You are on page 1of 2

Tarikh : 09 Januari 2014 (Khamis)

Masa: 12:35 pm

Tempat: Makmal Komputer SK Petagas

Agenda:

1. Taklimat Hal Ehwal Murid


2. Taklimt Program Linus
3. Taklimat J-QAF
4. Taklimat Disiplin dan Peraturan Sekolah
5. Taklimat Bimbingan Dan Kaunseling.

LAPORAN

Taklimat Hal Ehwal Murid: Taklimat tentang hal ehwal murid sekolah SK Petagas telah
disampaikan oleh Encik Affendy Hj. Soeto selaku Guru Penolong Kanan HEM di mana
beliau menyentuh sedikit mengenai peraturan sekolah, kehadiran murid, pendaftaran
murid dan bantuan-bantuan kerajaan kepada murid-murid. Beliau juga ada menjelaskan
tentang bantuan wang seperti KOAM dan sebagainya agar semua ibu bapa lebih
memahami tentang pembahagian bantuan tersebut.
Taklimat Program LINUS: Taklimat LINUS telah disampaikan oleh penyelaras masing-
masing mengikut subjek BM dan Matematik. Puan Askiah selaku penyelaras program ini
telah menerangkan dengan jelas tentang program NKRA tersebut agar ibu bapa lebih
memahami dan peka kepada perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Beliau
juga menyentuh bagaimana proses Literasi dijalankan sehinggalah murid-murid dapat
melepasi tahap perdana. Manakala Pn. Celistha pula telah menerangkan tentang
Numerasi program ini di mana prosesnya juga sama dengan yang telah dijelaskan oleh
penyelaras.
Taklimat J-QAF: Taklimat J-QAF telah disampaikan oleh En. Zahar di mana beliau
merupakan penyelaras program tersebut. Beliau juga telah menerangkan tentang
maksud dan tujuan program ini dijalankan di semua sekolah di negara ini terutama sekali
SK Petagas.
Taklimat Disiplin dan peraturan Sekolah: Taklimat ini telah disampaikan oleh Guru
Disiplin Tahap 1 SK Petagas iaitu Pn. Sri Dewi di mana beliau telah menyentuh mengenai
pakaian murid, kebersihan, rambut, masa belajar dan juga perbuatan-perbuatan yang
ditegah di sekolah. Beliau juga menekankan tentang pemakaian lencana sekolah dan
juga tanda nama murid-murid.
Taklimat Bimbingan dan Kaunseling: En. Darma sekalu kaunselor sekolah telah
mempelawa semua ibu bapa yang hadir agar dapat bertemu dengan beliau sekiranya
ada masalah-masalah yang perlu dibincangkan bersama terutama sekali mengenai
pembelajaran anak-anak.
Taklimat tamat pada jam 3:00 petang dan diakhiri dengan sedikit jamuan ibu bapa.

You might also like