You are on page 1of 9

MODUL 9 DINAMIKA KUMPULAN DAN PEMBINAAN PASUKAN

Tajuk 1

Perkara Dinamika Kumpulan

Bil 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Perincian Set Induksi Mengenali Rakan Berinteraksi dalam kumpulan


Pembinaan kumpulan

Melantik ketua kumpulan


Penutup Pengukuhan pasukan Mewarna Bendera Jalur Gemilang

Pembinaan Pasukan

2.1 2.2

DINAMIKA KUMPULAN DAN PEMBINAAN PASUKAN

Dinamika Kumpulan merupakan satu aktiviti awal yang bertujuan untuk memecahkan rasa malu dan segan di kalangan murid-murid baru dari pelbagai latar belakang dan persekitaran. Di samping itu aktiviti ini juga membolehkan kanak-kanak mengenali antara satu dengan lain dalam masa yang singkat. Pembinaan Pasukan ialah aktiviti yang dijalankan selepas aktiviti dinamika kumpulan. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak dipupuk untuk meningkatkan semangat bekerja dan berinteraksi dalam kumpulan sebagai persediaan untuk aktiviti pembelajaran seterusnya.

Tajuk I DINAMIKA KUMPULAN


1.1 Set Induksi
5 minit

Tujuan
Menyediakan minda pelajar (mind set ) untuk aktiviti seterusnya.

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan semua murid yang berjaya masuk ke Tahun Satu di Sekolah ini. 2. Guru juga memberi pujian kepada semua murid kerana berpakaian kemas dan cantik. 3. Guru meminta semua murid memberikan tepukan bergemuruh untuk diri sendiri di atas kejayaan semua.
Pengetahuan guru tentang kelebihan murid-murid seperti potensi, bakat, sahsiah, ketrampilan diri, kekemasan pakaian untuk di beri pujian individu. Guru digalakkan juga mengajar murid melakukan tepukan bersatu atau tepukan bersambut. Masa aktiviti dijalankan semua guru tahun satu hendaklah ada bersama

9-1

Tajuk I

DINAMIKA KUMPULAN
1.2 Mengenali Rakan

Tujuan
Murid dapat mengenali rakan baru dan merapatkan hubungan mesra antara mereka dalam masa yang singkat.

LANGKAH-LANGKAH
1. Beri setiap murid satu belon pelbagai warna dan minta mereka meniup dan mengikatnya dengan benang. Minta murid berkumpul dalam kumpulan mengikut warna belon. Selepas berkumpul murid-murid dikehendaki berkenalan dengan rakan baru mereka melalui sebutan nama ringkas sambil bersalaman.

2. 3.

Bahan :Belon pelbagai warna dan benang

1.

Guru mengawasi dan membantu murid sewaktu aktiviti berjalan. Murid digalakkan membantu kawan untuk meniup dan mengikat belon. Semasa arahan diberikan, beri jangka masa yang singkat agar mereka dapat bergerak dengan pantas. Galakkan murid berjumpa dengan rakan yang belum dikenali. Murid digalakkan mengingat nama kawankawan baru.

2.

Contoh :
4.

Saya Fadhil
3.

Guru bertanyakan kepada murid mengapa kita perlu mengenali nama kawan-kawan melalui soalan-soalan ringkas. Contoh Soalan :

a. b. c.

Seronok tak kalau orang panggil nama yang betul? Apa rasa kalau orang main-mainkan nama kita? Mana seronok, ada ramai kawan atau sedikit kawan?

4.

5.

9-2

Tajuk I DINAMIKA KUMPULAN


1.3 Berinteraksi dalam kumpulan
20 minit

Tujuan
Murid dapat mengurangkan rasa malu dan bimbang semasa berinteraksi dengan rakan-rakan baru dari pelbagai latar belakang.

LANGKAH-LANGKAH
1. Beri setiap murid sekeping gambar binatang seperti gambar kucing, ayam, burung, itik, harimau, kambing dan lain-lain. Kemudian mereka dikehendaki melakonkan bunyi binatang tersebut sambil mengajuk pergerakan binatang bergerak di merata tempat. Murid-murid berkumpul dalam kumpulan mengikut bunyi binatang-binatang tersebut. Murid berkenalan dengan rakan baru dengan menyebut nama dan satu sifat baik. Contoh : Saya Liza Saya rajin 5. Setiap kumpulan diminta mencari apakah makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut (ikut nama kumpulan ) Guru menyanyikan lagu haiwan bersama dengan murid-murid
1. Guru digalakkan membuat demontrasi bunyi binatang agar difahami oleh murid. Setiap pergerakan murid perlu diawasi oleh guru. Guru digalakkan menyanyikan dahulu lagu tersebut. Murid yang enggan bekerjasama, minta mereka duduk dan memerhati. Sekali-sekali fasilitator tanyakan samada ia mahu turut serta atau tidak. SENIKATA LAGU BUNYI HAIWAN Saya ayam kok, kok, kok, kok.... Saya itik pak,... pak,... pak, ... Saya burung pit, ... pit,... pit,... pit,...

2.

2.

3.

3.

4.

4.

6.

Kami bunyi kok, kok, kok, kok.... pak,... pak,... pak, ... pit, ... pit,... pit,... pit,

9-3

Tajuk I DINAMIKA KUMPULAN


1.4 Pembinaan kumpulan
30 minit

Tujuan
Memupuk nilai-nilai murni dan semangat bekerjasama di kalangan murid.

