You are on page 1of 3

Nama :Taye Zhi Hui K/P : 930619 -01 -5144 Kelas : 1F Tajuk : SQ3R _________________________________________________________________ Khasiat Buah Naga

SKIM 1. Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport. 2. Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

3. Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

4. Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

QUESTION 1. Apakah kandungan khasiat dalam buah naga berdasarkan pendapat pakar? (p5;b1) Buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium

2. Apakah kebaikan buah naga terhadap manusia?(p7;b1&p8;b1) Buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah. Selain itu, buah ini boleh mencegah kanser usus, malah mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan. 3. Di manakah dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan?(p18;b1) Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan 4. Bagaimanakah cara dahan buah naga boleh dimakan?(p17;b1) Dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup 5. Bagaimanakah cara makan buah naga?(p2;b2) Cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.

6. Mengapakah ramai orang tidak tahu memakan buah naga?(p1;b1) Ramai rakyat Negara Malaysia tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap. 7. Siapakah yang mempunyai syarikat terbesar buah naga di Negara Malaysia?(p6;b1)

AL Leong, wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini. 8. Siapakah yang paling suka akan buah naga?(p19;b2) Buah naga ini digemari kaum Cina yang menggelarnya Paw Wang Fa Kor.

RUMUSAN Buah naga mengandungi banyak khasiat yang amat baik terhadap kita. Antara khasiat yang baik seperti potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium. Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia. Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat untuk mengawal kanser usus, kencing manis dan diet; karotin pula membantu dalam kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit; kalsium juga dapat menguatkan tulang dan fosferos membantu dalam pertumbuhan tisu badan. Di samping itu, buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 untuk mengawal kepanasan badan; vitamin B2 untuk menambah selera; vitamin B3 untuk menurunkan kadar kolesterol dan vitamin C untuk menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat.

You might also like