You are on page 1of 15

BAHAGIAN 1

PENGENALAN

Membaca merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam proses pengajaran bahasa
dan pembelajran bahasa. Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan
maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Melalui pembacaan, pelbagai ilmu
pengetahuan dapat dipelajari oleh seseorang itu. Membaca juga merupakan kunci utama yang
dapat membantu kita dalam meluaskan ilmu, idea, pemikiran serta daya kreatif seseorang
individu tersebut dalam pelbagai bidang. Membaca juga merupakan satu proses
memanipulasikan rangkaian bahasa, petunjuk ,persepsi spatial dan visual serta memilihnya
secara implisit tetapi berkesan. Mengikut kajian Clay, 2005 dalam bekunya yang berjudul
Emergent reading behavior, kanak-kanak cuba menyatukan pengalaman kehidupannya,
kecekapan berbahasa dan pengetahuan mengenai symbol visual dalam muka surat bagi
menghuraikan apa yang tertulis serta memahami maksud teks. Apabila kanak-kanak telah
menguasai pelbagai strategi membaca, mereka akan boleh membaca dengan lebih lancar lagi.

Tugasan kali ini bertujuan untuk mendedahkan kami kepada Teknik-teknik mengajar
membaca yang pelbagai kepada kanak-kanak kecil. Penentuan kaedah yang sesuai digunakan
dalam sesuatu pengajaran bergantung kepada guru atau kanak-kanak itu sendiri samada ia
berdasarkan bahan yang dibaca, kemampuan kanak-kanak membaca dan pengajaran aspek
tertentu atau persekitaran semasa. Pada umumnya terdapat beberapa kaedah pengajaran yang
boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca antaranya ialah seperti, kaedah mengeja
atau abjad, kaedah fonetik, kaedah, kaedah suku kata serta kaedah pandang dan sebut. Dalam
tugasan kali ini juga objektif tugasan adalah untuk mendedahkan kami kepada perancangan dan
pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur menerusi penggunaan boneka.
1. KAEDAH MEMBACA

1.1 KAEDAH MENGEJA ATAU ABJAD


Kaedah ini merupakan antara kaedah yang klasik dan banyak digunakan oleh para
guru pada peringkat permulaan mengajar membaca kepada kanak-kanak. Kaedah ini
lebih mementingkan pada pengenalan nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf
tersebut.

1.1.1 LANGKAH PEMBELAJARAN KAEDAH MENGEJA ATAU ABJAD

 Murid-murid akan diperkenalkan dengan kesemua 26 huruf dalam


tatabahasa abjad terlebih dahulu
 Murid akan diajar nama abjad mengikut aturan dari A sehinggalah ke
Z
 Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu
menghafal setiap lambing abjad
 Setelah murid menghafal nama abjad, barulah bunyi huruf akan diajar
 Murid akan dilatih untuk menyebut sesuatu perkataan yang
dimulankan dengan huruf vocal A, E, I,O,U seperti “ayam”, “api” dan
sebagainya.
 Murid diperkenalkan dengan menyebut sesuatu perkataan yang
dimulakan dengan huruf konsonan seperti “bola”, “buku” dan
sebagainya

1.1.2 PENGGABUNGAN HURUF KONSONAN DAN HURUF VOKAL


Setelah murid menguasai bunyi dalam abjad dan huruf, murid akan diajar
membentuk dan membaca sukukata. Antara contoh pembentukan suku kata
adalah seperti Ae,ao,ai, ao, au kemudian Ba, bi, bu, bo serta Ca,ci, cu,co

1.1.3 MEMBENTUK PERKATAAN MUDAH


Murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata contoh
 Bu bu
 Ba ba

Murid akan diajar mengenai kemahiran mengeja perkataan -perkataan


muda seperti “saya”, “baju”, “dadu”

1.1.4 MEMBENTUK AYAT MUDAH


Guru akan membimbing murid untuk membina ayat yang mudah disebut dan
juga mudah difahami seperti :
 Saya baca buku
 Buku saya baca

Murid akan diperkenalkan dengan rangkai kata, ayat dan seterusnya akan
diajar membaca

