You are on page 1of 20

DK: lembut lidah LDK 1: Ice Breaking Objektif: I.

Membentuk kumpulan dalam kalangan peserta supaya mudah dalam proses penyampaian maklumat sepanjang program berjalan. II. Merapatkan jurang antara peserta dan fasilitator agar tugas fasilitator dapat diperjelaskan lagi sebagai pemudahcara dan pembimbing peserta. III. Merapatkan lagi jurang pemisah antara ahli supaya hubungan yang lebih eratdapat diwujudkan pada masa hadapan. IV. Membentuk ikatan berkumpulan dan semangat kerjasama dalam kumpulan agar segala masalah dapat diselesaikan secara bersama untuk masa hadapan. Pecahan Kumpulan (puzzle) Langkah: I. Peserta akan diberi cebisan gambar setiap seorang. II. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan mereka berdasarkan gambar tersebut dan membentuk sekeping gambar yang lengkap. III. Seterusnya membentuk kumpulan. Taaruf- Pukulan Kasih I. Fasilitator akan menanyakan nama penuh,nama panggilan,asal,hobi,cita-cita, dan sebagainya mengikut kesesuaian. II. Peserta dikehendaki membuat satu bulatan mengikut kumpulan masing-masing. III. Seorang peserta dikehendaki berdiri di tengah-tengah. IV. Fasilitator akan menyebut nama seorang ahli dalam kumpulan tersebut dan peserta di tengah hendaklah memukul nama yang disebut dengan lembut,menggunakan surat khabar yang digulung. V. Setiap orang peserta hendaklah diberi peluang berdiri di tengah dan memukul ahli yang lain pula sehingga semua nama ahli telah disebut. Aduhai Kumpulanku Sayang Aktiviti dalam kumpulan. I. Ahli kumpulan diminta untuk memikirkan nama untuk kumpulan mereka. II. Setelah itu setiap kumpulan akan mempersembahkan nama kumpulan dan sorakan mereka. Falsafah: -Memupuk kerjasama di kalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing. -Menunjukkan bahawa setiap kumpulan mempunyai identiti masing-masing. -Meningkatkan keyakinan diri peserta. -Melatih peserta agar peka dan bertanggungjawab terhadap kumpulan mereka sendiri.

LDK 2: World Cup

Objektif: -menguji kepekaan peserta terhadap arahan yang diberi -melatih kerjasama antara ahli kumpulan Kaedah: -setiap kumpulan akan diberikan satu perkataan seperti sepak,tendang,tanduk dan gol. -ketua fasilitator yang bertindak sebagai central akan memberikan arahan kepada setiap kumpulan bagi melaungkan perkataan bagi kumpulan masing-masing -permainan akan diteruskan berdasarkan budi bicara ketua fasilitator yang bertindak central LDK:3 Tarikan Kasih Objektif; -melatih kerjasama antara ahli kumpulan -membentuk sikap sabar dan berhati-hati dalam diri peserta -melatih sifat kepimpinan peserta Kaedah; -setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air dan setiap ahli kumpulan akan mendapat seutas tali -setiap peserta dikehendaki mengikatkan tali masing-masing pada cawan tersebut -setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat sambil membawa caawan yang berisi air tersebut dimana setiap peserta akan menarik hujung tali masingmasing -permainan akan dinilai berdasarkan isipadu air yang masih terdapat dalam cawan tersebut LDK 4: Telefon rosak Objektif; -melatih sifat peka dalam diri peserta -membentuk kerjasama antara ahli kumpulan -melatih kreativiti peserta dalam berfikir Langkah; -setiap kumpulan akan diberikan satu frasa ayat -peserta pertama yang menerima frasa tersebut dikehendaki memberitahu frasa tersebut kepada peserta yang berikutnya dan akan berterusan hingga kesemua ahli kumpulan mengetahui frasa tersebut -peserta yang terakhir dikehendaki menterjemahkan frasa tresebut dalam bentuk lukisan

LDK 5: PEMBAHAGIAN KUMPULAN Nama pelajar akan diagihkan oleh fasi. Nama akan ditampal di papan kenyataan sekolah bersama nama fasi. Objektif: 1) Menggalakkan peserta bergaul dan berkenalan diantara satu sama lain. 2) Menyedarkan peserta bahawa kerjasama itu penting. Falsafah:

1) Membina semangat untuk bekerjasama yang lebih erat antara satu sama lain. 2) Menggalakkan interaksi didalam kumpulan Taaruf (20 minit)- Aktiviti Dalam Kumpulan Fasilitator akan menanyakan nama penuh, nama panggilan, asal, hobi, cita-cita dan sebagainya mengikut kesesuaian ii) Kemudian fasilitator boleh membuat aktiviti ringkas untuk mengingati nama peserta dan berkenalan dengan rapat mengikut kekreatifan masingmasing jika berkesempatan. iii) Setiap kumpulan juga diminta untuk melantik ahli kumpulan masing-masing. i)

