You are on page 1of 2

PENDAHULUAN

Menurut Mok( 1995) Matematik mengandungi unsur-unsur yang utama, iaitu simbolnya
seperti nombor, titik garisan , bentuk, dan bahasa Matematik serta prinsip, hukum,
teorem dan peraturan-peraturan matematik digunakan untuk menjalankannya.
Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikiran secara logik dan
bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Namun, matematik
juga merupakan sebuah mata pelajaran yang sering kali dianggap bosan dan terlalu
sukar oleh murid-murid di Malaysia. Murid-murid sering kali mempunyai tanggapan
yang negatif terhadap mata pelajaran Matematik kerana mereka kurang menguasai dan
memahami beberapa topik yang terdapat dalam mata pelajaran matematik. Antara topik
yang sering dianggap sukar adalah topik bahagi atas sebab ia merupakan sebuah
konsep yang abstrak dan sukar diasimilasikan kepada pengetahuan sedia ada mereka.

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat kurikulum matematik


di peringkat sekolah rendah telah digubal dan disusun untuk menyediakan peluang
kepada murid untuk menyesuaikan pengetahuan dan kemahiran dalam matematik bagi
mengaplikasi dalam kehidupan seharian (Bahagian Pembangunan Kurikulum Huraian
Sukatan Pelajaran Tahun 6,2011). Kurikulum Matematik sekolah rendah mempunyai
empat bidang utama iaitu Nombor, Ukuran , Bentuk dan Ruang dan Statistik.
Menguasai kemahiran asas mengira dalam empat operasi iatiu penambahan,
penolakkan, pendaraban dan pembahagian adalah penting untuk murid.

Matlamat Matematik sekolah rendah menekankan kepada penguasaan bahasa


matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan
kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan niai-nilai murni denga elemen –
elemen kreativiti diterapkan melalui konteks yang sesuai. Pembelajaran dan pengajran
matematik bukan sahaja sekadar untuk memberikan penekanan kepada pemahaman
konsep Matematik semata-mata , namun ia haruslah mencakupi semua aspek seperti
berfikir secara kritis, kreatif, menaakul, menghayati serta dapat mengaplikasi
pembelajaran matematik itu sendiri dalam kehidupan mereka.

Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang lebih menekankan kepada konsep-
konsep matematik yang abstrak, guru harus menggunakan pelajaran pelbagai kaedah
dan strategi yang kreatif dan inovatif bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang
bermakna kepada murid-murid terutamanya bagi topik-topik yang sukar seperti bahagi.
Hal ini selaras dengan hasrat KSSR yang menyarankan guru memilih pendekatan dan
kaedah pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid (BPK 2011). Namun, dunia
pendidkan hari ini menyaksikan amalam guru dalam melaksanakan kurikulum
matematik tersebut, pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan guru serta masih
terikat dengan kaedah tradisional. Dalam usaha untuk melahirkan murid-murid yang
dapat berdaya saiang secara kompetatif, guru haruslah menggunakan pelbagai
pendekatan, strategi serta kaedah pembelajaran dan pengajaran untuk menyediakan
murid untuk menghadapi cabaran negara luar.

Matematik sering dikaitkan dengan konsep dan idea yag sukar difahami dan
digambarkan dengan jelas kepada murid–murid terutama murid di peringkat sekolah
rendah, menurut Jean Piaget, kanak-kanak berumur antara tujuh hingga dua belas
tahun masih berada pada tahap operasi konkrit dalam Teori Perkembangan Kognitif
kanak-kanak yang telah beliau perkembangkan. Pada tahap ini, kanak-kanak kurang
menguasai konsep yang abstrak. Maka, berdasarkan kepada keempat-empat operasi
fakta asas, operasi bahagi merupakan teknik dan pengiraan yang paling sukar
dilakukan oleh murid-murid sekolah rendah terutamanya murid-murid lemah.Hal ini
kerana operasi pembahagian melibatkan operasi lain seperti darab dan tolak.

You might also like