You are on page 1of 4

TUGASAN 2:

PEMBINAAN BAHAN
BANTU MENGAJAR
PENGENALAN

Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan satu alat atau medium yang digunakan untuk
mengajar murid-murid di sekolah terutamanya bagi murid-murid yang lemah dalam pdpc. Menurut
Charlie Anak Ungang (2008), “Bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik
adalah bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping
mengekalkan minat belajar”. Hal ini bermakna bahan bantu mengajar ini amat penting sebagai
salah satu medium yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pdpc guru di dalam bilik darjah di
samping mampu menarik minat murid untuk mengikuti sesi pdpc yang dirancang oleh guru.
Melalui penggunaan BBM, pdpc akan lebih menarik dan murid-murid akan lebih berminat dengan
pdpc guru. BBM ini penting bagi mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, mengekalkan ingatan terhadap apa yang telah dipelajari dan lain-lain. Oleh yang
demikian, guru Program Pendidikan Inklusif perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian dengan tahap kognitif dan masalah yang dihadapi murid. Murid-murid berkeperluan
khas (MBK) ini memerlukan medium yang lebih menarik, kreatif dan inovatif berbanding dengan
murid-murid biasa. Hal ini khusus kepada murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran
yang mana terdapat murid yang lemah daya ingatan, hiperaktif dan lain-lain. Sehubungan itu,
guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat memberi impak yang cukup
bermakna kepada murid agar sesi pdpc yang dijalankan dapat memberi ilmu kepada murid-murid
ini. Oleh itu, saya telah menghasilkan satu bahan bantu mengajar untuk murid masalah
pembelajaran yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif bagi mata pelajaran Matematik Tahun
4 sekolah rendah.

Bahan bantu mengajar ini dapat digunakan untuk mengajar tajuk Nombor Bulat sehingga
100 000 bagi standard kandungan Nilai Nombor. Saya memilih tajuk ini kerana ia merupakan
asas yang perlu dipelajari oleh murid-murid bagi Tahun 4. Seperti yang kita sedia maklum, MBK
ini kadang-kadang lebih lambat memahami apa yang diajar oleh guru. Oleh yang demikian, saya
telah menghasilkan BBM yang dikenali sebagai “Kotak Bijak Nombor” yang diperbuat daripada
bahan-bahan terpakai seperti kotak dan bekas tin makanan. Melalui penggunaan bahan terpakai
ini, kos penghasilan BBM akan dapat dikurangkan. Kelebihan menggunakan BBM ini ialah MBK
akan dapat meningkatkan koordinasi tangan mereka. Hal ini kerana MBK perlu memutarkan
gelungan nombor yang terdapat pada BBM untuk memadankan angka pada gelungan dengan
kad perkataan nombor yang dimasukkan di poket yang disediakan. Melalui sentuhan dan
pengalaman menggunakan BBM ini, diharapkan MBK dapat meningkatkan kefahaman tentang
tajuk yang telah saya pilih ini.
Saya telah menyediakan manual bagi memudahkan penggunaan BBM “Kotak Bijak Nombor” ini
seperti di bawah:

B
Poket kad
perkataan
Bahagian Hadapan Bahagian Belakang

Manual Penggunaan BBM

1) Di bahagian poket belakang BBM ini terdapat beberapa kad perkataan bagi nombor
sehingga 100 000.
2) Guru atau murid boleh mengambil kad di poket belakang BBM dan memasukkan kad
perkataan bagi nombor sehingga 100 000 pada poket yang telah disediakan iaitu di A.
3) Murid akan diminta untuk memutar atau memusingkan gelungan nombor seperti di B
mengikut kad perkataan bagi nombor yang telah dimasukkan di A dengan mengambil kira
nilai tempat nombor tersebut.
4) Aktiviti ini boleh ditukar menjadi sebaliknya yang mana nombor di B diputar terlebih dahulu
dan murid perlu mencari kad perkataan bagi nombor 100 000 dan memasukkannya ke
dalam poket A.
5) Guru juga boleh meminta murid menulis nombor yang telah diputarkan dalam bentuk
perkataan dan memasukkannya ke dalam poket A.
RUJUKAN

Charlie Ungang. 2008. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di

Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian. Jurnal Penyelidikan

IPBL, Jilid 8, 2008.Retrieved from

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2008/charliejn2008.pdf.

You might also like