You are on page 1of 34

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HDEF4606 PRAKTIKUM

Disediakan oleh: Mahani Abdul Malik


Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi,


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Disember 2014

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM).


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-
mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia
(OUM).

1
PRAKTIKUM

2
PRAKTIKUM

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

3
PRAKTIKUM

Visi

Menjadi peneraju dalam pembelajaran fleksibel.

Misi
Memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
membuka peluang pembelajaran sepanjang hayat melalui
penggunaan teknologi, kaedah pembelajaran yang fleksibel dan
persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan kos yang
kompetitif dan berpatutan.

Hubungi:
Fakulti Pendidikan dan Bahasa: +603-2773 2726

4
PRAKTIKUM

Isi Kandungan

Pengenalan .................................................................................................... 7

Bahagian 1: Pengenalan Praktikum ............................................................ 8


1.1 Program Orientasi Prasekolah ............................................................... 8
1.2 Jadual Praktikum.................................................................................. 12
1.3 Peranan Pengetua Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak ................... 14
atau Prasekolah
1.4 Peranan Guru Sokongan ..................................................................... 15
1.5 Peranan Guru–Pelajar ......................................................................... 16

Bahagian 2: Latihan Mengajar .................................................................. 17


2.1 Rancangan Pengajaran ....................................................................... 17
2.2 Borang Pemerhatian bagi Guru Sokongan atau Penyelia ................... 18
2.3 Borang Pemerhatian Kanak-kanak ...................................................... 20
2.4 Borang Tamat Praktikum oleh Pusat Pendidikan Awal ........................ 21
Kanak-kanak atau Prasekolah

Bahagian 3: Portfolio Praktikum ............................................................... 23


3.1 Komponen Portfolio Praktikum............................................................. 23

Rubrik Pemarkahan bagi Portfolio ............................................................ 25

Lampiran A .................................................................................................. 31

Lampiran B .................................................................................................. 35

Borang ...................................... Borang boleh dimuat turun daripada myVLE

5
PRAKTIKUM

6
PRAKTIKUM

PENGENALAN
Buku panduan praktikum ini disertakan bersama dengan kursus Diploma
Pendidikan Awal Kanak-kanak di Open University Malaysia yang
memerlukan komponen praktikum mengajar di pusat pendidikan awal kanak-
kanak, taska atau tadika.

Sebagai seorang guru–pelajar, anda dikehendaki membaca kesemua


bahagian buku panduan ini dan mengikut arahan yang diterangkan seperti
berikut:

• Bahagian Pengenalan Praktikum akan memberikan anda maklumat


terperinci mengenai pusat pendidikan awal kanak-kanak atau program
orientasi prasekolah dan jadual praktikum. Selain itu, bahagian ini juga
menerangkan peranan anda sendiri dan tanggungjawab pelbagai
kakitangan yang mempunyai kaitan dengan praktikum.

• Komponen Latihan Mengajar ini akan menjelaskan kepada anda


tentang bagaimana pengalaman mengajar anda akan dinilai dan
berkenaan dokumen yang akan digunakan sepanjang proses praktikum.

• Bahagian Portfolio Praktikum memberikan anda maklumat bagaimana


anda boleh mengemukakan koleksi bahan-bahan dan pengalaman anda
kepada penyelaras program pada akhir kursus ini. Ia juga menerangkan
kriteria untuk penilaian portfolio.

• Bahagian Lampiran memberikan anda maklumat tambahan untuk


pengalaman praktikum anda.

• Beberapa Borang telah disediakan untuk kemudahan anda semasa


aktiviti praktikum. Ia adalah tanggungjawab anda untuk mengeluarkan
maklumat daripada borang tersebut dan/atau menyesuaikan borang
tersebut untuk kegunaan semasa praktikum.

Pastikan anda telah membaca dan memahami isi kandungan panduan


praktikum ini sebelum anda memulakan latihan mengajar. Jika anda
mempunyai keraguan atau pertanyaan tentang bahan-bahan yang
digunakan, sila berbincang dengan penyelia anda dan/atau guru sokongan
di pusat pendidikan awal kanak-kanak, taska atau tadika di mana anda
ditempatkan.