Aduhai Kumpulanku Sayang (60 minit)-Aktiviti Dalam Kumpulan Objektif: i) Mencipta nama kumpulan sendiri mengkut kretiviti masing-masing. ii) Mencipta sorakkan semangat untuk kumpulan sendiri. iii) Menghasilkan ahli kumpulan yang teguh. Langkah: i) Ahli kumpulan akan diarahkan untuk menulis nama kumpulan di atas sekeping kertas. ii) Kemudian peserta juga akan diminta untuk membuat sorakan kumpulan. iii) Setelah itu setiap kumpulan akan mempersembahkan nama kumpulan dan sorakan mereka. Falsafah : -Memupuk kerjasama dikalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing -Menunjukkan bahawa setiap kumpulan mempunyai identiti masingmasing -Meningkatkan keyakinan diri peserta -Melatih peserta agar peka dan bertanggung jawab terhadap kumpulan mereka sendiri. SLOT 1 Tajuk: Mari Berkenalan Masa : 20 Minit Alatan : Borang Bingo, Pen Objektif: 1) Menggalakkan ahli berkenalan diantara satu sama lain. 2) Menyedarkan ahli bahawa terdapat orang lain yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Langkah: 1) Fasilitator menerangkan kepada peserta bahawa aktiviti ini memerlukan mereka bergerak dan mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dengan mereka dalam masa 5 minit.

2) Fasilitator akan mengedarkan borang Bingo dan meminta peserta menandakan sekurangkurangnya 6 hobi mereka. 3) Dalam masa 3 minit, peserta perlu mencari rakan yang mempunyai hobi yang sama dan menurunkan tandatangan mereka pada ruang berkenaan. Satu tandatangan bagi satu ruang. Falsafah: 1) Penting bagi semua mengetahui maklumat rakan supaya perhubungan dapat dieratkan lagi. 2) Membina perasaan rasa dipunyai. BORANG BINGO: Layari Internet

Membela binatang

Membaca novel

Menolong keluarga

Kumpul setem

Tidur

Membeli-belah

Menjahit

Kerja amal

Kumpul syiling lama

Memancing

Berkhemah

Menanam pokok bunga

Panjat gunung

Memasak

Berbasikal

Bersukan

Gubah bunga

Mengemas rumah

Berkelah

Menonton televisyen

Kumpul majalah

Mendengar radio

Berkayak

Melancong

Kad Harapan Tajuk : kad Harapan Masa : 30 minit Alat : 2 kad/1 kertas A4(dibahagi 2) & pensel warna Objektif: 1) mengalakan pelajar berkongsi dan berinteraksi dalam kumpulan 2) memupuk pendedahan kendiri supaya pelajar dapat mengenali rakan dengan lebih rapat. Langkah-langkah

1) pelajar dibekalkan 2 kad dan pensel warna setiap seorang dan disuruh melukis 1 kad tentang harapan dan 1 kad ketakutan diri. 2) dalam masa 10 minit, pelajar disuruh berhenti dan tidak dibenarkan rakan-rakan melihatnya. 3) kemudiannya, pelajar akan disuruh untuk membentangkan kad tersebut dalam kumpulan tentang harapan dan ketakutan yang ada dalam diri. 4) fasi hanya bertindak sebagai pendengar kumpulan tersebut. Falsafah Perlu berani tonjolkan diri dan perlu berkeyakinan dalam menghadapi cabaran hidup LDK 6

TAJUK:

LEMBUT LIDAH

Objektif i. Meningkatkan kecekapan otak atau minda bagi mentafsir input (rangkap Lidah Tergeliat yang diberi) dengan cepat dalam masa yang singkat ii Menguji kelancaran dan kefasihan bertutur. Menguji kemahiran menuturkan perkataan yang hamper sama sebutannya. Dapat meringankan tekanan. Kaedah Permainan i Pemain hanya diberikan peluang sekali sahaja untuk menyebutkan anglap yang diberi dan tidak boleh mengulanginya. ii. Sebutan hendaklah jelas,tidakterhenti-henti dan pantas.

Peraturan Permainan Para peserta dikehendaki menyebutkan rangkap-rangkap berikut: PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER DID PETER PIPER PICK A PACK OF PEPPER? IF PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER, WHERES THE PACK OF PEPPER PETER PIPER PICKED? LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTER DID LANKY LAWRENCE LOSE HIS LASS AND LOBSTER? IF LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTER, WHERE ARE THE LESS AND LOBSTER LANKY LAWRENCELOST?

