You are on page 1of 6

Kertas Model : UPSR 2017 Set Tiga 1 Bahasa Melayu Penulisan (012)

BAHAGIAN A
[10 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan pelbagai aktiviti yang ada hubung kait dengan sungai.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang kepentingan sungai kepada manusia.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.

1 Manusia memperoleh sumber air yang bersih daripada sungai bagi kegunaan seharian.
2 Sungai juga dijadikan sebagai tempat nelayan mencari rezeki seperti ikan dan udang galah.
3 Sungai adalah antara laluan air yang digunakan oleh sampan dan bot untuk perhubungan.
4 Kita boleh bersantai dan berkelah di kawasan sungai yang telajh dijadikan taman tema air.
5 Sungai juga penting untuk proses ekosistem kepada semua makhluk yang tinggal di bumi.

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) Kertas Model Set Tiga, Tahun Enam: Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu (012)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Panitia Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak
Kertas Model : UPSR 2017 Set Tiga 2 Bahasa Melayu Penulisan (012)

BAHAGIAN B
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 25 minit]

Graf menunjukkan bilangan penyertaan pertandingan mengarang sempena sambutan Bulan


Bahasa 2017 peringkat Daerah Larut Matang dan Selama.
Tulis ulasan tentang pertandingan tersebut dalam bentuk perenggan berdasarkan kedua-dua
maklumat yang disediakan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (Bilangan)

LARUT, MATANG DAN SELAMA


PERTANDINGAN MENGARANG
SEMPENA BULAN BAHASA 2017
Anjuran : Unit Bahasa Melayu, PPD LMS
Penyertaan : Terbuka kepada Murid Tahap Dua
Tema : Guru Pembina Negara Bangsa (Penyertaan Murid Tahap Dua)
Tarikh tutup : 11 Mei 2017 (Khamis)
Hasil karangan hendaklah dihantar kepada Cikgu Norliza binti Redzuan
Jumlah perkataan hendaklah antara 250 hingga 350 patah perkataan
HADIAH LUMAYAN MENANTI ANDA!
Pertama Kedua Ketiga 10 Sagu Hati

Anda boleh dapatkan borang penyertaan daripada guru kelas masing-masing.

Graf di atas menunjukkan penyertaan murid Tahap Dua dan maklumat khusus Pertandingan
Mengarang sempena Sambutan Bulan Bahasa 2017 yang dianjurkan oleh Unit Bahasa Melayu
Pejabat Pendidikan Daerah Larut, Matang dan Selama. Pertandingan ini terbuka kepada murid
tahun empat, lima dan enam kerana mereka mempunyai asas kemahiran mengarang yang baik.
Selain itu, tema yang dipilih ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Penyertaan terdiri
daripada 30 orang murid tahun empat, 55 orang murid tahun lima dan 95 orang murid tahun
enam. Seterusnya, tarikh tutup penyertaan pada 11 Mei 2017. Ini memberi ruang yang selesa
kepada para peserta untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Antara hadiah yang
ditawarkan ialah komputer riba, basikal, kamus dan majalah bagi yang menyertai pertandingan
ini.
Kesimpulannya, pertandingan ini dapat menyemai perasaan kasih sayang antara murid
dengan guru di samping mampu membentuk murid yang memiliki sahsiah kelas pertama.

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) Kertas Model Set Tiga, Tahun Enam: Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu (012)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Panitia Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak
Kertas Model : UPSR 2017 Set Tiga 3 Bahasa Melayu Penulisan (012)

BAHAGIAN C
[25 markah]
[Masa dicadangkan : 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

PANTUN SEKOLAHKU CERIA

Tanam peria di pinggir kali,


Gulai dengan si ikan tilan;
Sekolahku ceria indah sekali,
Nilai murni jadikan amalan.

Budak mengail gunakan joran,


Mengail di kali berhati-hati;
Mohon teliti segala pelajaran,
Maklumat kabur menjadi pasti.

Dua rangkap pantun di atas menunjukkan sekolah yang cantik, bersih dan ceria menjadi contoh
dan penyumbang ke arah kecemerlangan murid sekaligus menjurus kepada kemenjadian murid.
Berdasarkan pantun tersebut, tulis karangan yang bertajuk Sekolah Ceria Murid Berjaya.

ATAU

Soalan 2

Kamu dan keluarga kamu mengisi percutian hujung minggu di sebuah taman tema air yang
terdapat di negara kita. Tulis catatan harian tentang pengalaman kamu bersama-sama keluarga
ketika melalui percutian hujung minggu itu.
Tulis catatan kamu itu selengkapnya.

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) Kertas Model Set Tiga, Tahun Enam: Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu (012)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Panitia Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak
Kertas Model : UPSR 2017 Set Tiga 4 Bahasa Melayu Penulisan (012)

BAHAGIAN C (1) KARANGAN JENIS FAKTA

Info perutku berkeroncong bunyi loceng waktu rehat atur langkah ke kantin
Idea 1 terbayang menu istimewa murid-murid beratur amalan disiplin terbaik
jamu selera, berbual-bual suasana harmoni ibu bapa menemani anak-
Idea 2
anak
Idea 3 pusat sumber jadi tumpuan ulang kaji pelajaran pinjam, pulangkan buku
Idea 4 kedai buku sekolah turut jadi tumpuan murid beli alat tulis, buku latihan
Penutup waktu rehat tamat beratur, sebelum masuk kelas - teruskan pembelajaran

SEKOLAH CERIA MURID BERJAYA

Perutku sudah mula berkeroncong. Alangkah leganya aku apabila loceng berdering kuat menandakan
waktu rehat. Lantas, aku dan rakan-rakan beratur di luar kelas sebelum mengatur langkah menuju ke
kantin yang jaraknya 50 meter dari kelasku.

