You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KELANA JAYA 2

JALAN SS 5/2, 47301 PETALING JAYA


SELANGOR DARUL EHSAN

TEL :03-78768258

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ruj. Kami :
Tarikh : 19 MAC 2015
Kepada,
Pengarah,
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),
Cawangan Petaling,
Petaling Jaya,
46200 Selangor.
Tuan,
JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH DAN PAMERAN ANTI-DADAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Kelana Jaya (2) akan menjalankan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) selama seminggu. Antara pengisian program tersebut ialah ceramah
dan pameran Khas Anti-Dadah sebagai satu medium untuk memberi pendedahan kepada murid dan
warga sekolah tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
3.

Berikut ialah butiran program yag akan dijalankan :Tarikh Ceramah/ Pameran
Masa
Tempat
:

:
24 Mac 2015 (Selasa)
:
10.30-12.30 tengahari
Bilik J-Qaf SK Kelana Jaya(2)

4. Sehubungan itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput pihak tuan dapat berkongsi ilmu dengan
memberi ceramah dan mengadakan pameran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah untuk murid
SK Kelana Jaya (2). Sekiranya terdapat kesulitan, boleh dirujuk kepada guru PPDa sekolah kami
iaitu Pn. Aini Nadhirah binti Mat Ali di talian 016-4467982 atau berhubung terus dengan pihak
sekolah seperti talian yang tertera di atas.
5. Semoga mendapat kerjasama daripada pihak tuan. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.
(SABARIAH BINTI SAPARI)
Guru Besar
Sk Kelana Jaya (2)
s.k

1.Fail Sekolah
2. Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling
3. Fail PPDa

No. Keluaran
03

Tarikh Keluaran

No. Pindaan

01 MAC 2013

00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh
Pindaan
01 MAC 2013

You might also like