You are on page 1of 3

STRATEGI, TIPS & BORANG PELAKSANAAN PLC

PLC adalah merupakan singkatan kepada Professional Learning


Community atau Komuniti Pembelajaran Profesional. PLC menggalakkan
kolaborasi yang lebih aktif dalam kalangan guru bagi menambahbaik kualiti
PdPc dalam bilik darjah. Saya percaya semua guru pasti sudah maklum
bahawa setiap PLC yang dilaksanakan boleh didaftarkan dalam laman e-
SPLKPM. Rugi jika kita laksanakan PLC tapi tidak didaftarkan sebagai LaDaP.

Terdapat banyak strategi yang digunakan dalam PLC, boleh rujuk dalam laman
e-SPLKPM. Cuma di negara kita setakat ini lebih berfokuskan kepada 6 strategi
berikut:

1. Lesson Study

Lesson Study boleh dikatakan antara strategi PLC yang paling rumit dan
mengambil masa. Namun, sebenarnya ia akan menjadi lebih mudah apabila
kita sudah biasa menjalankannya. Dalam strategi Lesson Study, kita berbincang
kaedah PdPc terbaik melalui rancangan pengajaran (RPH).
Lesson Study melibatkan 3 fasa:

(i) Pembinaan RPH melalui perbincangan guru dalam kumpulan (biasanya satu
panitia)
- pemilihan aktiviti

(ii) Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang telah dibina bersama &
pemerhatian oleh ahli-ahli kumpulan Lesson Study
(iii) Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH

- adakah aktiviti yang dipilih dapat membantu pelajar menguasai tajuk


yang diajar?

Sekiranya objektif yang disenaraikan dalam RPH tersebut dapat dicapai melalui
aktiviti yang dijalankan, maka kitaran Lesson Study boleh dihentikan setakat
fasa (iii) dan boleh diteruskan dengan perbincangan RPH untuk tajuk yang lain
pula. Namun, jika banyak kekurangan yang dikenal pasti dan
penambahbaikan dibuat, maka RPH yang telah dikemaskini diuji semula melalui
kitaran yang seterusnya dengan mengulang semula proses (i) - (iii).

Tips: Strategi Lesson Study boleh digabungkan dengan strategi lain seperti
Teacher Sharing dan Video Critique.
2. Peer Coaching

Melibatkan 2 orang guru, biasanya guru senior dan guru junior yang bertindak
selaku Coach dan Coachee. Ada 3 pendekatan yang boleh dipilih:
(i) Coachee mengajar, Coach menjadi pemerhati
(ii) Coach mengajar, Coachee menjadi pemerhati
(iii) Coach dan Coachee mengajar bersama.

Tips: boleh dijalankan semasa proses pencerapan, juga boleh digabungkan


dengan strategi Teacher Sharing.

3. Teacher Sharing Session

Sebenarnya, kita selaku guru sudah tentu selalu berbincang tentang kaedah
PdPc sesama ahli panitia, cuma tak buat laporan saja kan. Jangan risau,
laporan TSS senang sahaja, hanya isi sahaja borang yang telah disediakan
dalam tool kit TSS. Jangan lupa ambil gambar dan lampirkan dalam laporan.

Tips: TSS boleh dijalankan secara berkumpulan mahupun antara 2 orang guru
sahaja pun boleh. Setiap kali berbincang, ambil gambar terus, laporan boleh
disediakan kemudian.

4. Learning Walks

Strategi PLC yang paling rileks. Apa tidaknya, sambil-sambil berjalan sahaja
sudah boleh hasilkan satu laporan PLC. Tapi, pastikan ada ilmu yang dikutip
melalui pemerhatian terhadap pengajaran guru lain. Bukan berjalan kosong
sahaja ye. Jika bosan atau mengantuk dalam bilik guru, jalan-jalan ambil angin
sambil menimba ilmu. Best kan..?

Tips: Masa berjalan tu, terus bawa siap-siap borang Learning Walks, isikan terus.
Jika tidak nanti lupa apa yang diperhatikan dan laporan jadi bertangguh. Akhir
sekali, laporan tidak dibuat, maka rugi lah.
5. Video Critiques

Video diambil semasa proses PdPc, kemudian ahli kumpulan PLC menonton
semula video tersebut. Sambil-sambil itu, ahli kumpulan menilai kaedah yang
digunakan serta membincangkan penambahbaikan terhadap kaedah PdPc
sedia ada.

Tips: Video Critique boleh menjadi alternatif sekiranya tidak semua ahli
kumpulan / ahli panitia dapat hadir semasa pelaksanaan Lesson Study atau
Peer Coaching. Malah boleh dikongsi melalui aplikasi mudah alih seperti
Telegram / WhatsApp / Skype dll. Proses perbincangan lebih meluas dan lebih
fleksibel.

6. Data Analysis

Data Analysis biasanya melibatkan proses penilaian terhadap


ujian/peperiksaan melalui analisis item yang dibuat. Kita tengok tajuk mana
yang sukar dikuasai oleh pelajar, pelajar mana yang perlu diberikan perhatian
lebih. Ini pun dah biasa sangat kita buat kan, cuma tak dokumentasikan saja,
betul tak?

Catatan:

Perlu diingat bahawa setiap strategi PLC yang dijalankan adalah bertujuan
untuk menilai dan menambahbaik pedagogi dalam bilik darjah. PLC
dilaksanakan BUKAN untuk menilai guru yang mengajar. Guru-guru dalam
kumpulan PLC juga perlu lebih bersikap terbuka dan bersedia untuk
memberikan kerjasama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan PLC secara
berkualiti.

You might also like