You are on page 1of 7

SULIT

MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI PERAK


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SUBJEK : BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Nama Murid : ____________________________________________________________________________

Kelas : ____________________________________________________________________________

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


PEPERIKSAAN PENGESANAN TIGA – TAHUN 2016

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011


Mei 2016
1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawaban objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.

011 © 2016 Hak Cipta Haji Md. Ramli Sabran (HMRS/GCBM/KPM) [Lihat halaman sebelah
SULIT
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 46 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Tiga

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Taklimat Pertanian Akuakultur yang disampaikan oleh ________ jelas amat,” kata peserta
kursus itu dengan nada yang ceria.
A dia
B kita
C beliau
D mereka

2 ________ telah berkenan untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) di kapal KD Hang Tuah.
A Beta
B Patik
C Tuanku
D Baginda

3 Syahrul Ramadhan sedang dalam cuti akhir semester, dia mengikut bapanya ke laut untuk
________ sotong.
A menjala
B mengail
C melukah
D mencandat

4 Aimi Nazihah sedang ________ gambar kereta api elektrik (ETS) dan monorel dari internet
untuk buku skrapnya.
A melukis
B melakar
C mewarna
D mencetak

5 Pak Ali terkejut ________ melompat ke bahu jalan ________ sebuah kereta membunyikan
hon secara tiba-tiba.
A lalu ... apabila
B bahkan ... untuk
C dan ... sementara
D sambil ... manakala

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 47 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Tiga

6 Hasrul Hazri ________ tunangnya seutas rantai emas semasa hari pertunangan mereka pada
11 Oktober 2015 yang lalu.
A hadiahkan
B dihadiahkan
C menghadiahi
D menghadiahkan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Pesawah itu menggunakan ________ untuk menghalau burung-burung pipit yang memakan
padi di bendangnya.
A baju-baju
B objek-objek
C orang-orang
D boneka-boneka

8 Pokok rambutan gading di dusun Pak Cik Razak ________ hingga mencecah tanah kerana
buahnya yang sungguh lebat.
A meluyut
B melabuh
C merimbun
D merendang

9 Di kawasan hujung ladang FELDA Gunung Besout Lima itu masih terdapat banyak lubuk
ikan yang belum ________.
A teruja
B terusik
C tersebar
D terserlah

10 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
A praakhir
B prasyarat
C prasejarah
D prasekolah

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 48 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Tiga

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Se ________ lanun berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa di perairan Selat Melaka hasil
maklumat orang ramai.
A kawan
B pasang
C pasukan
D gerombolan

12 Sazliana memberi kawan karibnya ________ yang dibelinya di Pulau Langkawi semasa dia
bercuti baru-baru ini.
A sagu hati
B duit kopi
C tabir besi
D tanda mata

Soalan 13
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13 I Pak Cik Syahidan mengukir corak bunga raya pada jenang pintu rumahnya.
II Gadis Tionghoa itu tidak putus-putus mengukir senyuman semasa di temu ramah.
III Pengusaha Restoran Udang Galah itu mengukir pendapatan lumayan setiap bulan.
IV Pelukis muda itu sangat gemar mengukir gambar pemandangan pada sehelai kanvas.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 49 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Tiga

Soalan 14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Hari Usahawan 2015 anjuran PIBG sekolah saya mendapat sambutan hangat daripada ibu
bapa dan penduduk sekitar.
A Ibu bapa dan penduduk setempat menyambut baik usaha PIBG menganjurkan Hari
Usahawan 2015 sekolah saya.
B PIBG mengalu-alukan sambutan hangat para ibu bapa dan penduduk sekitar terhadap
Hari Usahawan 2015 yang dianjurkan.
C Sambutan hangat telah diberikan oleh ibu bapa dan penduduk sekitar terhadap Hari
Usahawan 2015 anjuran PIBG sekolah saya.
D PIBG sekolah saya berminat menganjurkan Hari Usahawan 2015 kerana mendapat
sokongan daripada ibu bapa dan penduduk sekitar.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Jabatan Kerja Raya sedang memperlebar jalan di Kampung Teluk Birah.


