You are on page 1of 7

SULIT

MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI PERAK


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SUBJEK : BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Nama Murid : ____________________________________________________________________________

Kelas : ____________________________________________________________________________

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


PEPERIKSAAN PENGESANAN EMPAT – TAHUN 2016

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011


Jun 2016
1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawaban objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.

011 © 2016 Hak Cipta Haji Md. Ramli Sabran (HMRS/GCBM/KPM) [Lihat halaman sebelah
SULIT
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 68 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Empat

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “________ bertiga dari sekolah yang sama,” kata Syahrul, Aswad dan Zulkarnain kepada
pegawai sukan olahraga itu.
A Kita
B Kami
C Kalian
D Mereka

2 “Esok ________ dan beberapa orang pembesar istana akan berangkat ke Pulau Sumatera,”
titah Sultan Mansur kepada Memanda Menteri.
A Beta
B Patik
C Hamba
D Baginda

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Juruhebah Radio Perak FM sedang ________ perlawanan separuh akhir bola sepak antara
Skuad Seladang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
A melakar
B mengulas
C membidas
D mengucap

4 Monyet kesayangan Pak Ali sedang ________ pokok kelapa pandan di belakang rumahnya
petang tadi.
A mengait
B menjolok
C memanjat
D mengambil

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 69 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Empat

5 ________ lapisan masyarakat telah memenuhi stadium itu pada awal-awal pagi lagi untuk
meraikan Sambutan Hari Kebangsaan.
A Ribuan
B Seduyun
C Segenap
D Beberapa

6 Nurul Sazaliana sedang ________ rawatan di hospital itu sejak tiga hari yang lalu kerana
disyaki mengidap demam denggi.
A diterima
B menerima
C penerimaan
D menerimakan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Air sungai menjadi ________ kerana sikap segelintir manusia yang sangat suka membuang
sampah sarap ke dalamnya.
A pekat
B kotor
C hitam
D suram

8 “Kain Sutera Tenun Terengganu ini amat ________ buatannya dan agak mahal harganya,”
kata pemandu pelancong itu kepada kami.
A licin
B gebu
C halus
D empuk

9 ________ daripada soal selidik tentang flora dan fauna yang terdapat di kawasan Hutan
Simpan Endau Rompin akan dibukukan untuk rujukan awam.
A Telahan
B Dapatan
C Andaian
D Ramalan

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 70 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Empat

10 Wartawan akhbar harian itu sedang ________ beberapa orang awam berhubung masalah
jerebu yang melanda negara sekarang ini.
A mencari jalan
B menemu ramah
C mengambil alih
D menyoal selidik

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 “Kereta yang terletak di ________ jalan itu merupakan kereta abang saya,” kata Syamsul
sambil menuding jarinya ke arah kereta tersebut.
A atas
B tengah
C hujung
D pangkal

12 Adik Nurul Aida menangis kerana takut akan ________ yang dilihatnya sedang merangkak
di atas pagar itu.
A obor-obor
B kelip-kelip
C jentik-jentik
D sumpah-sumpah

Soalan 13
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13 I Makanan ala berat merupakan makanan kegemaran keluarganya.


II Pemuda itu dihukum penjara kerana melakukan kesalahan yang berat.
III Aktiviti lasak sebegini terlampau berat bagi murid-murid sekolah rendah.
IV Cik Nurul Huda agak berat meninggalkan kakaknya seorang diri di kampung.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 71 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Empat

Soalan 14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 “Taklimat pengisian data ini dijangka akan berlarutan hingga pukul empat petang,” kata
Guru Besar kepada guru-gurunya.
A Guru Besar menyatakan bahawa pada pukul empat petang masa pengisian data untuk
guru-guru akan tamat.
B Guru Besar dijangka akan memberikan pengisian taklimat data ini hingga pukul empat
petang kepada guru-gurunya.
C Taklimat pengisian data ini dijangka akan berlanjutan hingga pukul empat petang kata
guru-guru kepada Guru Besar.
D Guru Besar memberitahu guru-gurunya berkemungkinan taklimat pengisian data ini
berlanjutan hingga pukul empat petang.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Sultan Selangor telah mengurniakan beliau sebutir pingat keberanian.


B Ibu menghidangi lauk-pauk yang amat istimewa untuk kami pada hari ini.
C Penduduk Taman Jati sentiasa mengamalkan sikap saling bantu-membantu.
D Pengusaha makanan dingin beku itu memperoleh pendapatan yang lumayan.

