You are on page 1of 2

Contoh laporan kajian tindakan pemulihan

1. PEJ PELAJARAN DAERAH K.SELANGOR PROGRAM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH 2014


MENGATASI KELEMAHAN MENYEBUT PERKATAAN YANG MELIBATKAN KONSONAN BERGABUNG (DIGRAF)
DENGAN TEKNIK ‘CANTUM DAN SEBUT’ (Dengan penggunaan BBM) OLEH: EN V.MATHIALAGAN SEKOLAH
JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)LDG SEL RIVER, 45700 BUKIT ROTAN, SELANGOR MAC 2014 KELOLAAN UNIT
KURIKULUM 1
2. SJKT LDG SELANGOR RIVER KANDUNGAN: Muka surat 1. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran 2 2. Isu
Keperihatinan 2 3. Objektif Kajian 2 4. Kumpulan Sasaran 3 5. Perlaksanaan Kajian 3 6. Cadangan Untuk Kajian
Seterusnya. 7 2
3. 1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlaku, murid akan menunjukkan sikap acuh tidak acuh apabila mereka sukar untuk mengeja dan menyebut
sesuatu perkataan. Ini membuatkan guru terpaksa memikirkan suatu aktiviti yang boleh menarik semula minat murid
untuk belajar. Antara perkataan-perkataan yang sukar dibaca oleh murid ialah perkataan yang melibatkan konsonan
bergabung (digraf) iaitu perkataan yang bersuku kata “ng...’, ‘ny...’, ‘kh...’, dan ‘sy...’. Penekanan yang lebih kepada
suku kata yang dinyatakan tadi perlu kerana perkataan seperti ini juga yang menyebabkan mereka sering gagal di
dalam ujian pelepasan untuk ke kelas perdana semula. 2. ISU KEPERIHATINAN Setiap kali murid menduduki Ujian
Standard Pelepasan mereka sering kali tidak dapat menjawab soalan-soalan yang melibatkan perkataan atau suku
kata yang mempunyai ‘digraf’. Murid juga gagal untuk membaca ayat dan petikan jika perkataan di dalam ayat
terdapat perkataan yang mempunyai konsonan bergabung (digraf). Murid akan menyebut ‘gaga’ bagi perkataan
‘nganga’ dan ‘yayi’ bagi perkataan ‘nyanyi’. Oleh itu, saya bertindak dengan menjalankan kajian ini untuk mengatasi
masalah tersebut. 3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum: Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi kelemahan murid
menyebut perkataan yang melibatkan konsonan bergabung (digraf). Objektif Khusus: a) Murid dapat menyebut
perkataan yang mempunyai suku kata konsonan bergabung (digraf) bagi ‘ny’ dan ‘ng’. b) Murid boleh membaca
perkataan, ayat dan petikan dengan lebih lancar. c) Mengurangkan murid kelas pemulihan daripada 12 kepada 4
orang di hujung tahun. d) Meningkatkan keupayaan semua guru dalam menangani masalah murid lemah dalam
pembelajaran. 3
4. 4. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran ialah seramai 12 orang yang terdiri daripada murid Tahun 2 dan
Tahun 3 yang kini berada di kelas Pendidikan Pemulihan Khas. 5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan masalah
Daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan didapati pelajar bermasalah dalam menyebut perkataan yang
melibatkan konsonan bergabung (digraf) ‘ny’ dan ‘ng’. Perkataan-perkataan seperti ‘nyonya’, ‘nyanyi’, ‘tanya’,
‘nyamuk’, ‘bunyi’, ‘nyala’, ‘dengan’, ‘lengan’, ‘tangan’, ‘nganga’, ‘telinga’, ‘singa’, tidak dapat disebut dan dibaca oleh
pelajar. Dalam ujian diagnostik yang dijalankan murid tidak dapat menyebut suku kata nga, ngi, nge, nge, ngu, ngo
dan nya, nyi, nye, nye, nyu, nyo dengan betul dan lancar. Seramai 8 orang daripada 12 orang murid salah semua di
dalam menyebut suku kata ini. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Daripada Ujian Diagnostik yang dijalankan kepada
kumpulan sasaran dapatlah dilihat kelemahan-kelemahan murid yang perlu ditingkatkan. Rujuk kepada jadual Rekod
Ujian Saringan. (12 orang murid yang dikaji. Angka menunjukkan bilangan murid yang melakukan kesalahan).
Soalan : Bunyikan suku kata di bawah. nga ngi ngu nge nge ngo 8 8 8 9 9 9 nya nyi nyu nye nye nyo 9 9 9 10 10 9
Soalan: Isikan suku kata yang sesuai berdasarkan gambar. bunga penyu singa nyamuk 10 11 10 11 Soalan : Eja
dan sebut perkataan di bawah. 4
5. nganga nyanyi ngilu 11 11 12 nyonya tangan monyet 10 12 12 Soalan : Tandakan ( √ ) pada ejaan yang betul.
