You are on page 1of 26

EDUP

EDUP 3073
3073
BUDAYA
BUDAYA DAN
DAN PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

Sosiobudaya dan Perkembangan


Sosiobudaya dalam Bilik Darjah

PENSYARAH: DR. MASHIRA YAHAYA


IPGK DARULAMAN
PENGERTIAN SOSIO BUDAYA

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010): Sosio budaya


merupakan hubungan masyarakat dengan budaya
(seperti cara hidup, adat istiadat)

Amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi


sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan
kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam
berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan
meransang pembangunan hidup masyarakat itu.
Contoh:
Sosio-budaya Islam: Amalan yang berupa gaya hidup dan
peradaban sesuatu masyarakat yang lahir dari akidah dan
petunjuk Islam, berkaitan dengan akhlak dan pergaulan
masyarakat dalam berbagai bidang penghidupan, bagi
meransang pembangunan masyarakat menurut yang
diredhai Allah SWT.
TEORI SISTEM EKOLOGI BRONFENBENNER
Teori Sistem Ekologi Bronfenbenner
• Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi Amerika
menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil
interaksi di antara alam persekitaran dengan kanak-
kanak tersebut.
• Menurut teori sistem ekologi beliau, persekitaran
kanak-kanak terdiri dari satu set sistem sosial yang
kompleks dan saling berinteraksi.
• Interaksi antara kanak- kanak dengan persekitaran
kanak-kanak itu boleh mempengaruhi proses
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
Menurut beliau, persekitaran individu terdiri daripada
lima lapisan sistem.

Mikrosistem
Mesosistem
Eksosistem
Makrosistem
Kronosistem
Mikrosistem
• Mikrosistem merujuk kepada persekitaran yang terdekat
dengan dunia kanak-kanak.
• Ia adalah lapisan pertama dan mewakili hubungan serta
interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa, penjaga, adik
beradik, rakan, jiran dan guru.
• Ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang dan penjagaan
yang baik akan memberi kesan berbeza jika dibanding
dengan ibu bapa yang tidak kisah.
• Tingkah laku atau respons kanak –kanak juga akan
mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap kanak-kanak
tersebut. Contohnya, kanak –kanak yang berkelakuan baik
akan disenangi oleh orang dewasa.
• Hubungan antara ibu bapa juga memberi kesan kepada
pengalaman kanak-kanak.
Mesosistem
• Mesosistem ialah lapisan kedua dalam teori sistem
ekologi.
• Ia melibatkan interaksi antara ibu bapa dengan
pengasuh, ibu bapa dengan jiran, ibu bapa dengan
sekolah serta sekolah dengan jiran dan bagaimana ia
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
• Contoh, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti kanak-
kanak di sekolah boleh memberi sokongan yang dapat
membantu kemajuan akademik kanak-kanak.
Eksosistem
• Lapisan ketiga ini iaitu Eksosistem mewakili organisasi
yang tidak melibatkan kanak-kanak tetapi mempunyai
pengaruh secara langsung ke atas kanak-kanak.

• Contoh, peraturan tempat kerja ibu bapa seperti cuti


atau waktu kerja fleksibel.

• Eksosistem juga merangkumi saudara mara dan rakan


ibu bapa yang dapat membantu keluarga.
* Eksosistem = Ekosistem
Makrosistem
• Makrosistem mewakili norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat.

• Contoh, di sesetengah negara, kaum lelaki diberi


peranan yang lebih dominan di mana mereka diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan yang penting. Di
negara barat kaum wanita mempunyai hak dan
peluang yang sama.

• Ini memberi kesan ke atas perkembangan sosial dan


emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam
masyarakat.
Kronosistem
• Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah
mengikut peredaran masa.

• Sebagai contoh, kehadiran ahli baru dalam sebuah


keluarga membawa perubahan dan memberi kesan
kepada perkembangan kanak-kanak.