16 I Muhammad Faiz tersentak apabila namanya dipanggil oleh Cikgu Effendi.


II Setengah-setengah murid kurang berminat menyertai kegiatan kokurikulum.
III Berbagai jenis makanan laut dijual dengan harga yang murah di pasar raya itu.
IV Hakim menjatuhkan penjenayah itu hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 72 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Empat

Soalan 17 hingga Soalan 20


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pengembaraan menggunakan basikal merupakan minat dan hobiku sejak kecil lagi. Aku telah
meluahkan hasrat dan impianku ini kepada ibu bapaku. Setelah mendapat keizinan daripada
mereka, aku pun memulakan pengembaraan mengayuh basikal kesayanganku menuju ke utara
meninggal bandar raya Ipoh. Aku menggalas beg yang berisi pakaian, barang-barang keperluan
sepanjang perjalanan dan sejumlah wang untuk perbelanjaanku ketika di perantauan.

Hari pertama, aku mengayuh sejauh 50 kilometer. Selepas menempuh pelbagai cabaran
dan dugaan, akhirnya aku sampai di bandar Taiping ketika hari menghampiri senja. Aku mencari
gerai untuk mengalas perutku yang kosong. Setelah selesai solat Isyak di Masjid Kampung
Jambu, aku berborak-borak dengan tuan imam masjid tersebut. Aku menyatakan hasratku untuk
bermalam di masjid itu. Tuan imam merestui hasratku, aku dibenarkan bermalam di situ.

Pada hari kedua pula, perjalanan yang terpaksa kulalui adalah 15 kilometer lebih jauh
daripada hari pertama. Satu pertiga perjalanan, aku terpaksa meredah hujan yang agak lebat.
Aku tiada pilihan lain, melainkan meneruskan sahaja perjalananku agar dapat tiba di destinasi
sebelum malam. Aku bersyukur kerana berjaya sampai di rumah kenalanku, Syahrul sebelum
Maghrib. Syahrul menyambut ketibaanku dengan begitu gembira sekali. Aku telah menceritakan
keinginanku ke utara. Syahrul ingin menemaniku dalam pengembaraan ini. Pada malam itu, aku
menjadi tetamu di rumahnya. Aku tidur lena kerana keletihan.

Keesokannya, aku dan Syahrul meneruskan kayuhan sejauh 75 kilometer dari Bukit Jawi
untuk sampai di Sungai Petani. Dalam perjalanan itu, kami mengalami sedikit masalah. Tayar
basikal Syahrul pancit. Kami meminta simpati daripada pemandu lori yang lalu ketika itu.
Akhirnya, sebuah lori enam tayar berhenti melihat isyarat daripada kami. Kami menaiki lori itu
sejauh 20 kilometer untuk sampai di sebuah kedai basikal. Setelah tayar basikal Syahrul diganti
dengan tayar yang baharu, kami meneruskan perjalanan. Malam itu, kami tidur di Masjid Sultan
Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Sebelum melelapkan mata, pada malam itu
sempat jugalah kami berbual-bual tentang kisah lama semasa di sekolah rendah dahulu. Bak kata
orang, mengimbas kembali nostalgia silam.

Pada hari berikutnya, kami meneruskan baki pengembaraan sejauh 70 kilometer lagi
untuk sampai di Alor Setar. Sepanjang perjalanan, kami melihat panorama yang begitu indah.
Hamparan sawah padi yang menguning, bukit-bukau dan gunung-ganang yang berbalam-balam
dengan kehijauannya serta pembangunan yang pesat di sana sini. Akhirnya, aku dan Syahrul
selamat sampai ke rumah datuk. Datuk terpaku seolah-olah terpukau apabila melihat aku dan
Syahrul menuntun basikal di hadapannya.

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131
Modul PdP KBAT – UPSR Format Baharu 2016 73 Bahasa Melayu Pemahaman (011A) : Modul Empat

17 Ke manakah ekspedisi kembara berbasikal yang dilakukan oleh penulis?


A Ipoh
B Taiping
C Alor Setar
D Sungai Petani

18 Penulis telah mengayuh basikalnya untuk sampai di rumah datuknya sejauh


A 210 kilometer
B 240 kilometer
C 260 kilometer
D 280 kilometer

19 Apakah yang penulis dapat lihat dalam perjalanan hari yang keempat pengembaraannya?
A Bendang, bukit-bukau dan gunung-ganang
B Sawah, kebun buah-buahan dan bukit-bukau
C Bukit-bukau, ladang getah dan gunung-ganang
D Gunung-ganang, kawasan perindustrian dan bukit-bukau

20 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.


A Penulis dan Abidin mula berkenalan sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi.
B Penulis dan Abidin mengambil masa selama empat hari untuk sampai di Alor Setar.
C Penulis mengayuh basikalnya sejauh 75 kilometer dari Bukit Jawi ke Sungai Petani.
D Selama pengembaraannya, penulis hanya memilih masjid sebagai tempat bermalam.

KERTAS SOALAN TAMAT

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) – Modul Bahasa Melayu Pemahaman (011A), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (Haji Md. Ramli bin Sabran) – GC Bahasa Melayu : 019-5758131

You might also like