bengis 4 betul monyet 8 betul begis 8 salah moyet 4 salah banyak 10 betul beruang 10 betul bayak 2 salah
beruwang 2 salah bagun 5 salah nyanyi 4 betul bangun 7 betul nanyi 8 salah Soalan : Suaikan gambar dengan
perkataan. Gambar orang nyanyi nyanyi 4 Gambar bangunan bangunan 6 Gambar mulut nganga nganga 3 Gambar
nyamuk nyamuk 7 Gambar penyu penyu 1 Gambar cuping telinga telinga 10 Gambar sungai sungai 11 5.3 Tindakan
Yang Dijalankan Bagi mengatasi masalah ini sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang. 1.
Aktiviti “Cantum dan Sebut” menggunakan kad-kad huruf 2. Aktiviti eja dan sebut berdasarkan gambar dengan
tayangan slaid ‘Power Point’. 3. Aktiviti bertulis dengan menjawab lembaran kerja berkaitan apa yang dipelajari. b.
Bahan-bahan yang digunakan. 1. Kad huruf. 2. Papan panel. 3. Kotak kertas. 4. Bahan “Powerpoint” c. Instrumen
dan langkah-langkah pemerhatian. 5
6. 1. Penilaian secara pemerhatian 2. Penilaian secara lisan dan bacaan 3. Penilaian secara tulisan dan lembaran
kerja. 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian 5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti 1 Aktiviti ini merupakan pengajaran
dan pembelajaran menggunakan kaedah ‘Cantum dan Sebut’ yang menggunakan kad-kad huruf yang perlu
dicantum menjadi suku kata dan murid menyebutnya. Langkah-langkahnya: 1. Kad-kad huruf di masukkan ke dalam
kotak. 2. Murid dipilih secara rawak. 3. Murid memilih 2 kad mengikut warna dan menggantungnya pada papan
panel. Huruf ‘n’ di awal suku kata memang telah tersedia. 4. Setelah selesai, murid dikehendaki mengeja dan
menyebut suku kata tersebut. Jika murid dapat menyebutnya dengan betul, ganjaran akan diberikan. 5. Pengayaan
juga boleh dilakukan dengan meminta murid mengambil 3 kad mengikut warna huruf vokal dan konsonan menjadi
suku kata seperti ‘ngan’, ‘nyet’, ‘ngis’, ‘nyak’ dan sebagainya. 6
7. 5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2 Aktiviti ini merupakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT. Guru
menggunakan Power Point Slide Show untuk memaparkan suku kata yang akan dipelajari. 1. Guru menunjukkan
slaid suku kata digraf ‘nga, ngi, ngu, nge, ngo’, dan ‘nya, nyi, nyu, nye, nyo’. 2. Murid eja dan sebut suku kata
tersebut secara individu dan kumpulan. 3. Guru tunjuk gambar, murid sebut nama gambar. 4. Murid eja perkataan
yang ditunjukkan secara individu dan kumpulan. 5. Ulang aktiviti hingga selesai semua gambar. 6. Murid membaca
rangkai kata yang ada suku kata digraf. 5.5 Refleksi kajian 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid 1. Secara pemerhatian.
2. Secara bacaan dan lisan 3. Secara ujian bertulis 5.5.2 Rumusan Pemerhatian. Berdasarkan ketiga-tiga
pemerhatian di atas, semua murid berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka
berusaha untuk menyebut suku kata yang ditunjukkan. Empat orang murid telah berjaya membaca perkataan
bersuku kata digraf ini tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Selebihnya seramai lapan orang murid boleh
menyebutnya dengan mengeja terlebih dahulu. 5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang
Telah Dijalankan Secara Keseluruhan. Secara keseluruhannya aktiviti ini telah berjaya membuatkan murid dapat
membaca sekurang-kurangnya perkataan KV+KKV atau KV+KKVK dengan lancar walaupun mereka terpaksa
mengeja terlebih dahulu. 6. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA. 7
8. Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-
murid pemulihan khas ini. Saya bercadang meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru Tahun
1 (KIA2M). Setersunya saya akan menjalankan aktiviti seperti ini untuk kemahiran yang lain pula iaitu suku kata dan
perkataan konsonan bergabung (digraf) bagi “kh” dan “sy”. 8
9. LAMPIRAN CONTOH KERTAS UJIAN DIAGNOSTIK DAN UJIAN KAJIAN TINDAKAN. 9
10. LAMPIRAN CONTOH KERTAS UJIAN DIAGNOSTIK DAN UJIAN KAJIAN TINDAKAN. 9

You might also like