LDK: telinga yang baik


NAMA AKTIVITI : Telinga yang baik PERALATAN YANG DIGUNAKAN : Sebuah Tongkat atau Kayu PENGLIBATAN : 30 hingga 50 orang SASARAN : kanak-kanak, remaja dan orang dewasa OBJEKTIF : 1. Memupuk keyakinan dan keberanian diri peserta. 2. Memudahkan peserta berinteraksi dalam suasana yang baru. 3. Mendidik peserta agar menjadi pendengar yang baik. 4. Menyedarkan peserta agar sentiasa peka kepada pesekitaran Mereka. 5. Memupuk nilai disiplin dalam diri peserta. JANGKA MASA : 30 minit LANGKAH DAN KAEDAH : Semua peserta berdiri dan membuat satu bulatan. Mereka ini dikenali sebagai pengikut. Seorang daripada mereka yang cukup bertuah akan menjadi pemimpin dan berdiri di tengah-tengah bulatan. Pemimpin tersebut akan memukul tongkat/kayunyta ke lantai dan berkata JALAN!...maka pengikut pengikut itu harus mengatakan MBEK...sambil berjalan mengelilingi bulatan tersebut. Suara pengikut itu harus sesuai dengan irama pukulan yang dibuat oleh pemimpin. Kalau pukulannya cepat, maka pengikut-pengikut itu harus berjalan dengan cepat. Kalau pukulannya lambat, maka pengikutpengikut itu harus berjalan dengan lambat. Kalau pemimpin mengangkat tongkatnya/kayunya, pengikutpengikut itu harus bertepuk tangan dan berhenti berjalan. Tepukan mereka juga harus sesuai dengan irama yang diberikan oleh pemimpin. Kalau tongkat/kayu di angkat satu kali, maka pengikut-pengikut itu bertepuk tangan satu kali. Kalau tongkat/kayu itu digerakkan dengan cepat, maka tepukan mereka juga harus cepat. Seandainya ada di antara pengikut-pengikut yang membuat kesilapan, dia akan didenda. FALSAFAH PERMAINAN INI: Untuk menjadi pemimpin yang baik, kita perlu menjadi pengikut yang baik.

TEAM BUILDING
NAMA AKTIVITI : MENYALAKAN LILIN PERALATAN YANG DIGUNAKAN : BATANG MANCIS, TANAH LIAT SATU BUNGKUS, BENANG UBAT NYAMUK, TANGKAI PANCING PENGLIBATAN : 8 ORANG DALAM BEBERAPA KUMPULAN SASARAN : REMAJA SEKOLAH OBJEKTIF : 1. Membantu peserta untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran Yang baru (tempat,situasi,rakan-rakan) 2. Untuk mewujudkan kerjasama di dalam satu pasukan 3. Memupuk nilai tolong-menolong dan berusaha untuk mencapai satu Kejayaan dalam pasukan. 4. Ingin mewujudkan semangat kita satu pasukan (kesatuan) 5. memupuk nilai keberanian dan keyakinan diri. JANGKA MASA : 30 MINIT LANGKAH DAN KAEDAH : Permainan ini boleh dilakukan di dalam atau di luar bilik. Semua peserta dibahagikan kepada beberapa kelompok dan setiap kelompok tersebut membentuk satu barisan. Tidak jauh dari barisan kelompok tersebut, diletakkan tanah liat yang telah pancake dengan 8 batang mancis.

Pada permulaan permainan, orang yang pertama dari setiap kumpulan membawa batang pancing yang telah dipasang dengan ubat nyamuk yang menyala dan kemudian dia akan berlari di depan barisan tadi. Dalam waktu setengah minit, dia harus berusaha menyalakan setiap batang mancis. Jika masa yang telah ditetapkan telah berakhir, pancing tersebut perlu diserahkan kembali kepada orang kedua dan diteruskan kepada orang lain yang ada di dalam kumpulannya secara bergilir sampai selesai. Kumpulan yang berjaya menyalakan batang mancis paling banyak dianggap sebagai pemenang. FALSAFAH LDK INI : Satu satu faktor utama kejayaan sesebuah pasukan adalah dengan adanya KESATUAN di dalam kumpulan. KESATUAN ini tidak akan wujud tanpa adanya kerjasama dan semangat bantu-membantu di kalangan ahli dalam pasukan tersebut.

Aktiviti 2 : Dunia ku dunia baru Masa : 30 Minit Alatan : Tiada Objektif : 1. Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang menyeronokkan. 2. Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam kelompok yang belum dikenali. Langkah : 1. Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1 6. 2. Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu. 3. Peserta lelaki dan perempuan diminta berbaris sebelum kad diedarkan kepada mereka. 4. Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru. Di dunia ini tiada siapa yang boleh bertutur. Mereka hanya boleh melakukan gerakan yang tertentu. Mereka semua perlu mencari rakan yang sama jenis untuk membentuk satu perkampungan. Jenis pertama aksi menangis Jenis kedua aksi burung terbang Jenis ketiga aksi ketawa Jenis keempat aksi garu kepala Jenis kelima aksi bunyi motor Jenis keenam aksi bunyi kucing 5. Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari rakan lain yang sama jenis. 6. Ketua memastikan peserta tidak bercakap selain bunyi tertentu. 7. Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama. Maka mereka perlu buat gerakan itu dan rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk kelompok. Perbincangan: 1. Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti 2. Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur. Pengajaran : Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat peramah, sedia menghampiri dan tidak menunggu ditegur oleh orang lain. TAJUK : JAMBATAN