7
PRAKTIKUM

BAHAGIAN 1: PENGENALAN PRAKTIKUM


Panduan praktikum ini menyediakan maklumat untuk guru–pelajar, rakan
sejawatan (guru), penyelia dan ketua atau pengetua. Kebiasaannya,
praktikum dijalankan selepas selesai semua kursus dalam program Diploma
Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Tujuan praktikum ialah:

(a) Untuk memberi peluang kepada guru pelajar untuk mempelajari


bagaimana pusat pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah
diuruskan dan dianjurkan;

(b) Untuk memberi peluang kepada guru pelajar untuk mengintegrasikan


teori pengajaran dan pembelajaran dengan amalan pengajaran di
sekolah; dan

(c) Untuk menyediakan konteks untuk perkembangan profesional dengan


membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam suasana
pengajaran.

Bahagian berikut memberikan butiran mengenai program orientasi


prasekolah, kalendar praktikum serta peranan kakitangan yang terlibat
dalam praktikum ini.

1.1 Program Orientasi Prasekolah

Program Orientasi Prasekolah (POP) memberikan guru pelajar pendedahan


awal kepada persekitaran pusat pendidikan awal kanak-kanak atau
prasekolah. Program ini memberikan peluang kepada guru pelajar untuk
memahami prasekolah sebagai satu institusi pendidikan melalui aktiviti yang
berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam program
ini, guru pelajar akan mempunyai peluang untuk memperhatikan dan
berinteraksi serta bekerja dengan pentadbir pusat pendidikan awal
kanak-kanak atau prasekolah, guru-guru dan kanak-kanak. Para guru–pelajar
akan dapat memperhatikan tingkah laku kanak-kanak, pengajaran sebenar
yang dijalankan oleh para guru pusat pendidikan awal kanak-kanak atau
prasekolah dan keseluruhan pengurusan pusat tersebut. Aktiviti pengumpulan
maklumat tugasan dan refleksi kendiri adalah diharapkan dapat membantu
guru pelajar mengintegrasikan teori dan amalan mengajar.

8
PRAKTIKUM

Dalam usaha untuk menjayakan program ini, guru–pelajar diharapkan dapat


memahami objektif dan tujuan POP. Semua guru–pelajar diminta untuk
mengikuti garis panduan seperti yang berikut:

(a) Menghadirkan diri di pusat pendidikan awal kanak-kanak atau


prasekolah apabila diperlukan dan mewujudkan hubungan yang baik
dengan komuniti pusat pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah;

(b) Memberi perhatian khusus kepada komponen yang perlu anda


memperhatikan, mengambil nota dan gambar apabila perlu (perlu
meminta kebenaran terlebih dahulu daripada ibu bapa dan pengetua
sekolah sebelum mengambil gambar);

(c) Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik dan profesional dalam
komunikasi dan interaksi anda. Perlu sentiasa berpakaian kemas,
profesional dan sesuai dengan tugasan sebagai seorang guru kerana
anda mewakili universiti;

(d) Selalu berbincang, memperhatikan dan membantu guru dalam bilik


darjah;

(e) Memberi perhatian dan mengumpul maklum balas tentang proses


pengajaran mengajar setiap kali diberi peluang; dan

(f) Menggunakan semua maklumat di atas dalam penyediaan portfolio


amalan pengajaran.

Guru–pelajar dikehendaki memperhatikan aktiviti-aktiviti pusat pendidikan


awal kanak-kanak atau prasekolah berhubung dengan tiga komponen utama
iaitu: pengurusan sekolah, kurikulum dan infrastruktur.

1.1.1 Tugasan Praktikum

Guru–pelajar hendaklah mengamalkan tugasan-tugasan yang berkaitan


dengan pengurusan sekolah, kurikulum dan infrastruktur sepanjang tempoh
praktikum seperti yang dinyatakan dalam komponen seterusnya.

KOMPONEN I: PENGURUSAN SEKOLAH

Di bawah komponen pengurusan, guru–pelajar dikehendaki memantau dan


mengumpul maklumat pengurusan dan organisasi pusat pendidikan awal
kanak-kanak atau prasekolah. Ini meliputi aspek-aspek berikut:

9
PRAKTIKUM

(a) Maklumat latar belakang pusat pendidikan awal kanak-kanak atau


prasekolah;

(b) Maklumat kehadiran para guru, kakitangan pentadbiran dan kanak-


kanak pusat pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah;

(c) Kalendar pusat pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah;

(d) Profil atau demografi kanak-kanak;

(e) Perancangan dan pelaksanaan kurikulum:


(i) Buku rekod untuk guru atau rancangan pengajaran;
(ii) Sukatan pelajaran; dan
(iii) Buku teks.