1.2 KAEDAH SUKU KATA


Kaedah ini merupakan satu deretan bunyi yang mengandungi satu puncak
kelantangan. Kaedah suku kata merupakan bahagian perkataan berasakan kehadiran
vocal. Suku kata ditandai oleh suatu vocal dan wujud sebagai satu vocal atau bersama
dengan konsonan. Ia juga adalah satu unjaran terkecil dari sebuah kata yang
didengarkan pada kehadiran vocal. Ini bermaksud, satu suku kata terdiri daripada satu
buah vocal atau satu vocal dan satu konsonan. Sebagai contoh “A + ku”, Du + duk”

1.3 KAEDAH FONIK


Kaedah ini adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara symbol (huruf) dan
bunyi supaya mereka dapat membaca atau membunyi perkataan-perkataan baru yang
dihadapi mereka dengan sendiri. Murid-murid akan diajar “bunyi-bunyi” huruf yang
bermaksud lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyi “u”- “uu”. Setelah mereka
mengetahui hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina
kemudian suku kata ini digabungkan menjadi perkataan. Seperti contoh:
“bu”, “ku” digabungkan menjadi “buku”.

1.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah ini wujud ketika dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca
dengan menggunakan kaedah abjad. Melalui kaedah ini, kanak-kanak diminta untuk
menghafal pola-pola suku kata yang ada dalam bahasa Malaysia. Kaedah ini juga ada
asas untuk mengajar kank-kanak yang baru hendak belajar membaca. Guru
kebiasaanya akan menunjukkan seluruh perkataan beserta gambar yang mewakili
perkataan tersebut. Sebagai contoh, perkataan “baju” diletakkan di tepi atau di bawah
gambar baju.

Kaedah ini juga adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakkan
kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Setiap perkataan
ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-
kanak dengan cepat.
2. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SETIAP KAEDAH

2.1 KAEDAH ABJAD ATAU MENGEJA

KELEBIHAN KELEMAHAN
 Kaedah ini memberi asas dan  murid-murid kurang memahami
binaan yang kukuh dalam apa yang mereka baca kerana
membaca mereka hanya mementingkan
sebutan dan kelancaran
membaca.
 Kanak-kanak dapat membaca  Murid-murid terbawa-bawa
perkataan-perkataan baru tabiat membaca sambil mengeja
walaupun belum pernah dan ini menyebabkan mereka
dipelajari kerana mereka dapat membaca merangkak-rangkak
mengenal huruf-huruf dan dan kurang faham dengan apa
membunyikan vokal serta yang mereka baca.
konsonan dengan baik.
 Kecekapan dan kemahiran  Pengajaran tidak secara
membaca tercapai serta memberi keseluruhan dan kaedah ini
keyakinan kepada murid-murid. dikatakan tidak sesuai dengan
kehendak Pendidikan dan
psikologi murid-murid.
 Sangat sesuai dengan susuk  Boleh menyebabkan kanak-
bahasa Malaysia kerana bahasa kanak berasa bosan terutama
Malaysia terdiri daripada suku apabila mereka diberi latih tubi
kata yang hampir bunyinya. yang berlebihan.
2.2 KAEDAH SUKU KATA

KELEBIHAN KELEMAHAN
 Murid-murid mahir mengeja  Murid-murid kurang lancar
kerana mereka dilatih mengeja membaca kerana kaedah ini
tiap-tiap perkataan yang dibaca. menyebabkan murid sibuk
mengeja dan tumpuan mereka
kepada huruf semata-mata.
 Tidak memerlukan alat atau  Murid-murid menjadi kurang
bahan mengajar yang banyak. faham tentang apa yang mereka
Hal ini dapat memudahkan guru- baca kerana tumpuan mereka
guru menjalankan kerja mereka. lebih kepada ejaan dan sebutan .
  Mengelirukan kerana nama
huruf-huruf tidak menepati bunyi
huruf-huruf.

