You are on page 1of 4

LAPORAN EKSEKUTIF MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA 2016

BAHASA INGGERIS BIL. 1/2016

Tarikh (Hari) : 17 Februari 2016 (Rabu)


Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan PPD Nabawan
Pengerusi : Puan Caroline Ansusok
Pegawai Unit Bahasa, PPD Nabawan

1. ISU PENTING:
1.1 Sesi perkongsian daripada sekolah-sekolah yang mendapat keputusan yang
cemerlang bagi matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR 2015.

a) Encik Christopher (SK Saliku):


 Program Kelas Tambahan Intensif yang diadakan seawal Januari banyak
membantu dalam mengekalkan kecemerlangan murid di dalam peperiksaan
UPSR.
 Ujian dan peperiksaan diadakan pada setiap bulan bagi membiasakan murid
dengan format soalan peperiksaan UPSR yang sebenar.
 Kelas Tambahan Malam dan iltizam guru merupakan salah satu daripada kunci
utama ke arah kecemerlangan murid.

b) Encik Carl Frank (SK Pandiwan):


 Peningkatan kepada peratus pencapaian murid di dalam peperiksaan UPSR
2015 adalah didorong oleh faktor-faktor yang berikut:
 kaedah penggunaan ICT di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
 penglibatan ibu bapa di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
 keberkesanan teknik-teknik serta kaedah-kaedah menjawab kertas
soalan peperiksaan yang dikongsikan oleh Cik Jacklyne (Pegawai
SISC+), Encik Nazrulshah (SK Pekan Nabawan) dan Cik Christina (SK
Kuala Salong).

SK Sepulot ‘Lumimbou’ Page 1


LAPORAN EKSEKUTIF MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA 2016
BAHASA INGGERIS BIL. 1/2016

 kerja keras serta usaha yang berterusan oleh para guru telah
membantu murid dalam meningkatkan prestasi akademik.

c) Encik Mohd Haiqal (SK Layon):


 Penglibatan ibu bapa dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah
dapat menyumbang ke arah perkembangan dan percambahan minda anak-
anak.

d) Cik Norafizah (SK Kampung Enam):


 Penglibatan serta sokongan yang padu daripada pihak ibu bapa adalah kunci
ke arah kejayaan sesebuah sekolah.
 Bagi SK Kampung Enam, kelas tambahan diadakan seawal bulan Februari.
 Perjumpaan antara pihak sekolah dan ibu bapa perlu diadakan lebih kerap
bagi memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa mengetahui sejauh mana
prestasi serta kedudukan semasa anak-anak mereka.
 Pelaksanaan ‘Program Anak Angkat.’

e) Puan Lenny (SK Tetagas):


 Pelaksanaan Program Guru Muda.
 Latih Tubi merupakan salah satu teknik yang digunakan terhadap kelompok
murid berprestasi sederhana bagi memastikan mereka agar dapat mencapai
gred minima C dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
 Program pengayaan serta bimbingan yang berterusan kepada murid-murid
yang berpeluang mendapat keputusan cemerlang A dalam matapelajaran
Bahasa Inggeris.

1.2 Sesi pembentangan Pencapaian Matapelajaran Bahasa Inggeris UPSR 2015 bagi
daerah Nabawan oleh Pegawai SISC+, Cik Jacklyne Jaikol.
a) Beliau telah membentangkan secara ringkas berkaitan dengan analisis TOV bagi
Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris yang telah dilaksanakan bulan Januari 2016.

SK Sepulot ‘Lumimbou’ Page 2


LAPORAN EKSEKUTIF MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA 2016
BAHASA INGGERIS BIL. 1/2016

b) Dapatan beliau adalah seperti berikut:


 format peperiksaan adalah masih baru dan murid tidak banyak didedahkan
dengan soalan-soalan terkini disebabkan oleh kekurangan bahan.
 kandungan kosa kata yang terhad merupakan punca utama murid tidak dapat
menjawab soalan dengan betul. Ini kerana mereka tidak dapat memahami
arahan serta kehendak soalan yang diajukan.
c) Beliau berharap agar semua guru matapelajaran Bahasa Inggeris dapat melakukan
intervensi serta mencari strategi yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

1.3 Sesi pembentangan Pencapaian LINUS Bahasa Inggeris 2015 bagi daerah Nabawan
oleh Pegawai FasiLINUS, Encik Gary Arjen.
a) Beliau telah menerangkan secara terperinci berkaitan dengan analisis data LINUS
Bahasa Inggeris bagi sesi 2015.
b) Beliau menjelaskan bahawa LINUS adalah amat penting kerana ianya merupakan
asas kepada perkembangan murid dalam proses literasi.
c) Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa buah sekolah yang terpilih akan
dilawat oleh Pegawai FasiLINUS secara berkala.
d) Encik Gary juga menggalakkan guru LINUS agar dapat menggunakan pendekatan
yang lebih positif dalam memberi motivasi kepada semua murid LINUS.
e) Beliau menyarankan agar setiap sekolah dapat menganjurkan program LINUS yang
mampu menghasilkan impak yang besar kepada semua murid LINUS.

2. HAL-HAL LAIN:
2.1 Puan Caroline memohon agar semua Ketua Panitia Bahasa Inggeris dapat
menyerahkan pelan strategik masing-masing kepada beliau dengan kadar yang
segera.
2.2 Beliau juga telah menyentuh berkaitan dengan perancangan oleh pihak PPD agar
semua sekolah dapat melakukan program Bahasa Inggeris secara kolaboratif.
Walaubagaimanapun, perkara tersebut masih di peringkat perbincangan dan akan
diputuskan kelak.

SK Sepulot ‘Lumimbou’ Page 3


LAPORAN EKSEKUTIF MESYUARAT PENGURUSAN PANITIA 2016
BAHASA INGGERIS BIL. 1/2016

2.3 Puan Caroline turut memaklumkan bahawa pihak PPD telah berbesar hati
menjemput Encik Chin Shu Ken, Guru Cemerlang Bahasa Inggeris dari SK Pasir
Puteh, Keningau untuk mengendalikan ‘Bengkel Format Terbaru Kertas Bahasa
Inggeris UPSR 2016.’ Bengkel tersebut akan diadakan pada 10hb Mac 2016
bertempat di suatu lokasi yang akan diputuskan kelak. Bayaran sebanyak RM20
akan dikenakan kepada setiap peserta bengkel bagi menampung kos makan dan
minum sepanjang program berlangsung.

3. PENUTUP
Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ketua Panitia
yang telah hadir pada Mesyuarat Pengurusan Panitia Bahasa Inggeris bil. 1/2016.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………….. ……………………………………….
(MOHD FARRIS BIN AB RASHID) (BONIFACE ANAK SADOH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sepulot,
Nabawan Pensiangan, SABAH

Tarikh: 19 Februari 2016 Tarikh:

SK Sepulot ‘Lumimbou’ Page 4

You might also like