You are on page 1of 4

LAPORAN MINGGU BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KEPIS Minggu Bahasa Malaysia telah pun berjaya dilaksanakan

pada 2 Julai sehingga 6 Julai 2012. Acara perasmian telah diadakan di tapak perhimpunan dan dirasmikan oleh Puan Fatimah binti Ab Kadir GPK 1 Sekolah Kebangsaan Kuala Kepis. Penglibatan murid amat menggalakkan. Oleh itu, diharap dengan terlaksananya Minggu Bahasa Malaysia ini maka Dasar MBMMBI yang dirancang oleh kerajaan tercapai. Sepanjang minggu ini, pelbagai aktiviti telah dirancang mengikut Tahap seperti kuiz spontan, mencari harta karun, pelupakah aku?, tulisan cantik, bina perkataan, dan menulis esei. Namun begitu akibat kekangan masa beberapa aktiviti tidak dapat dilaksanakan seperti pertandingan sahiba. Adalah menjadi harapan Panitia Bahasa Malaysia setiap aktiviti yang dilaksanakan mampu meningkatkan penggunaan Bahasa Malaysia di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kuala Kepis. Diharap juga aktiviti Minggu Bahasa Malaysia ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan aktiviti yang lebih banyak dan menyeronokkan untuk menarik minat murid-murid.

Disediakan oleh, ........................................... (Pn. Norhasliza Binti Harun) Setiausaha Panitia BM

Antara Panorama Sepanjang Minggu Bahasa Malaysia 2012

MAJLIS PERASMIAN

PERTANDINGAN MENULIS ESEI TAHAP 2

PELUPAKAH AKU?

You might also like