2.3 KAEDAH FONIK

KELEBIHAN KELEMAHAN
 Sesuai dengan susuk kata Bahasa  Kurang menarik hati kerana
Melayu kerana Bahasa Melayu suku kata yang diajar tidak
terdiri daripada suku-suku kata mempunyai makna yang nyata
yang hampir tetap bunyinya. bagi mereka
 Membolehkan kanak-kanak  Perhatian murid hanya tertumpu
membaca perkataan baru kepada suku-suku kata, satu
walaupun perkataan itu di luar lepas satu menyebabkan bacaan
perbendaharaan kata mereka murid tidak lancar
 Jika kanak-kanak telah 
menguasai kesemua bunyi abjad,
mereka akan boleh membaca
dalam apa juga bahasa.
 Kanak-kanak tidak akan 
tersangkut di peringkat sukukata
tertutup kerana untuk membaca
sesuatu ayat itu, mereka haruslah
terus membunyikan perkataan
sehingga selesai satu perkataan.

2.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

KELEBIHAN KELEMAHAN
 Lebih menarik minat kanak-  Bacaan kanak-kanak mungkin
kanak kerana sesuai dengan akan terhad kepada perkataan,
kehendak ilmu jiwa mereka ayat-ayat serta rangkai kata yang
melalui mempelajari sesuatu telah diajarkan sahaja.
secara keseluruhan
 Sangat sesuai digunakan dalam  Kanak-kanak tidak dapat
pengajaran bacaan jawi mengenal huruf secara formal
terutamanya bagi perkataan- serta lambat mengenal bunyi dan
perkataan yang tidak tetap suku kata.
bunyinya untuk dieja.
 Amat bersesuaian dengan sifat  Kanak-kanak tidak mempunyai
kanak-kanak yang mempelajari asas yang kukuh yang
sesuatu daripada keseluruhan membolehkan mereka membaca
kepada bahagian-bahagiannya. sendiri.
 Guru dapat melatih kanak-kanak  Kemahiran dan kecekapan
membaca dengan sebutan serta membaca lambat tercapai.
rentak irama atau alunan suara
yang betul dari mulanya.
3. KESAN PENGGABUNGAN EMPAT KAEDAH PENGAJARAN MEMBACA
KEPADA KANAK-KANAK

3.1 MENGURANGKAN MASALAH MENGENAL HURUF


Pada dasarnya, kanak-kanak sebenarnya memerlukan input yang mudah untuk
mereka memahami apa yang mereka sedang pelajari. Seperti dalam konteks
pengenalan huruf, ada masa kanak-kanak akan keliru dengan huruf yang lebih kurang
sama seperti “B” dan “D” dan juga perbezaan antara huruf besar dan kecil. Oleh yang
demikian dengan menggabungkan kesemua kaedah membaca ini, kanak-kanak akan
lebih mudah untuk mengenal huruf .

3.2 KANAK-KANAK LEBIH MEMAHAMI APA YANG DIBACA


Jika guru hanya berpandukan kepada satu jenis kaedah sahaja dalam pembelajaran
membaca kepada kanak-kanak, kemungkinan untuk kanak-kanak tidak memahami
apa yang telah dibaca adalah sangat tinggi kerana kelemahan mereka dalam
memahami bahasa yang digunakan. Apabila Sesutu perkataan tidak difahami, ia akan
mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Oleh sebab itu, dengan menggabungkan
beberapa kaedah dalam membaca, ini akan lebih mambantu kanak-kanak memahami
apa yang dibaca.

4. FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN AMALAN MEMBACA

4.1 SESI BERCERITA SEBAGAI AMALAN


Mendengar cerita antara aktivit di rumah yang dapat menananmkan minat kepada
buku kerana kanak-kanak sukakan cerita. Aktiviti bercerita secara lisan sekurang-
kurangnya 15 minit sebelum tidur terutama membaca buku cerita bergambar dapat
memupuk minat membaca anak. Mulakan dengan bercerita menggunakan buku cerita
yang cantic dan menarik ilustrasinya. Sambil bercerita, pastikan jari kita
menunjukkan kepada tulisan dibaca walaupun mata kanak-kanak kita hanya melekat
pada gambar di buku.
Mereka akan sedar suatu hari nanti bahawa tulisan pada buku cerita itu sangat penting
dalam menceritkan gambar yang dilihatnya.

