You are on page 1of 42

Digraf dan Konsonan Bergabung

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest


Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadang kala
digraf dikenali juga sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap.

Contoh digraf:
ng - nganga, bunga, singa
ny - nyamuk, nyanyi, nyala
kh - khabar, khas, khamis
sy - syampu, syabas, syarikat













Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara
berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang
berlainan.

Contoh konsonan bergabung:
kompleks
terminal
konkrit







REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid akan
menunjukkansikap acuh tidak acuh apabila mereka sukar untuk mengeja dan
menyebut sesuatu perkataan.Ini membuatkan guru terpaksa memikirkan suatu
aktiviti yang boleh menarik semula minatmurid untuk belajar.Antara perkataan-
perkataan yang sukar dibaca oleh murid ialah perkataan yangmelibatkan
konsonan bergabung (digraf) iaitu perkataan yang bersuku kata ng...,
ny...,kh..., dan sy....Penekanan yang lebih kepada suku kata yang
dinyatakan tadi perlu kerana perkataanseperti ini juga yang menyebabkan
mereka sering gagal di dalam ujian pelepasan untuk kekelas perdana semula.
2.ISU KEPERIHATINAN
Setiap kali murid menduduki Ujian Standard Pelepasan mereka seringkali tidak
dapat menjawab soalan-soalan yang melibatkan perkataan atau suku kata
yangmempunyai digraf. Murid juga gagal untuk membaca ayat dan petikan
jika perkataan didalam ayat terdapat perkataan yang mempunyai konsonan
bergabung (digraf).Murid akan menyebut gaga bagi perkataan nganga
dan yayi bagi perkataannyanyi. Oleh itu, saya bertindak dengan
menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalahtersebut.
3.OBJEKTIF KAJIANObjektif Umum:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi kelemahan murid
menyebut perkataan yang melibatkan konsonan bergabung (digraf).
Objektif Khusus:
a)Murid dapat menyebut perkataan yang mempunyai suku kata
konsonan bergabung (digraf) bagi ny dan ng. b)Murid boleh membaca
perkataan, ayat dan petikan dengan lebih lancar.c)Mengurangkan murid kelas
pemulihan daripada 12 kepada 4 orang di hujungtahun.d)Meningkatkan
keupayaan semua guru dalam menangani masalah murid lemahdalam
pembelajaran.
3







4.KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ialah seramai 12 orang yang terdiri daripada murid Tahun 2
danTahun 3 yang kini berada di kelas Pendidikan Pemulihan Khas.
5.PELAKSANAAN KAJIAN5.1Tinjauan masalah
Daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan didapati pelajar
bermasalahdalam menyebut perkataan yang melibatkan konsonan
bergabung (digraf) ny danng. Perkataan-perkataan seperti nyonya,
nyanyi, tanya, nyamuk, bunyi,nyala, dengan, lengan, tangan,
nganga, telinga, singa, tidak dapat disebutdan dibaca oleh pelajar.Dalam
ujian diagnostik yang dijalankan murid tidak dapat menyebut sukukata nga,
ngi, nge, nge, ngu, ngo dan nya, nyi, nye, nye, nyu, nyo dengan betul
danlancar. Seramai 8 orang daripada 12 orang murid salah semua di dalam
menyebut sukukata ini.
5.2Analisis Tinjauan Masalah
Daripada Ujian Diagnostik yang dijalankan kepada kumpulan sasaran
dapatlahdilihat kelemahan-kelemahan murid yang perlu ditingkatkan. Rujuk
kepada jadualRekod Ujian Saringan.(12 orang murid yang dikaji. Angka
menunjukkan bilangan murid yang melakukankesalahan).Soalan : Bunyikan
suku kata di
bawah.ngangingungengengo888999nyanyinyunyenyenyo99910109Soalan:
Isikan suku kata yang sesuai berdasarkan
gambar. bungapenyusinganyamuk 10111011Soalan : Eja dan sebut perkataan
di bawah.
4










PEJ PELAJARAN DAERAH K.SELANGOR

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN
PERINGKAT SEKOLAH



2014





MENGATASI KELEMAHAN MENYEBUT
PERKATAAN YANG MELIBATKAN
KONSONAN BERGABUNG (DIGRAF)
DENGAN TEKNIK
CANTUM DAN SEBUT
(Dengan penggunaan BBM)



OLEH:
EN V.MATHIALAGAN



SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)LDG SEL RIVER,
45700 BUKIT ROTAN, SELANGOR


MAC 2014




KELOLAAN

UNIT KURIKULUM
SJKT LDG SELANGOR RIVER






KANDUNGAN:


Muka surat
1. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran 2
2. Isu Keperihatinan 2
3. Objektif Kajian 2
4. Kumpulan Sasaran 3
5. Perlaksanaan Kajian 3
6. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. 7





















1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid akan menunjukkan sikap
acuh tidak acuh apabila mereka sukar untuk mengeja dan menyebut sesuatu perkataan. Ini
membuatkan guru terpaksa memikirkan suatu aktiviti yang boleh menarik semula minat murid
untuk belajar.
Antara perkataan-perkataan yang sukar dibaca oleh murid ialah perkataan yang
melibatkan konsonan bergabung (digraf) iaitu perkataan yang bersuku kata ng..., ny..., kh...,
dan sy....
Penekanan yang lebih kepada suku kata yang dinyatakan tadi perlu kerana perkataan
seperti ini juga yang menyebabkan mereka sering gagal di dalam ujian pelepasan untuk ke kelas
perdana semula.

2. ISU KEPERIHATINAN

Setiap kali murid menduduki Ujian Standard Pelepasan mereka sering
kali tidak dapat menjawab soalan-soalan yang melibatkan perkataan atau suku kata yang
mempunyai digraf. Murid juga gagal untuk membaca ayat dan petikan jika perkataan di dalam
ayat terdapat perkataan yang mempunyai konsonan bergabung (digraf).
Murid akan menyebut gaga bagi perkataan nganga dan yayi bagi perkataan nyanyi.
Oleh itu, saya bertindak dengan menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:

Objektif Khusus:
a) Murid dapat menyebut perkataan yang mempunyai suku kata konsonan bergabung
(digraf) bagi ny dan ng.
b) Murid boleh membaca perkataan, ayat dan petikan dengan lebih lancar.
c) Mengurangkan murid kelas pemulihan daripada 12 kepada 4 orang di hujung tahun.
d) Meningkatkan keupayaan semua guru dalam menangani masalah murid lemah
dalam pembelajaran.

4. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah seramai 12 orang yang terdiri daripada murid Tahun 2 dan
Tahun 3 yang kini berada di kelas Pendidikan Pemulihan Khas.


5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah
Daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan didapati pelajar bermasalah
dalam menyebut perkataan yang melibatkan konsonan bergabung (digraf) ny dan ng.
Perkataan-perkataan seperti nyonya, nyanyi, tanya, nyamuk, bunyi, nyala, dengan,
lengan, tangan, nganga, telinga, singa, tidak dapat disebut dan dibaca oleh pelajar.
Dalam ujian diagnostik yang dijalankan murid tidak dapat menyebut suku kata
nga, ngi, nge, nge, ngu, ngo dan nya, nyi, nye, nye, nyu, nyo dengan betul dan lancar.
Seramai 8 orang daripada 12 orang murid salah semua di dalam menyebut suku kata ini.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Daripada Ujian Diagnostik yang dijalankan kepada kumpulan sasaran dapatlah dilihat
kelemahan-kelemahan murid yang perlu ditingkatkan. Rujuk kepada jadual Rekod Ujian
Saringan.
(12 orang murid yang dikaji. Angka menunjukkan bilangan murid yang melakukan
kesalahan).
Soalan : Bunyikan suku kata di bawah.
nga ngi ngu nge nge ngo
8 8 8 9 9 9
nya nyi nyu nye nye nyo
9 9 9 10 10 9
Soalan: Isikan suku kata yang sesuai berdasarkan gambar.

bunga penyu singa nyamuk
10 11 10 11




Soalan : Eja dan sebut perkataan di bawah.

nganga nyanyi ngilu
11 11 12
nyonya tangan monyet
10 12 12

Soalan : Tandakan ( ) pada ejaan yang betul.

bengis 4 betul monyet 8 betul
begis 8 salah moyet 4 salah
banyak 10 betul beruang 10 betul
bayak 2 salah beruwang 2 salah
bagun 5 salah nyanyi 4 betul
bangun 7 betul nanyi 8 salah

Soalan : Suaikan gambar dengan perkataan.

Gambar orang nyanyi nyanyi 4
Gambar bangunan bangunan 6
Gambar mulut nganga nganga 3
Gambar nyamuk nyamuk 7
Gambar penyu penyu 1
Gambar cuping telinga telinga 10
Gambar sungai sungai 11



5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Bagi mengatasi masalah ini sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dirancang.
1. Aktiviti Cantum dan Sebut menggunakan kad-kad huruf
2. Aktiviti eja dan sebut berdasarkan gambar dengan tayangan slaid Power Point.
3. Aktiviti bertulis dengan menjawab lembaran kerja berkaitan apa yang dipelajari.




b. Bahan-bahan yang digunakan.
1. Kad huruf.
2. Papan panel.
3. Kotak kertas.
4. Bahan Powerpoint

c. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian.
1. Penilaian secara pemerhatian
2. Penilaian secara lisan dan bacaan
3. Penilaian secara tulisan dan lembaran kerja.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian
5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti 1
Aktiviti ini merupakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
Cantum dan Sebut yang menggunakan kad-kad huruf yang perlu dicantum menjadi suku
kata dan murid menyebutnya.
Langkah-langkahnya:
1. Kad-kad huruf di masukkan ke dalam kotak.



2. Murid dipilih secara rawak.
3. Murid memilih 2 kad mengikut warna dan menggantungnya pada papan panel.
Huruf n di awal suku kata memang telah tersedia.





4. Setelah selesai, murid dikehendaki mengeja dan menyebut suku kata tersebut. Jika
murid dapat menyebutnya dengan betul, ganjaran akan diberikan.





5. Pengayaan juga boleh dilakukan dengan meminta murid mengambil 3 kad mengikut
warna huruf vokal dan konsonan menjadi suku kata seperti ngan, nyet, ngis,
nyak dan sebagainya.






5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2

Aktiviti ini merupakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT. Guru
menggunakan Power Point Slide Show untuk memaparkan suku kata yang akan dipelajari.
1. Guru menunjukkan slaid suku kata digraf nga, ngi, ngu, nge, ngo, dan nya, nyi,
nyu, nye, nyo.
2. Murid eja dan sebut suku kata tersebut secara individu dan kumpulan.
3. Guru tunjuk gambar, murid sebut nama gambar.
4. Murid eja perkataan yang ditunjukkan secara individu dan kumpulan.
5. Ulang aktiviti hingga selesai semua gambar.
6. Murid membaca rangkai kata yang ada suku kata digraf.

5.5 Refleksi kajian
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid
1. Secara pemerhatian.
2. Secara bacaan dan lisan
3. Secara ujian bertulis

5.5.2 Rumusan Pemerhatian.
Berdasarkan ketiga-tiga pemerhatian di atas, semua murid berminat
untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka
berusaha untuk menyebut suku kata yang ditunjukkan. Empat orang murid telah
berjaya membaca perkataan bersuku kata digraf ini tanpa perlu mengeja
terlebih dahulu. Selebihnya seramai lapan orang murid boleh menyebutnya
dengan mengeja terlebih dahulu.



5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah Dijalankan
Secara Keseluruhan.

Secara keseluruhannya aktiviti ini telah berjaya membuatkan murid
dapat membaca sekurang-kurangnya perkataan KV+KKV atau KV+KKVK dengan
lancar walaupun mereka terpaksa mengeja terlebih dahulu.

6. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA.

Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya
jalankan ke atas murid-murid pemulihan khas ini. Saya bercadang meneruskan program ini di samping
berkongsi idea bersama guru Tahun 1 (KIA2M). Setersunya saya akan menjalankan aktiviti seperti ini
untuk kemahiran yang lain pula iaitu suku kata dan perkataan konsonan bergabung (digraf) bagi kh
dan sy.


































LAMPIRAN

CONTOH KERTAS UJIAN DIAGNOSTIK DAN UJIAN
KAJIAN TINDAKAN.
Kertas Kerja Cadangan: Penyelidikan Tindakan 1
MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUF B DAN P
KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH (A&B)

Nama Pelajar:
Syed Ahmad Fadzrool B Syed Mohd Fadzil
No Kad Pengenalan:
890826-05-5495
Angka Giliran:
23571
Kumpulan / Unit
PISMP G2 : BM/PJ/PSV

Nama Pensyarah Pembimbing:
Cik Hjh Nur `Azah Bt Hj. Ahmad
Tarikh Serahan:
7hb Mac 2012
a. Pendahuluan
Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal
ini amat penting untukmereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal
yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membaca
dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di luar bandar (
Abdul Rasid Jamian, 2011)
Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara
kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat
yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambilkira matlamat, penggunaan
bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan
membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran
yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang
tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran
murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.(Abdul Rasid Jamian)
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis
menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat
ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah
seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan
dengan b betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan
perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya.Ini menimbulkan pola bacaan yang
merangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan
tersebut.Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam
gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru.
Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009),cara memegang alat tulis akan
mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus
menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju
dan memasan manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan
kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika
memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor
halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya
menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis.
Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di
kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul,
menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya
didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat
untuk melahirkan idea melalui tulisan ynag cantik dan penuh dengan kesenian.
Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan yang
mereka ada untuk menyelesaikan sesuatumasalah.Contohnya, seperti ketika mereka berhadapan dengan
masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif bkepada pyang ditunjukkan. Selaindari
masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dancontoh kekeliruan yang
sering didapati adalah kekeliruan antara huruf bdengan huruf d dan huruf pdenganq( Higgins et al.1996).
Satuanalisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp
(1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentuk huruf kecil sepertiu, q, d,
h, p, v, b, c, f, l, j dan k . Kajian Popp (1964) juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan
abjad dalam usaha memadankan bentuk-bentuk huruf kecil sepertib-d,p-q, b-q, dan d-pyang dinamakan masalah
pembalikan huruf (reversal of letters).
Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan diatas, saya dapati perkara yang
dijelaskan mempunyai kaitan dengan pengalaman saya sepanjang menjalani praktikal sebanyak tiga kali
ini. Ini dapat lihat dalam masalah-masalah yang terdapat di setiap sekolah yang telah saya menjalankan
sesi praktikal ini.
Bagi praktikal fasa pertama iaitu di Sekolah Kebangsaan Tasek Damai, saya telah menghadapi
cabaran dalam berhadapan dengan murid yang mengalami masalah dari segi bentuk tulisan yang
teruk.Ini dapat dilihat sepanjang sebulan saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah
tersebut.Ia juga berlaku dalam kalangan murid tahap dua. Ini secara tidak langsung saya dapat
mengaitkan masalah penulisan masih lagi menyelubungi diri murid-murid tahap dua.
Selain itu, saya juga telah berhadapan dengan masalah murid tidak mampu membezakan huruf
kecil dan huruf besar.Ini dapat dilihat ketika saya menjalankan praktikal fasa kedua iaitu disebuah
sekolah kecil di tengah bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang.Hampir kesemua murid
dikalangan murid tahap dua sekolah tersebut mengalami masalah ini.Ia dapat juga digambarkan sebagai
masalah dalam aspek penulisan yang juga dapat dikaitkan dengan kajian saya ini.
Pada kali ini, ketika menjalankan praktikal fasa ketiga ini, saya juga menghadapi masalah yang
hampir serupa dan ia merupakan masalah yang berat dalam kalangan murid tahap dua. Masalah
tersebut adalah tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan.
Justeru itu, saya mendapat gambaran awal bagaimana masalah ini masih lagi berada disekeliling
saya sedangkan kita sebagai pendidik sudah terlepas pandang akan kelemahan dan kekurangan murid-
murid tahap dua sepanjang tempoh kini. Justeru, kajian ini adalah penting bagi mencari jalan bagaimana
untuk mengatasi dan mengurangkan kesalahan dan kekurangan yang menyelubungi murid-murid tahap
dua ini.
b. Sorotan Literatur
Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu, bidang penulisan
ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat dikaji melalui aspe penulisan ini.
Seperti yang
Saya merujuk kepada bab tokoh yang telah mengkaji mengenai aspek penulisan. Terdapat beberapa
kajian tentang kesalahan bahasa berfokuskan kepada penulisan seperti Politzer dan Ramirez (2006),
Vongthieres (2006) dan Fox (2007).
Menurut kajian Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh Hjh Dayang Rose Hamidah
(2006:23) dalam kajiannya telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh kanak-
kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan bilingual (59 orang). Kanak-
kanak ini ditayangkan filem animated cartoon sebanyak 4 kali kemudian mereka disuruh menceritakan
semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan dianalisis mengikut peringkat-peringkat
aspek yang hendak dikaji, iaitu morfologi dan sintaksis.
Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa sebanyak 50% adalah kesilapan
menggunakan simple past tense, sementara 10% adalah kesalahan preposition sebelum frasa nama.
Mereka menambah
lagi, punca kesilapan bahasa berlaku di kalangan para pelajar berkenaan adalah berpunc
a daripada pengaruh bahasa ibunda, dialek-dialek bahasa Inggeris yang tidak standard
dan pengaplikasian peraturan-peraturan tatabahasa yang tidak sistematik.
Satu lagi kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh Hjh Dyg Rose Hamidah, 2006: 24), iaitu
kajian berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-
pelajar Thailand dalam mempelajari bahasa Inggeris di Universiti Ohio. Hasil kajian
menunjukkan bahawa aspek yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar tersebut
adalah penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense yang berlainan. Sebanyak 44.8%
kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense yang dilakukan
oleh para pelajar tersebut.
c. Fokus Kajian.
Sebelum saya menentukan fokus kajian, saya telah menghadapi beberapa masalah kajian yang dialami
dalam kalangan murid Tahun 4 Jaya. Antara masalahnya adalah masih lagi terdapat murid yang tidak
mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan lancar, murid keliru akan penggunaan huruf b dan p,
murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk dan tidak boleh membina
peta minda dengan betul.
Hasil perbincangan dengan Puan Hayati (Guru Kelas Tahun 4 Jaya), antara masalah utama
dikalangan murid Tahun 4 Jaya ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p ketika
membina ayat atau karangan. Ini jelas kelihatan apabila saya membuat semakan buku tulis dan karangan
mereka.Terdapat kesalahan yang dlakukan terutamanya perkataan yang mempunyai huruf b dan p
dibelakang perkataan.
Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada murid-murid Tahun 4 Jaya yang berpotensi
untuk mendapat keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian B. Keadaan ini adalah kerana
murid-murid ini sebenarnya mampu membaca dengan baik tetapi disebabkan mereka masih tidak
mampu membezakan huruf b dan p murid-murid ini sukar untuk mendapatkan markah yang baik dalam
penulisan.Justeru itu secara tidak langsung prestasi murid-murid ini semakin merudum.
Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi masalah bagi
mereka.Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang baik di tahap satu dahulu dan
mereka perlu mahir mengenai penulisan ini.Pada tahap dua ini, penulisan adalah penting kerana mata
pelajaran Bahasa Melayu kertas dua memerlukan murid-murid yang mampu untuk menulis dengan baik.
d. Objektif Kajian
Dalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti masalah dalam
kekeliruan penggunaan huruf b dan p bagi murid-murid sekolah rendah di luar bandar.
Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut :
1. Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p mempunyai perbezaannya.
2. Meningkatkan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan dalam kalangan murid-
murid Tahun 4 Jaya.
3. Meningkatkan prestasi murd Tahun 4 Jaya dalam aspek penggunaan huruf b dan p
e. Soalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina seperti berikut :
1. Mengenal pastipunca masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam kalangan murid Tahun 4
Jaya.
2. Apakah kaedahA&B dapat digunakan sebagai satu kaedah menulis huruf b dan p dalam sesuatu
perkataan.

