You are on page 1of 2

SOALAN 6: Suresh murid tahun 5 sangat kecewa dengan sikap guru sainsnya.

Beliau telah
mengambil tindakan dengan melakukan merosakkan kerusi dan memecahkan tingkap
kelasnya. Guru sains telah memarahinya dan mendenda Suresh.

Sebagai guru yang mempunyai kemahiran asas bimbingan dan kaunseling, rancangkan
intervensi Terapi yang boleh menolong guru sains bagi mengatasi masalah Suresh.

Jawapan :

Sebagai guru yang mempunyai kemahiran asas kaunseling, saya berpendapat guru
itu tidak patut memperlakukan sedemikian rupa kepada murid tersebut. Antara intervensi
terapi yang boleh dilakukan untuk membantu Suresh tahun 5 ialah guru sains tersebut
digalakkan untuk menggunakan beberapa terapi. Antara terapi yang dapat diaplikasikan
ialah terapi berkuda, terapi bermain, terapi bermain pasir, terapi muzik, dan terapi seni.
Namun demikian, saya lebih tertarik untuk mencadangkan terapi berkuda kerana ianya
merupakan terapi yang menarik dan kurang mendapat pendedahan oleh masyarakat umum.

Terapi berkuda berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya


menyembuhkan berbagai penyakit/masalah. Seperti mental, emosi, fizikal, bahasa,
autisme , sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda).
"Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-
kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah
penyembuhan". Oleh itu, berkuda sangat sesuai untuk memulihkan emosi Suresh yang
sedang marah itu.

Pada tahun 1875, menunggang kuda telah dijadikan sebagai latihan terapi di Paris
.Ia telah diasaskan oleh seorang lelaki bernama Chassigne. Di seluruh dunia, ahli terapi
fizikal telah menggunakan hippotherapy selama lebih daripda 30 tahun dahulu. Sejak 1970
Di Amerika Syarikat ahli terapi fizikal, terapi pekerjaan dan pakar patologi pertuturan bahasa
telah menggunakan pergerakan kuda dalam terapi mereka. 1992 Amerika Hippotherapy
Association (AHA) telah dibentuk bagi menyediakan satu forum pendidikan, komunikasi dan
penyelidikan antara profesional kesihatan menggunakan pergerakan kuda dalam rawatan.

Objektif umum terapi kuda ialah membantu individu yang memiliki masalah mental
dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan
ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi
emosi).  Bertitik tolak daripada itu, terapi ini sangat digalakkan untuk guru sains itu
mengaplikan terhadap Suresh.

LANGKAH PELAKSANAAN :

1)Pengenalan Memperkenalkan kuda kepada kanak-kanak iaitu mengajar mereka cara


mendekati kuda, tempat yang selamat untuk berdiri berhampiran kuda, mengenali peralatan
asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan dan rakap 2. Cara menaiki kuda
Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menaiki kuda dengan selamat. Cara menuruni
kuda Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menuruni kuda dengan selamat. 

2) Menunggang dengan bantuan Setelah kanak-kanak mahir menaiki dan menuruni kuda
mereka dibawa menunggang kuda mengelilingi sekitar kawasan terapi dengan bantuan
jurulatih. Menunggang sambil melakukan pergerakan. Kanak-kanak juga diminta melakukan
beberapa pergerakan mudah seperti mengangkat tangan, memegang pinggan,
membongkok dan lain-lain. 

3)  Menunggang sambil menyanyi Adakalanya kanak-kanak akan mengikut jurulatih


menyanyi lagu semasa menunggang kuda. Ini dapat memberikan mereka keseronokan dan
kepuasan. Menunggang menggunakan tali panjang. (longing) Kanak-kanak akan diajar
menunggang kuda menggunakan tali panjang, Ini bermakna mereka menunggang kuda
dengan sendiri tetapi jurulatih tetap mengawasi kuda tersebut dengan memegang tali
kekang kuda yang panjang . Kuda akan mengelilingi jurulatih dalam jarak kepanjangan tali
tersebut. 

4) Menunggang mengikut arahan Seterusnya kanak-kanak akan diajar bagaimana


menggerakkan kuda samada laju, perlahan, ke kiri atau ke kanan mengikt arahan jurulatih.
Arahan ini berterusan sehingga mereka faham dan mampu melakukannya sendiri.
Menunggang sendiri Selepas segala arahan telah difahami dan boleh dilakukan sendiri.
Murid-murid akan dibiarkan menaiki kuda sendiri. Namun demikian, jurulatih tetap memberi
pengawasan sehingga mereka telah benar-benar mahir. 

Kesimpulannya, terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang
disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang.
Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”
(Riwayat Muslim). Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi setiap apa yang disarankan
oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu terkandung 1001 manfaat. 

You might also like