SASARAN : SEMUA PERINGKAT UMUR OBJEKTIF AKTIVITI : 1. Menggalakkan peserta untuk mengekspresikan diri 2. Mengeratkan hubungan antara para peserta 3. Melahirkan kesefahaman dan perpaduan antara peserta 4. Menyemai semangat bekerjasama dalam kumpulan PERALATAN : 1. PVC (panjang = 10 kaki) JANGKA MASA : 15 30 MINIT LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN: 1. Para peserta dikehendaki untuk membentuk kumpulan kecil (10 orang) 2. Semua kumpulan kecil akan dibekalkan sebatang PVC 3. Kemudian, kumpulan kecil ini akan membuat barisan lurus masing-masing (bahagian bahu bersentuhan) 4. Setiap peserta dalam kumpulan kecil tersebut akan menggunakan jari telunjuk sahaja untuk memegang (menyangkut) PVC yang telah dibekalkan. 5. PVC tersebut tidak dibenarkan daripada terjatuh daripada jari setiap ahli dalam kumpulan kecil tersebut 6. Fasilitator akan menyuruh semua kumpulan kecil untuk turun mencangkung ke bawah bersama sama ahli kumpulannya masing-masing sambil memegang (menyangkut) PVC di jari. 7. Kumpulan kecil yang dianggap gagal ialah apabila PVC terjatuh ataupun paras ketinggian tidak sama rata semasa mencangkung untuk turun ke bawah (tidak sekata). FALSAFAH : Kepentingan kerjasama dan kesefahaman dalam interaksi lisan mahupun bukan lisan dalam kumpulan (pasukan) amat penting bagi melahirkan pasukan yang berkesan dan mampu mencapai matlamat kerja berpasukan. LDK 1 Nama Aktiviti : Jual Barang Tempoh Masa : 15 minit Kumpulan Sasaran : 10 hingga 40 orang Bahan : Objektif Aktiviti Mengalakkan berlakunya komunikasi dikalangan peserta Mengalakkan sesi suai kenal dalam suasana yang lebih tenang Langkah Pelaksanaan Semua peserta diarahkan untuk membuat satu bulatan besar dan di minta untuk memikirkan barangan yang hendak dijual ( Tidak kira apa jua jenis barang yang hendak dijual ) Fasilitator akan memulakan aktiviti jualan dengan menyebut jualannya, contohnya KAKI BESI, sambil melaungkan jualan, fasilitator akan bergerak mengikut bulatan peserta dengan aksi seperti mengayuh basikal. Fasilitator akan menyentuh seorang peserta dan peserta yang disentuh itu akan mengantikan tempat fasilitator sebagai penjual barang.

Sama seperti fasilitator, peserta juga akan melakukan perkara yang telah dilakukan oleh fasilitator pada peringkat permulaan lagi. Begitulah seterusnya sehingga tempoh masa tamat. LDK 2 Nama Aktiviti : Mari Seberang Tempoh Masa : 15 hingga 20 minit Kumpulan Sasaran : 5 hingga 10 0rang Bahan : Tali Dan Meja Objektif Aktiviti Mengalakkan perkongsian pendapat dan penglibatan secara aktif dari ahli kumpulan Memupuk kerjasama dengan ahli kumpulan sewaktu menghadapi tugasan yang melibatkan penglibatan ramai. Langkah Pelaksanaan Setiap kumpulan diberikan tali yang telah diputuskan, setiap ahli mesti mempunyai tali. Kaki meja diikat dengan tali merentasi keempat-empat kaki meja. Tugas ahli kumpulan, perlu menyambung tali yang ada sepanjang yang mungkin tanpa ada yang terputus. Cabarannya ialah, tali hendaklah disambung oleh ahli dibawah meja, dengan syarat ahli kumpulan tidak boleh tersentuh tali yang telah direntangkan di bawah meja. Sambil menyambung tali, setiap peserta yang talinya telah disambung akan ke sebelah meja, kemudian ahli kumpulan hendaklah menyeberangkan tali tanpa perlu tersentuh dengan tali penghalang. Tajuk: masuk kandang kambing. Masa: 30 minit Alat: Empat atau lima set kad gambar ayam, kucing, harimau, kambing,itik dan sebagainya Bilangan ahli : 20-30 orang atau lebih Objektif: 1. Menggalakkan ahli kelompok supaya tidak berasa takut atau malu berinteraksi dalam kumpulan. 2. Memberi peluang kepada ahli bergaul dan bertukar-tukar maklumat dalam kumpulan. 3. Menggalakkan ahli berasa selesa dengan bahasa bukan lisan dan komunikasi melalui bunyi. Langkah: 1. Sediakan empat atau lima set kad yang mengandungi gambar binatang seperti kucing, harimau, kambing, ayam, itik, burung, ikan, dan sebagainya atau fasilitator bolehmenyediakan kad bernombor daripada 1 hingga 4 atau 5 mengikut bilangan ahli bagi satu kategori binatang. 2. Edarkan kad tersebut kepada ahli dan beritahu supaya ahli tidak menunjukkan kad tersebut kepada rakan-rakan mereka. Sekiranya menggunakan nombor tuliskan apa nama binatang bagi setiap nombor. Misalnya nombor 1 ayam. 3. Dakam masa dua minit, minta ahli mencari rakan-rakan kelompok mereka tanpa bercakap tetapi mencari dengan membunyikan bunyi binatang berkenaan. Pastikan kumpulan mempunyai sekurangkurangnya lima oorang ahli. 4. Apabila setiap ahli telah mendapat kumpulannya, fasilitator mengarahkan mereka untuk berdiridalam kumpulan dalam bentuk bulatan.