Dalam perjalanan ke kantin, aku terbayang akan menu istimewa hari ini. Murid-murid yang
awal sampai sudah beratur di dataran kantin ketika hendak membeli makanan. Disiplin yang kental
dalam kalangan murid dan para pengawas sekolah yang dedikasi memungkin sekolahku tersohor
disiplinnya.

Aku dan rakan-rakan menjamu selera sambil berbual-bual. Suasana harmoni pada waktu rehat
amat membanggakan kami warga Sekolah Kluster. Terdapat sebilangan ibu bapa murid tahun satu yang
menemani anak-anak mereka di kantin. Maklumlah minggu pertama persekolahan pada tahun ini.

Pusat sumber sekolah juga menjadi tumpuan ulat buku pada waktu rehat. Mereka mengambil
peluang untuk menelaah dan mengulang kaji pelajaran. Pengawas pusat sumber sekolah pula sibuk
mencatat rekod pinjaman dan pemulangan buku oleh murid-murid.

Selain itu, kedai buku sekolah turut dikunjungi oleh murid-murid yang ingin membeli alat tulis,
buku latihan, lencana sekolah dan sebagainya. Tandas juga menjadi sesak bagi mereka yang mahu
melepaskan hajat masing-masing.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah habis. Kami beratur di Ujana Minda, dewan
terbuka di bahagian bawah bangunan Blok A sebelum masuk ke dalam kelas. Selepas itu, aku dan
rakan-rakanku meneruskan pembelajaran untuk menuju dan menawan puncak sensasi kecemerlangan
akdemik sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) Kertas Model Set Tiga, Tahun Enam: Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu (012)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Panitia Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak
Kertas Model : UPSR 2017 Set Tiga 5 Bahasa Melayu Penulisan (012)

BAHAGIAN C (2) KARANGAN JENIS UCAPAN (KERANGKA)


Format gembira, lawat taman tema air siapkan segala keperluan mula perjalanan
Idea 1 asyik melihat pemandangan taman tema air Shah Alam ramai pengunjung
Idea 2 beratur beli tiket menukar pakaian yang sesuai berendam dan bermain air
Idea 3 cuaca semakin panas menaiki kapal gergasi terasa gayat, tetapi gembira
Idea 4 bersihkan diri, solat bersiar-siar, beriadah ambil gambar, lokasi menarik
Penutup meninjau-ninjau cenderamata beli, buah tangan bertolak balik, gembira

PENGALAMAN BERCUTI DI TAMAN TEMA AIR

Sabtu, 20 Ogos 2016

8:00 pagi
Hatiku melonjak kegirangan kerana ayah hendak membawa kami sekeluarga ke taman tema air
yang terletak di Shah Alam. Kami menyiapkan segala keperluan. Sejurus selepas itu, ayah pun
memulakan perjalanan menuju destinasi. Ayah memandu kereta Perdana meninggalkan
perkarangan rumah kami.
10:00 pagi
Aku begitu asyik melihat pemandangan di sepanjang perjalanan yang kami lalui. Aku tidak
sedar kereta yang ayah pandu sudah tiba di halaman utama taman tema air Shah Alam. Pada
ketika itu, aku dapat melihat banyak pengunjung sudah mula memenuhi perkarangan pintu
depan taman tema air tersebut.
10:30 pagi
Hampir lima belas minit beratur untuk membeli tiket, kami sekeluarga memasuki taman tema
air setelah gelang keselamatan terlekat rapi di tangan. Mengkagumkan dan teruja, itulah
ungkapan pertama yang terpacul dari mulutku. Setelah menukar pakaian aku dan adik terus
menuju ke kolam air yang cetek untuk berendam dan bermain papan gelongsor sepuas-puasnya.

12:00 tengah hari


Apabila cuaca semakin panas, kami mencuba permainan lain seperti menaiki buaian gergasi
dan kapal gergasi. Walaupun terasa gayat, aku berasa gembira kerana berjaya melalui
pengalaman tersebut.

2:00 petang
Setelah membersihkan diri dan bersolat, kami sekeluarga bersiar-siar mengelilingi sekitar
taman tema air. Kami merakamkan kenang-kenangan di lokasi menarik menggunakan kamera
yang kami bawa.
4:30 petang
Setelah meninjau-ninjau cenderamata yang dipamerkan, aku membeli beberapa jenis pemegang
kunci untuk dijadikan buah tangan kepada kawan-kawan. Selepas itu, kami bertolak balik
dengan perasaan gembira dan kami juga berharap akan dapat datang semula ke taman tema air
ini suatu hari nanti.

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) Kertas Model Set Tiga, Tahun Enam: Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu (012)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Panitia Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak
Kertas Model : UPSR 2017 Set Tiga 6 Bahasa Melayu Penulisan (012)

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) Kertas Model Set Tiga, Tahun Enam: Bahasa Melayu Penulisan Format Baharu (012)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Panitia Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak

You might also like