You are on page 1of 15

1.

TUGASAN - Bengkel Asas membaca: Kaedah Abjad (Tradisional) Menyebut Nama huruf Abjad a hingga z; Huruf Besar dan Huruf Kecil Latihan Menyebut Suku kata V dan KV Latihan Mengeja Suku Kata, Perkataan dan Frasa Latihan Membaca Ayat Menggunakan bahan Bantu Belajar yang sesuai 2. Bagaimana bahan dikaitkan dengan aktiviti: Menyebut Nama huruf Abjad a hingga z; Huruf Besar dan Huruf Kecil Latihan Menyebut Suku kata V dan KV Latihan Mengeja Suku Kata, Perkataan dan Frasa Tajuk Bahan: Permaidani ilmu Aktiviti: Murid diberikan huruf konsonan setiap seorang dan diarahkan untuk berlegar di kawasan permaidani sepanjang lagu dimainkan oleh guru. Apabila lagu telah berhenti, murid harus memilih vokal yang terdapat di atas permaidani ilmu tersebut.selepas itu murid diminta untuk membina perkataan daripada huruf konsonan dan vokal yang mereka telah dapat. Keistemewaaan: murid dapat bermain secara berkumpulan dan penglibatan murid adalah menyeluruh

Tambahan dan pandangan: -menggunakan huruf vokal a yang betul, menghias permaidani agar lebih menarik minat murid

Tajuk Bahan: Poket huruf Aktiviti: Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan di berikan dengan kad-kad huruf yang berbentuk KV dan di minta untuk menggabungkan kad-kad huruf yang telah disediakan. Bagi satu perkataan yang mereka bina diberi masa selama 10 saat dan meminta murid membina seberapa banyak perkataan yang mereka ketahui.

Keistemewaaan: Murid dapat bermain secara berkumpulan dan penglibatan murid adalah menyeluruh. Murid juga akan bekerjasama dengan ahli kumpulan dan bersatu untuk mengalahkan kawan-kawan yang lain. Bahan ini juga sesuai dijadikan permainan bahasa kerana sangat menarik minat murid.

Tambahan dan pandangan: lebih banyakkan kad-kad huruf, memvariasikan huruf abjad seperti besar dan kecil, menghias poket huruf supaya lebih me

Kaedah Pengajaran Bacaan Asas: Kaedah Abjad


Oleh Mohd Isa Abd Razak

Pautan yang berkaitan: Kaedah Fonik Versi Nik Eliani dan Othman Senario Dalam filem Pendekar Bujang Lapok terdapat episod Cikgu Ros mengajarkan huruf Jawi kepada sekumpulan pelajar dewasa termasuk tiga orang bujang lapuk, iaitu P. Ramlee, Aziz Satar dan S. Shamsudin. Apakah kaedah bacaan asas yang digunakan oleh Cikgu Ros? Konsep Kaedah ini berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Oleh sebab usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Kaedah ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajarkan bacaan asas dalam bahasa Melayu sejak sekian lama, iaitu lebih kurang tujuh abad lamanya dengan menggunakan tulisan Jawi dan lebih kurang seabad pula lamanya dengan menggunakan tulisan Rumi. Jadi, dari segi kekerapan penggunaan, kaedah ini merupakan kaedah yang terunggul dan telah terbukti berjasa mencelikhurufkan jutaan manusia di negara kita dan yang

sebahagiann

ya kini bergelar cendekiawan dan profesor.

Secara umum, susunan pelaksanaan kaedah ini bersifat binaan. Gambaran binaannya adalah seperti dalam rajah di sebelah. Prosedur Pelaksanaan Abjad Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u.

Suku Kata Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu. Perkataan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan buku, mula-mula disebut nama huruf bi danyu diikuti penyebutan bunyi suku kata bu; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata ku, dan akhir disebut perkataan buku.

Kemahiran Berfikir: Klip video ini dipetik daripada filem Pendekar Bujang Lapok. Adakah kaedah yang terdapat dalam klip video ini menepati kaedah abjad?

