You are on page 1of 5

WAJ3104 Literasi Bahasa Bahan Bantu Mengajar : Kaedah Abjad

Mari Menyusun Suku Kata: Blok Suku Kata

Cara Penggunaan: 1. Setiap blok mempunyai 6 permukaan. 2. Setiap permukaan mempunyai suku kata yang berbeza. Cth: ci, ka, li, du, ki, su 3. Murid boleh menggabungkan dua suku kata yang terdapat pada dua buah blok untuk membentuk satu kata. 4. Satu set blok boleh direka dengan menggunakan huruf kecil dan satu set lagi boleh direka menggunakan huruf besar.

Kelebihan: 1. Aktiviti Hands-on. Murid boleh memanipulasi blok-blok tersebut dan terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Setiap blok mempunyai variasi warna yang tersendiri. Kombinasi warna-warna pada blok menarik perhatian murid dan membantu dalam proses ingatan jangka masa panjang. 3. Rekaan 2 set blok yang berbeza set huruf kecil dan set huruf besar membantu murid untuk mengenal dan membanding beza huruf besar dan huruf kecil. 4. BBM ini mudah dibawa dan menggunakan sumber yang tidak banyak untuk dibina. 5. Blok-blok boleh disusun dalam pelbagai susunan yang menarik.

Senarai bahan yang digunakan: 1. 2. 3. 4. Mounting Board Kertas berwarna Manila kad (Hitam) Gam dan gunting

Mari Mengenal Huruf ABC: Tikar Abjad

Cara Penggunaan: 1. BBM ini terdiri daripada satu set kad huruf A hingga ke huruf Z dan satu tikar yang dibina daripada mounting board dan kad manila. 2. Setiap kad mempunyai huruf kecil dan juga huruf besar. 3. Tikar tersebut mempunyai petak-petak yang berbentuk segi empat sama. 4. Murid dikehendaki menyusun kad-kad tersebut pada tikar mengikut susunan A ke Z dengan memasukkan kad tersebut ke dalam petak yang tersedia.

Kelebihan: 1. Murid terlibat secara aktif dalam proses P&P dengan memanipulasi BBM secara Handson. 2. BBM ini direka untuk membolehkan murid bekerja dalam kumpulan dan bekerjasama menyusun kad-kad pada petak yang sesuai, sekaligus memumpuk kerjasama dalam kumpulan. 3. Warna-warna yang digunakan menarik perhatian murid dan menyerikan proses P&P selain membantu dalam proses ingatan murid. 4. BBM ini mudah dibawa dan mesra bahan.

5. Setiap kad terdiri daripada huruf kecil dan huruf besar dan membantu murid membezakan kedua huruf tersebut. Senarai bahan yang digunakan: 1. 2. 3. 4. Mounting Board Kertas berwarna Manila kad (Hitam) Gam dan gunting

Mari Membina Ayat: Poket Lutsinar Cara Penggunaan: 1. BBM ini terdiri daripada satu set kad suku kata dan beberapa perkataan, dan satu mounting board yang dilekatkan dengan poket lutsinar. 2. Murid boleh membentuk perkataan dengan memilih dan mencantumkan kad yang disediakan lalu meletakkannya ke dalam poket lutsinar. 3. Ayat yang dibina boleh ditukar-tukar mengikut kreativiti murid.

Kelebihan: 1. Murid terlibat secara aktif dalam proses P&P dengan memanipulasi BBM secara Handson. 2. Warna-warna yang digunakan menarik perhatian murid dan menyerikan proses P&P selain membantu dalam proses ingatan murid. 3. BBM ini mudah dibawa dan mesra bahan. 4. Aktiviti yang dijalankan memupuk kreativiti serta merangsang pemikiran kritis murid.

Senarai bahan yang digunakan: 1. 2. 3. 4. 5. Mounting Board Kertas berwarna Manila kad (Hitam) Gam dan gunting Plastik lutsinar

You might also like