You are on page 1of 8

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN
PELAKSANAAN GURU PENYAYANG
TUJUAN
1.

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan


membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

agar

guru

mengamal

dan

KONSEP
2.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan


bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang
adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang
berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih
sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa
ceria, prihatin dan sabar.

3.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu
diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

4.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional


perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

guru

dalam

OBJEKTIF
5.

Objektif Guru Penyayang;


5.1

Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

5.2

Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

5.3

Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

5.4

Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

AKTIVITI
6.

Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia


akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa.
Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti
berikut;
6.1
6.2
6.3

7.

Mengalu-alukan kehadiran murid


Pelaksanaan Program Mentor Mentee
Memberi penghargaan kepada murid

Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.

LAMPIRAN A
PANDUAN AKTIVITI GURU PENYAYANG
Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut;
BIL
1.

PROGRAM
MENGALU-ALUKAN
KEHADIRAN MURID

AKTIVITI
a. Guru mengalu-alukan
murid di pintu pagar
sekolah
i. Semasa murid memulakan
sesi persekolahan baru
ii. Semasa murid datang ke
sekolah
iii. Semasa murid pulang dari
sekolah

KAEDAH

PERSONALIA

i. Menyambut kedatangan murid;

Barisan kepimpinan
sekolah dan
a. Penampilan guru yang kemas sekumpulan guru
dan ceria
yang diatur oleh pihak
pentadbir sekolah
b. Bersikap mesra, berbudi bahasa
dan menghormati murid
c. Ambil berat, prihatin dan sabar
menyambut murid

ii. Membuat sapaan


a. Memberi salam dan menyambut
salam semasa datang sekolah
Contoh: selamat pagi selamat
datang jemput masuk
b. Lambaian pulang
Contoh: selamat pulang jaga
diri baik-baik jumpa lagi
c. Bertanya khabar
Contoh: apa khabar hari ini?
dah makan ke belum?
3

BIL

PROGRAM

AKTIVITI

KAEDAH

PERSONALIA

iii. Memberi
bimbingan
dan
tunjuk ajar secara berhemah
Contoh
a. Membetulkan tali leher
b. Mengenakan butang baju dll
iv.

Membuat publisiti/promosi
mengalu-alukan kehadiran
murid ke sekolah dengan
menyediakan kain rentang
Contoh:
Kehadiran Anda Impian Kami

b. Guru mengambil peduli


terhadap murid semasa di
sekolah

Interaksi Guru (rapport)


i.

Penampilan guru kemas dan ceria


sepanjang masa

ii.

Bersikap mesra dan menunjukkan


rasa hormat kepada murid

iii.

Membuat sapaan

iv.

Mengambil berat dan prihatin


terhadap murid

i. Semasa di bilik darjah


ii. Semasa di kantin/dewan
makan

Semua guru

iii. Semasa aktiviti kokurikulum


iv. Semasa perhimpunan

BIL

PROGRAM

AKTIVITI

2.

MENTOR MENTEE

1. Pelaksanaannya bertujuan
untuk;
i. Membangunkan sahsiah
diri murid
ii. Membina jati diri murid
iii. Mentor sebagai orang yang
boleh membantu
menyelesaikan masalah
murid
2. Antara aktiviti yang
dicadangkan adalah
seperti berikut;
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Sesi ramah mesra


Sesi makan bersama
Meraikan hari lahir
Bimbingan hala tuju hidup
Lawatan/ziarah keluarga
Sesi perkongsian masalah

KAEDAH

PERSONALIA

1. Guru dengan penuh rasa


kekeluargaan melaksanakan
aktiviti mentor mentee.

MENTOR
Guru terpilih

2. Strategi pelaksanaannya;

MENTEE
Semua murid

i. Seorang atau dua mentor bagi


setiap kelas mengikut
kesesuaian sekolah
ii. Perjumpaan diadakan
sekurang-kurangnya dua kali
sebulan dan diselaraskan
dalam jadual waktu harian.
3. Pengisian semasa perjumpaan;
i. Membuat sapaan
ii. Menyemak dan prihatin latar
belakang mentee
iii. Membimbing mentee
mengatasi masalah
iv. Membimbing mentee membina
hala tuju dan kerjaya
v. Membimbing mentee
membentuk jati diri dan
sahsiah diri
5

BIL

PROGRAM

AKTIVITI

KAEDAH
4.

Tugas guru yang dipilih sebagai


mentor hendaklah disenaraikan
sebagai salah satu tugasnya di
sekolah

5.

Aktiviti didokumentasikan

6.

Menyediakan profile setiap


mentee

PERSONALIA

BIL

PROGRAM

PENGHARGAAN
MURID

AKTIVITI
Memberi penghargaan dan
pengiktirafan kepada murid
melalui;
Aktiviti meraikan murid;
i. Hari lahir murid
ii. Sambutan hari kanak-kanak
iii. Perayaan-perayaan utama
mengikut kaum seperti Hari
Raya, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Krismas termasuk
perayaan utama di Sabah
dan Sarawak

KAEDAH
i.

Guru meraikan murid dalam


suasana gembira, rasa hormat,
rasa dihargai dengan penuh kasih
sayang

ii.

Antara kaedah yang boleh


digunakan;

PERSONALIA
Semua guru
termasuk
pentadbir sekolah

a. Mengumumkan ucapan
selamat melalui pembesar
suara sekolah
b. Menyanyikan lagu
bersesuaian dengan tema
sambutan
Contoh:
Lagu Hari Lahir
Lagu Perayaan Utama
c. Menghantar kad ucapan
Contoh:
Kad Hari Lahir
Kad Hari Perayaan

BIL

PROGRAM

AKTIVITI

KAEDAH
iii.

PERSONALIA

Aktiviti meraikan murid boleh


dilaksanakan semasa
perhimpunan atau di dalam
bilik darjah.

You might also like