Kekuatan Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja. Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong. Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan asas yang kukuh kepada murid untuk membaca. Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada manamana kumpulan sasaran dengan menggunakan kaedah ini. Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar orang dewasa seperti yang dilakukan oleh Cikgu Ros. Mungkin Cikgu Ros merupakan salah seorang guru dalam pembasmian buta huruf pada tahun 60-an. Kelemahan Hasil kaedah ini hanya dapat dilihat setelah pembelajaran berlaku lebih kurang enam

bulan. Tempoh ini sangat lama. Bacaan murid mungkin kurang lancar. Hal ini disebabkan murid terlazim dengan proses mengeja, iaitu menamakan huruf dan menyebut suku kata sebelum menyebut sesuatu perkataan. Ada kemungkinan murid keliru antara nama huruf dengan bunyi huruf. Implikasinya, kesilapan dapat berlaku apabila mereka silap memecahkan perkataan kepada suku kata. Ada juga kemungkinan mereka tidak memahami apa-apa yang dibaca kerana terlalu mementingkan ejaan. Kebolehan murid berbeza-beza. Bagi murid yang bermasalah pembelajaran, mereka berasa terbeban dan cepat bosan jikalau diajar dengan kaedah ini. Kaedah yang bersifat binaan ini bertentangan dengan pandangan ahli psikologi yang mengatakan bahawa kanak-kanak menguasai sesuatu daripada keseluruhan membawa kepada bahagian-bahagiannya. Perhatian untuk Guru Pemulihan Guru pemulihan khas dan kelas intervensi awal membaca dan menulis (KIA2M) mesti memastikan sama ada murid yang akan dipulihkan pernah diajar dengan menggunakan kaedah ini atau tidak. Jikalau murid yang akan dipulihkan itu pernah diajar dengan kaedah ini sedangkan guru pemulihan menggunakan kaedah yang lain, ada kemungkinan murid akan keliru dan proses pemulihan bertambah sukar. PERBANDINGAN TIGA PENDEKATAN PENGAJARAN AWAL MEMBACA
BAHASA MELAYU DI KALANGAN KANAK-KANAK TABIKA AZILA ALIAS MAZLINA CHE MUSTAFA Latarbelakang kajian Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan tiga pendekatan pengajaran awal bacaan Bahasa Melayu iaitu melalui kaedah Abjad, Kaedah Seluruh Perkataan dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata terhadap kanak-kanak tabika.. Penyelidikan ini dilakukan terhadap kanak-kanak di tiga buah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMAS bagi melihat perlaksanaan ketiga-tiga pendekatan pengajaran awal bacaan iaitu kaedah Abjad, kaedah Seluruh Perkataan dan kaedah Gabungan bunyi Kata Penyelidik berharap melalui kajian ini, satu pendekatan pengajaran yang mudah dan berkesan dapat dikenalpasti. bagi membantu guru-guru mengatasi masalah kanakkanak yang tidak tahu membaca dan lambat membaca di peringkat awal.. Pernyataan Masalah

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran telah menjalankan satu kajian untuk menyelidik perlaksanaan program pemulihan khas di sekolah rendah di Malaysia. Hasil Laporan Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan Khas di Sekolah Rendah (2002) menunjukkan bahawa bilangan murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan khas Bahasa Melayu pada tahun 1999 ke 2000 telah meningkat iaitu dari 78,495 ke 86,852 orang. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan bilangan murid-murid yang mengikuti kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu pada tahun 1999 dan 2000. 1Jadual 1.1 Bilangan murid-murid yang mengikuti kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu pada tahun 1999 dan 2000. Tahap Bahasa Melayu Bilangan sekolah Jumlah murid Purata murid per sekolah Tahap 1 : 1999 2243 48614 22 Tahap 2 : 1999 2331 29881 13 Tahap 1 : 2000 2490 56957 23 Tahap 2 : 2000 2395 29895 12 Namun begitu, didapati hanya 50% sahaja bilangan murid yang mengikuti pelajaran di kelas-kelas pemulihan khas berjaya dipulihkan. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1.2 di bawah yang menunjukkan bilangan murid-murid yang mengikuti kelas Pemulihan Khas dan telah berjaya dipulihkan pada tahun 1999 dan 2000. Jadual 1.2 Bilangan murid-murid yang telah berjaya dipulihkan pada tahun 1999 dan 2000. Tahap Bahasa Melayu