(f) Organisasi pusat pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah


termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Lembaga Pengurusan dan
Lembaga Disiplin;

(g) Kewangan atau perbelanjaan (tidak wajib);

(h) Mesyuarat kakitangan;

(i) Struktur organisasi; dan

(j) Fungsi kakitangan.

KOMPONEN II: KURIKULUM

Terdapat dua elemen yang akan dibincangkan dalam komponen ini. Ia


merupakan mata pelajaran teras dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

A. Mata pelajaran Teras

Perkara yang perlu diambil kira ialah:

(a) Jadual waktu;

(b) Sukatan pelajaran


(i) Rancangan pengajaran; dan
(ii) Nota pengajaran.

10
PRAKTIKUM

(c) Proses bilik darjah; dan

(d) Pengaruh persekitaran dan suasana pusat pendidikan awal kanak-


kanak atau prasekolah dalam pelaksanaan kurikulum.

B. Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Antara perkara yang perlu diberi perhatian bagi elemen ini ialah:

(a) Jenis bahan pengajaran dan pembelajaran;

(b) Penggunaan atau kesesuaian bahan pengajaran dan pembelajaran;


dan

(c) Keberkesanan penyebaran dan penggunaan bahan pengajaran dan


pembelajaran.

KOMPONEN III: INFRASTRUKTUR

Dalam komponen ini, guru pelajar dikehendaki memperhatikan dan


memahami persekitaran pusat pendidikan awal kanak-kanak atau
prasekolah mengikut penyediaan kemudahan pusat pendidikan atau
prasekolah tersebut seperti bilik darjah, bengkel kemahiran hidup, bilik
sumber, makmal sains, bilik komputer, perpustakaan dan sebagainya.

(a) Perkara yang berikut perlu diambil kira:


(i) Keluasan atau saiz lokasi;
(ii) Susunan fizikal;
(iii) Perabot dan peralatan; dan
(iv) Alat mainan dan alat bantuan mengajar.

(b) Menjelaskan tentang sumber dan perkhidmatan lain yang disediakan


iaitu:
(i) Bilik rawatan;
(ii) Peti cadangan; dan
(iii) Sudut pembelajaran.

11
PRAKTIKUM

1.2 Jadual Praktikum

Pengalaman praktikum adalah selama enam minggu mengikut mod


praktikum yang disyorkan. Setiap guru pelajar dijangka mengikuti pelan kerja
yang dicadangkan dalam kalendar yang diberikan.

Kalendar praktikum hendaklah disediakan dan dipatuhi oleh guru pelajar.


Anda perlu menyediakan jadual praktikum dengan menyediakan garis masa
yang betul supaya anda mengetahui bila untuk menjalankan tugasan atau
tanggungjawab yang tertentu.

Adalah amat penting untuk anda melakukan yang berikut:

(a) Guru pelajar perlu mengisi tarikh setiap minggu ke dalam kalendar
daripada permulaan praktikum;

(b) Guru pelajar perlu membincangkan jadual dengan guru dan penyelia
sehingga ada persefahaman yang dipersetujui bagi tarikh akhir
(deadline) dan tanggungjawab individu dalam pemerhatian bilik darjah
yang dijadualkan. Guru-guru dan penyelia mesti menandatangani
dengan tarikh pada kalendar praktikum selepas memberi persetujuan;

(c) Hari penggantian mesti ditunjukkan pada kalendar dengan jelas; dan

(d) Kalendar perlu diletakkan dalam portfolio praktikum semasa penyerahan.

SAMPEL KALENDAR PRAKTIKUM

Sampel kalendar praktikum adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Sampel Kalendar Praktikum

Tandatangan
Minggu Aktiviti Item untuk Portfolio Guru atau Komen
Penyelia
Minggu 1 1. Melaporkan diri  Latar belakang
(Tarikh) dan orientasi. sekolah.
2. Mengumpulkan  Menyediakan
maklumat kalendar.
sekolah.
 Jurnal harian.
 Refleksi kendiri
harian.

