You are on page 1of 9

Perancangan Aktiviti

Sukatan Pelajaran:

Standard Kandungan 2.4 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

Standard Pembelajaran 2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utaman dalam pelbagai bahan dengan tepat.

Langkah-langkah persediaan aktiviti kemahiran


membaca:

a) Bahan Bantu Mengajar : Video cerita rakyat, teks bacaan yang mengandungi perbezaan warna suku

kata pada setiap perkataan

b) Persediaan tempat : Di dalam bilik darjah atau bilik tayangan

Langkah 1:

Persediaan kawasan atau ruangan yang sesuai dan kondusif untuk aktiviti ini akan ditentukan dan disediakan semasa guru membuat keputusan untuk

melaksanakan aktiviti kemahiran membaca ini. Guru memilih bilik darjah yang
mengizinkan tayangan cerita atau bilik tayangan sebagai lokasi bagi perlaksanaan aktiviti ini. Bahan-bahan yang berkaitan juga akan disediakan seawal-awalnya oleh guru. Contohnya, bahan cerita dan teks untuk murid-murid membaca.

Langkah 2:

Sampai di peringkat kedua, iaitu peringkat semasa aktiviti dijalankan, penjelasan tentang aktiviti yang akan disampaikan oleh guru kepada murid-murid.

Tatacara Perlaksanaan Aktiviti

Permulaan Pengajaran 1. Cerita Mendapatkan Ikan Kap untuk Ibu Tiri akan ditayangkan kepada

murid-murid.
2. Murid membaca teks cerita dan memahami cerita.

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran 1. Tayangan cerita oleh guru kepada murid-murid Guru akan menayangkan cerita Mendapatkan Ikan Kap untuk Ibu Tiri yang mengandungi teks bacaan dalam bentuk ICT. Murid diminta membaca teks

cerita yang ditayangkan dengan kuat dan jelas yang ditayangkan pada
tayangan cerita.

2. Pemerhatian Guru memerhati ketepatan bacaan murid. Guru memberi maksud kosa kata kepada murid-murid. Murid diminta untuk mencatat kosa kata sebagai pembelajaran mereka. Guru akan membetulkan bahasa murid sekiranya ada

kesalahan membaca.

3. Perbincangan Kumpulan Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk menyediakan lakonan. Murid-murid membincang dan mengingat balik cerita sebentar tadi untuk menyediakan lakonan.

4. Hasil Perbincangan Lakonan


Setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil untuk berlakon. Guru membetulkan bahasa murid serta-merta semasa lakonan dijalankan.

5. Penilaian Setelah semua wakil kumpulan menamatkan lakonan, guru memberi komen kepada setiap kumpulan. Guru menilai hasil murid dan memberi motivasi kepada mereka.

6. Pengukuhan Pembelajaran Guru bertanya soalan kepada murid untuk memastikan pemahaman murid terhadap cerita tersebut. Contoh soalan yang akan ditanya seperti berikut : Apakah sikap yang diamalkan oleh Wang Xiang? Adakah Wang Xiang patut berbuat demikian? Apakah nilai yang dapat melalui video ini? Adakah anda menyayangi ahli keluarga? Ceritakan peristiwa yang istimewa yang berlaku dalam keluarga.

7. Rumusan Guru dan murid membincangkan sikap dan nilai yang sepatutnya diamalkan terhadap orang yang lebih tua daripada kita. Guru minta murid untuk membaca teks sekali lagi supaya bacaan murid akan menjadi lebih lancar dan fasih.

Hasil Pembelajaran
1. Murid dapat membaca teks yang disediakan dengan betul.

2. Murid memahami objektif utama cerita tersebut.

Pada akhir aktiviti ini, murid-murid dipercayai dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik. Mereka mampu membaca dengan lebih baik, fasih dan lancar. Selain itu, murid-murid dapat memahami isi tersirat yang ingin disampaikan melalui aktiviti ini, iaitu Kekeluargaan. Nilai-nilai yang didapati akan difahami mereka dan seterusnya mengamalkannya pada bila-bila masa.

You might also like