You are on page 1of 2

Refleksi: Saya amat bersyukur telah dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Semasa membuat perbincangan kali pertama kami keliru atau tidak boleh membuat keputusan jenis permainan tradisional mana yang hendak dipilih kerana terlalu banyak jenis permainan rakyat ini.Akhirnya kami telah memilih galah panjang kerana semua ahli kumpulan mempunyai pengalaman bermain galah panjang.Ini juga merupakan permainan kegemaran saya semasa saya kanak-kanak.Teringat halaman rumah telah dijadikan gelanggang galah panjang ini dari petang merangkak ke awal malam tidak berhenti bermain sehinggalah terdengar jeritan-jeritan memanggil pulang barulah semua menamatkan permainan.Semasa membuat tugasan ini banyak pengalaman baru yang saya telah perolehi.Tugasan ini telah menambahkan pengetahuan saya mengenai sukan-sukan rakyat atau tradisional yang belum pernah saya temui.Permainan ini juga mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak saya dahulu.Pagi petang sehingga ke malam apa yang berada di

minda ialah bermain.Melalui tugasan ini telah menambahkan kerjasama diantara ahli kumpulan.Kerja kursus ini juga telah merapatkan kami diantara ahli kumpulan kerana semasa sesi perbincangan sebanyak dua kali yang telah dilakukan.Kami lebih mengenali diantara satu sama lain. Kerja tugasan individu begitu mencabar kerana sebelum memulakan tugasan perlu membaca modul dahulu untuk kefahaman tentang tajuk ini.Terima kasih kepada En Kalaiselvan a/l Patcheyapan kerana telah menerangkan mengenai Elemen-elemen di dalam Alam Belajar semasa toturial pertama dahulu.Itu sedikit sebanyak telah membuatkan saya lebih faham apa yang perlu dilakukan.Tambahan juga penerangan pensyarah dengan gaya yang menarik untuk didengar dan diingati.Langkah seterusnya mencari bahan-bahan rujukan dan maklumat tambahan

mengenai tajuk ini untuk menambahkan kefahaman tentang tajuk ini.Banyak masalah semasa mencari bahan rujukan kerana sumber yang terhad di kawasan saya tetapi semua ini dapat dihadapi dengan tenang kerana walau di mana kita berada dengan sedikit ketekunan dan usaha kita pasti berjaya.Betullah kata orang dunia kini berada di hujung jari sahaja.Banyak maklumat juga yang saya perolehi melalui internet.Selain itu bantuan rakan-rakan sekumpulan semasa perjumpaan atau sesi perbincangan dan bertukar maklumat telah menambahkan banyak sumber-sumber ilmiah.banyak juga apa yang diceritakan telah dilalui sendiri oleh saya sepanjang saya menjadi guru selama 13 tahun.Banyak pengalaman yang telah saya sertakan di dalam tugasan ini.Akhirnya dengan bantuan rakan sekumpulan dan juga rakan rakan kelas yang lain yang telah banyak memberikan panduan dan menolong mencari sumber maklumat.Saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini.Semoga tugasan ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk semua kelak.Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat pensyarah,rakan sekumpulan,rakan sekelas yang telah banyak memberikan kerjasama.

You might also like