3. Sejauh manakah prestasi murid Tahun 4 Jaya meningkat setelah menggunakan kaedah K&K
f. Kumpulan Sasaran.
Praktikal fasa 3 kali ini saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar iaitu merupakan
sebuah sekolah gred B dan juga merupakan Sekolah Kurang Murid.Sekolah Kebangsaan Malim Nawar
ini terletak berdekatan dengan Pekan Malim Nawar.Ia merupakan sebuah pekan yang beradap di mukin
Jeram dan daerah Kampar.
Malim Nawar merupakan sebuah pekan kecil dipinggir bandar yang mana kebanyakkan
penduduknya merupakan masyarakat Melayu sebagai kaum yang utama diikuti oleh masyarakat Cina
dan India.Masyarakat Malim Nawar ini majoritinya berpendapatan sederhana dan punca utama rezeki
mereka adalah bertani dan bercucuk tanam.Justeru itu, dapat dilihat bahawa murid-murid di Sekolah
Kebangsaan Malim Nawar ini berlatar belakangkan keluarga yang sederhana dan berpendapatan
rendah.
Dalam kajian yang dikaji, saya telah memfokuskan kepada murid-murid kelas Tahun 4 Jaya.Ini
adalah kerena saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas
tersebut.Kelas Tahun 4 Jaya ini mempunyai 17 orang murid yang terbahagi kepada 8 orang murid lelaki
dan 9 orang murid perempuan. Bilangan ini tidak ramai kerana sekolah ini ditempatkan bilangan murid
yang sedikit dalam sesebuah kelas dan juga mempunyai pelbagai aras dan tahap pencapaiannya.
Oleh itu, secara tidak langsung prestasi murid Tahun 4 Jaya ini berada ditahap yang sederhana
dan lemah, akan tetapi mereka masih lagi berkebolehan dalam mencapai tahap yang
memberangsangkan jika dapat dibentuk awal dengan cara yang betul.
g. Rancangan Tindakan
Beberapa rancangan tindakan telah difikirkan yang mana kemungkinannya mampu untuk meningkatkan
kemahiran dan kemampuan murid-murid sekolah SKMN untuk membezakan penggunaan huruf b dan p
ketika menulis perkataan. Pelbagai kaedah telah dirancangkan dan penyusunan tindakan yang akan
dijalankan telah pun disusun agar dapat membuat perlaksanaan dengan baik dan tersusun.Kaedah dan
tindakan yang dirancang disenaraikan dalam jadual berikut.
h. Tindakan yang dijalankan.
Setelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek
perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di
sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana
terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang hendak
digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan
permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan
semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah kekeliran penggunaan huruf b dan p ini akan
dijelaskan.
Kaedah A&B iaitu kaedah atas dan bawah yang telah dicipta bagi mengatasi masalah
kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam menulis sesuatu perkataan. Kaedah A&B ini merupakan
satu kaedah yang lebih memfokuskan kepada murid untuk mengenal dan memahami penggunaan huruf
b dan p dala menulis sesuatu perkataan dan ayat.Berikut adalah langkah-langkah dalam menjalankan
kaedah A&B ini.
Langkah 1
Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan pemerhatian untuk mengenal pasti secara tidak
langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf b dan p.Pemerhatian akan dilakukan dengan
saya membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis mereka. Di situ dapat dilihat
bahawa terdapat masalah dimana murid sering kali salah dalam penggunaan huruf b dan p ketika
menulis perkataan.
Selain itu, saya juga akan membuat Ujian diagnostik terhadap murid-murid. Ujian ini dijalankan
bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam pengejaan sesuatu perkataan itu terutama sekali
perkataan yang mempunyai huruf b dan p..Ini kerana tahap kemahiran setiap murid adalah berbeza-
beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk merancang latihan yang bersesuaian dengan
murid. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid
tersebut.
Dalam langkah ini juga saya akan menjalankan sesi temu bual bersama guru kelas Tahun 4 dan juga
guru pembimbing mata pelajaran Bahasa Melayu. Temu bual ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti
kemampuan sebenar murid-murid di kalangan Tahun 4 Jaya ini. Dalam temu bual ini pelbagai soalan
akan ditanya dan fokus temu bual ini adalah untuk menentukan tahap seseorang murid dalam mengenal
perbezaan diantara huruf b dan p.
Langkah 2
Setelah mendapat hasil keputusan ujian diagnostik dan juga temu bual bersama guru kelas dan guru
pembimbing, tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan sesi penerangan dan pengajaran teknik
mengenal huruf b dan p.
Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid teknik menulis huruf b yang betul iaitu
dengan kedudukan bermula dari pangkalnya diatas terlebih dahulu. Manakala bagi huruf p pula,
kedudukan pensil bermula dari pangkalnya dibawah dahulu. Cara ini secara mudah dapat difahami oleh
murid-murid dalam tujuan mengenal bentuk dan cara penulisan huruf b dan p dengan betul.
Langkah 3
Langkah seterusnya,saya memberikan ujian pertama dengan murid dikehendaki untuk mengenal pasti
kedudukan huruf b dan p dalam sesebuah petikan yang diberikan dengan cara menggariskan atau
membulatkan. Cara ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan kedudukan huruf-huruf tersebut
dalam sesuatu perkataan sekali gus dapat memberi gambaran kepada murid tentang penggunaan huruf
b dan p dalam sesuatu perkataan itu.
Langkah 4
Pada langkah keempat ini, saya akan menguji murid dengan cara menyenaraikan perkataan-perkataan
yang mempunyai huruf b dan p dengan ejaan yang betul. Murid akan menggunakan pengetahuan yang
mereka ada untuk menulis semula perkataan yang telah dilihat dalam latihan sebelum ini. Cara sebegini
murid akancuba mengenal dan mengecam ejaan yang betul bagi sesuatu perkataan itu. Selain itu murid
juga dapat melatih diri dalam menulis sesuatu perkataan itu dengan menggunakan huruf b dan p dengan
betul.
Langkah 5
Setelah melaksanakan ujian dalam langkah 4, saya akan membuat penilaian terhadap hasil kerja murid
tersebut. Berdasarkan penilaian yang dibuat, murid yang lulus atau mampu menyelesaikan ujian yang
dilaksanakan dengan baik akan dibuat tindakan selanjutnya, manakala murid yang masih lagi tidak
mampu mengenal perbezaan huruf b dan p dengan ujian dalam langkan 4 akan diuji semula. Dengan
cara ini guru akan mengulangi semula langkah 4 untuk memastikan bahawa murid-murid yang masih lagi
