You are on page 1of 8

NAMA

KELAS

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 1


BAHASA MELAYU PENULISAN
JULAI 2015
TAHUN 6

012
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian :


Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Kod Pemeriksa:
Bahagian

2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga


bahagian .

3. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada


menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang yang


disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak
mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan
daripada pengawas peperiksaan. Helaian
tambahan ( jika ada ) hendaklah diikat dan
dihantar bersama-sama kertas soalan.

No.Soalan

Markah

JUMLAH
60

%
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

SULIT

012
Bahagian A
[Masa dicadangkan : 15 Minit]
(10 Markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Ms | 2

SULIT

012

Jawapan Bahagian A

/10
Ms | 3

SULIT

012
Bahagian B
[Masa dicadangkan : 40 minit]
(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu telah menonton sebuah rancangan televisyen yang menarik.


Tulis sebuah karangan tentang rancangan televisyen yang telah kamu tonton itu.
.
ATAU

2. Kamu tclah menyertai lawatan sambil belajar ke sebuah tempat yang bersejarah.
Tulis sebuah karangan tentang faedah-faedah yang kamu peroleh setelah menyertai
lawatan tersebut.

ATAU

3. Kamu telah berpindah ke sekolah yang baharu. Kamu menerima sepucuk surat daripada
seorang rakan yang ingin mengetahui tentang sekolah baharu kamu itu.
Tulis sepucuk surat kepadanya untuk menceritakan tentang sekolah baharu kamu itu.

Ms | 4

SULIT
No. Soalan

Ms | 5

012

SULIT

012

/30
Ms | 6

SULIT

012
Bahagian C
[Masa dicadangkan : 20 minit]
(20 markah)

Tulis lima nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang
sesuai berdasarkan petikan tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Isnin.10 Mei 2014
Aku bangun seawal jam 6.00 pagi. Selepas mengemaskan bilik tidur, aku bersarapan bersamasama ayah dan ibu. Kemudian, aku dan rakan-rakan berkumpul di tapak perhimpunan sebelum
bertolak ke Melaka. Sebagai ketua rombongan, Cikgu Jais memberikan taklimat ringkas tentang
peraturan yang mesti dipatuhi oleh pcserta. Kami bcratur untuk menaiki bas. Dua jam dalam
perjalanan, kami sampai di destinasi yang dituju. Kami melihat bangunan lama peninggalan
penjajah di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Aku tidak mahu negaraku dijajah lagi. Kami tidak
melepaskan peluang menaiki beca untuk mengelilingi Bandar Hilir.
Selasa, 11 Mei 2014
Selesai bersarapan, kami ke Zoo Melaka. Cikgu Azlin terpaksa beratur panjang semasa
membeli tiket. Kawasan zoo itu dibersihkan oleh pekerja yang mahir. Kami menunaikan solat zuhur
di surau yang terletak berhampiran dengan pintu masuk zoo. Kami turut berpeluang menyaksikan
persembahan gajah bermain bola sepak dan melukis. Kami kagum melihat kesabaran pelatih haiwan
tersebut melatih gajah-gajah itu dengan penuh kasih sayang.
Rabu. 12 Mei 2014
Kami mengemaskan barang-barang untuk pulang ke rumah. Kami memastikan tiada sampah
yang bersepah di bilik penginapan kami. Kami membeli buah tangan untuk keluarga dan rakanrakan. Kami tidak sabar untuk bertemu dengan ayah dan ibu yang dirindui. Lawatan yang kami
sertai itu banyak memberikan pengalaman baharu kepada kami. Terima kasih guru-guru pengiring
yang menjaga keselamatan kami sepanjang lawatan itu.

Ms | 7

SULIT

012

/20
KERTAS SOALAN TAMAT

Ms | 8

You might also like