12
PRAKTIKUM

Minggu 2 1. Memerhati guru  Mengumpulkan


(Tarikh) mengajar. maklumat
2. Membantu guru kurikulum.
dan suai kenal  Laporan
dengan murid. organisasi
3. Memilih murid sekolah.
untuk  Refleksi
pemerhatian. pengajaran dan
pembelajaran
berdasarkan
pemerhatian yang
dibuat apabila
guru kelas
mengajar.
 Jurnal dan refleksi
kendiri harian.
Minggu 3 1. Mengajar kelas  Pelan mengajar.
atau kumpulan  Laporan
kanak-kanak. infrastruktur.
2. Mengadakan
 Laporan
dua sesi
pemerhatian
pemerhatian kanak-kanak.
terhadap
kanak-kanak.
3. Berbincang
dengan
penyelia atau
guru tentang
tugasan harian.
Minggu 4 1. Mengajar kelas  Pelan mengajar.
atau kumpulan  Laporan
kanak-kanak. pemerhatian
2. Mengadakan kanak-kanak.
dua sesi  Jurnal dan refleksi
pemerhatian
kendiri harian.
terhadap
kanak-kanak.
Minggu 5 1. Mengajar kelas  Pelan mengajar.
atau kumpulan  Laporan
kanak-kanak. pemerhatian
2. Mengadakan kanak-kanak.
dua sesi
 Jurnal dan refleksi
pemerhatian
kendiri harian.
terhadap
kanak-kanak.

13
PRAKTIKUM

Minggu 6 1. Mengajar kelas  Laporan akhir.


atau kumpulan  Portfolio kanak-
kanak-kanak. kanak.
2. Berbincang  Penyediaan
dengan guru.
terakhir portfolio.

1.3 PERANAN PENGETUA PUSAT PENDIDIKAN


AWAL KANAK-KANAK ATAU PRASEKOLAH

Guru–pelajar akan ditempatkan di pusat pendidikan awal kanak-kanak atau


prasekolah untuk menjalankan praktikum. Pengetua pusat pendidikan awal
kanak-kanak atau prasekolah yang terlibat perlu memberikan sokongan
kepada guru pelajar seperti berikut:

(a) Menjadi rakan kongsi kepada Open University Malaysia dalam


memastikan kejayaan praktikum;

(b) Mengenal pasti dan melantik seorang guru terlatih dan berpengalaman
untuk bertindak sebagai guru sokongan atau rakan guru kepada guru–
pelajar;

(c) Membantu guru–pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran pusat


atau prasekolah dan membantu guru–pelajar dengan program orientasi
pusat atau prasekolah;

(d) Memberi guru–pelajar peluang untuk memperhatikan dan berkongsi


pengalaman dengan guru-guru terlatih;

(e) Menyediakan panduan dan maklum balas yang berterusan kepada


guru–pelajar;

(f) Membuat laporan secara bertulis mengenai sebarang isu disiplin,


perubatan atau kemalangan yang berkaitan dengan guru–pelajar Open
University Malaysia kepada penyelaras praktikum di Open University
Malaysia; dan

(g) Memastikan bahawa setiap guru–pelajar menandakan kedatangannya


setiap hari sepanjang tempoh praktikum.

14
PRAKTIKUM

1.4 Peranan Guru Sokongan

Guru sokongan memainkan peranan penting dalam membimbing guru–pelajar


berkaitan aspek-aspek yang berikut:

(a) Membantu guru–pelajar menyesuaikan diri dengan rutin pusat atau


prasekolah dan memperkenalkannya kepada kakitangan pusat atau
prasekolah;

(b) Membenarkan guru–pelajar mengajar dan memperhatikannya sebanyak


dua atau tiga kali sepanjang tempoh praktikum. Beri maklum balas
tentang pengajaran beliau;

(c) Memupuk hubungan yang positif dengan pihak universiti. Bekerjasama


dengan Open University Malaysia untuk memberikan sokongan yang
berterusan kepada guru pelajar;

(d) Kerap berkomunikasi dengan penyelia guru–pelajar daripada Open


University Malaysia mengenai kemajuan guru–pelajar;

(e) Memberi peluang kepada guru–pelajar untuk membuat pemerhatian;

(f) Memeriksa, memberi komen dan menandatangani rancangan pengajaran


guru–pelajar;

(g) Membimbing guru–pelajar dalam penggunaan bahan pengajaran;

(h) Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk menilai rancangan


pengajaran guru–pelajar;

(i) Mengemas kini dan menyimpan rekod yang berkaitan dengan praktikum;

(j) Mengamalkan model yang berkesan bagi para guru–pelajar; dan

(k) Membantu guru–pelajar dalam proses pemikiran reflektif dan


mengembangkan gaya pengajaran peribadi.