• Contohnya apabila ibu melahirkan ahli baru dalam


keluarga, maka kanak-kanak tersebut akan berasa
tersisih dan memikirkan ibu bapa mereka tidak
menyayangi mereka kerana ibu bapa mereka memberi
lebih tumpuan dan perhatian kepada ahli baru dalam
keluarga tersebut.
TEORI PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA
LEV VYGOTSKY
Teori Perkembangan Sosiobudaya Lev Vygotsky

• Lev Vygotsky merupakan ahli psikologi Russia yang asalnya


mendalami ilmu perubatan tetapi akhirnya mempelajari
bidang undang-undang dan kesusasteraan.

• Vygotsky percaya bahawa perkembagaan kognitif individu


berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang
mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu.

• Beliau menekankan peranan sosial dan budaya dalam


perkembagan minda kanak-kanak.
Teori Perkembangan Sosiobudaya Lev Vygotsky

• Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak


terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu
bapa, guru, orang-orang dewasa yang lain dan rakan
sebayanya.

• Perkembangan mental kanak-kanak terhad disebabkan


oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang.

• Persekitaran dan sistem lingkungan budaya kanak-kanak


membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif.

• Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir


kepada kanak-kanak.
Zon Perkembangan Proksimal
• Vygotsky menerangkan tentang kemahiran-kemahiran
yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh
dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang
dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.
Had atas
- Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh
dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir

Zon Perkembangan Proksimal


- Kemahiran kanak-kanak dalam proses kematangan
dan akan mencapai kematangan dengan bantuan
individu yang lebih mahir.
Had Bawah
- Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-
kanak.

Zon Perkembangan Proksimal


Konsep perancah (scaffolding)
• Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap
sokongan yang diberikan dan berkait rapat dengan zon
perkembangan proksimal.
• Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting
semasa proses perencah untuk mendapat konsep-
konsep baru dan lebih sistematik.
• Menurut vygotsky, berkomunikasi dengan diri sendiri
juga boleh dijadikan salah satu perkembangan kanak-
kanak yang bagus kerana dapat mengawal tingkah
lakunya sendiri.
PERANAN GURU DALAM
PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA

DI BILIK DARJAH
Peranan guru dalam perkembangan sosiobudaya
di bilik darjah

1. Guru menjalankan tugas dengan penuh


dedikasi dan bersikap professional
• tidak harus membezakan bangsa murid, tidak
mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja.

• Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus


ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya
peluang untuk berinteraksi terbuka luas.
2. Guru digalakkan untuk mengajar tanpa
membezakan kelas sosial murid.
• Murid yang datangnya dari kelas sosial yang rendah
tidak harus dikesampingkan.

• Bagi mereka yang datangnya dari kelas sosial atasan


juga harus dilayan sama rata dengan murid yang lain.

• Menjamin semua murid akan berpeluang mengambil


bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh
guru.
3. Guru bijak mewujudkan pergaulan dalam
masyarakat pelbagai kaum
• Murid dari pelbagai golongan dapat bergaul dan
berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya
dan masyarakat lain.

4. Guru berusaha menolong murid memahami


dan membentuk nilai sikap, tingkah laku
yang sesuai.
• Melayan keperluan murid ke arah memperkembang
potensi mereka secara optimun.
5. Guru membantu murid memilih kerjaya
yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka

• Guru perlu membantu murid membina konsep positif


kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah
akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid
yang lemah melalui penganjuran kem motivasi dan
sebagainya.
6. Guru mesti membiasakan diri datang awal kekelas dan
mempunyai amalan sentiasa menepati masa.

7. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran


dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid.

8. Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada


semua murid.
Rujukan

• Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., Sharifah Fakhriah Syed


Ahmad & Zuraidah A. Majid (2017). Budaya dan
Pembelajaran. Edisi kedua. Shah Alam: Oxford Fajar.
• Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2009).Perkembangan
kanak-kanak.
• Syed Ismail Syed Mustara & Ahmad Subki Miskon. (2010)
Budaya dan pembelajaran.
• http://dilihatya.com/2916/pengertian-sosial-budaya-menuru
t-para-ahli-adalah

• http://www.anneahira.com/definisi-sosial-budaya.htm

You might also like