You are on page 1of 7

MASALAH

Saya mendapati bahawa, selepas pekebun-pekebun sayur membakar

tanah untuk menyuburkan lagi tanah saya dapati kualiti udara di kawasan

sekitar sekolah saya semakin merosot.

Debu dan habuk banyak kelihatan pada tingkap sekolah,dan rakan-rakan

saya pula ramai yang sering batuk-batuk.

Saya percaya selain daripada pembakaran terbuka,banyak lagi faktor lain

yang menyumbang kepada berlakunya pencemaran udara di kawasan ini.

Oleh hal yang demikian, saya cuba untuk menyiasat dan mengenalpasti

punca berlakunya pencemaran udara dan apakah kesannya kepada penduduk di

kawasan sekolah saya.

Selain daripada mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil

untuk mengatasi masalah tersebut, saya telah mencipta sebuah inovasi alatan

untuk mengurangkan pencemaran udara di kawasan tersebut. Diharapkan Projek

Inovasi ini dapat mencapai objektif dan menyelesaikan masalah untuk

menangani masalah pencemaran udara di kawasan kajian saya.


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIJANGKANG JAYA

42500 TELOK PANGLIMA GARANG

SELANGOR

PROJEK INOVASI SAINS

(TOPENG UDARA)

NAMA KUMPULAN : EXCELLENCE JUNIOR

AHLI KUMPULAN :

1) WAN NURAIN BATRISYIA BINTI MOHD SHAFIEE

2) NUR AINSYAFIQAH BINTI MUHAMMAD MAULANA

3) NURFATIMAH ALZAHARA

NAMA GURU : PUAN NORLIANA BINTI BASAR

TARIKH HANTAR : 5 SEPTEMBER 2019

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT

1 MASALAH

2 PENGENALAN

3 OBJEKTIF

4 RASIONAL

5 ANGGARAN KOS

6 PELAN PERANCANGAN

7 HASIL PROJEK

8 KESIMPULAN

9 LAMPIRAN

PENGENALAN
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan

sebarang bahan kimia,jirim zarah atau bahan biologi yang boleh menyebabkan

mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta

merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar

udara ialah seperti gas Karbon dioksida, Sulfur dioksida, Kloroflorokarbon,

bau-bauan, logam toksik seperti plumbum, tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri

terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan bermotor di jalan raya

dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan

lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara

mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan kelesesaan

manusia atau pun harta benda.

Oleh hal yang demikian, kumpulan kami telah menjalankan Projek

Inovasi Sains dengan menghasilkan peralatan yang dinamakan Topeng Udara

menggunakan bahan yang dikitar semula. Diharapkan ‘Topeng Udara’ ini dapat

mengatasi masalah pencemaran udara di kawasan kajian kami.

OBJEKTIF
Objektif Projek Inovasi Sains Topeng Udara ini ialah:

a) Untuk menghasilkan topeng udara yang dapat melindungi si pemakai

daripada menghidu pencemaran udara dan sisa-sisa toksik.

b) Untuk menggalakkan setiap individu mempunyai satu topeng udara yang

boleh digunakan semasa kecemasan.

c) Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan penggunaan

topeng udara.
RASIONAL

Rasional Projek Inovasi Sains Topeng Udara ini ialah:

1) Kesedaran pencemaran udara.

2) Menggalakkan rakyat Malaysia memakai topeng udara.

3) Topeng muka dipakai untuk mengelakkan daripada dijangkiti kuman

daripada mereka yang tidak sihat.


ANGGARAN KOS

You might also like