5. Terangkan kepada mereka yang satu kumpulan orchestra akan ditubuhkan dengan muziknya daripada bunyi binatang kumpulan masing-masing. 6. Fasilitator menjadi konduktor orchestra dengan menunjukkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Apabila kondoktor menunjukkan kepada satu kumpulan, maka kumpulan itu haris membunyikan bunyi binatangnya.Lakukan aktiviti ini sehingga fasilitator berpuas hati dan semua ahli mengambai bahagian. 7. Fasilitator membimbing perbincangan dengan bertanya: a). Apakan aktiviti mereka terhhadap aktiviti ini? b)Mengapakah terdapat ahli yang mengambil masa membunyikan bunyi binatang? c) Apakah yang timbul dalam fikiran mereka? d) Mengapakah mereka berupaya membunyikan bunyi binatangdalam bentuk orchestra? e) Apakah pembelajaran yang mereka dapati melalui aktiviti ini? 8. Fasilitator merumuskan bahawa dalam suasana gembira berkenalan, kita kadang kala mengetepikan rasa segan silu lalu mengambil bahagian. Dengan berbuat demikian, ahli akan berasa selesa sesame sendiri dan berkenalan dengan lebih lanjut seterusnya.

Tajuk: Mencari Pembunuh Peserta: Minimum 10 orang Waktu: 15 30 minit Bahan: Setiap peserta mendapat sekeping kertas yang dilipat. Salah satu kertas mempunyai perkataan MEMBUNUH dan yang selebihnya kosong. Ruangan: Ruangan yang besar atau terbuka Petunjuk: Perhatian! Di antara kamu ada seorang pembunuh yang akan berusaha untuk membunuh kamu satu persatu. Siapa yang berhati hati akan selamat dari maut dan dapat menangkap si pembunuh sebelum dia sempat membunuh semua peserta. Sekarang berjalan jalan di ruang ini. Salah seorang membahagikan secarik kertas kepada setiap peserta. Seseorang yang mendapat kertas yang berisi perkataan pembunuh bererti si pembunuh yang akan membunuh korbannya dengan kerdipan matanya. Kalau si pembunuh mengerdipkan mata ke arah seseorang peserta, iaitu mangsanya, maka peserta tersebut harus jatuh dan mati dalam masa 3 saat. Waktu 3 saat ini sangat penting, supaya si pembunuh tidak terus dapat ditangkap. Peserta yang mencurigai seseorang sebagai si pembunuh boleh melapor dan berkata: saya mencurigai dia dan menunjukkan orang yang ditekanya sebagai pembunuh. Kalau tekaannya benar, maka pembunuh tertangkap dan permainan pun berakhir. Namun, kalau tekaan peserta salah maka ia pun harus berhenti bermain. Permainan ini berakhir kalau pembunuhnya tertangkap atau kalau si pembunuh telah berhasil membunuh semua peserta lain. LDK 2 Tajuk: Sarang Mancis Kayu Objektif

Mengajak peserta untuk belajar bekerjasama dan mengerti perasaan orang lain. Tugas untuk kelompok sangat sederhana. Oleh itu, para peserta dapat memusatkan perhatian pada prosesnya. Peserta: Semua golongan umur. Besar kelompok adalah bebas. Bahan: Satu kotak mancis kayu penuh untuk setiap peserta dan satu botol kosong untuk setiap kelompok kecil. Masa: 15 -20 minit Petunjuk: Kelompok besar dibagi bagi menjadi kelompok kecil dengan 5 anggota. Setiap kelompok kecil mendapat satu botol kosong dan setiap peserta mendapat satu kotak mancis kayu. Secara bergilir gilir peserta meletakkan satu batang mancis kayu di atas bibir botol tadi untuk mencipta satu sarang botol. Peserta tidak boleh bercakap. Mereka harus saling membantu, misalnya dalam menunjukkan di mana satu lagi dapat di letakkan. Kalau ada batang mancis kayu jatuh harus di letakkan kembali sampai sarang burung selesai dibuat. Variasi Setiap kelompok kecil membuat satu gambar dengan menggunakan semua mancis kayu tersebut. Evolusi dan refleksi: 1. Bagaimana kami bekerjasama? 2. Bagaimana perasaan saya ketika kawan saya menjatuhkan semua mancis kayu itu. 3. Apakah saya sekarang bangga dengan hasil kerja kumpulan saya? 4. Apakah ada seorang dalam kumpulan yang menjadi pemimpin, atau ada peserta mempunyai pengaruh lebih dari yang lain? 5. Apakah ada cara dalam kumpulan bila orang boleh meletakkan mancis kayunya? LDK 1 TAJUK OBJEKTIF

: TITANIC : 1. Peserta dapat berkongsi pengalaman dan terbuka untuk berkongsi tentang kehidupannya.

2. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas beserta dengan pemikiran yang tajam. 3. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru. PERALATAN : Reben (warna hijau, merah, putih, kuning, biru), belon, tali, pen marker dan gunting. : Lagu sumazau, dan lagu slow rock : 50 minit : 1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang perlu mereka hasilkan.

LAGU JANGKA MASA LANGKAHLANGKAH

2. Fasilitator meminta peserta memilih reben mengikut warna pilihan, belon, tali dan pen marker.

3. Fasilitator meminta peserta untuk mengikat reben di tangan sebelah kiri dan meniup belon. Kemudian peserta dikehendaki melukis sebuah kapal dan menulis 5 orang yang perlu diselamatkan mengikut keutamaan di atas belon tersebut. Belon itu perlu diikat di kaki kiri peserta. 4. Fasilitator memaklumkan peserta bahawa belon itu perlu dijaga dan dilindungi sama seperti mereka bertindak sebagai penyelamat yang berada di dalam sebuah kapal dan perlu menjaga orang-orang penting di dalamnya. 4. Fasilitator meminta peserta menari sambil berpusing dalam bulatan mengikut muzik yang telah ditetapkan kemudian sebaik sahaja muzik dihentikan, peserta saling memijak belon peserta yang lain. Masa yang diperuntukan adalah 10 minit. 5. Kumpulan diminta berkumpul mengikut warna reben yang dipilih. 6. Dalam kumpulan peserta berbincang dan berkongsi tentang aspek : ~ Strategi keselamatan ~ Pendapat mereka tentang penyusunan nama tersebut. FALSAFAH : 1. Seseorang itu perlu bijak bertindak. 2. Tenang menghadapi saat-saat genting. 3. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam. 4. Menghargai dan menyayangi orang lain sama seperti menyayangi diri sendiri 5. Bijak menyusun strategi. LDK 2 TAJUK OBJEKTIF diarahkan. 2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai. 3. Peserta dapat bekerjasama berfikir secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan sesuatu benda yang baru PERALATAN : Kad manila, surat khabar, gam, pen marker, & gunting.

: LOVE YOUR LOOK : 1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang

LAGU JANGKA MASA LANGKAHLANGKAH

: Sean Kingston (Beautiful Girl) : 50 minit : 1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang perlu mereka hasilkan.

2. Fasilitator meminta peserta membentuk 5 kumpulan iaitu, 8 orang dalam 1 kumpulan. Setiap kumpulan melantik seorang ketua dan setiap kumpulan diberi peralatan tersebut di atas. 3. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk menghasilkan 1 pakaian menggunakan peralatan itu dan seorang ahli kumpulan menjadi model pakaian tersebut. Masa yang diberi adalah 40 minit. 4. Fasilitator meminta peserta menggayakan pakaian itu. 5. Kumpulan diminta menamakan pakaian yang direka dan menjelaskannya. Hasilnya akan dipertandingkan. 6. Fasilitator dan peserta-peserta berbincang tentang aspek : ~ Kekemasan ~ Pengurusan masa ~ Keunikan pakaian yang direka ~ Kerjasama ahli kumpulan

FALSAFAH :1. Usaha Tangga Kejayaan. 2. Bersatu Teguh Bercerai Roboh. 3. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. 4. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 5. Belajar menghargai pendapat orang lain. 6. Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara bersendirian. 7. Jika kita dapat uruskan masa dengan baik untuk menjayakan sesuatu. 8. Kita dapat elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. TAJUK: PUZZLE DAN LUKISAN. MASA: 30 minit Alat : kad manila berbentuk segiempat yang telah dipotong kepada 6 bahagian dalam bentuk yang tidak seragam. satu set kad manila terdiri daripada 6 keratan. Setiap set terdiri daripada warna yang sama. BILANGAN AHLI: 6 orang untuk satu set, ahli tidak terhad. OBJEKTIF: Bagi memupuk sikap kerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat. LANGKAH-LANGKAH:

1. Keratan- keratan kad manila dikumpulkan didalam sebuah kotak. Kemudian setiap ahli akan diminta untuk mengambil satu keratan kad sahaja. 2. Dalam masa 10 minit ahli diminta untuk mencari 5 lagi keratan kad manila yang lain untuk dicantumkan dengan keratan miliknya untuk menjadi satu segiempat yang sempurna. 3. Apabila satu segiempat kad manila telah terhasil, maka setiap pemilik keratan kad manila tersebut akan mambentuk satu kumpulan. 4. Arahan diberikan kepada setiap kumpulan untuk melukis objek yang dikehendaki contohnya gambar bola, kasut dan sebagainya dengan syarat lukisan yang dibuat mestilah melibatkan keenam-enam keratan kad tersebut. 5. Hanya pemilik keratan tersebut sahaja yang boleh melukis pada keratan miliknya. Ini bermaksud setiap ahli akan terlibat untuk melukis 1 objek yang dikehendaki. Hasil lukisan perlulah diwarnakan. TAJUK: PEREKA FESYEN MASA : 45 MINIT ALAT; SURAT KHABAR LAMA, GUNTING, GAM, STAPLER, PENSEL BERWARNA, BILANGAN AHLI : 6 ORANG OBJEKTIF: Memudahkan ahli untuk bergaul diantara satu dengan yang lain. LANGKAH-LANGKAH: 1. Satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli ditubuhkan. Salah seorang daripada ahli kumpulan dipilih sebagai bakal peraga fesyen untuk meragakan hasil karya rakan mereka. 2. Setiap kumpulan dibekalkan peralatan seperti yang dinyatakan diatas. Pada mulanya ahli kumpulan perlu berbincang tentang fesyen yang ingin dihiaskan kepada rakan mereka. 3. Setelah kata sepakat diperolehi maka setiap seorang ahli kumpulan akan mereka bentuk hiasan yang sesuai untuk diragakan oleh rakan yang dipilih tadi. 4. Sebagai contoh sekiranya ahli kumpulan ingin memperagakan fesyen seorang sultan di zaman dahulu kala, maka setiap seorang akan menghasilkan karya masing-masing untuk diragakan oleh rakan mereka nanti. Fesyen yang khusus tidak ditetapkan dan ini bergantung kepada pilihan ahli kumpulan tersebut 5. Sebagai contoh seorang ahli akan membuat keris, seorang ahli lain membuat kasut sultan, seorang ahli lain menyiapkan seluar sultan, seorang peserta lain membuat baju dan seorang ahli lain membuat songkok untuk sultan. Semua bahan- bahan yang digunakan hanyalah menggunakan bahan yang diberikan sahaja. 6. Ssetelah 30 minit masa berlalu, maka setiap ahli kumpulan akan membentangkan hasil karya mereka. Mereka diminta untuk mempersembahkan karya mereka dan dalam pada masa yang sama mereka akan memperkenalkan diri mereka secara tidak langsung. Contohnya: Sultan: Beta bernama Kristito. Beta merupakan seorang sultan bagi kerajaan Kota Belud. beta memiliki 7 orang bersaudara dan beta adalah anak yang ke- 5. Beta telah menamatkan pengajian beta dalam jurusan Ekonomi pada tahun 2004 di Universiti Malaysia Sabah dan kini beta sedang menuntut ilmu pertahanan diri pencak silat Bimbingan dan Kounseling. Hari ini kamu semua harus berasa bertuah kerana beta berkenan untuk mempersilakan pakar pereka fesyen beta kepada kamu semua. Ahli sebagai pereka kasut: Hamba bernama Asrul. Hamba yang telah mereka khas kasut ini. Hamba merupakan seorang pereka kasut terkenal yang berasal dari Putera Jaya Telipok. Sebelum ini hamba telah menuntut ilmu mereka kasut di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Psikologi pembangunan belia dan komuniti. Sehingga kehari ini hamba masih belum berumah tangga.. 7. pembentangan diteruskan oleh ahli yang lain. Pembentangan dilakukan mengikut kreativiti ahli dengan tujuan untuk memperkanalkan diri mereka kepada ahli yang lain.

Tajuk; cari dan pasang Masa : 30 minit Alat: kertas tebal atau kad manila yang dipotong menjadi beberapa bentuk dan saiz yang boleh membentuk satu segi empat bagi setiap kumpulan. Satu set segi empat mengandungi 6 keratan bagi kumpulan yang terdiri daripada enam orang ahli. Semua keratan kertas itu mestilah terdiri daripada warna yang sama, tetapi bentu dan saiz berbeza. Objektif: menggalakkan ahli bergaul dan berkenalan antara satu sama lain. menyedarkan ahli bahawa kerjasama adalah penting untuk menjayakan sesuatu tugas. Langkah: gaulkan keratan kertas tebal atau kad manila yang secukupnya untuk setiap ahli di dalam kotak. terangkan kepada ahli bahawa mereka dikehendaki mengambil hanya satu keratan sahaja dalam masa 10minit, minta ahli mencari keratan yang sepadan daripada rakan lain dan mencantumkannya sehingga menjadi satu segiempat. apabila mereka telah mendapat semua ekratan yang dapat membentuk segiempat maka ahli yang mempunyai keratan itu menjadi ahli kumpulan tersebut. berikan mereka masa 10 minit untuk berkenalan dan bertukar-tukar maklumat fasilitator menerangkan bahawa dalam aktiviti kumpulan seterusnya mereka dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang ahli kumpulan mereka.

