You are on page 1of 4

Bahagian A ( soalan 3)

Bahagian A ( soalan 2)

a) Membaca secara berkoperatif merupakan aktiviti membaca menggunakan prinsip


pembelajaran berkoperatif (Slavin,1990). Pasangan pelajar sama ada berdua atau
bertiga mengambil giliran untuk membaca sebahagian daripada bahan secara lantang
kepada rakan dalam kumpulan tersebut dan berhenti seketika untuk membincangkan
apa yang telah mereka baca. Pelajar akan membuat telahan terhadap apa yang berlaku
seterusnya dan menyambung pembacaan bahagian berikutnya secara senyap dan
berhenti lagi untuk perbincangan. Pola ini akan diteruskan sehingga buku atau petikan
selesai dibaca. Berikut merupakan garis panduan yang digunakan guru bagi
menjalankan aktiviti membaca secara koperatif :

 Meninjau dan menaakul


membiarkan pelajar meninjau keseluruhan teks dan menyemak ilustrasi atau
gambar jika ada. Selepas itu, arahkan mereka membaca bahagian awal teks dan
membuat taakulan terhadap apa yang akan berlaku atau apa yang akan mereka
pelajari daripada bahan yang dipilih.

 Membaca lantang atau senyap


Membaca lantang
1. Semak bahan secara senyap. Sebelum memulakan bacaan lantang, kanak-
kanak menyemak bahan secara senyap.
2. Pilih seorang pelajar untuk membaca lantang bahagian awal teks sementara
pelajar lain mengikut bacaan teks tersebut secara beramai-ramai
3. Bincang, bertindak balas dan semak telahan. Apabila pelajar berhenti
membaca lantang, ceritakan semula atau bincangkan apa yang telah dibaca.
Mereka perlu menetapkan telahan atau mengubah semula telahan tersebut.
4. Membaca dan menelaah. Pelajar membuat telahan tentang apa yang mereka
fikirkan akan berlaku atau apa yang akan mereka pelajari pada bahagian yang
lain. pola ini perlu berterusan sehingga keseluruhan bahan selesai dibaca.

 Membaca senyap
1. Setiap pelajar akan membaca bahan yang sama dengan senyap dan telahan
perlu dibuat ketika membaca senyap
2. Apabila pelajar berhenti membaca, ceritakan semula atau ringkaskan semula
apa yang telah mereka baca. Mereka juga menyatakan hasrat mereka terhadap
apa yang telah mereka baca atau apa yang telah mereka ketahui. Mereka boleh
menyatakan sama ada mereka perlu mengekalkan atau mengubah semula
keseluruhan telahan yang telah mereka buat.
3. Menelaah dan membaca. Pelajar membuat telahan tentang apa yang mereka
fikirkan akan berlaku seterusnya dan apa yang akan mereka pelajari kelak.
Seterusnya, mereka meneruskan pembacaan sehingga keseluruhan bahan
selesai dibaca.
b) Antara kesan yang akan dihadapi oleh kanak-kanak jika mereka menghadapi masalah
kemahiran menulis adalah seperti:
1. Masalah memori
Masalah memori ini akan menyebabkan kanak-kanak sukar untuk mengingat
ejaan, tatabahasa atau peraturan tanda baca.

2. Masalah bahasa
Masalah bahasa ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar untuk
menyebut perkataan, ejaan serta struktur ayat.

3. Masalah visual
Kanak-kanak akan menghadapi masalah visual atau susunan turutan yang
menyebabkan jarak yang tidak sekata dalam perkataan dan ketidakupayaan
untuk membuat senarai atau meletakkan idea dalam turutan.

Bagi mengatasi masalah kemahiran menulis, punca perlu dikenal pasti terlebih dahulu
bagi membantu kanak-kanak yang mengalami kesukaran menulis. Jika kanak-kanak itu
mempunyai masalah kemahiran motor halus atau pembentukan huruf, kemungkinan ia
berkaitanan fizikal. Sekiranya kanak-kanak itu tidak boleh mengingat bagaimana untuk
menulis salah satu huruf daripada senarai abjad atau mengambil masa untuk mengambil
keputusan apa yang patut ditulis, kemungkinan ia berkaitan dengan masalah isu-isu
kognitif. Salah satu cara meningkatkan kemahiran menulis adalah dengan aktiviti
bermain. Antara aktiviti bermain yang dapat meningkatkan kemahiran menulis adalah
seperti :
 Mengukir atau membentuk play dough atau tanah liat
 Melipat Origami atau mengunting kertas
 Aktiviti permainan luar – bermain “kereta sorong manusia”, merangkak melalui
terowong, badminton dan permainan bola keranjang dapat membantu
menghubungkan laluan motor-neural yang diperlukan untuk menulis
 Menulis dengan jari – melukis garisan dan menyalin bentuk menggunakan krim
pencukur, dulang pasir atau cat jari
 Mengambil objek kecil dengan penyepit

Bahagian B

Soalan 1

Soalan 2.

You might also like