Bilangan sekolah Jumlah murid Purata murid per sekolah Tahap 1 : 1999 2012 18512 9 Tahap 2 : 1999 2102 14375 7 Tahap 1 : 2000 2064 18625 9 Tahap 2 : 2000 2041 12719 6 Perangkaan di atas menunjukkan bilangan murid yang lemah membaca di Malaysia agak membimbangkan. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini . Dalam Laporan Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan Khas di Sekolah Rendah turut menjelaskan antara faktor penyumbang kepada masalah ini ialah kerana pengajaran guru tidak berkesan. Mok Soon Sang (1994) pula, telah menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid-murid dalam pelajaran. Antara faktor yang dinyatakan ialah faktor pembelajaran yang melibatkan kurikulum yang kurang sesuai diterima oleh murid dan bahan bantu mengajar yang kurang sesuai untuk menarik minat murid. 2Pearson & Johnson (1978) mengatakan bahawa guru, rakan sebaya dan ekologi sesebuah bilik darjah mempengaruhi kebolehan membaca dan kefahaman murid. Kegiatan dan perlakuan guru seperti menyediakan murid untuk pembelajaran bacaan , pemilihan bahan bacaan dan alatan yang digunakan untuk mengajar, suasana pengajaran dan pembelajaran yang diujudkan serta jenis dorongan dan pengukuhan yang digunakan dapat mempengaruhi tahap kefahaman murid (ms19). Otto dan Smith (1980) pula mengatakan masalah dalam pembelajaran juga disebabkan oleh faktor guru yang tidak cekap ataupun kelemahan kurikulum. Di sini menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran awal membaca merupakan satu aspek yang penting untuk memastikan masalah ini tidak berlarutan. Justeru, melalui kajian ini penyelidik membuat tinjauan situasi sebenar di dalam

kelas dan melihat keberkesanan tiga pendekatan pengajaran awal bacaan Bahasa Melayu. Dapatan yang diperolehi dari kajian ini diharap dapat membantu guru-guru menyelesaikan masalah murid-murid yang lambat dan tidak boleh membaca Bahasa Melayu. Kepentingan Kajian Membaca merupakan satu kemahiran asas yang penting untuk murid mendapat ilmu pengetahuan. Staiager dan O.Anderson (1968) mengatakan Reading is a key to communication and contributes to the solution of world problems of poverty and animosity . Reading is the key to continuing education, employment and enjoyment. Oleh itu pengajaran awal membaca Bahasa Melayu perlulah dikaji untuk melihat tahap keberkesanannya terutama pada peringkat tabika lagi, iaitu kanak-kanak lima tahun. Ini adalah kerana membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh semua kanak-kanak. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu peringkat awal , kemahiran asas bacaan permulaan amat diutamakan sebelum kemahiran yang lain diajar. Terdapat berbagai pendekatan dan perkaedahan pengajaran. Namun masalah tidak menguasai kemahiran membaca masih menjadi masalah utama di sekolah rendah. 3Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah untuk melihat dan membanding keberkesanan tiga pendekatan pengajaran awal membaca Bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak tabika. Pendekatan-pendekatan yang dikaji ialah kaedah Abjad, kaedah Seluruh Perkataan dan kaedah Gabungan Bunyi Kata. Persoalan Kajian Penyelidik telah membentuk persoalan kajian berikut untuk dijawab. Persoalan 1. Bagaimanakah perlaksanaan Kaedah Abjad, Kaedah Seluruh Perkataan dan

