You are on page 1of 2

Visi

: Sekolah

Misi: Membangun

Unggul
Potensi

Penjana

Individu

Genarasi

Terbilang

Pendidikan

Berkualiti

Melalui

Matlamat:
Melahirkan

bangsa

Malaysia

yang

taat

setia

dan

bersatupadu.

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
Menyediakan

sumber

tenaga

manusia

untuk

keperluan

kemajuan

negara.

Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Y.Bhg. Dato' Abd. Ghafar bin Mahmud
Menteri Pelajaran: Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin
Timbalan Menteri Pelajaran I: Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran II: Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

Falsafah Pendidikan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

Sistem Pendidikan

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan


Kerajaan terdiri daripada:(a) Pendidikan Prasekolah

Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

(b) Pendidikan Rendah

Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi

yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun;
Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;

(c) Pendidikan Menengah

Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;
Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-

1.

sekolah akademik

2.

sekolah teknik dan vokasional

3.

sekolah kebangsaan agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah

Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan


menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah
Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian
Sekolah.
Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Kurikulum Kebangsaan
... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan
KUCHING 16 Mei Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Nor Daim dinobat sebagai Tokoh
Kepimpinan Pendidikan 2011, manakala empat lagi warga pendidik dipilih sebagai Tokoh Guru 2011
sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-40.
Penerima Tokoh Guru 2011 antaranya ialah bekas Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), Datuk Siva Subramaniam, 64, dan pensyarah Universiti Industri Selangor
(Unisel), Prof. Datuk Dr. Ab. Rahim Selamat, 66.
Turut menerima penghormatan yang sama ialah bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Air Putih, Kuantan, Hamedah Wok Awang, 63, dan bekas pengetua Maktab Perguruan Gaya,
Kota Kinabalu, Datuk Rita T. Jaafar.

You might also like