You are on page 1of 2

Menurut Mustaqin (2012), pengajaran dan pembelajaran Matematik KBSR perlu

dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman


yang menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar. 
Pada pandangan pelajar secara umum, mata pelajaran Matematik merupakan salah
satu mata pelajaran yang susah untuk difahami. Bahagi merupakan salah satu
kemahiran asas yang amat sukar untuk dikuasai oleh murid. Pelajar selalu menghadapi
masalah dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan operasi bahagi (Lee
Mei Mei, 2006 dalam Affiq, 2013).
Menurut Nik Azis Nik Pa (2011) dalam kajiannya, menyatakan majoriti murid
menggambarkan konsep bahagi secara abstrak dengan menulis dua simbol, iaitu
simbol standard bagi operasi bahagi dan simbol bagi pembahagian panjang.
Dalam kajian ini, ansur maju dalam menyelesaikan soalan bahagi nombor bulat dengan
satu digit akan digunakan. Ansur maju merupakan satu kaedah mempelajari sesuatu
kemahiran itu, bermula dari langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras yang
lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya (Tiong Houng
Ching, 2005 dalam Eric Ling Tiing Kong, 2011).
Dapatan ini menyokong penyataan Lee Mei Mei dalam Affiq (2013) dimana pelajar
selalu menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
operasi bahagi. Namun begitu, setelah pengkaji memperkenalkan Kaedah Pindah
Rumah, peserta kajian berjaya menjawab soalan yang melibatkan operasi bahagi
nombor bulat dengan nombor 1 digit dengan betul.

Eric Ling Tiing Kong. (2011). Penggunaan Teknik "SPAD" Dalam Membantu Murid-
Murid Tahun Empat Menyelesaiakn Operasi Bahagi Nombor "4 Digit Dengan 2-
Digit" Dalam Bentuk Lazim. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp
Ambilan Januari 2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 1-13
Lisah Binti Chong Vui Fah. (2011). Penggunaan "Combo Set" Dalam Membantu Murid
Tahun Tiga Menjawab Soalan Long Division. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan Pismp Ambilan Januari 2008 (Matematik Pendidikan Rendah)
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 27-41.
Muhamad Mustaqin Bin Azizan . (2012). Penggunaan Kaedah “Pagar” Membantu
Menyelesaikan Operasi Bahagi Nombor Bulat Dengan Nombor 1-Digit Bagi
Murid Tahun 5. Projek Tahun Akhir PISMP (Tidak Diterbitkan). Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato; Razali Ismail.
Muhammad Affiq Bin Mohammad Zain. (2013). Penggunaan Kaedah ‘U-Solve’ Dalam
Membantu Murid Lemah Tahun 5 Menyelesaikan Masalah Pembahagian.
Projek Tahun Akhir PISMP (Tidak Diterbitkan). Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato' Razali Ismail .
Nik Azis Nik Pa Dan Faridah Mohamed Ibrahim. (2011). Konsepsi Murid Berumur 10
Tahun Tentang Pembahagian Melibatkan Sifar. Diperoleh Daripada
Http://Atikan- Jurnal.Com/Wp-Content/Uploads/2011/05/06.Pdf Pada 18
Februari 2014.

You might also like