You are on page 1of 3

Persediaan Pengurusan Guru Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Sebelum Masuk Kelas

KERTAS PANDANGAN

Tajuk
Persediaan Pengurusan Guru Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu
Sebelum Masuk Kelas
Latar Belakang
2.1. Guru berperanan sebagai pengajar, pendidik, penasihat, penunjuk cara, penyelesai masalah,
mentor, pembimbing, motivator, penilai, rakan, ayah dan ibu di sekolah atau di kelas.
2.2. Pelajar/murid merupakan sasaran, pelanggan atau pesakit yang perlukan suntikan
( ilmu/pengetahuan, semangat, bimbingan, nasihat, petunjuk, teguran, larangan dan sebagainya ).
2.3.
Kelas merupakan lokasi atau gelanggang pertemuan, perbicaraan, perbincangan dan
interaksi di antara murid dengan guru.
2.4. Pertemuan di antara guru dengan murid di kelas yang dikawal oleh jadual waktu atau masa
untuk menyampaikan suntikan ilmu atau bahan ilmiah secara terancang dianggap sebagai
pendidikan formal ( Pendidikan formal dikawal oleh pelbagai elemen )
2.5. Produk atau 'out put' daripada hasilan pendidikan formal ialah berlakunya perubahan ke atas
diri pelajar sama ada berupa fakta yang dapat dilihat atau pun sebaliknya.
2.6. Terdapat tiga tahap/peringkat dalam proses pengajaran dan pembelajaran formal, iaitu
peringkat sebelum masuk kelas, semasa dalam kelas dan selepas tamat kelas )
Takrifan
Persediaan Pengurusan Guru Sebelum Masuk Kelas bermaksud guru seharus dan semestinya
terlebih dahulu mempunyai persediaan yang mantap dalam segala aspek sebelum menjejak kaki ke
kelas untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran bersama dengan pelajar.

Rasional
4.1. Beban tugas guru di sekolah yang semakin bertambah dan mencabar.
4.2.
Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu merupakan subjek elektif di peringkat peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).
4.3.
Kumpulan pelajar yang ditawarkan mata pelajaran ini terdiri daripada pelajar lemah atau
kumpulan kelas ketiga.
4.4. Bilangan pelajar atau peratusan yang mendapat keputusan kecermalangan A+, A dan A- di
peringkat peperiksaan SPM di sebahagian besar sekolah amat kecil.
4.5. Masih terdapat sekolah yang pencapaiannya di bawah par/SPR ( sekolah pencapaian rendah
). Peratusan umum di bawah 50% di peringkat peperiksaan SPM.

4.6. Banyak aspek dan maklumat yang perlu didokumentasikan.


4.7.
Kurikulm KM Semakan Semula 2002, penambahbaikan Sukatan Pelajaran, aras teks yang
tinggi, kesukaran format soalan baru dan skema jawapan peperiksaan yang tidak konsisten
mempengaruhi pencapaian keputusan peperiksaan pelajar.
4.8.
Tanggapan luar yang menganggap kelemahan pelajar berpunca daripada guru yang tidak
berkualiti dan bersedia.
4.9. Profesion guru ialah gelanggang akademik dan professional.
Objektif
5.1. Guru sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.
5.2. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas akan berjalan dengan lancar dan berkesan.
5.3. Menyakinkan pihak pentadbir sekolah.
5.4. Memenuhi kehendak sekolah, PPD, JPN dan KPM.
5.5. Memudahkan semua pihak yang memerlukan maklumat segera.
5.6. Dapat menambah dan menarik minat pelajar.
5.7. Menjadi rolle of model kepada guru-guru lain.
5.8. Memberi keyakinan kepada diri sendiri.
5.9. Menepati kehendak Kurikulum dan Sukatan Pelajaran Semakan Semula 2002.
5.10. Menepati ciri-ciri profesionalisme keguruan.
Matlamat
Matlamat yang hendak dicapai melalui tahap persediaan pengurusan guru sebelum masuk kelas
ialah supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di kelas dapat menghasilkan
produk yang cemerlang baik dari segi sasiah pelajar mahu pun pencapaian dalam semua jenis
peperiksaan.
Aspek-Aspek Persediaan Pengurusan Guru
7.1.

Ilmu/Pengetahuan Sastera

Teori/asas sastera ( definisi, jenis, bentuk, ciri-ciri dan peranan )


Sejarah perkembangan ( sastera tradisional dan sastera moden )
Genre/Teks/Cerita semasa yang digunakan
Istilah sastera
Konsep istilah sastera
Kandungan Kurikulum Semakan Semula 2002
Kandungan Sukatan Pelajaran 2002
Huraian Sukatan Pelajaran 2002

7.2.

Dokumen Wajib

Buku Persediaan Mengajar Guru

Sukatan Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran
Rancangan Pelajaran Tahunan
Rancangan Pelajaran Harian
Jadual Waktu Pengajaran Persendirian/Kelas
Perancangan/Program Tahunan Mata Pelajaran/Panitia

7.3.

Personaliti/Peribadi Guru

Fizikal ( sihat, cergas, kemas )


Mental ( bersih, tenang, tiada gangguan )
Sikap ( yakin diri, bersungguh, bertanggungjawab, berwawasan, intergiri dan bersemangat )
Disiplin ( menepati masa, patuh kepada arahan dan peraturan/pekeliling iktisas )

7.4.

Kemahiran Membina Soalan dan Skema Jawapan Ujian/Peperiksaan

Ujian bulanan
Peperiksaan pertengahan tahun
Peperiksaan akhir tahun/percubaan

You might also like