You are on page 1of 8

REFLEKSI

NAMA : NOR AZILAH BINTI ABDULLAH

PROGRAM : PISMP 8D AMBILAN JANUARI 2011

NAMA PENSYARAH : PN. NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFALI

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya dapatlah saya menyempurnakan tugasan ini mengikut masa yang
ditetapkan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diberikan kepada Pn. Nor
Rul Azlifah Binti Zulkafali iaitu pensyarah pembimbing bagi sebjek PSS 3143 iaitu
Wacana dan Masyarakat kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam
menyempurnakan tugasan ini.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih

yang tidak terhingga kepada tiga orang rakan sekumpulan saya iaitu Fatin Izawanie
binti yaakob, Ainul Huda binti Abdul Halim dan Norhazira binti Masri. Mereka telah
banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan kerjasama yang sangat baik
sepanjang tugasan kerja kursus ini dilaksanakan.

Tugasan kerja kursus bagi Wacana dan Masyarakat ini terbahagi kepada tiga
bahagian iatu dalam kumpulan bertiga, berpasangan dan individu. Bagi tugasan
berkumpulan, tugasan meminta saya dan dua orang lagi rakan untuk membentangkan
ulasan yang berkaitan dengan satu artikel yang diambil daripada akhbar untuk
mengaitkannya dengan unsur patriotisme dengan menggunakan kmahiran ICT. Bagi
tugasan berpasangan pula, tugasan ini meminta saya dan seorang rakan untuk
membincankan dan menganalisi secara terperinci mengenai satu petikan jurnal yang
berkaitan dengan satu isu sosial dan mencadangkan jalan penyelesaian isu social
tersebut. Tugasan yang terakhir iaitu penulisan refleksi yang berkaitan dengan
pengalaman yang diperoleh semasa menulis esei iaitu sejauh mana analisis wacana
dapat membantu pembentukan masyarakat.

Sebelum tugasan dimulakan, saya berasa agak khuatir kerana kurang


memahami kehendak soalan. Namun, selepas perbincangan dilakukan bersama-sama
dengan pensyarah pembimbing iaitu Pn. Nor Rul Azlifah di mana beliau menerangkan
setiap satu soalan tugasan beserta objektifnya dengan terperinci, saya lebih memahami
akan kehendak soalan. Beliau sangat komited dalam memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Selain itu, perbincangan bersama
rakan-rakan juga menambahkan pemahaman saya terhadap objektif dan persoalan
yang diutarakan dalam tugasan kerja kursus ini.

Selepas itu, pencarian maklumat di beberapa tempat dijalankan. Bahan-bahan


rujukan yang dirujuk seperti buku, jurnal, modul dan laman sesawang. Kebanyakan
buku dan modul yang diperoleh sebagai bahan rujukan dipinjam daripada perpustakaan
iaitu Perpustakaan Lokman Musa IPG Kampus Bahasa Melayu dan Perpustakaan
Negara. Bahan-bahan yang dicari ialah bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk
tugasan.

Pelbagai manfaat yang saya peroleh berdasarkan pengalaman melaksanakan


tugasan

kerja

kurusus

Wacana

dan

Masyarakat

ini.

Pembentangan

yang

menggunakan ICT mengenai ulasan isu sosial yang mengaitkan dengan konsep

patriotisme banyak memberikan ilmu dan pengetahuan yang baharu kepada saya.
Kumpulan saya telah memilih tajuk Mantapkan Mata Pelajaran Sejarah Asas
Patriotisme berdasarkan artikel daripada akhbar Utusan yang bertarikh 12 Ogos 2014.
Pencarian maklumat mengenai tajuk ini telah memberikan kesedaran kepada saya
bahawa betapa pentingnya mata pelajaran Sejarah dalam memupuk semangat
patriotisme. Melalui pembacaan secara eksplisit dan implisit mengenai masalah yang
terjadi di sekolah iaitu kebanyakan pelajar tidak meminati mata pelajaran ini kerana
alasan-alasan yang tertentu seperti terlalu banyak fakta yang perlu diingat, terlalu
banyak bab yang peru dibaca dan sebagainya, saya memperoleh cara-cara bagi
mengatasi masalah ini sekaligus boleh menerapkan asas patriotisme terhadap diri
pelajar. Penganalisaan wacana bagi artikel daripada akhbar ini yang ditulis oleh Dr.
Aminuddin Mansur, dapat mempengaruhi pemikiran saya iaitu dengan memantapkan
mata pelajaran Sejarah dapat membentuk asas patriotisme dalam diri pelajar. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana
semangat patriotisme seharusnya dipupuk dalam diri setiap individu daripada bangku
sekolah.
Selain itu, pembentangan secara bertiga ini yang meminta saya dan rakan-rakan
untuk menggunakanan kemahiran ICT telah menambahkan ilmu pengetahuan saya
mengenai permodenan teknologi maklumat masa kini yang lebih menarik yang boleh
digunakan selain menggunakan persembahan power point. Hasil pembacaan daripada
beberapa

blog

daripada

laman

sesawang

mengenai

tutorial

menggunakan

persembahan ICT menggunakan aplikasi online atau dalam talian, telah membuahkan
hasil kerana saya dan rakan-rakan dapat membina sebuag persembahan ICT yang
bertajuk Mantapkan Mata Pelajaran Sejarah Asas Patriotisme.