15
PRAKTIKUM

1.5 Peranan Guru–Pelajar

Sebagai seorang guru–pelajar, anda mestilah bertanggungjawab dalam


mengamalkan perkara-perkara yang berikut:

(a) Membaca dan mematuhi matlamat praktikum;

(b) Berbincang dengan rakan guru dan penyelia tentang peranan dan
tanggungjawab anda;

(c) Menyediakan laporan Program Orientasi Pusat atau Prasekolah;

(d) Menyediakan rancangan pengajaran;

(e) Menyediakan jurnal harian dan refleksi kendiri;

(f) Memaklumkan kepada pengetua jika anda tidak dapat hadir. Bersedia
untuk mengemas kini rancangan pengajaran untuk dilaksanakan tanpa
kehadiran anda kepada mana-mana guru;

(g) Mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah
dan selalu mempunyai pandangan profesional (rujuk Lampiran A).
Selalu menghormati guru, kakitangan, kanak-kanak dan ibu bapa;

(h) Menyediakan portfolio yang akan dinilai oleh penyelia anda pada akhir
praktikum; dan

(i) Berhubung dengan pihak fakulti dan melakukan penggantian


praktikum, jika anda tidak dapat meneruskan praktikum atas sebab-
sebab yang munasabah (rujuk Lampiran B).

16
PRAKTIKUM

BAHAGIAN 2: LATIHAN MENGAJAR


Bahagian ini akan menghuraikan komponen latihan mengajar dengan lebih
terperinci. Berikut adalah templat borang-borang yang diperlukan seperti
borang bagi rancangan pengajaran, borang pemerhatian guru sokongan
atau penyelia, borang tamat praktikum oleh pusat pendidikan awal kanak-
kanak atau prasekolah dan borang pemerhatian kanak-kanak.

2.1 Rancangan Pengajaran

Semua guru–pelajar dikehendaki menulis rancangan pengajaran sebelum


setiap sesi pengajaran. Setiap rancangan pengajaran mestilah difailkan dan
diserahkan kepada guru sokongan atau penyelia atas permintaan. Semua
rancangan pengajaran akan dinilai. Sila guna templat rancangan pengajaran
seperti yang telah disediakan dalam Rajah 2.1.

17
PRAKTIKUM

Rajah 2.1: Templat rancangan pengajaran

Sila gunakan Rajah 2.2 sebagai panduan dalam penulisan refleksi kendiri
selepas setiap sesi pengajaran.

Rajah 2.2: Soalan yang perlu ditanya dalam penulisan refleksi kendiri

2.2 Borang Pemerhatian bagi Guru Sokongan


atau Penyelia

Sila gunakan borang di Rajah 2.3 untuk menilai prestasi guru–pelajar


berdasarkan kriteria yang dinyatakan dalam borang. Borang ini hendaklah
dilengkapkan bagi semua pemerhatian. Setiap item (Nombor 1 hingga 14)
perlu ditandakan 1, 2 atau 3 berdasarkan tahap prestasi guru–pelajar.

18
PRAKTIKUM

Rajah 2.3: Borang pemerhatian bagi guru sokongan atau penyelia

19
PRAKTIKUM

2.3 Borang Pemerhatian Kanak-kanak

Borang pemerhatian kanak-kanak boleh digunakan untuk membantu anda


membuat pemerhatian ke atas kanak-kanak dari segi tingkah laku mereka.
Borang ini adalah berbentuk senarai semak seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.4.