B Oleh kerana kos pengeluaran meningkat, harga barang turut meningkat juga.
C Pemain ragbi yang beraksi ke padang itu adalah pemain baharu kelab tersebut.
D Mereka memancing udang galah di sungai itu daripada pagi hingga lewat petang.

16 I Lampu-lampu neon bergantungan di restoran makanan laut yang baru dibuka itu.
II Jam-jam tangan buatan negara Swiss itu sangat berkualiti dan harganya juga mahal.
III Orang ramai diminta memikirkan cara yang berkesan untuk menangani gejala sosial.
IV Beberapa daerah di negeri Perlis akan terlibat dalam catuan bekalan air mulai hari ini.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 50 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Tiga

Soalan 17 hingga Soalan 20


Baca petikan surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lot 208, Tanjung Gajah,


Kampung Sungai Dusun,
44010 Kuala Kubu Baharu.

Ketua Pengarah,
Pejabat Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN),
Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun,
44010 Kuala Kubu Baharu,
Selangor Darul Ehsan. 20 Oktober 2015.

Tuan,

KEGIATAN MEMBURU BINATANG DI HUTAN SIMPAN TANJUNG GAJAH

Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung, (JKKK) Tanjung Gajah, Mukim Kampung Sungai Dusun memohon agar pihak
PERHILITAN dapat mengambil tindakan drastik terhadap pemburu-pemburu haram yang
memburu binatang di hutan yang berhampiran kampung kami.
2. Sejak akhir-akhir ini, kegiatan memburu binatang yang dilindungi di hutan itu semakin
menjadi-jadi. Kami mengesyaki pemburu-pemburu tersebut terdiri daripada orang luar dan
memburu binatang secara haram. Beberapa orang penduduk kampung terserempak dengan
mereka ketika mencari rotan, damar, petai, durian bukit dan hasil-hasil hutan.
3. Pemburu-pemburu itu hanya memburu pelanduk dan rusa. Tiga hari yang lalu, kami telah
terserempak dengan pemburu yang sedang mengandar rusa dan pelanduk untuk dibawa keluar
dari hutan semasa kami memikat ayam hutan serta burung punai gading.
4. Saya amat bimbang jika kegiatan ini tidak dikawal, banyak haiwan yang akan dibunuh.
Saya berharap agar pihak tuan dapat menyiasat perkara tersebut supaya haiwan-haiwan
berkenaan tidak diancam kepupusan akibat kerakusan manusia. Kami juga sedia memberi
kerjasama jika pihak tuan memerlukan bantuan.
5. Saya berharap semoga pihak tuan dapat mengatasi kegiatan pemburuan haram ini dengan
segera. Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,


AlifSyukri
(ALIF SYUKRI BIN MANSOR)
Setiausaha,
JKKK, Tanjung Gajah,
Kampung Sungai Dusun.

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 51 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Tiga

17 Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh penulis dalam suratnya itu?
A Perasaan marah
B Perasaan kecewa
C Perasaan gembira
D Perasaan bimbang

18 Selain binatang buruan, apakah khazanah hutan yang dapat dijadikan sumber rezeki?
A Rotan, damar, petai dan durian bukit
B Buluh, petai, akar kayu dan rotan saga
C Kemenyan, durian bukit, rotan dan nipah
D Cendawan, damar, petai hutan dan madu lebah

19 Hutan Simpan Tanjung Gajah telah dikenal pasti oleh para pemburu banyak didiami oleh
binatang seperti
A pelanduk, rusa, ayam hutan, dan burung puyuh gading.
B burung punai, pelanduk, ayam hutan, seladang dan rusa.
C ayam hutan, rusa, sang kancil, dan burung punai gading.
D rusa, seladang, pelanduk, ayam hutan, dan burung punai.

20 Semua pernyataan tidak benar tentang petikan surat di atas, kecuali


A Pemburu mencuri damar dan rotan kepunyaan penduduk kampung.
B Sang kancil dan rusa menjadi penghuni Hutan Simpan Tanjung Gajah.
C Beberapa orang pemburu haram telah ditangkap oleh pihak PERHILITAN.
D Penduduk kampung mengandar pelanduk dan rusa yang ditembak pemburu.

KERTAS SOALAN TAMAT

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131

You might also like