Bagi tugasan berpasangan pula, tugasan Wacana dan Masyarakat ini meminta
saya dan rakan untuk menganalisis secara terperinci satu petikan jurnal yang berkaitan
dengan isu sosial yang dipilih dan mencadangkan jalan penyelesaian bagi isu sosial
tersebut. Penderaan kanak-kanak merupakan isu sosial yang dipilih oleh kumpulan

saya dan tajuk jurnal yang dipilih adalah hasil kajian Noremy Md. Akhir, Khadijah Alavi,
Salina Nen, Fauziah Ibrahim , M. Suhaimi Mohamad dan Nazirah Hassan pada tahun
2012. Tajuk bagi jurnal yang dipilih adalah Hubungan Faktor Dalaman Penderaan
Fizikal Terhadap Kanak-Kanak. Jurnal ini membincangkan mengenai ciri demografi dan
latar belakang pendera dan mengenalpasti faktor atau punca penderaan fizikal kanakkanak dalam kalangan ibu bapa Melayu di negeri Selangor. Isu penderaan kanak-kanak
ini dipilih adalah kerana

kes-kes penderaan yang berlaku di Malaysia semakin

meningkat saban tahun. Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan berita-berita
mengenai penderaan kanak-kakak melalui media massa.
Analisis

wacana

ini

dapat

membantu

pembentukan

masyarakat

maju.

Penganalisaan wacana berdasarkan sesebuah hasil kajian atau penulisan dapat


melihat masalah daripada perspektif yang luas dan menggunakan pendekatan retorik
dalam psikologi sosial. Selain itu, kesedaran untuk menyelesaikan masalah konkrit
secara objektif juga merupakan antara sebab sesuatu wacana dianalisis. Semasa
wacana dianalisis pengulas tidak boleh mepunyai sifat etnosentrik dan prejudis,
sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan bersifat futuristik futuristik.
Tun

Dr.

Mahathir

Mohamad,

Mantan

Perdana

Menteri

Malaysia

telah

menggariskan sembilan cabaran yang perlu direalisasikan menjelang tahun 2020 bagi
mencapai bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu
Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada
cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah
kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah
atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang
sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negaranegara lain.
Berdasarkan penganalisaan wacana mengenai isu penderaan fizikal kanakkanak ini menunjukkan runtuhnya nilai kasih sayang dalam sesebuah institusi keluarga.
Ia secara tidak langsung melemahkan hasrat negara dalam usaha mencapai Wawasan

2020 di mana salah satu sembilan cabaran Wawasan 2020 adalah memupuk kasih
sayang dalam membentuk sebuah keluarga dan masyarakat yang penyayang. Oleh itu,
kanak-kanak perlu dilindungi daripada sebarang bentuk bahaya termasuk semua jenis
penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi. Ini kerana kesejahteraan kanakkanak sebagai modal insan akan tergugat akibat menjadi mangsa penderaan mereka
yang tidak bertanggungjawab. Lindungilah hak asasi kanak-kanak kerana mereka
adalah pewaris negara yang bakal menerajui masa depan sosial, politik dan ekonomi
negara.
Wawasan
pembangunan

ini

telah

keluarga

mengetengahkan
berdasarkan

perkara pokok sistem sosial

hakikat

bahawa

keluarga

menjadi

iaitu
asas

pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini
membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan
terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga
(rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi
rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai
dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi)
sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal
lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam
memajukan negara dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mewujudkan
keluarga dan masyarakat yang sempurna untuk melahirkan masyarakat yang maju .

Melalui analisis wacana, sesuatu isu atau masalah dapat difikirkan jalan
penyelesaiannya. Dalam pembentukan masyarakat maju, mewujudkan masyarakat
yang bermoral dan beretika sepenuhnya, dengan para warganegaranya mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan didorong oleh standard etika paling
tinggi antara cabaran pembentukan kepada Wawasan 2020. Berdasarkan jurnal kajian