tidak melepasi tahap yang diinginkan itu dapat melaksanakannya dengan lebih baik.
Langkah 6
Setelah guru melaksanakan pusingan kedua bagi murid-murid yang belum mencapai tahap di langkah 5,
guru mula mengumpulkan hasil dapatan yang diperolehi. Hasil tersebut direkodkan ke dalam penulisan
kajian tindakah yang akan dihasilkan kelak. Justeru itu, guru sendiri dapat merumuskan bahawa kaedah
yang digunakan iaitu Kaedah A&B berhasil untuk dilaksanakan atau pun tidak. Segala keputusan dan
tindakan yang dilaksanakan akan dijilidkan bagi.
i. Teknik Pengumpulan Data. (jadual)
Setelah memperoleh data-data yang dikehendaki dengan cara membuat pemerhatian, ujian, temu bual
serta latihan dan penilaian, teknik pengumpulan data juga perlu bersesuaian dengan cara bagaimana
sesuatu data itu hendak dikumpul atau direkodkan. Berikut adalah beberapa teknik pengumpulan data
yang dirancang dalam merekod maklumat atau data yang diperolehi.
a. Teknik Pemerhatian
Teknik pemerhatian merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang sesuai digunakan bagi
mengenal pasti masalah sama ada pada peringkat awal atau sepanjang proses tindakan. Dalam teknik
pemerhatian ini boleh terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya pemerhatian di awal tindakan,
pemerhatian ketika tindakan berjalan dan pemerhatian di akhir tindakan.
Pemerhatian di awal tindakan adalah seperti membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid
yang lepas, antaranya membuat semakan terhadap buku latihan murid dan ujian bulanan murid yang
lepas. Pemerhatian ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal mengenai masalah yang dihadapi
murid serta mengenal tahap prestasi murid ketika itu. Berikut adalah contoh borang teknik pemerhatian di
awal tindakan dalam proses pengumpulan data.
Teknik Pemerhatian Ketika Tindakan pula adalah pemerhatian yang akan dilakukan sepanjang
proses tindakan itu berjalan. Ini bermaksud bermulanya penerangan sehingga tamat menjalankan
kaedah yang dirancang, pemerhatian akan sentiasa berlaku. Ia disebabkan guru ingin melihat dan
meneliti sebarang perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap prestasi murid ketika
menjalankan kaedah tersebut. Ini adalah penting kerana ia dapat mengenal pasti sama ada murid
mampu membuat perubahan yang positif dalam masa yang lebih singkat dari jangkaan guru atau
sebaliknya.
Bagi teknik pemerhatian di akhir pula, tindakan dijalankan selepas melaksanakan kaedah A&B
tersebut. Pemerhatian ini adalah bertujuan bagi memastikan murid-murid dapat menerima dengan baik
atau juga dapat menilai sama ada kaedah yang digunakan itu mampu dilaksanakan dengan jayanya atau
pun tidak.
. Teknik Temu Bual
Temubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus kepada respon berbentuk verbal dan juga
gerak badan. Temubual membolehkan guru mengkaji dengan lebih terperinci akan masalah murid-murid
tersebut. ini juga menurut Merriem (1998) penggunaan temubual bertujuan untuk mengumpulkan
maklumat yang tepat sepeti sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan
dan sebagainya.
Di sini guru dapat membuat temubual bersama guru pembimbing dan guru kelas bagi
mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh murid dan juga guru sendiri boleh membuat tamubual
bersama murid itu sendiri.
j. Teknik Analisis Data.
Analisis data adalah suatu kegiatan untuk meneliti, memeriksa, mempelajari, membandingkan data yang
ada dan membuat interpretasi yang diperlukan.Selain itu, analisis data dapat digunakan untuk
mengindentifikasi ada tidaknya masalah.Kalau ada, masalah tersebut harus dirumuskan dengan jelas
dan benar.
Kegunaan analisis data adalah sebagai bahan masukan untuk pengambilan keputusan,
perencanaan, pemantauan, pengawasan, penyusunan laporan, penyusunan statistik pendidikan,
penyusunan program rutin dan pembangunan, peningkatan program pendidikan, dan pembinaan
sekolah.
Dalam menganalisis data, pelbagai cara yang boleh laksanakan, antaranya dari aspek pemerhatian.
Kajian saya ini akan menggunakan beberapa borang bagi teknik pengumpulan data pemerhatian (seperti
yang dijelaskan dalam teknik pengumpulan data). Dengan borang tersebut, analisis dijalankan dengan
mengenal pasti sama ada murid-murid ini mempunyai masalah seperti yang dinyatakan. Berdasarkan
pemerhatian terhadap masalah murid itu, saya akan mengambil tindakan susulan dengan
mengklasifikasikan masalah-masalah murid ini kepada beberapa kategori iaitu kategori peringkat 1,
peringkat 2 dan peringkat 3.
Dalam peringkat 1, murid bermasalah ini berada pada tahap paling rendah. Ini adalah kerana mereka
langsung tidak dapat mengenal dan membezakan huruf b dan p dalam menulis perkataan. Manakala
peringkat 2 pula, murid-murid ini dikategorikan sebagai bermasalah dari aspek fizikal seperti kesalahan
cara memegang pensil, mempunyai masalah penglihatan dan sebagainya dan peringkat 3 pula murid-
murid ini boleh diklasifikasikan dengan masalah ketidakprihatinan dalam diri mereka. Ini dapat dijelaskan
dengan murid-murid tersebut melakukan kesilapan dalam penulisan b dan p atas sebab cuai dan lalai
ketika menulis sesuatu perkataan atau ayat. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan yang
negatif kepada prestasi mereka kerana kesalahan ini akan menjadi tabiat dan kebiasaan bagi mereka jika
tidak dibendung pada peringkat awal.
Seterusnya, analisis data juga boleh dilakukan pada pengumpulan data temubual. Berdasarkan data
yang diperoleh, teknik temubual boleh dianalisis dengan memastikan beberapa masalah yang dihadapi
oleh setiap individu dalam kelas tersebut. Dalam temubual ini, saya akan berkomunikasi dengan guru
kelas dan juga guru pembimbing bagi mendapatkan maklumat serta bersoal jawab juga dengan murid itu
sendiri. Dalam kaedah temu bual ini, maklumat yang diperoleh akan dikenal pasti kesahihannya.
Bagi memastikan kesahihanya itu, saya akan membuat rujukan kepada pensyarah penasihat bagi
mengklasifikasikan murid-murid tersebut kepada beberapa kumpulan yang berbeza tahap. Tujuan
kumpulan ini diadakan kerana ia dapat memudahkan saya melaksanakan kaedah A&B ini mengikut
tahap dan prestasi. Dalam kumpulan murid Tahun 4 Jaya tersebut mempunyai pelbagai tahap dan
prestasi yang berbeza. Ini secara tidak langsung membuatkan ujian yang diberi juga perlu mengikut
perkembangan tahap murid agar dapat mengaitkan keputusan yang diperoleh dengan persekitaran dan
masalah pemebelajaran murid itu sendiri.

