You are on page 1of 10

Nota Minggu 2

TEORI PERKEMBANGAN REMAJA


• TEORI SISTEM EKOLOGI
HASIL PEMBELAJARAN

 Menganalisis Teori Sistem Ekologi perkembangan remaja.


 Membandingbeza teori-teori perkembangan remaja.
Teori Ekologi
 Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individu yang
melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem
persekitaran yang mementingkan interaksi diantara satu sama lain.
 Interaksi antara kanak- kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu boleh mempengaruhi
proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
 Merujuk kepada konsep teori ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam
ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
(Mariani Md. Nor, 2006)
 Beliau membagi lima keadaan(sistem) lingkungan yang dapat
mempengaruhi perkembangan anak tersebut, iaitu
 Mikrosistem
 Mesosistem
 Ekosistem
 Makrosistem
 kronosistem
Mikrosistem
 persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai
interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa
 Ia meliputi keluarga, guru, individu, rakan sebaya, sekolah dan
persekitaran yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak.
 Ibu bapa mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-
kanak.
Mesosistem
 perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang
lain.
 hubungan ibubapa – guru, ibubapa-rakan, guru-rakan, rakan-
rakan,
 Contohnya , seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan
oleh keluarga mungkin akan menghadapi masalah
menjalinkan hubungan yang positif dengan gurunya.
Ekosistem
 pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan
murid secara langsung
 keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut
memberi kesan kepada kanak-kanak
 Sebagai contoh, persekitaran sekolah.
MAKROSISTEM
 Merujuk kepada perkembangan individu yang di pengaruhi oleh norma-
norma, nilai dan amalan masyarakat
 Terdiri daripada ideologi negara, pemerintah, tradisi, agama, hukum, adat
istiadat, budaya dan lain-lain
 Sesetengah masyarakat memandang penting terhadap perbezaan
gender/jantina (Santrock,2008)
KRONOSISTEM
 Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa
 Sebagai contoh, kehadiran ahli baru dalam
sebuah keluarga membawa perubahan dan
memberi kesan kepada perkembangan kanak-
kanak.

You might also like