Rajah 2.4: Borang pemerhatian kanak-kanak

20
PRAKTIKUM

2.4 Borang Tamat Praktikum oleh Pusat


Pendidikan Awal Kanak-kanak atau Prasekolah

Borang tamat praktikum (rujuk Rajah 2.5) perlu diisi oleh pengetua pusat
atau prasekolah selepas guru–pelajar selesai menjalani latihan mengajar
dan semua tanggungjawab guru–pelajar telah dilaksanakan.

Berikut adalah beberapa garis panduan:

(a) Guru pelajar hendaklah mengemukakan semua dokumen yang


berkaitan dengan POP dan latihan mengajar kepada guru sokongan
atau penyelia untuk semakan terakhir. Apabila dokumen-dokumen ini
dianggap selesai, barulah borang tamat praktikum boleh diisi dan
ditandatangani;

(b) Semua borang tamat praktikum perlu ditandatangani, bertarikh dan


dicap; dan

(c) Guru–pelajar boleh mengiringi guru apabila borang tamat praktikum


ditandatangani oleh pengetua pusat atau prasekolah.

21
PRAKTIKUM

Rajah 2.5: Borang tamat praktikum

22
PRAKTIKUM

BAHAGIAN 3: PORTFOLIO PRAKTIKUM


Pada akhir praktikum, semua guru–pelajar dikehendaki mengemukakan
portfolio kepada Open University Malaysia bagi menunjukkan pembelajaran
dan perkembangan profesional mereka. Portfolio praktikum ialah dokumen
yang teratur yang merangkumi laporan POP, rancangan pengajaran, bahan
bantu mengajar, borang pemerhatian penyelia atau guru sokongan, borang
pemerhatian kanak-kanak, laporan peribadi, jurnal harian, reflektif kendiri
dan juga gambar-gambar serta sampel kerja kanak-kanak.

Refleksi kendiri dan jurnal harian harus menunjukkan kebolehan anda yang
berkaitan dengan yang berikut:

(a) Mengintegrasikan teori dengan amalan pengajaran;

(b) Perkembangan profesional melalui analisis catatan jurnal reflektif dan


juga perbincangan dengan rakan-rakan, guru-guru sokongan dan
penyelia; dan

(c) Mengatasi kekangan yang berkaitan dengan pengajaran di bilik darjah.

3.1 Komponen Portfolio Praktikum

Berikut adalah senarai semak portfolio apabila guru pelajar mengemas kini
dan menyusun portfolio praktikum anda:

(a) Laporan POP (Komponen I, II, III);

(b) Rancangan pengajaran untuk semua sesi pengajaran;

(c) Contoh hasil kerja kanak-kanak;

(d) Bahan bantuan mengajar;

(e) Borang pemerhatian daripada penyelia;

(f) Borang pemerhatian daripada guru sokongan;

(g) Laporan reflektif kendiri dan jurnal harian peribadi;

23
PRAKTIKUM

(h) Gambar-gambar;

(i) Refleksi setiap sesi pengajaran dan pengalaman praktikum secara


keseluruhan; dan

(j) Portfolio praktikum perlu dihantar kepada Fakulti Pendidikan dan


Bahasa, Open University Malaysia, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala
Lumpur.

Rujuk kepada Rubrik Pemarkahan di bahagian yang seterusnya untuk


butiran terperinci tentang bagaimana portfolio anda akan dinilai.

24
RUBRIK PEMARKAHAN
BAGI PORTFOLIO
PRAKTIKUM – RUBRIK PEMARKAHAN BAGI PORTFOLIO

27
PRAKTIKUM – RUBRIK PEMARKAHAN BAGI PORTFOLIO

28
PRAKTIKUM – RUBRIK PEMARKAHAN BAGI PORTFOLIO

29
xxvi X COURSE ASSIGNMENT GUIDE
LAMPIRAN
PRAKTIKUM -LAMPIRAN

Lampiran A

Kod Etika Guru–Pelajar

(a) Berinteraksi dengan pentadbir – Calon perlu mengetahui nama pentadbir di sekolah,
minta untuk diperkenalkan kepada semua kakitangan dan murid dan perlu berinteraksi
secara profesional.

(b) Berinteraksi dengan guru sokongan dan penyelia – Calon perlu berinteraksi secara
profesional dan memahami tanggungjawab seorang guru sokongan dan penyelia.

(c) Berinteraksi dengan kanak-kanak – Calon perlu konsisten dengan cara berinteraksi
dengan kanak-kanak.

