You are on page 1of 6

Latihan Mirip SPM 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakanperkataan itu sebagaiperibahasa atau nama khas.

Pengerusi majlis memberitahu para hadirin bahawa perbincangan mereka pada hari ini
akan menjurus kepada masalah pencemaran di sekitar kawasan tersebut. Beliau meminta mereka
mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Beliau berasa hancur hati kerana masalah
tersebut masih berterusan walaupun pelbagai tindakan telahpun diambil. Oleh itu, beliau menyeru
kepada semua hadirin agar memberikan kerjasama untuk membanteras masalah itu.

Dipetik dan diubah suai daripada


Internet.

[6 markah]
Kata majmuk Ayat
1.

2.

3.

19
Kata Terbitan

Standard Kandungan
5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang

Standard Pembelajaran
Tingkatan 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul
4 mengikut konteks.
Tingkatan 5.1.2 Mengaplikasi pelbagai kata terbitan dalam pelbagai laras bahasa dengan
5 betul mengikut konteks.

A. Definisi
imbuhan awalan
kata tunggal (kata
Kata
Terbitan
dasar) yang imbuhan akhiran
menerima imbuhan.
imbuhan apitan

imbuhan awalan me- , ber- , pe- , ter- , di- , ke-

imbuhan akhiran -an , -kan , -i

imbuhan apitan me kan , me i , ber kan , ber an ,


pe an , ke an , di kan , di i

B. Contoh Kata Terbitan Berawalan

Kata dasar Imbuhan Awalan Kata terbitan


Raja be- beraja
tangkap di- ditangkap
lawat me- melawat
hantar men- menghantar
nyanyi pe- penyanyi

20
Contoh Kata Terbitan berakhiran

Kata dasar Imbuhan akhiran Kata terbitan


makan -an makanan
Ikut -i ikuti
Beri -kan berikan
sakit -i sakiti

Contoh Kata Terbitan berapitan

Kata dasar Imbuhan apitan Kata terbitan


pandang ber-...-an berpandangan

pandu ber-...-kan berpandukan


jalan di-...-kan dijalankan
kasar di-...-i dikasari
tingkat me-...-kan meningkatkan

C.
LATIHAN 1 ( Tahap Mudah )

Arahan: Berdasarkan contoh-contoh kata terbitan yang diberikan di bawah, isi tempat
kosong mengikut jenis kata terbitan.

Diberikan lautan mengatur


Berbincang melancarkan keluarkan
Akhiri dicuci kecantikan

KATA TERBITAN KATA TERBITAN KATA TERBITAN


BERAWALAN BERAKHIRAN APITAN
1 1 1
2 2 2
3 3 3

22
LATIHAN 2 ( Tahap Sederhana )

Kenal pasti kata terbitan dalam ayat-ayat di bawah dan tuliskan jawaban di dalam
ruangan yang disediakan.

1. Mak Kiah menyusun pasu bunga orked di halaman rumah.


2. Amirul bersetuju dengan pendapat kakaknya. _
3. Mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
4. Abang saya bercita-cita untuk menjadi penyanyi. _
5. Pengebom yang berani mati itu telah dijatuhi hukuman. _
6. Gadis yang peramah itu ialah anak Pak Mat.

LATIHAN 3 ( Tahap Sukar )


Teliti maklumat di dalam gambar di bawah dan senaraikan 6 kata terbitan.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

23
SOALAN MIRIP SPM 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata terbitan berawalan. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung kepada keutuhan dan kemantapan hubungan
dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan budaya.
Hubungan erat antara jiran dapat melahirkan ciri-ciri masyarakat yang berkualiti. Seperti yang
diketahui umum, jiran didefinisikan sebagai orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita.
Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Dipetik dan diubah suai daripada


Semangat kejiranan perlu dipupuk,
May 23, 2017

[6 markah]

Kata terbitan berawalan Ayat

1. .................................... ................................................................................................
.................................................................................................
................................................................................................

2. .................................... ................................................................................................
.................................................................................................
................................................................................................

3. ................................... ................................................................................................
.................................................................................................
................................................................................................

24
SOALAN MIRIP SPM 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata terbitan berawalan dan dua kata

terbitan berakhiran. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataanyangdipilihuntukmenunjukkanbahawaandafahamakan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

Penganjuran kempen keselamatan jalan raya merupakan tindakan kerajaan untuk


mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama menjelang musim perayaan. Kempen ini
diadakan setiap tahun dengan tujuan yang sama, iaitu mendidik pengguna jalan raya agar
sentiasa bersikap toleransi dan berhemah semasa di jalan raya. Para pengguna jalan raya
dinasihati supaya merancang perjalanan mereka di samping memastikan kenderaan mereka
berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

Dipetik dan diubah suai daripada


Kempen keselamatan untuk kurangkan kemalangan,
14 Jan 2020

[8 markah]

Kata Terbitan (i)


berawalan
1.

(ii)
2.

Kata Terbitan
(iii)
berakhiran

25

You might also like