Kaedah Gabungan Bunyi Kata di tabika.? a. Bagaimanakah guru-guru tabika melaksanakan Kaedah Fonik, Kaedah Seluruh Perkataan dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata di tabika mereka? b. Bagaimanakah kanak-kanak tabika mengambil bahagian dalam setiap aktiviti pembelajaran membaca yang dijalankan? Persoalan 2 : Secara bandingan, sejauh manakah keberkesanan kaedah Abjad, kaedah Seluruh Perkataan dan kaedah Gabungan Bunyi Kata dalam pengajaran awal membaca di kalangan kanak-kanak tabika? a. Apakah pencapaian kanak-kanak tabika dalam kemahiran membaca setelah mereka diajar dengan mengguna tiga pendekatan di atas? Metodologi Kajian 4Kajian telah dijalankan ke atas 30 orang kanak-kanak tabika di tiga buah tabika yang berasingan, iaitu seramai 10 orang bagi setiap tabika. melibatkan ujian diagnostik, penggunaan ketiga-tiga pendekatan pengajaran membaca (iaitu kaedah Abjad, kaedah Seluruh Perkataan dan kaedah Gabungan Bunyi Kata) , ujian bacaan pada setiap minggu dan ujian penilaian terakhir. Pada peringkat awal kajian, penyelidik telah menjalankan ujian diagnostik keatas kanak-kanak di tabika A,B dan C. Tujuan utama dijalankan ujian diagnostik ialah untuk mengetahui tahap kebolehan bacaan sampel yang telah dipilih. Berdasarkan ujian diagnostik tersebut, seramai 10 orang kanak-kanak dari tabika A,B dan C telah dipilih. Kesemua kanak-kanak berumur lima tahun. Tidak boleh membaca , tidak mengenal huruf dan tidak pernah mendapat pendedahan tentang kaedah membaca. Kemudian penyelidik telah menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kaedah yang berbeza di ketiga-tiga buah tabika. Tabika A menggunakan kaedah Abjad, tabika B menggunakan kaedah Seluruh Perkataan dan tabika C menggunakan kaedah Gabungan Bunyi Kata. Kajian dijalankan selama enam minggu, iaitu tiga kali seminggu

selama satu jam sehari. Pada setiap minggu, penyelidik telah menjalankan ujian bacaan untuk mengetahui tahap kebolehbacaan kanak-kanak. Pada minggu ketujuh, penyelidik telah menjalankan ujian penilaian . Markah keseluruhan ialah 100.Ujian penilaian ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu : a. Ujian menama dan membunyi huruf-huruf abjad : 10 markah b. Ujian membaca sukukata : 10 markah c. Ujian membaca perkataan : 20 markah d. Ujian membaca ayat : 10 markah e. Ujian Diagnostik Kaedah Gabungan Bunyi Kata : 50 markah Setting Kajian Kajian ini telah dijalankan didalam situasi sebenar pembelajaran formal iaitu di dalam bilik darjah. Keadaan persekitaran adalah selesa bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Penyelidik tidak mengubah sebarang kedudukan kanak-kanak atau 5peralatan kelas kerana penyelidik mahu kanak-kanak berinteraksi dengan guru dalam situasi sebenar bilik darjah. Sampel kajian Sampel kajian dipilih selepas ujian diagnostik dijalankan di tiga buah taman bimbingan kanak-kanak di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Batang Padang, Perak. 10 orang kanak-kanak dari setiap tabika telah dipilih Alatan Kajian Terdapat beberapa alatan kajian yang digunakan sepanjang kajian iaitu ujian diagnostik, borang rekod anekdot harian,rekod profil sampel, rekod penilaian, kamera video, ujian bacaan , ujian penilaian dan alatan mengajar. Dapatan kajian Persoalan 1. Bagaimanakah perlaksanaan Kaedah Abjad, Kaedah Seluruh Perkataan dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata di tabika?

Perbezaan keputusan pemerhatian antara kaedah Abjad, kaedah Seluruh Perkataan dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata T.A/Kaedah Abjad T.B/Kaedah Seluruh Perkataan T.C/Kaedah GBK 1. Tempoh masa pembelajaran Tempoh pengajaran bertahan 15 minit sahaja Tempoh pengajaran bertahan 15 minit sahaja Tempoh pengajaran bertahan sehingga 30 minit 2. Tumpuan dan fokus kanak-kanak Kurang tumpuan terhadap pengajaran Kurang tumpuan terhadap pengajaran Menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran 3. Minat Kurang berminat Kurang berminat Menunjukkan minat yang baik