k. Anggaran Belanjawan
Bil

Item/Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah
1. Kertas Putih A4 1 RM 10.00 RM 10.00
2. Dakwat Printer 1 RM 80.00 RM 80.00
3. Buku Rujukan 2 RM 20.00 RM 40.00
4. Cetakan Bahan - RM 20.00 RM 20.00
5. Minyak Kenderaan - RM 50.00 RM 50.00
6. Alat Tulis - RM 20.00 RM 20.00
Jumlah Keseluruhan RM 220.00
7.0 Jadual Belanjawan
l. Senarai Rujukan

Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa
Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan
menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen
Pendidikan Nasional 2008.Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.
Popp (1964), Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad .Melalui jurnal Fakulti Pendidikan
Universiti Pendidikan Universiti Malaya,Jilid 11, (1984/85)

Noraini Ombi (2009: 215-227), Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2
dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja
Seminar Penyelidikan IPGM KBL.

Sasson, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun daripada
http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakan-masalah.html. Pada 13
Februari 2012.









MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN DUA SUKU KATA BAGI MURID TAHUN
DUA

NUR NADIYAH BINTI INDRA GUNAWAN
(Bekas mahasiswa PISMP (BM) IPG Kampus Kota Bharu. Bahan ini merupakan ringkasan kajian
di bawah penyeliaan Encik Azaha Ibrahim dan Encik Maniyamin Ibrahim)


1.0 Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran bahasa. Kemahiran
membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
(PNP). Pada kebiasaannya ramai murid tahap satu masih lemah dalam kemahiran membaca. Hal ini
perlu diatasi kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan mengganggu penguasaan kemahiran lain.

Setelah beberapa kali sesi pengajaran, saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang
masih tidak dapat membaca dengan lancar. Masalah ini dikenal pasti apabila saya menyuruh murid
membaca secara individu petikan yang terdapat di dalam buku teks ketika sesi pengajaran. Namun
demikian, saya melihat murid kelas ini menunjukkan minat untuk belajar dan kemampuan mereka ini
dapat digilap jika saya menggunakan cara yang betul. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya
merasakan masalah utama yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan tahap kemahiran membaca
mereka. Hal ini kerana membaca merupakan asas kepada sesuatu ilmu. Oleh itu satu kajian telah
dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca ini.


