You are on page 1of 29

KAB 3043 PENGAJARAN LITERASI: AWAL MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU

(Teaching Literacy: Early Reading and Writing Bahasa Melayu )

KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA


1

KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA


Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) ini diilhamkan oleh Profesor Dato Dr. Isahak Harun yang dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan, pada 8 hingga 10 Disember 1979.

Beliau telah memperkenalkan kaedah ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca muridmurid sekolah rendah, terutama di sekolah kebangsaan.
Rentetan itu kertas kerja tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa, jilid 24 bil. 7, Julai 1980.
2

Sambungan Kaedah ini turut dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am, kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1981.

Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun Satu untuk sekolah SRKJ Cina dan SRKJ Tamil pada Jun 1981.
3

Sambungan

Namun begitu, kaedah ini tidak digunakan di sekolah kebangsaan untuk mengajar bacaan asas pada Tahun Satu.
Selain itu juga, kaedah KGBK digunakan oleh tadika swasta di Bandar-bandar seluruh Malaysia dengan menggunakan buku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia, Mari Membaca yang diterbitkan oleh Fajar Bakti (Isahak Harun, 2004).
4

Asas Kaedah Gabungan Bunyi-Kata


Kaedah ini merupakan satu kaedah yang sistematik. Menurut Isahak Harun (2004) perlunya mengambil kira perkara-perkara berikut; i. Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah alphabetic dan fonemik. Hal ini menjelaskan bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya. Hal ini berbeza dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang bercelaru. ii. Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain. iii. Murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu.
5

Sambungan
Unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Susunan bahan-bahan adalah secara developmental, kumulatif dan sistematik.

Hal ini memudahkan guru-guru mengajar dan memudahkan murid belajar membaca dan menulis.
6

Sambungan
Pendekatan gabungan dan susunan bahan secara kumulatif tidak mungkin berlaku dalam pendekatan abjad/ fonik, pendekatan seluruh perkataan atau pendekatan eklektik yang digunakan pada masa ini. Gabungan mengenal bunyi huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau dua pelajaran, dan murid terus membaca perkataan, frasa atau ayat.

Sambungan
Hal ini yang membezakan KGBK dengan kaedahkaedah lain yang berpegang kepada dua mazhab utama awal membaca. Selain itu, KGBK dibina atas keistimewaan ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan sistematik dan suku kata yang jelas. Di samping itu juga, pemilihan susunan abjad yang diajar telah dikenalpasti melalui kajian yang menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah, dekat dengan kanak-kanak dan tidak 8 mengelirukan.

CIRI-CIRI KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA


i. Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu sebelum mereka boleh diajar membaca.

ii. Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad, suku kata dan membaca perkataan/frasa/ayat bermakna dalam satu atau dua pelajaran.

iii. Gabungan dibuat secara sistematik, dan tiap-tiap pelajaran berikutnya beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya. 9

Sambungan IV. Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan. V. Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi bahan-bahan bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka dapat melatih membaca sendiri. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu disediakan untuk murid-murid sentiasa dekat dengan membaca.

10

Cara Mengajar Menggunakan KGBK


Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapan abjad vokal dan konsonan yang perlu diajar mengikut tertibnya. Huruf vokal yang mula-mula diajar ialah

a i u
dan susunan konsonan berikut;

bkcstmngljhyfwqvz
11

Sambungan.
Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979) menggariskan beberapa langkah berikut; i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a, i dan u. Dengan menggunakan kad imbasan. Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali, selang seli.

ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya b, dan k. dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid dapat menyebutkan bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas.
12

Sambungan .
iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata.

ba da ka da ba bu ku

bi di ki da ba bu ku

bu du ku dada baba bubu kuku

seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna;

13

Sambungan iii.
Ulang latihan ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid-murid membacanya:

dada Bubu kuku

baba baba baba

14

Sambungan iii.
Ulang latihan ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid-murid membacanya:

dada Bubu kuku

baba baba baba

15

Sambungn .

iv.

Perkenalkan gabungan lain;

a a ku bu bu

da ku da ku ka

ada aku kuda buku buka


16

Sambungan iv.

suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas;

baba baba baba baba

ada ada ada buka

buku kuda bubu buku


17

Sambungan iv.

kemudian gantikan baba dengan aku dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat berikut;

kuda dia kuda baba kuda aku/ ku


Gantikan kuda dengan buku, kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.
18

Sambungan .

v. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya.

i bu ibu u da uda budi ibuku da a dia kaki dia kaki kuda

bu di budi budi ibu budi uda ka ki kaki kaki ibu

19

Sambungan v .

suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta;

ibu buku buku uda baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda
20

Sambungan .

iv. Seterusnya,

bolehlah pula diperkenalkan bunyi konsonan yang lain mengikut susunan yang telah ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri perkataan-perkataan baru dengan membuat latih tubi.

21

Sambungan .

vii. Akhir sekali bolehlah diperkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa Melayu seperti;

ng nga sya nya

bising, datang, sayang nganga, singa syarat , syarikat nyanyi, nyaring, punya

22

Sambungan .

Selain itu, prinsip yang perlu diingati ketika menggunakan kaedah ini adalah; i. Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan dalam ejaan Bahasa Melayu, kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan. Hal ini bermakna tidak perlu memperkenalkan huruf dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z). ii. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh dibuat secara tidak langsung kemudian. iii. 23

Sambungan .

iii. Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar bunyi huruf, bunyi suku kata dan sebutan perkataan. Boleh digabungkan dalam satu pelajaran. iv. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan perkataan tertulis. Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan.
24

Sambungan .

v. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana mengganggu tumpuan murid membunyi dan memandang lambing-lambang bunyi, suku kata dan perkataan dengan cepat. Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat kemahirankemahiran asas untuk membaca sendiri perkataan-perkataan baru dan seterusnya bahan-bahan bacaan secara berperingkatperingkat.
25

RUMUSAN PERBINCANGAN

26

KEKUATAN KAEDAH KGKB

i.

Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang

fonik dan suku kata yang jelas. ii. Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad. iii. Susunan bahan secara developmental, kumulatif dan sistematik memudahkan guru mengajar dan murid belajar. iv. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata, perkataan dan frasa dalam satu pelajaran. v. Murid-murid tidak perlu mengeja dan membatang.
27

KELEMAHAN KAEDAH KGKB

i.

Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan menyebabkan berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid tersebut dan terpaksa bermula semula. ii. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad. iii. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran. iv. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar.
28

TERIMA KASIH

29

You might also like