You are on page 1of 2

Bincangkan soalan-soalan berikut:

1. Jenis-jenis bahan pengajaran

-Bahan bercetak : Bahan yangmempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh
dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan
melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak
meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan
sebagainya yang dihasilkan secara bercetak

-Bahan Teknologi Maklumat : Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat
(Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak
manfaat jika digunakan secara betul.

-Bahan Maujud : Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan
konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata
yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan.
Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan
yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi
sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan
perkakas sains.

2. Rasional Penggunaan Bahan Sumber dalam Pdp Pendidikan Islam

Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan
dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar
dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-
alat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran.
Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis- jenis
alat tersebut ialah bahan bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.

Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan selain daripada menyampaikan
isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah untuk merangsang deria rangsangan murid-murid,
kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui
pelbagai media, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan
kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan akhir
sekali kemahiran psikomotor.

3. Kriteria pembinaan bahan sumber pengajaran.

a) Ketahanan : Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau
kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka
masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.

b) Kos : Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah.

c) Aspek-aspek Teknikal : Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada
boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas
meja atau sebagainya
d) Ketepatan Maklumat : Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan
maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan
sebagainya.

e) Mudah Alih : Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain
atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang
lain.

f) Saiz/Pengelolaan Kelas : Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga
perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran.

g) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan : Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan
hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran.

You might also like