2.0 Fokus kajian

Saya mendapati murid telah dapat mengenal huruf dan bunyi suku kata. Murid juga telah dapat
membaca perkataan satu suku kata dan perkataan dua suku kata yang bermula daripada huruf vokal
seperti ibu dan anak. Namun begitu, murid didapati masih tidak dapat membaca perkataan dua suku
kata yang lebih sukar seperti beca, botak, lembut, borang dan kentang. Murid gemar
membunyikan perkataan mengikut sesuka hati mereka berdasarkan bunyi terhampir. Oleh itu kajian ini
difokuskan kepada meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pola yang difokuskan
dalam kajian ialah pola suku kata terbuka dan tertutup iaitu pola KV+KV, KV+KVK, KVK+KVK, KVK+KV.

Hasil dari pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan murid masih
belum dapat menguasai konsep mencantumkan perkataan dan keliru dengan bunyi suku kata serta
huruf . Oleh itu saya telah melaksanakan aktiviti Nyanyian Suku Kata, Teknik Cantumkan Saya dan
Latih Tubi Penyebutan Suku Kata bagi mengatasi masalah murid.


Kajian tentang masalah membaca banyak dilakukan oleh pengkaji yang terdahulu. Antaranya ialah
kajian yang dilakukan oleh Mazni Osman (2007), Roziah Abdul Hamid (2005), Zainora Mohd (2005),
Abdillah Nurdin Asis (2009), Aspalaila Ramli dan Maslinda Mahmud (2006) serta Siti Rosmah Mohamed
dan Saripah Sarif (2006),

Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah Kebangsaan Chicha
Menyabong. Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, Namun masih belum ada kajian
tentang masalah membaca dilakukan di sekolah ini. Maka wajarlah kajian ini dilakukan bagi
meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Dua Suku Kata bagi Murid Tahun Dua Pintar di Sekolah
Kebangsaan Chicha Menyabong.


3.0 Objektif kajian

Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut :
3.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata bagi murid Tahun Dua
3.2 Mengukur kesan kaedah Nyanyian Suku Kata, Cantumkan Saya dan Latih Tubi Penyebutan Suku Kata
bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid Tahun Dua.
3.3 Mengesan perubahan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

4.0 Kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan ke atas murid tahun Dua Pintar di Sekolah Kebangsaan Chicha Menyabong. Murid
kelas ini terdiri daripada 16 orang iaitu 11 orang lelaki dan 7 orang perempuan. Setelah melakukan ujian
diagnostik, tujuh orang murid telah dipilih sebagai responden kajian. Responden ini terdiri daripada dua
orang murid perempuan dan lima orang murid lelaki. Responden ini telah dikenalpasti mempunyai
masalah dalam membaca perkataan dua suku kata. Tahap pencapaian responden ini adalah lemah dan
sederhana berbanding 9 orang murid yang lain. Kumpulan ini dipilih melalui ujian membaca perkataan
yang diadakan pada 2 Mac 2010. Oleh itu kajian telah dilakukan terhadap tujuh orang responden ini.

5.0 Pelaksanaan tindakan

5.1 Tinjauan masalah
Tinjauan masalah dilakukan melalui pemerhatian pada sesi pengajaran dan pembelajaran (PNP). Setelah
beberapa sesi pengajaran, saya dapat mengenal pasti bahawa terdapat murid yang menghadapi
masalah dalam membaca ketika saya menyuruh murid membaca secara individu petikan yang terdapat
di dalam buku teks. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui perbincangan bersama guru mata
pelajaran dan melihat rekod pencapaian murid. Hasil dari tinjauan masalahmendapati bahawa masalah
membaca ini memang wujud dalam kalangan murid.

5.2 Strategi Perlaksanaan Tindakan

5.2.1 Strategi 1 : Aktiviti Cantumkan Saya

Aktiviti Cantumkan Saya ini dijalankan pada 4.04.2010 sehingga 15.04.2010. Teknik ini dilaksanakan
selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 15 minit diperuntukkan bagi setiap
sesi. Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada pasangan.Setiap pesangan diberikan Kad suku kata
yang membentuk perkataan. Murid pertama diminta membunyikan suku kata pertama dan disambung
terus oleh murid kedua. Sambungan ini akan membentuk bunyi perkataan.
A

B
C
D
lem
gan
lon
tas
tar
tung
but
pan
lon
jan
ram









G

E
H
F




Rajah 3 : Susun atur kaedah cantumkan saya

Refleksi
Aktiviti ini membantu murid menangkap bunyi sambungan perkataan yang terhasil daripada suku kata
yang dicantumkan. Kadang kala murid memilih sendiri suku kata secara berpasangan dan cuba
mencantumkan bunyi perkataan tersebut. Kadangkala, ada perkataan yang dibentuk itu salah. Saya akan
menggantikan suku kata yang salah tersebut dengan suku kata baru yang dapat membentuk perkataan
yang bermakna. Saya dapat melihat kesungguhan mereka untuk belajar melalui teknik ini. Aktiviti
Cantumkan Saya ini didapati dapat membantu murid dalam mempelajari konsep mencantum
perkataan.

5.2.2 Strategi 2 : Aktiviti Nyanyian Suku Kata
Latihan nyanyian suku kata ini dijalankan pada 18.04.2010 hingga 29.04.2010. Teknik ini
dilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak 15 minit
diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid diminta menyanyi bunyi suku kata pertama
menggunakan versi lagu tertentu dan terus menyambung nyanyian dengan bunyi suku kata kedua.
Contoh perkataan pantas
Pan pan,
pan pan, pan pan, pan pan
tas..............!!!!

Refleksi : Setelah dua minggu aktiviti ini dilaksanakan, murid telah menunjukkan kemajuan dalam
penguasaan kemahiran membaca. Aktiviti ini membantu murid mengingat dan memahami konsep
mencantum perkataan.