LANGKAH-LANGKAH
1. Beri setiap murid satu nombor dan mereka dikehendaki berkumpul mengikut kumpulan nombor tersebut dan duduk dalam satu bulatan. Minta setiap murid menyebutkan dan mengingat nama kawan di sebelah kiri dan kanan. Rakan yang lain digalakkan mengingat nama setiap ahli kumpulan. Selepas itu minta mereka bertukar tempat duduk. Setiap kali bertukar tempat duduk minta mereka mengingat nama kawan di sebelah kiri dan kanan. Minta setiap kumpulan menyebutkan nombor kumpulan masing-masing dengan kuat, bersemangat dan sama. (Boleh juga adakan pertandingan menyebut nombor kumpulan ).
Berikan ganjaran kepada murid yang dapat mengigat nama semua ahli dalam kumpulan.

2.

3.

Jika hendak bentuk 5 kumpulan maka nombor mestilah antara 1 hingga 5

4.

Nombor yang diberikan mestilah sama bilangan mengikut ahli dalam kumpulan.

9-4

Tajuk I DINAMIKA KUMPULAN


1.5 Melantik ketua kumpulan

Tujuan
Murid mengetahui perlunya ada seorang ketua di dalam satu kumpulan

LANGKAH-LANGKAH
1. Murid-murid dikehendaki melantik seorang ketua kumpulan secara sukarela atau pilihan kawan-kawan. Minta mereka berbincang untuk mencari nama bagi kumpulan mereka dan kumpulan yang mendahului kumpulan lain diberi ganjaran. Fasilitator menerangkan mengapa perlu seorang ketua dalam satu-satu kumpulan.
Nama dan ahli kumpulan ini kekal hingga tamat orientasi

2.

3.

Tajuk I DINAMIKA KUMPULAN


1.6 Penutup

Tujuan
Mengeratkan lagi hubungan di antara rakan-rakan yang baru dikenali.

LANGKAH-LANGKAH
Berpegang tangan membuat bulatan sambil menyanyi . Contoh : Lagu rasa sayang hei atau Lagu-lagu di Tadika. 2. Dalam barisan, picit belakang kawan. 3. Bersalaman di antara satu sama lain.

9-5

Tajuk 2 PEMBINAAN PASUKAN


2.1 Pengukuhan Pasukan

Tujuan
1. Meningkatkan semangat kerjasama di kalangan murid. 2. Mengurangkan rasa malu di kalangan murid semasa berinteraksi dalam kumpulan 3. Untuk meningkatkan daya saing dalam diri murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru mulakan perjumpaan dengan sama-sama membacakan Surah Al-Fatihah (bagi yang beragama Islam). 2. Beri pengukuhan positif kepada semua murid yang telah memberikan kerjasama menjayakan aktiviti Dinamika Kumpulan. 3. Guru menjalankan pertandingan menyebut nama kumpulan. Setiap kumpulan diminta menyebut nama kumpulan mereka (Seperti Tajuk 1.5 Langkah 2). Kumpulan yang berjaya ialah yang dapat menyebut nama kumpulan mereka secara bersama, kuat dan bersemangat. 4. Setiap kumpulan diberi tugasan menyebut nama benda maujud yang ditetapkan seberapa banyak yang boleh. CONTOH: Kumpulan 1 sebut nama buah-buahan Kumpulan 2 sebut nama kereta 5. Guru mengumumkan keputusan kumpulan yang paling banyak menyebut nama benda yang ditugaskan.
Permainan menyebut namanama : buah-buahan benda dalam kelas benda dalam rumah kereta binatang Contoh Kumpulan A menyebut nama buah-buahan. Kumpulan B menyebut nama benda dalam kelas dan seterusnya.

9-6

Tajuk 2 PEMBINAAN PASUKAN


2.1 Pengukuhan Pasukan (disambung)

LANGKAH-LANGKAH
7. Guru bertanyakan khabar secara umum dan rambang kepada murid-murid. 8. Guru memuji murid-murid yang telah menunjukkan kerjasama, kecergasan dan sebagainya.

9-7

Tajuk 2 PEMBINAAN PASUKAN


2.2 Mewarna Bendera Jalur Gemilang

Tujuan
1. Mengukuhkan pengetahuan murid tentang warna-warna Jalur Gemilang. 2. Memupuk nilai-nilai patriotik dalam diri murid-murid. 3. Memupuk daya saing dalam diri murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH
1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan masingmasing. Guru menunjukkan contoh Jalur Gemilang yang sebenar di depan kelas. Guru memberi setiap kumpulan sehelai kertas yang siap dilukis gambar Jalur Gemilang. Murid-murid mewarna bendera secara bekerjasama dengan menggunakan crayon atau pensil warna Guru meminta kumpulan demi kumpulan menunjukkan hasil mereka kepada semua murid. Guru mengumumkan kumpulan yang dapat mewarnakan jalur gemilang dengan betul dan menarik. Ketua kumpulan mempamerkan hasil kumpulan di sudut lukisan Guru bebincang dengan murid mengenai: - warna dan makna - cara menghormati - cara mendaulatkan negara
Guru boleh menambah aktivit-aktiviti pembinaan pengukuhan kumpulan yang lain seperti : Pertandingan Nyanyian Kumpulan seperti lagu Kalau Rasa Gembira.. Lagu :-(If you know youre happy and you know it) Tepuk Tangan Hentak Kaki Petik Jari Tepuk Peha Sebut Hurray Dicadangkan saiz bendera yang akan di warna oleh murid adalah berukuran kad manila.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9-8

You might also like