You are on page 1of 5

Bidang/Tajuk/Standard kandungan Kelas Masa / Bilanganmurid

BUMI DAN SAINS ANGKASA 9.0 Sistem Suria 9.2 saiz dan jarak relatif antara Bumi,Bulan dan Matahari Tahun 4 10.00 11.00 pagi (60 minit) Bilangan murid 30 orang

Standard Pembelajaran:
9.2.1,9.2.2,9.2.3

Objektif Pembelajaran:

Di akhir P&P murid dapat: 1. Menganggar saiz relatif Bumi berbanding dengan Matahari. 2. Menganggar saiz relatif Bulan berbanding dengan Matahari. 3. Menganggar saiz relatif Bulan berbanding dengan Bumi.

KPS

Memerhati, Komunikasi, Meramal

Kaedah Aktiviti:

Perbincangan Persediaan 1. Murid melihat buah tembikai,buah oren dan buah anggur yang ditunjukkan 2. Murid menjawab soalan yang berkaitan dengan saiz buah-buahan tersebut. a. Buah yang manakah paling besar? b. Buah yang manakah paling kecil ? c. Buah manakah yang boleh mewakili Matahari ? 3. Perkenalkan tajuk saiz relatif Matahari,Bumi dan Bulan. Imaginasi 1. Murid diminta membayangkan saiz Matahari,Bumi dan Bulan. 2. Murid diminta untuk melakar saiz relatif Matahari,Bumi dan Bulan.

Perkembangan 1. Murid melihat slaid mengenai perbandingan relatif saiz Bulan, Bumi dan Matahari.(CD-COURSEWARE KPM) 2. Guru menunjukkan guli ,bola ping pong dan bola keranjang bagi mewakili Bulan, Bumi dan Matahari. 3. Murid diminta membandingkan saiz setiap objek tersebut dengan Bumi, Bulan dan Matahari. Tindakan 1. Murid dibahagikan dalam 5 kumpulan. 2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan plastisin. 3. Murid akan membuat model untuk menunjukkan saiz

relatif matahari,Bumi dan Bulan. 4. Murid melakar saiz relatif Matahari,Bumi dan Bulan dalam lembaran kerja.

EMK Refleksi : Penilaian PemulihanPengayaanPengukuhanPenilaian

TMK 30/30 murid mencapai objektif pengajaran.

LEMBARAN KERJA NAMA:____________________________ KELAS:______________

1.Lakarkan saiz Matahari,Bumi dan Bulan.

2.Diantara Matahari dan Bumi,manakah yang lebih besar? A. Matahari B. Bumi C. Bulan

3. Diantara Bumi dan Bulan,manakah yang lebih kecil ? A. Bumi B. Bulan C. Matahari

4. Diantara Matahari,Bumi dan Bulan,manakah yang lebih besar ? A. Bumi B. Bulan C. Matahari

Contoh slaid dari CDROM KPM

You might also like