5.2.3 Aktiviti 3 : Latih tubi penyebutan suku kata

Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid menyebut suku kata dan
membaca perkataan dengan sebutan yang betul. Latihan ini dijalankan pada 04.07.2010 hingga
15.07.2010. Teknik ini dilaksanakan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu. Masa sebanyak
10 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam latih tubi penyebutan suku kata, guru menyuruh murid
membaca dan menyebut perkataan dalam kad suku kata yang ditunjukkan oleh guru. Guru akan
membetulkan penyebutan murid jika berlaku kesalahan.
Rajah 4 : Carta penyebutan suku kata

u hung rung
bung jung sung
cung kung tung
dung lung wung
fung mung yung
gung nung

i hin rin
bin jin sin
cin kin tin
din lin win
fin min yin
gin nin

a ha ra
ba ja sa
ca ka ta
da la wa
fa ma ya
ga na














Refleksi
Murid didapati semakin mahir dengan bunyi suku kata selepas melakukan aktiviti ini meskipun pada
peringkat awal terdapat banyak kesalahan penyebutan. Walaubagaimanapun terdapat masalah
gangguan dialek yang menghalang murid menyebut dengan betul. Namun demikian masalah kesalahan
penyebutan ini dapat dikurangkan hasil latihan yang diberikan

6.0 Dapatan Kajian

Penilaian terhadap penguasaan murid dalam membaca dilakukan melalui perbandingan ujian pra dan
ujian pos. Ujian pra telah diadakan pada 21 Mac 2010. Ujian pos pula telah dijalankan pada 18 Julai
2010 selepas perlaksanaan tindakan. Keputusan ujian pra dan ujian pos telah dibuat perbandingan bagi
melihat perubahan pencapaian responden. Cara pengujian dalam ujian pos adalah sama dengan ujian
pra namun menggunakan perkataan yang berbeza. Dalam ujian ini murid diminta membaca 140
perkataan dua suku kata berdasarkan pola terbuka terbuka (KV+KV), terbuka tertutup (KV+KVK),
tertutup tertutup (KVK+KVK), tertutup terbuka (KVK+KV). Berikut merupakan perbandingan
keputusan ujian pra dan ujian pos.

Jadual 6.1 : Perbandingan ujian pra dan ujian pos

Bil Nama murid Ujian pra Ujian pos Peningkatan pencapaian
Markah
(140)
Peratus
(%)
Markah
(140)
Peratus
(%)
Markah
(140)
Peratus
(%)

1 Aidil Azihan 50 35.71 115 82.14 65 +46.43
2 Wajdi 6 4.28 82 58.57 76 +54.29
3 Afiq 46 32.85 120 85.71 74 +52.86
4 Syawal 26 18.57 104 74.28 78 +55.71
5 Mifzal 31 22.14 115 82.14 84 +60.00
6. Shuhadha 44 31.42 123 87.85 79 +56.43
7. Munirah 36 25.71 124 88.57 88 +62.86

Jadual 6.1 menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos. Didapati murid
dapat membaca antara 6 hingga 50 perkataan pada ujian pra. Peningkatan dapat dilihat sewaktu ujian
pos apabila murid dapat membaca antara 82 hingga 124 perkataan pada ujian pos. Jumlah peningkatan
perkataan yang dibaca adalah antara 60 hingga 88 patah perkataan. Dapatan kajian ini telah
menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

Min purata ketika ujian pra dahulu sebanyak 24.38% telah meningkat kepada 79.89% dalam ujian
pos ini. Peningkatan min purata ini berlaku sebanyak 55.51%. Dapatan peningkatan min purata dalam
ujian pos telah membuktikan bahawa terdapat perubahan pencapaian setiap responden dalam
penguasaan kemahiran membaca. Keadaan ini menunjukkan bahawa kajian ini telah berjaya
meningkatkan penguasaan murid dalam membaca.

Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.



7.0 Perbincangan dan Kesimpulan

Saya mendapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca telah
menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga semakin
seronok kerana boleh membaca lebih banyak perkataan. Perkara ini membuktikan bahawa kajian untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam membaca ini telah berjaya dilaksanakan.

8.0 Cadangan kajian seterusnya

Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca
perkataan dua suku kata, saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap kemahiran membaca
perkataan tiga suku kata. Saya turut bercadang untuk mengaplikasi kepada murid pemulihan yang
menghadapi masalah yang sama iaitu tidak memahami konsep mencantum perkataan.

SENARAI RUJUKAN

Abdillah Bin Nurdin Asis.2009. Meningkatkan kemahiran membaca ayat-ayat yang
mengandungi perkataan gabungan tiga suku kata terbuka KV + KV + KV . Koleksi
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009 . Institut Pendidikan
Guru Kampus Batu Lintang

Aspalaila Ramli. Maslinda Mahmud (2006). Meningkatkan Kemahiran
Murid Membaca Ayat-ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku
Kata Terbuka dan Tertutup KV + KVK. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor
2006.Sekolah Rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roziah Abd Hamid (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1
Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar Proseding Seminar
Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.

Siti Rosmah Mohamed. Saripah Sarif (2006).Ting-Ting Minda Meningkatkan
Kemahiran Membaca Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV
KVK Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas. Jurnal Kajian Tindakan Negeri
Johor 2006 Sekolah Rendah.

Zainora binti Mohd @ Man (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid
Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata.
Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.
https://www.google.com.my/search?newwindow=1&site=&source=hp&q=kajian+literatur+masalah+me
mbaca&oq=KAJIAN

Mewujudkan SISTEM PEMBELAJARAN dengan memberi
penekanan kepada enam (6) elemen yang menyokong
pembelajaran
Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang
mempunyai kepentingan dengan sekolah
Meningkatkan penglibatan ibu bapa (IB), komuniti dan sektor
swasta dalam pembelajaran murid melalui soal selidik
penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
Membantu pihak sekolah dengan kerjasama PIBG merancang
aktiviti atau program sekolah yang boleh melibatkan pihakpihak
yang berkenaan secara aktif dan berkesan
Membantu pihak sekolah menjadikan sekolah sebagai sekolah
berkesan dengan penglibatan aktif pihak yang berkaitan

You might also like