4. Motivasi sederhana sederhana Bermotivasi tinggi 5. Pengajaran Berpusat kepada guru Berpusat kepada guru Berpusat kepada kanak-kanak 6. Sikap kendiri Tidak kelihatan Jarang kelihatan Sikap kendiri yang tinggi 7. Aktiviti berpasangan/kumpulan Jarang dilakukan Jarang dilakukan Sering dilakukan 8. Skor pencapaian ujian penilaian Rendah (purata skor : 13%) Rendah(purata skor : 12.1%) Tinggi(purata skor : 62.9%) 6 Persoalan 2 : Secara bandingan, sejauh manakah keberkesanan kaedah Abjad, kaedah Seluruh Perkataan dan kaedah Gabungan Bunyi Kata dalam pengajaran awal membaca di kalangan kanak-kanak tabika? Ujian Menama dan Membunyi Huruf-huruf Abjad Jadual 1.1 menunjukkan analisa ANOVA perbandingan min Ujian Menama dan Membunyi huruf yang telah dijalankan di tiga tabika . Jadual 1.3 Min Skor Ujian Menama dan Membunyi huruf . Tabika A

Tabika B Tabika C Jumlah Min 7.1 6.4 9.2 7.5 Sisihan lazim 2.23 3.62 1.03 2.72

Nilai F = 3.316 , p < .001 Ujian Membaca Sukukata Ujian ini dijalankan untuk mengetahui samada sampel kajian telah menguasai kemahiran membaca sukukata. Jadual 1.2 menunjukkan analisa ANOVA perbandingan min Ujian Membaca Sukukata yang telah dijalankan di tiga buah tabika . Jadual 1.4 Min Skor Ujian Membaca Sukukata . Tabika A Tabika B Tabika C Jumlah Min 3.7 3.0 8.8 5.2 Sisihanlazim 1.16 1.94 1.68 3.06 Nilai F = 37.74 , p < .001 7Ujian Membaca Perkataan Ujian ini dijalankan untuk mengetahui samada sampel kajian telah menguasai kemahiran membaca perkataan. Jadual 1.5 Min Skor Ujian Membaca Perkataan . Tabika A Tabika B Tabika C Jumlah

Min .00 2.7 14.3 5.66 Sisihanlazim .00 1.70 5.61 7.10 Nilai F = 50.243 , p < .001 Ujian membaca ayat Ujian ini dijalankan untuk mengetahui samada sampel kajian telah menguasai kemahiran membaca ayat. Jadual 1.6 Min Skor Ujian Membaca Ayat Tabika A Tabika B Tabika C Jumlah Min .00 .00 6.80 2.26 Sisihanlazim .00 .00 2.57 3.56 Nilai F = 69.82 , p < .001 Ujian Diagnostik Kaedah Gabungan Bunyi Kata Ujian ini dijalankan untuk mengetahui samada sampel kajian telah menguasai kemahiran membaca . Jadual 1.7 Min Skor Ujian Diagnostik KGBK Tabika A Tabika B Tabika C Jumlah Min 2.20 1.90 24.60 9.56 Sisihanlazim 0.78 1.19 11.097 12.480 Nilai F = 40.617 , p < .001 8Ujian Penilaian di tabika A, B dan C Jadual 1.7 menunjukkan analisa ANOVA perbandingan min Ujian Penilaian yang telah

dijalankan di tiga buah tabika . Jadual 1.8 Min Skor Ujian Penilaian Tabika A Tabika B Tabika C Jumlah Min 13.00 13.80 63.70 30.166 Sisihanlazim 3.887 8.323 20.90 27.26 Nilai F = 48.543 , p < .001 Huraian analisis perbandingan min skor pra ujian dan pasca ujian menunjukkan min skor Tabika A ialah 10.00 ; Tabika B ialah 11.10 dan min Tabika C ialah 61.90. Ini menunjukkan min Tabika C adalah tertinggi daripada Tabika A dan Tabika B. Min Tabika B adalah kedua tertinggi dan Tabika A terendah Ia menunjukkan bahawa pencapaian sampel di tabika C yang menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata adalah lebih baik daripada tabika A yang menggunakan Kaedah Abjad dan tabika B yang menggunakan Kaedah Seluruh Perkataan. Oleh itu , ini membuktikan bahawa Kaedah Gabungan Bunyi Kata merupakan kaedah yang paling berkesan untuk pengajaran awal membaca Bahasa Melayu. 9

You might also like