(d) Berinteraksi dengan ibu bapa – Ibu bapa perlu diberitahu bahawa seorang
guru–pelajar akan bertugas dalam kelas pada awal semester.

(e) Etika berpakaian profesional – Guru–pelajar perlu memahami etika pakaian sekolah.
Pakaian mestilah kemas, kelihatan profesional, bersih dan sopan.

(f) Ketepatan masa – Ketepatan masa adalah penting dalam pengurusan kelas yang
efektif. Bahan pelajaran perlu disediakan lebih awal sebelum memulakan kelas.

(g) Penahanan kanak-kanak – Kadangkala, terdapat kanak-kanak yang bertingkah laku


secara keterlaluan. Guru–pelajar tidak dibenarkan mengendalikan tingkah laku kanak-
kanak yang melampau kecuali jika anda telah melalui latihan yang sewajarnya.

(h) Senarai semak – Untuk memastikan anda melalui pengalaman yang sewajarnya,
anda perlulah mengikuti senarai tugasan yang diberi.

33
PRAKTIKUM - LAMPIRAN

Lampiran B

PENGGANTIAN PRAKTIKUM
Terdapat beberapa punca penggantian praktikum yang bergantung kepada situasi tertentu.
Antaranya ialah:

(a) Penangguhan praktikum kerana sakit atau keadaan peribadi


Guru–pelajar yang perlu menangguhkan praktikum mereka atas sebab perubatan atau
peribadi atau keluarga mesti memaklumkan kepada Fakulti dan memastikan bahawa
sekolah dan guru sokongan atau penyelia menyedari ketiadaan mereka. Jika ia adalah
kerana keadaan perubatan mereka, sijil perubatan perlu diberikan. Fakulti memberikan
kebenaran untuk tangguhan sedemikian dan para guru–pelajar ini akan ditawarkan
penggantian praktikum atau peluang untuk melengkapkan praktikum mereka, dengan
berunding dengan guru sokongan atau penyelia dan sekolah yang terlibat.

(b) Penggantian praktikum akibat prestasi yang tidak memuaskan


Guru–pelajar yang "GAGAL" salah satu daripada penempatan praktikum boleh
meminta penempatan penggantian. Guru–pelajar boleh membuat suatu permintaan
bertulis kepada Fakulti. Permintaan bertulis perlu menjelaskan pengalaman yang telah
dilalui dalam penempatan sebelum ini dan tindakan yang diperlukan oleh guru–pelajar
untuk mencapai kejayaan dalam penempatan masa depan.

Permintaan bertulis itu juga perlu menunjukkan kelakuan profesional yang sesuai. Prosedur
seterusnya yang akan diikuti susulan daripada permintaan penggantian praktikum tersebut
adalah seperti yang berikut:
(i) Fakulti akan mempertimbangkan permintaan bertulis dan memeriksa semua dokumen
untuk menentukan sama ada penempatan yang baharu akan diberikan atau tidak;
(ii) Bergantung pada keseriusan isu berkaitan, permohonan penempatan boleh ditolak dan
hak guru–pelajar untuk meneruskan pengajian dalam program Diploma Pendidikan
Awal Kanak-kanak boleh dibatalkan;
(iii) Jika permintaan itu ditunaikan, fakulti perlu berunding dengan guru sokongan atau
penyelia dan pengetua sekolah, akan menyediakan penempatan baru. Bayaran
tambahan akan dikenakan.
(iv) Jika permintaan itu ditolak, fakulti akan memaklumkan kepada guru–pelajar itu secara
bertulis bahawa permohonannya ditolak dan beliau akan dikeluarkan daripada program ini.
(v) Penempatan penggantian boleh diaturkan untuk semester berikutnya jika mempunyai
kekosongan atau ia mungkin dijadualkan pada tahun akademik yang akan datang.
(vi) Mereka yang berjaya menamatkan penempatan penggantian akan dibenarkan untuk
mengambil bahagian dalam konvokesyen di Fakulti Pendidikan dan Bahasa.
(vii) Guru–pelajar akan dibenarkan menyempurnakan hanya satu penggantian penempatan
praktikum sahaja. Jika percubaan kedua tidak berjaya, guru–pelajar tidak akan diberi
peluang lagi.

34

You might also like