4.2 WUJUDKAN SUDUT BACAAN


Sekiranya diwujudkan ruang atau sudut bacaan dirumah ataupun kelas, amalan
membaca ini menjadi amat berkesan. Tempatkan bahan bacaan yang sesuai dan
pelbagai seeprti buku cerita, kamus bergambar dan majalah. Kanak-kanak boleh
melihat dan membaca buku ini pada waktu lapang

4.3 IBU BAPA DAN GURU SEBAGAI MODEL


Antara faktor lain juga yang dapat menggalakkan amalan membca ini ialah apabila
ibu bapa atau guru terlebih dahulu mengamalkan amalan membaca bagi membentuk
sikap positif kanak-kanak kepada tabiat membaca. Sikap positif ini sudah pasti akan
melahirkan generasi yang menghargai buku dan ilmu serta memastikan membaca
untuk kemajuan diri dan keluarga.

4.4 HADIAH BUKU ATAU BAHAN BACAAN SEMPENA HARIJADI


Faktor yang seterusnya ialah hadiah yang berbentuk cenderamata di ubah kepada
kepada buku atau bahan bacaan bukan buku seperti cakera padat atau cakera video
digital yang boleh dibaca, didengar dan ditonton. Bahan bacaan boleh menyuburkan
minat membaca kanak-kanak.
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kesemua kaedah membaca ini adalah sangat penting sebagai
landasan kemahiran membaca kanak-kanak. Kemahiran literasi ini adalah sangat penting
sebagai landasan kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak kelak. Oleh yang
demikian, kemahiran ini juga perlu dipupuk dalam kalangan kanak-kanak sejak awal usia
mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui perancangan yang
dilakukan oleh guru serta ibu bapa. Guru-guru juga perlulah tahu teknik mengajar
membaca yang mana paling berkesan dan mengendalikan aktiviti yang sesuai agar
program membaca berjaya dilaksanakan .
BAHAGIAN 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : Tabika Perpaduan Piborak


Tarikh : 21.09.2020
Hari : Isnin
Masa : 9.30am-10.00am
Bil.murid : 10 orang
Umur : 4 tahun
Modul : Bertema
Tajuk/tema : Tolong-menolong
Tunjang utama: kemahiran mendengar dan bertutur
Standard pembelajaran :

BM 1.1.1 mendengar ucap selamat dan memberi respon yang bertatasusila dengan bimbingan
BM 1.1.13 mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan, cerita
BM 2.2.7 menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan sesuai
BM 2.4.1 menceritakan perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah.

Kesepaduan tunjang : BM 1.4.1 mendengar serta ayat mudah

Objektif pembelajaran :

1. Dapat berinteraksi dengan baik dengan guru dan sesama rakan sepanjang sesi.
2. Menjawab soalan guru berdasarkan cerita yang diperdengarkan
3. Dapat menceritakan semula cerita yang di dengar dengan bimbingan.

Pengetahuan sedia ada :murid sudah tahu apa itu nilai tolong-menolong

Penerapan nilai (PN) : tolong-menolong

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :puppet, buku cerita


Langkah/
masa Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Set Bersoal jawab 1. Guru memberi soalan kepada kanak-kanak BBM:
Induksi menggunakan puppet pupet
( 3 minit ) 2. Guru bertanya kepada kanak-kanak apa
yang dipelajari hari ini dan kanak-kanak
PN : hormat, berani
cuba meneka apa yang diajar pada hari ini
3. Guru menyatakan kepada kanak-kanak
aktiviti pada hari ini.
Langkah 1 Memperkenalkan 1. Guru menunjukkan buku dari pelbagai BBM
(3 minit ) bahan aspek Buku cerita , pupet
 Tajuk buku cerita
 Ilustarasi muka depan KB:
 saiz memproses
maklumat yang
diberi
Langkah 2 Memulakan 1. Guru bercerita menggunakan puppet dan
(8 minit ) penceritaan kanak-kanak mendengar cerita daripada BBM
guru. puppet
2. Guru bercerita tentang sang singa dan sang
tikus PN:
Tolong-menolong
Langkah 3 Soal jawab 1. Guru mengulangi penceritaan sambil PN:
(8 minit ) menjalankan sesi menjawab soalan Tolong-menolong
2. Guru memberi soalan kepada kanak-kanak
seperti
 Kenapa sang singa sangat marah?
 Mengapa singa mengaum meminta
tolong?
 Siapa yang menolong melepaskan
singa?
Langkah 4 Menceritakan semula 1. Guru memilih beberapa orang murid dan PN: berani
(8 minit ) menyuruh mereka menceritakan semula
cerita tersebut dengan bimbingan
Penutup Merumuskan P&P 1. Guru berbincang tentang pengajaran dalam
(4 minit ) cerita ini.
2. Guru membuat rumusan tentang aktiviti
hari ini dan kanak-kanak mendengar
rumusan daripada guru.