yang dianalisis ini, langkah-langkah dan cara mengatasi masalah tersebut dapat
dirungkaikan untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika supaya kes
penderaan kanak-kanak ini dapat dibendung.
Bukan itu sahaja, analisis wacana turut memberikan manfaat atau kelebihan
kepada peningkatan seseorang individu. Melalui analisis wacana, seseorang individu itu
akan dapat mempertingkatkan keyakinan diri. Hal ini kerana melalui penganalisaan
wacana, seseorang individu itu akan dapat meningkatkan pengetauan dengan lebih
meluas dan meningkatkan kemahiran berfikir. Tambahan pula, melalui analisis wacana
ini dapat meningkatkan penerapan nilai-nilai murni seperti kerjasama, besyukur dan
sebagainya. Peningkatan aspek intrapersonal dan interpersonal juga merupakan antara
kelebihan bagi seseorang individu melalui analisis wacana ini. Hal ini kerana, wacana
bukan sahaja dalam bentuk tulisan bahkan juga dalam bentuk komunikasi. Selain itu,
melalui analisis wacana juga seseorang individu dapat meningkatkan profesionalisme
mereka. Kelebihan kepada individu melalui analisis wacana sekaligus dapat
mewujudkan pembentukan masyarakat maju.
Berdasarkan penganalisaan wacana juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir
kreatif dan kritis bagi pengulas. Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan
idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi
terhadap proses yang dialami. Melalui analisis wacana, pengulas dapat memahami
wacana yang dianalisis serta dapat membuat keputusan yang wajar. Bagi bakal guru,
kursus Wacana dan Masyarakat dapat melahirkan guru yang mempunyai pemikiran
yang kreatif dan kritis. Apabila bakal guru mempunyai pmikiran yang kreatif dan kritis,
ianya akan membantu mreka untuk menjadi guru yang cemerlang kelak. Guru yang
mempunyai sifat ini akan melahirkan murid yang progresif dan berfikiran saintifik. Hal ini
akan membawa kepada pembentukan masyarakat maju.

Selain itu, analisis wacana juga dapat memberikan pengaruh kepada dasar dan
peraturan

melalui

perbincangan

yang

terbuka,

mendedahkan

kepincangan,

memberikan pandangan penyelesaian, dan mengutarakan respon orang ramai. Hal ini
akan dapat mewujudkan pembentukan masyarakat yang maju kerana berdasarkan
analisis wacana yang dilakukan terhadap sesuatu isu atau pandangan akan
memperoleh hasil pemikiran yang kritis. Lalu, hasil pemikiran atau idea tersebut boleh
digunakan untuk menambahbaik sesuatu dasar. Apabila dasar yang sedia ada
ditambah baik, maka masyarakat maju akan terbentuk.
Analisis wacana turut memberikan kelebihan kepada profesion keguruan. Hal ini
boleh meningkatkan profesionalisme guru. Apabila sesuatu wacana dianalisis dalam
bentuk tulisan mahupun komunikasi, ianya boleh meningkatkan penyelidikan. Sebagai
contoh, apabila guru mendengar akan masalah murid, guru akan menganalisis punca
masalah tersebut melalui penyelidikan supaya mengetahui punca masalah tersebut dan
cara mnenanganinya. Selain itu, analisis wacana juga dapat membuatkan seorang guru
untuk membuat refleksi mengenai pengajarannya berkesan atau tidak berkesan. Bukan
itu sahaja, melalui analisis wacana juga dapat meningkatkan budaya ilmu dan akan
peka tentang isu-isu semasa. Tambahan pula, analisis wacana ini dapat meningkatkan
kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah dalam kalangan guru. Apabila profesion
keguruan mengaplikasikan analisis wacana ini, maka pembentukan masyarakat maju
boleh dibentuk kerana guru merupakan antara agen yang mendidik kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kekangan yang timbul dalam pelaksanaan


tugasan ini. Penerimaan tugasan kerja kursus yang serentak dengan beberapa kursus

yang lain, telah menyebabkan kekangan masa bagi saya. Tarikh hantar yang hampir
sama antara kesemua kerja kursus yang lain menyebabkan situasi agak kelam kabut.
Bukan itu sahaja, kesibukan diri dengan sesi internship selama sebulan dan penulisan
laporan Penyelidikan Tindakan juga memberikan kekangan sepanjang melaksanakan
tugaan ini. Walaubagaimanapun, atas kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa,
pensyarah pembimbing dan rakan-rakan , tugasan ini dapat jua dilaksanakan dan
dihantar pada masa yang ditetapkan.
Akhir sekali, saya berasa tugasan seperti ini adalah sangat bagus untuk guru
pelatih. Hal ini kerana penganalisaan sesuatu wacana sangat penting untuk
memperoleh

idea

dan

pendapat

yang

kritis

dan

kreatif

Namun,

sedikit

penambahbaikan haruslah ada misalnya seperti memberi contoh tugasan yang perlu
dibuat oleh para pelajar terlebih dahulu supaya pelajar dapat menjadikan ia sebagai
contoh dan dapat menyiapkan tugasan dengan lebih sempurna. Sekali lagi saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung
atau tidak langsung.
Sekian, terima kasih.

You might also like