You are on page 1of 3

Pembelajaran Dalam Bilik Darjah ( Cooperative Learning Strategy) Rancangan Pengajaran

Perkara Tajuk Peringkat Masa Murid Peralatan : Bahasa Melayu : Bacaan : Darjah 1 : 1 jam : 30 orang : 5 buah komputer 5 Pakej Riang Ria Bersama Pembelajaran Membaca

Objektif Pengajaran: 1. Dapat membaca suku kata dengan baik. 2. Dapat memahami apa yang dibaca. Strategi Pembelajaran / Pengajaran: 1. Murid-murid pergi ke kumpulan masing-masing. a. Guru telah menetapkan anggota setiap kumpulan. b. Murid membentuk 6 kumpulan dan setiap kumpulan ada 5 orang murid. Aktiviti Pembelajaran: 1. Menggunakan komputer. 2. Permainan Memancing. 3. Melakukan lembaran kerja suku kata. 4. Membaca buku cerita 1A dan 1B Semut dan Ulat. 5. Membaca kad imbas suku kata kumpulan vokal a. 6. Membaca kad imbas abjad A Z. 2. Kumpulan 1 ( menggunakan komputer): a. Murid menghidupkan komputer masing-masing. b. Murid menggunakan cakerapadat Riang Ria Bersama Pembelajaran Membaca dan pergi ke bahagian vokal a. Murid mendengar bacaan contoh kumpulan vokal a. c. Murid boleh menghentikan / mematikan suara bacaan dan cuba membaca suku kata vokal a sendiri. 3. Kumpulan 2 ( permainan memancing suku kata): a. Murid dalam kumpulan mereka duduk dalam satu bulatan. Setiap murid mengambil giliran memancing suku kata. Apabila dapat menangkap suku kata tertentu, baca dan tunjukkan kepada kawan-kawan yang lain dalam kumpulan kad imbas yang diperolehi. b. Jika kad yang diperolehi tidak boleh dibaca oleh murid, kawan-kawan yang lain dalam kumpulan boleh membantu atau minta bantuan guru. c. Sila lihat lampiran yang disediakan bagi cara-cara dan peralatan permainan ini.

4. Kumpulan 3 ( melakukan lembaran kerja): a. Guru menyiapkan lembaran kerja yang mudah bagi murid lakukan. b. Murid boleh berbincang sesama teman dalam kumpulan untuk melakukan lembaran kerja ini. c. Contoh lembaran kerja: 1. Cantumkan suku kata yang di sebelah kiri kepada suku kata yang sama di sebelah kanan. ba ga da ba fa fa ga da 2. Berikan gambar dan tulis perkataan dalam kumpulan vokal a dibawahnya. Gambar lada, kemudian beri la ___. Murid mengisi suku kata terakhirnya. 5. Kumpulan 4 (membaca buku cerita 1A dan 1B Semut dan Ulat): a. Murid membaca beramai-ramai buku cerita 1A dan 1B. b. Murid yang boleh membaca mengajar murid lain dalam kumpulan membaca atau mengikut sahaja bacaan kawan. 6. Kumpulan 5 (membaca kad imbas): a. Murid dibimbing oleh guru membaca bersama. b. Murid membaca kad imbas jika boleh bacaan langsung, jika tidak bunyikan abjadnya (fonetik) b + a = ba. 7. Kumpulan 6 (mengenal abjad): a. Mereka yang belum mengenali abjad ( mungkin hanya 1 atau 2 orang sahaja dalam kumpulan ini) belajar mengenali abjad A Z dari kad imbas. b. Kumpulan ini boleh melakukannya dipandu oleh guru atau seorang murid yang telah cekap membaca. Langkah-langkah pengajaran: 1. Murid berada di dalam kumpulan masing-masing dan melakukan aktiviti di atas selama 10 atau 15 minit. 2. Setelah masa yang diperuntukkan, guru akan memberi isyarat (seperti mematikan lampu atau meniup wisel) dan setiap kumpulan akan bertukar aktiviti atau stesen masing-masing mengikut putaran yang telah ditetapkan oleh guru. 3. Murid dalam kumpulan 6 boleh terus mengenal abjad dengan guru atau mereka boleh pergi ke bahagian mengenal abjad di komputer. 4. Guru mengawasi dan memberi bantuan kepada setiap kumpulan. 5. Setelah setiap kumpulan melakukan aktiviti 1 hingga 5, mereka pulang ketempat masing-masing.

Pelajaran Lanjutan: 1. Guru bersama murid boleh bermain permainan menyambung suku kata dalam kumpulan vokal a atau kumpulan vokal e untuk dijadikan perkataan. a. Guru melekatkan sedikit Blue Tac di belakang setiap kad imbas dan lekatkan di papan tulis. Murid boleh cuba mengambil dua keping kad imbas untuk dijadikan satu perkataan. 2. Guru boleh membaca sebuah buku cerita dan suruh murid mengecam jika ada perkataan dalam cerita itu yang ada suku kata dalam kumpulan a.

You might also like