Refleksi

a) Kekuatan
Melalui aktiviti pengajaran bercerita yang menggunakan boneka ini, kekuatan dan
kelebihan yang dapat dilihat ialah saya dapat menarik perhatian kanak-kanak dengan alat
bantu mengajar yang digunakan. Kanak-kanak kelihatan sangat teruja dengan
penyampaian cerita yang menggunakan boneka.Selain daripada itu, suara saya yang
lantang dan bersemangat juga dapat menarik perhatian murid untuk terus melihat dan
mendengar apa yang saya ingin sampaikan. Sesi soal jawab dan bercerita oleh kanak-
kanak juga dapat membantu meningkatkan kemahiran bahasa, literasi dan komunikasi
kanak-kanak kerana semasa mereka bercerita ia secara langsung dapat mengukuhkan atau
memperbaiki tahap perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.

b) Kelemahan
Kelemahan atau kekurangan sepanjang aktiviti dijalankan ialah saya masih tidak
menggunakan ayat yang sesuai dalam perbualan semasa pengajaran dijalankan. Ada
sesetengah perkataan saya menggunakan bahasa rojak. Perkara ini dapat mengganggu
kemahiran bahasa,literasi dan komunikasi kanak-kanak. Selain itu kelemahan sepanjang
pengajaran juga ialah tidak semua kanak-kanak dapat berpeluang bercerita kerana had
masa yang tidak mencukupi. Hal ini menyebabkan ada di antara mereka yang kurang
berkomunikasi dan tahap kemahiran bahasa mereka tidak dapat ditingkatkan.

c) Cadangan penambahbaikan
pada masa akan datang aktiviti bercerita seperti ini boleh diperbaiki lagi dengan
membawa kanak-kanak beramai-ramai menyebut beberapa kosa pada setiap cerita yang
mereka dengar agar semua mereka dapat memperbaiki kemahiran bahasa,literasi dan
komunikasi tanpa ada kanak-kanak yang tercicir. Selain daripada itu, Pertuturan yang
tersekat-sekat adalah kelemahan saya sejak dari awal lagi. Perkara ini boleh dielakkan
dengan cara saya perlu sentiasa membuat sedikit ulangkaji dan persediaan awal dalam
merancang ayat-ayat penting yang akan digunakan. Saya perlu memberikan penekanan
dalam susunan perkataan untuk dijadikan ayat untuk lebih menarik tumpuan dan fokus
murid. Kelemahan ini juga boleh diatasi dengan meningkatkan kemahiran berkomunikasi
sesama rakan atau pun latihan di hadapan cermin bagi meningkatkan keyakinan diri
sebagai seorang guru.

RUJUKAN
Abdul Halim Masnan(2013), Bahasa, Literasi dan Komunikasi, Open University

Bunga, Kaedah Membaca, Dicapai dari http://nidapink90.blogspot.com/2011/11/kaedah-


membaca.html

Sepat Ronggeng, Kaedah mengajar murid prasekolah cepat membaca dan berkesan, Dicapai
dari http://muridprasekolahskpr.blogspot.com/2011/11/kaedah-mengajar-murid-prasekolah-
cepat.html

Soh Cw, Kaedah Membaca, Dicapai dari https://www.scribd.com/doc/166224867/Kaedah-


Membaca

Taska Masjid Spaoh, pengenalan RPH, Dicapai dari http://taskamasjidspaoh.blogspot.com/

You might also like