You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PAMERAN

MATHS FUN LEARNING


PERSATUAN PENCINTA MATEMATIK 2015

1. TAJUK
Cadangan untuk melaksanakan pameran Maths Fun Learning oleh Persatuan
Pencinta Matematik 2015.
2. TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan pengarah IPG Kampus
Ilmu Khas bagi menjalankan pameran matematik Maths Fun Learning yang
dianjurkan oleh ahli-ahli Persatuan Pencinta Matematik 2015.
3. TEMA
Didik hibur dalam matematik
4. LATAR BELAKANG
Pameran ini merupakan tugasan kerja kursus pelajar Program Persediaan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan semester enam. Pameran ini melibatkan pelajar
Persatuan Pencinta Matematik. Pameran ini diadakan selama satu hari, iaitu
pada 13 Oktober 2015. Pameran ini diadakan di Galeri IPG Kampus Ilmu Khas.
Pameran Persatuan Pencinta Matematik ini turut memohon kerjasama daripada
semua ahli jawatankuasa pameran bagi menjayakannya.
Progam pameran ini bertujuan untuk mendedahkan kepada warga IPG Kampus
Ilmu Khas tentang aktiviti didik hibur yang boleh diintegrasikan dalam pendidikan
matematik juga memberi pengalaman kepada ahli-ahli

Persatuan

Pencinta

Matematik tentang tatacara menjayakan sesebuah pameran.


5. OBJEKTIF
a. Sebagai saranan hiburan/rekreasi bagi kelompok pencinta Matematik dan
masyarakat melalui aktiviti luar bilik darjah.
b. Memberi motivasi kepada pengunjung untuk memahami pengiraan dan
pemikiran logikal secara konkrit.
c. Memupuk rasa cinta terhadap matematik dan mengembangkan budaya
KBAT.
d. Mempersembahkan hasil kerja permainan Matematik oleh ahli Persatuan
Pencinta Matematik.

e. Meningkatkan apresiasi Matematik pada generasi terkini.


f. Menerap nilai-nilai murni seperti toleransi, bertolak ansur dan tidak berputus
asa, kerjasama dalam kumpulan dan semngat kerohanian yang tinggi dalam
ahli kelab.
g. Melahirkan masyarakat yang bijak, pandai, kreatif, inovatif dan kompeten
dalam bidang matematik selaras dengan pelan induk pembangunan, teras
ke-2 iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.
6. ASAS PERTIMBANGAN
Pameran ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan kerja kursus bagi
kursus Persatuan Pencinta Matematik, Program Ijazah Sarjana Muda semester
enam. Kejayaan program ini boleh digunakan untuk pensyarah untuk membuat
penilaian terhadap tugasan kerja kursus yang perlu dilaksanakan.
Pameran ini bertujuan untuk melahirkan daya celik intelek yang tinggi dan
kreativiti mereka dalam usaha membentuk permainan rekreasi berasaskan
bidang matematik, di samping menjadi panduan dan sumber idea kepada para
pelajar

untuk

membuat

perancangan

pameran

apabila

diminta

untuk

mengendalikan sesebuah pameran yang berfaedah seperti ini.


Pameran ini berfungsi untuk menunjukkan bakat melalui permainan matematik
yang bermutu dan menarik oleh pelajar khususnya untuk dipaparkan kepada
orang ramai untuk lebih menghayati ilmu matematik. Pameran ini juga mengajar
para pelajar untuk berkerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain.
Justeru, pameran Persatuan Pencinta Matematik ini memberi pengetahuan dan
pengalaman baharu dalam kalangan pelajar tentang permainan matematik selain
daripada mengetahui aktiviti rekreasi matematik yang boleh dikendalikan sebagai
aktiviti dalam persatuan.
7. IMPLIKASI
Warga kampus yang terlibat dalam pameran ini sama ada secara langsung dan

tidak langsung akan dapat menimba ilmu yang baru mengenai permainanpermainan berasaskan matematik. Maklum balas daripada warga IPG Kampus
Ilmu Khas merupakan satu bentuk penilaian tidak langsung yang boleh dijadikan
sebagai panduan kepada para warga kampus yang terlibat. Warga IPG Kampus
Ilmu Khas juga dapat mengenalpasti dan memahami dengan lebih mendalam
tentang kelebihan subjek matematik. Pameran ini juga boleh dijadikan sebgai
rujukan kepada para guru pelatih pada masa akan datang.
8. BUTIRAN
Tarikh
: 13 Oktober 2015
Masa
: 2.30 petang 4.30 petang
Tempat
: Galeri IPG Ilmu Khas
9. PESERTA
Seramai 23 orang ahli Persatuan Pencinta Matematik serta 2 orang pensyarah
pembimbing.
10. TENTATIF PROGRAM (rujuk Lampiran 1)
11. CARTA ORGANISASI (rujuk Lampiran 2)
12. KUMPULAN SASARAN
Semua warga IPG Kampus Ilmu Khas.
13. KEWANGAN (rujuk Lampiran 3)
14. KESIMPULAN
Pameran ini mampu menjadi satu platform bagi melonjakkan kreativiti para
pelajar dalam menghasilkan permainan yang mencabar dan menyeronokkan
berdasarkan subjek matematik. Pameran ini juga mampu menjadi satu rujukan
kepada para pelajar pada masa hadapan ketika sudah bertugas di sekolah nanti.
Amatlah diharapkan agar kertas kerja pameran Maths Fun Learning ini dapat
dipertimbangkan dan mendapat kelulusan oleh Pengarah IPG Kampus Ilmu
Khas.
________________
Disediakan oleh:
Siti Fatihah Binti Mohd Ali,
Setiausaha Persatuan Pencinta Matematik 2015
________________

Disemak oleh:
Puan Hafizah binti Omar,
Pensyarah Pembimbing Persatuan Pencinta Matematik 2015
Diluluskan/Tidak diluluskan/ Diluluskan dengan pindaan,
Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas
____________________

You might also like