You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

JAMES
PETI SURAT 160
89057 KUDAT
SABAH

MINIT MESYUARAT PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU DAN PENYAMPAIAN


LENCANA SAYA PANDAI BACA FASA 2 (PANITIA BAHASA MELAYU) BIL 05/2023

Tarikh : 15 September 2023 ( Jumaat)


Masa : 7.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, SK St James, Kudat

KEHADIRAN :
Hadir
1. En. Ronal @Ronald Bilik Guru Besar
2. Pn. Azniza binti Ahmad Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik
3. Pn. Arinah binti MD Amin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. En. Suhaimi Ag. Jaya Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Suriah binti Haji Mahiluddin Ketua Panitia Bahasa Melayu
6. Pn. Farhan Aqiela binti Muchtar Setiausaha
7. Pn. Falin binti Dungut Penyelaras Tahap 1
8. Puan Sriyani binti Fadzil Guru Pemulihan
9. En. Kinche bin Kamlan
10. En. Padjimon S Labugan
11. En. Geprin bin Amil
12. Pn. Nuriah binti Abdul Hamid
13. Pn. Chryslin binti Alisnin
14. Cik. Nuraini binti Batala
15. Pn. Halimah binti Edi
16. Pn. Norliah binti Adin
17. Pn. Siti Asiah binti Ab Rahaman
18. Cik. Dayang Hanifah
19. Pn. Noorhibah binti A. Goyoh
20. Pn. Siti Muslihah binti Jamil
21. Cik. Bibi Norfazlina binti Gurahman
22. Pn. Stephanie Jupiri
23. Cik. Edlora Ryn Jamari
24. Cik. Nurul Atiqah binti Zuamin
25. En. Noorazwan bin Abdul Aziz
26. En. Sahapati bin Sorirul
27. En. Jeslis Enggam
28. En. Mohamad Farid bin Mustafar
29. En. Hajuan bin Salim
30. En. Adventist Sam Stanley
31. Cik. Amalina binti Ismail

1
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JAMES
PETI SURAT 160
89057 KUDAT
SABAH

AGENDA MESYUARAT

3.1 Ucapan Pengerusi


3.2 Ucapan Pentadbir
3.3 Program Minggu Bahasa Melayu dan Penyampaian Lencana Saya Pandai Baca Fasa 2
3.4 Hal-hal lain

AGENDA YANG DIBINCANGKAN :

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pn. Azniza mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan
mengucapkan tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu yang akan melaksanakan
Minggu Bahasa Melayu dan Penyampaian Lencana Saya Pandai Baca Fasa 2.

2.0 UCAPAN GURU BESAR

2.1 En. Ronal mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
2.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu yang akan
melaksanakan Minggu Bahasa Melayu dan Penyampaian Lencana Saya Pandai Baca
Fasa 2.
2.3 Beliau juga mengatakan dalam masa terdekat ini, sekolah kita juga akan mengadakan
Majlis Perasmian dan Penyerahan Bangunan Sekolah Baru yang dirasmikan oleh En.
George Taitim Tulas ( CEO, Sabah Credit) dan seramai 20 orang yang datang
bersama.
2.4 Beliau berharap agar pelaksanaan program minggu Bahasa Melayu dapat dijalankan
dengan baik mengikut perancangan yang diketuai oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu
iaitu Pn. Suriah.
2.5 Beliau juga berpesan agar aktiviti yang dilaksanakan hendaklah selepas waktu rehat
murid.

Tindakan : Makluman Semua

3.0 PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU DAN PENYAMPAIAN LENCANA SAYA


PANDAI BACA FASA 2 2023

3.1 Pn. Suriah menerangkan pelaksanaan aktiviti dalam minggu Bahasa melayu yang
akan diadakan selama seminggu bermula pada 18 September hingga 22 September
2023.
3.2 Beliau membacakan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan. Antaranya ialah
Pertandingan Menulis Cantik, Pertandingan Tulisan Berangkai, Pertandingan
Bercerita, Deklamasi Sajak, Kuiz Bahasa, Pertandingan Mengeja bagi Murid

2
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JAMES
PETI SURAT 160
89057 KUDAT
SABAH

Pemulihan sehingga majlis penutupan yang akan diadakan sekaligus dengan


Penyampaian Lencana Saya Pandai Baca Fasa 2.
3.3 Beliau juga menunjukkan AJK Pelaksana dan aktiviti sepanjang program Minggu
Bahasa Melayu akan berlangsung serta Aturcara Majlis Penutupan Minggu Bahasa
dan Penyampaian Lencana Saya Pandai Baca Fasa 2.
3.4 Beliau meminta semua guru memberi gambar untuk aktiviti yang berlangsung.
3.5 Beliau berharap agar semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan semua guru
dapat memberikan kerjasama. AJK Pelaksana dan Skop Tugas akan diapung dalam
group whatsApp sekolah.
Tindakan : Makluman Semua

4.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Pn. Chryslin memberitahu masalah kehadiran bagi kelas 3 UMS dan Guru Besar
merespons mengenai tindakan ketidakhadiran murid ke sekolah hendaklah
menyediakan dokumen murid yang tidak hadir masuk ke dalam fail.

6.2 En. Suhaimi menyatakan akktiviti Kokurikulum dibatalkan untuk memberi laluan
kepada program GoRo. Namun, kehadiran murid diambil oleh guru penasihat. Selain
itu,beliau juga meminta guru Pendidikan Seni (tahap 2) untuk menyediakan nama
murid bagi mengikuti pertandingan mewarna dan lawatan ke Mini Karnival Jom
Kenali Muzium. Cikgu Hajuan dan cikgu Amalina sebagai guru pengiring ke
muzium.
6.3 Pn. Arinah memberitahu semua guru untuk memakai baju tshirt putih merdeka
semasa program GoRo nanti.
6.4 Guru Besar berpesan agar setiap aktiviti semasa program minggu Bahasa , banner/
bunting akan diletak di depan sekolah sebagai makluman bahawa sekolah sedang
mengadakan aktiviti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.52 pagi

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________________ _______________________
(FARHAN AQIELA BINTI MUCHTAR) (SURIAH BINTI MAHILUDDIN)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
Sek. Keb. St. James Sek. Keb. St. James

3
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JAMES
PETI SURAT 160
89057 KUDAT
SABAH

Disahkan oleh,

___________________________
(RONAL @ RONALD BILIK)
Guru Besar
Sek. Keb. St. James

Dicadang oleh, Disokong oleh,

________________________ ____________________
(Norliah Adin ) ( Bibi Nor Fazlina )

Sk : Fail Panitia Bahasa Melayu

You might also like