Tajuk:alahai..mudahnya!! Masa: 10 minit Alat: 10 butang atau batu Bilangan ahli: Tiada Had Objektif menyegarkan minda ahli Menggalakkan fikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah. Langkah : lukiskan gambar seperti dalam gambar di bawah

edarkan sepuluh butang atau batu kepada setiap kumpulan dan minta mereka menyusunnya seperti yang ditunjukkan dalam gambar. berikan arahan dengan mengatakan bahawa susunan tersebut adalah susunan pyramid yang terbalik. Tugas kumpulan ialah membetulkan susunan tersebut dengan hanya mengalihkan 3 butang/batu supaya menjadi bentuk pyramid dalam masa 30 saat. bincangkan mengapa ada kumpulan yang cepat menyelesaikan tugas ini dan mengapa ada yang sukar melakukannya. rumuskan bahawa dalam menghadapi masalah, sama ada besar atau kecil memang terdapat jalan penyelesaiannya. Terpulanglah kepada individu untuk berfikir dal mencari iktihar bagi menyelesaikan

masalah tersebut di samping berani mengambil risiko. Terdapat penyelesaian yang memerlukan masa tetapi ada juga yang boleh dilakukan dengan segera. Kita perlu mempunyai ketabahan dan kepercayaan kepada diri sendiri dan kepada Tuhan bahawa usaha yang dibuat adalah yang terbaik bagi diri kita.

LEMBUT LIDAH Cara Mainan : 1) korang hafal dulu ayat ni. 2) lepas tu, jangan tengok dah ayat ni. 3) Pejamkan mata. 4) cakap sepantas kilat ye~ Kite tengok sape yang teror. Kalau rase2 lain je sebutan tu, memang korang tak teror dan perlu berlatih lebih kerap lagi ~ muahahah~ 1st : She sells seashells by the seashore. The shells she sells are surely seashells. So if she sells shells on the seashore, Im sure she sells seashore shells Peter Piper picked a peck of pickled peppers. Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers? If Peter Piper Picked a peck of pickled peppers, Wheres the peck of pickled peppers Peter Piper picked? How much wood would a woodchuck chuck If a woodchuck could chuck wood? He would chuck, he would, as much as he could, And chuck as much as a woodchuck would If a woodchuck could chuck wood.

Tahap ->> Senang je Cuki Cuma Cakap Cumi Curi Cili Celah Cerek 2nd : Tahap ->> Kacang sangat. Tadika selalu buat ni She sells seashells by the seashore

3rd : Tahap ->> Biase je Kakak Ku Kata Kuku Kaki Kiri Ku Kaku, Kan Ku Kikis-Kikis Kuku Kaki Kiri Ku 4th : Tahap ->> Susah sikit Biawak Buaya Buaian 5th : Tahap ->> Susah Gaban

Red Lorry Yellow Lorry Kalau nak ayat panjang, ni ha dia~ Tak payah hafal pun tak pe Lanky Lawrance lost his lass and lobster Did Lanky Lawrance lose his lass and lobster? If Lanky Lawrance lost his lass and lobster, Where are the lass and lobster Lanky Lawrance lost?

Betty bought a butter The butter became bitter So Betty bought a better butter To make the bitter butter better OK. Amacam?? Dah rase give up????? relax la.. Kite main pulak mainan kedua p/s : sila jangan pamerkan aksi ni dihadapan orang lain sebab akan menjejaskan personaliti korang

1: Bayangkan korang sedang mengunyah chewing gum dalam mulut tanpa membukanya (kecil je kunyahan)

2 : Bayangkan korang sedang memakan ayam golek yang agak besar (bukaan mulut sedikit besar semasa kunyahan) *** SEDAPNYE AYAM TU..HIHI**

3 : Bayangkan korang sedang mengunyah bangunan coklat yang amat besar!! Terbesar sekali di dunia (pastikan bukaan mulut amat besar semasa kunyahan) buat banyak kali sampai mulut rasa kebas~ Baru lah lidah tak kaku lagi Sebenarnya ada banyak lagi, cuma tak ingat. Kalau korang ada, jom la share Lembut lidah 1 Peter Piper picked a pack of pepper Did Peter Piper pick a peck of pepper? If Peter Piper picked a peck of pepper

Where's the peck of pepper Peter Piper picked? Lembut Lidah 2 Lanky Lawrance lost his lass and lobster Did Lanky Lawrance lose his lass and lobster? If Lanky Lawrance lost his lass and lobster, Where are the lass and lobster Lanky Lawrance lost? Lembut Lidah 3 Betty bought a butter The butter became bitter So Betty bought a better butter To make the bitter butter better Lembut Lidah 4 Kakakku kata kuku kakiku kaku Lalu ku kerat kuku kakiku bertalu-talu

You might also like