You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT MESYUARAT GURU SMK BUKIT JAMBUL SESI 2012 BIL 1/2012 Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: : : : 29 Disember 2011 8.30 pagi Bilik Mesyuarat SMK Bukit Jambul Jawatankuasa MBMMBI 1 En Abdul Rashid Bin Abdul Samad 2 En. Wan Sajiri Bin Wan Hassan 3 Pn.. Fadhilah Bt Ismail 4 Semua Guru Kanan 5 Ketua Panitia Matematik 6 Ketua Panitia Sains

Agenda : 1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1. Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru pada mesyuarat pertama sesi 2012. Tindakan: Makluman semua guru

2. MBMMBI 2.1. En Wan Sajiri memberikan taklimat tentang surat siaran dasar MBMMBI Bil 5 tahun 2011 tentang dasar MBMMBI yang telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tindakan: Makluman semua guru

2.2. Pn Ong Kim Cheng memaklumkan bahawa surat siaran tentang dasar MBMMBI telah dimasukkan ke dalam buku info sekolah untuk makluman kepada semua ibu bapa. Tindakan: Makluman semua guru

2.3. Tuan Pengetua meminta Penolong Kanan Pentadbiran untuk memberikan satu taklimat khusus kepada ibu bapa tingkatan 1 semasa perjumpaan waris tingkatan 1 yang akan diadakan pada 30 Disember 2011. Tindakan: En Wan Sajiri

2.4. En Wan Sajiri meminta maklum balas daripada panitia Matematik dan Sains tentang penggunaan bahasa pengantar dalam P&P Sains dan Matematik untuk sesi 2012. Tindakan: Ketua Panitia

2.5. En Wan Sajiri memaklumkan bahawa penerangan lanjut tentang MBMMBI akan diperincikan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Matematik dan Sains semasa mesyuarat panitia yang akan diadakan pada 11 Januari 2012. Tindakan: Ketua Panitia

2.6. Mesyuarat telah memutuskan bahawa penggunaan bahasa pengantar bagi kedua-dua subjek adalah dengan menggunakan dwibahasa bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Tindakan: Makluman semua guru

2.7. Ketua Panitia Matematik memaklumkan bahawa bagi kelas tingkatan 5, guru-guru akan menggunakan bahasa Inggeris dalam mengemukakan istilah matematik dan dalam menerangkan konsep mereka akan menggunakan bahasa Melayu untuk memberikan pemahaman yang mendalam kepada para pelajar. Tindakan: Makluman semua guru

2.8. Mesyuarat bersetuju dengan pendekatan tersebut dan meminta semua guru menggunakan kaedah yang sama. Tindakan: Makluman semua guru

3. Penutup 3.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi.

Disediakan oleh, . NORHAFIZAH BT MD ISWO @ YUSOF Setiausaha Mesyuarat Guru SMK Bukit Jambul

Disemak oleh, . ABDUL RASHID B. ABDUL SAMAD Pengetua SMK Bukit Jambul

You might also like