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) yang ditetapkan;
10.2. Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk
disemak/ditaksir sebelum diberi modul pembelajaran
seterusnya;
10.3. Perkara yang perlu ada di dalam modul

i. Sasaran (Tahun 1/2/3/4/5/6 atau T1/2/3/4/5)

ii. Tajuk atau tema modul

iii. Ringkasan kandungan sesi pembelajaran


(Lampiran 1)

iv. Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan


Standard Prestasi

v. Objektif pembelajaran

vi. Tempoh pelaksanaan aktiviti

vii. Nota berkaitan tajuk modul

3
viii. Aktiviti yang relevan dengan topik PdP atau aktiviti yang
menggalakkan murid belajar berdasarkan pengalaman
sendiri; dan

ix. Instrumen pentaksiran untuk mengukur penguasaan


murid.

11. Off-site Learning adalah kaedah pembelajaran yang berlaku di


lokasi luar daripada premis sekolah. Contoh lokasi PdP adalah
seperti pusat komuniti, beranda rumah panjang dan rumah guru
sebagai kelas sementara atau mana-mana premis yang diisytiharkan
sebagai pusat pemindahan sementara akibat bencana. Pelaksanaan
off-site learning ini adalah seperti berikut:
11.1. Kaedah Bimbingan Academic Support Team (AST) yang
berlaku di pusat pemindahan sementara apabila berlaku
bencana. Pelaksanaan kaedah ini adalah merujuk kepada
Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
Akibat Bencana.
11.2. PdP oleh AST adalah menggunakan KIT PdP Bencana dan
dilakukan secara didik hibur.
11.3. PdP yang dilaksanakan oleh guru sukarelawan di pusat
komuniti, rumah panjang atau rumah guru di lokasi setempat
yang menggunakan modul umum yang berbentuk didik hibur
dan berfokus kepada aktiviti pengayaan.
12. Projek boleh dilaksanakan mengikut mata pelajaran ataupun
gabungan beberapa mata pelajaran. Pelaksanaannya adalah seperti
berikut:
12.1. arahan pelaksanaan aktiviti adalah mengikut kesesuaian
medium komunikasi guru dan murid;

4
12.2. perancangan projek hendaklah teratur dan mengikut
kesesuaian serta keupayaan murid;
12.3. murid membuat perbincangan dan perancangan kerja secara
berkumpulan atau individu untuk menentukan:
i. Tajuk Projek
ii. Matlamat dan Objektif
iii. Perancangan dan Agihan Tugasan
iv. Kos/sumber
v. Dokumentasi/laporan
vi. Pembentangan
12.4. guru membimbing secara berkala;
12.5. guru mentaksir menggunakan rubrik pentaksiran yang telah
diselaraskan di bawah dimensi ‘mengumpul maklumat’,
‘merancang’, ‘mengaplikasi’ ‘membuat refleksi’,
‘berkomunikasi’ serta ‘etika dan kerohanian’;
12.6. guru perlu merekod perkembangan penguasaan murid
menggunakan templat perekodan yang disediakan.
Pelaporan dan showcase (persembahan) secara bertulis
(dokumentasi) adalah perlu disediakan. Murid perlu membuat
persembahan kerja projek yang berkaitan; dan
12.7. tempoh masa bagi murid menyiapkan laporan dan persediaan
untuk showcase (persembahan) secara terancang.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

13. Pelaksanaan PdP di rumah memerlukan guru untuk melaksanakan


yang berikut:

5
13.1. Menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) dan takwim persekolahan yang berkuat kuasa.
13.2. Merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan
jadual waktu PdP di rumah supaya kandungan kurikulum
dapat disampaikan secara optimum.
13.3. Perancangan penyampaian kurikulum PdP di rumah dapat
ditentukan menggunakan kaedah pengiraan jam PdP seperti
berikut:

NR = N - NS

N = Peruntukan masa minimum bagi mata pelajaran


NS = Peruntukan masa minimum mata pelajaran di sekolah
NR = Peruntukan masa minimum mata pelajaran di rumah

13.4. menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut


situasi semasa dengan mengambil kira medium yang ada
pada murid;
13.5. menyediakan bahan PdP yang mudah didapati, diakses
serta bersesuaian dengan kaedah PdP yang digunakan;
13.6. memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang
dirancang oleh guru;
13.7. menetapkan masa perbincangan dengan murid selain
daripada waktu PdP;
13.8. menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz,
tugasan/latihan dan projek untuk menentukan pencapaian
murid;

6
13.9. mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/penjaga untuk
menyokong pembelajaran murid di rumah mengikut
kesesuaian dan persetujuan kedua-dua pihak; dan
13.10. merekod pelibatan murid dalam PdP di rumah mengikut
kaedah perekodan yang bersesuaian.
14. Peranan pentadbir adalah perlu bagi:
14.1. memastikan perancangan dan pengurusan PdP di rumah
dilaksanakan dengan teliti, cekap dan berkesan untuk
mengelakkan pertindanan masa antara mata pelajaran dan
lambakan tugasan/latihan kepada murid;
14.2. mengatur jadual pembelajaran yang fleksibel bagi
menguruskan aktiviti PdP di rumah yang berkesan; dan
14.3. memantau PdP di rumah yang dijalankan dan memberikan
sokongan yang bersesuaian kepada guru.
15. Peranan ibu bapa/penjaga adalah seperti berikut:
15.1. memastikan murid mendapat maklumat berkaitan sesi PdP
bersama-sama guru ataupun arahan/tugasan/kerja rumah
yang diberikan guru;
15.2. mengakses TV Pendidikan, EduwebTV (koleksi video) dan
Cikgootube (perkongsian koleksi video daya usaha kreativiti
guru) bagi membantu pembelajaran anak di rumah melalui
pautan http://eduwebtv.moe.edu.my dan
http://bit.ly/cikgootube ;dan
15.3. menyokong proses pembelajaran murid.

TEMPOH LAYAR (SCREEN TIME)

7
16. Tempoh layar merujuk kepada masa penggunaan peranti seperti
komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar semasa proses
PdP. Pelaksanaan PdP di rumah yang memerlukan murid
menggunakan peranti mesti mengambil kira tempoh waktu layar.
17. Cadangan tempoh maksimum penggunaan peranti sewaktu PdP
mengikut tahap persekolahan adalah seperti berikut:

Tahap Persekolahan Tempoh waktu layar/sehari

Sekolah Rendah 1-2 jam

Sekolah Menengah Rendah 2-3 jam

Sekolah Menengah Atas 3-4 jam

Sumber: Screen Time Guidelines by Age As Recommended by The American Academy of


Pediatrics (AAP) and World Health Organization (WHO)

18. Selain itu, penetapan tempoh layar juga adalah mengikut kesesuaian
yang dirancang pihak sekolah dan dipersetujui oleh ibu
bapa/penjaga.

PENUTUP

19. Kejayaan PdP di rumah memerlukan sokongan ibu


bapa/penjaga bagi membantu anak/anak jagaan mengikuti
pembelajaran di rumah berdasarkan keupayaan dan kemampuan
mereka.
20. Komuniti juga berperanan menjayakan pembelajaran murid
seperti menyediakan kemudahan dalam talian di pusat komuniti atau
bahan sokongan pembelajaran yang bersesuaian dan mudah
diakses oleh murid.

8
21. Sekolah perlu memastikan guru menyediakan rancangan pengajaran
yang bersesuaian agar murid dapat menguasai pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang digariskan dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran.

9
LAMPIRAN

Lampiran 1 : Contoh modul

1. Sasaran : Tahun 5
2. Tajuk/Tema : Bumi Dan Sains Angkasa
3. Ringkasan kandungan : Modul ini adalah berkenaan tajuk bumi,
bulan dan matahhari yang merupakan
sebahagian daripada sistem suria. Murid
yang melaksanakan aktiviti dalam
manual ini akan memahami dan dapat
menguasai pengetahuan berkenaan
pergerakan bumi.
4. Standard Kandungan : Pergerakan bumi
5. Standard Pembelajaran : 11.1.1, 1.1.2 dan 1.1.5
6. Standard Prestasi : Mengaplikasi kemahiran membuat
jangkaan tentang sesuatu peristiwa atau
fenomena berdasarkan pemerhatian,
pengalaman lalu atau data.
7. Objektif Pembelajaran : Menjelaskan putaran dan peredaran
Bumi dari aspek arah dan tempoh melalui
lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
8. Tempoh pelaksanaan : Bergantung kepada jenis aktiviti yang
dirancang
9. Nota : Guru menyediakan nota berkaitan Bumi
dan Sains Angkasa
10. Aktiviti :

Aktiviti 1
A

Rajah 1

10
Berdasarkan Rajah 1, padankan maklumat berikut;

Petunjuk Aktiviti

A Peredaran bumi

B Putaran bumi

Aktiviti 2
Ali sedang bermain tepi pantai bersama abangnya pada pukul 5.30
petang. Selepas 2 jam mereka dipanggil oleh ayahnya untuk pulang.
Mengapakah mereka tidak dibenarkan terus bermain di tepi pantai
tersebut?

11. Instrumen Pentaksiran : Guru bebas memilih dan menentukan


kaedah serta instrumen pentaksiran
berdasarkan kreativiti, situasi dan hasil
pembelajaran yang hendak dicapai
12. Skema Jawapan :
Aktiviti
a) A - Putaran bumi
B - Peredaran bmi
b) Mereka tidak dibenarkan bermain di tepi pantai kerana
hari sudah gelap.

11

You might also like